Sunday, 27 February 2011

Bukan semua kita buat orang suka

Mungkin sedih, dan mungkin dalam keadaan duka,....di sini ingin diluahkan apa yang terbuku dari hati,....

Jangan itu, jangan ini, jangan lakukan begini, jangan lakukan begitu, jangan cuba buat begini, jangan cuba buat begitu, jangan nak ini, jangan nak itu...jangan, jangan dan jangan....
Anda suka dengan perkataan yang boleh menyekatkan anda melakukan, membuat, menujukan dan mengekspresikan diri anda itu??...
kalau comel camni,hari-hari nak nanges...

Iklan Milo, boleh saya,....boleh saya....., boleh saya....dan ...boleh sayang....tapi kenapa bukan Jangan, jangan dan jangan.....mungkin semasa saya mengarang cerita ini, saya sedang beremosi....mungkin juga anda tak faham apa yang saya ingin sampaikan....

Dan bila orang mencegah dari melakukanya dan kita mendengar kata, dengan tidak melakukan lagi, kita bukan dari keluarga yang keras kepala, dan juga kuat beremosi. Hanya hati kita menjerti pedih, menjertit-jerit minta kebebasan, hak, dan ketenangan bukan sekatan, jiwa, minda dan emosi seperti peperangan yang dasyat berlaku di luar tanah air kita...
i need somebody, to talk to...

Rimas, tak tahan degan perkataan jangan...jangan, dan jangan...Don't...don't...don't...
Sehingga terasa diri bermasalah, merendah diri yang teramat sangat...rasa kita tiada hak untuk melakukan sesuatu, menyuarakan pendapat,...
contohnya, kita panas berada di sebuah rumah, namun kita tiada hak, itu untuk membuka kipasnya...padahal, kipas sudah cantik terpasang, tapi kita berasa kita tiada keistimewaan, tiada hak, tiada daya untuk berbuat demikian, kita lebih rela terseksa dalam kepanasan hati dan jiwa tanpa bertindak, kerana kita telah disekat, dan mind set, turut di sekat...

Hatinya menjadi lesu dan layu...hatinya sudah berada dalam keadaan nazak,...mati dalam ketandusan..

Sekarang, hanya tinggal jasad yang masih bernyawa tetapi....tetapi tanpa sekeping hati, kerana hati telah mati....telah di bunuh tanpa disedari....

Seseorang yang telah tidak mempunyai hati dan berperasaan menjadi tidak ceria, tidak gembira,...hidup seorang jasad sudah semakin tidak
bermakna...segala pergerakkan di kawal ketat,....disuruh makan, makan,...disuruh mandi, mandi....disuruh duduk, duduk,,...apa saja seorang jasad itu akan buat demi memuaskan hati semua dan mengiraukan hati yang telah mati itu....
jangan sangka,..orang yang nampak bahagia tu, bahagia..., umm..jangan lagi...

Kadang-kadang jasad, menjadi tidak normal, mahu meraung sepuas hati, mahu menangis semahunya, mahu memjerit satu dunia bahawa hatinya telah mati...

Tetapi jasad itu, kembali kepada maha penciptanya, Allah s.w.t,...ambil positif, fikir positif...dan akhirnya, jasad sudah menjadi ceria semula....


Thursday, 24 February 2011

Tak sokong perkara tak baik yang dia buat

Kalau pelakon lelaki saya suka Ashraf Muslim. Kalau hollywood pulak, saya addicted dengan Taylor Swift, tapi kalau pelakon perempuan Malaysia saya suka banyak seperti Lisa Surihani, Nora Danish, Diana Danielle dan Nur Fazura. Kadang-kadang bukan mutu lakonan mereka je yang kita suka, tapi sikap, pembawakan diri, personaliti serta peribadi yang membuatkan saya suka dan minat kepada mereka. Lalu mereka menjadi ikon kepada saya dalam cara mengekspresikan diri agar lebih setanding macam artis. Cewah....geli je...

Bahhaha....okeylah, bukan nak bagi kontroversi tapi nak berkongsi, kalau certia pasal Lisa Surihani, semua orang suka...minat owhhh...mana ada orang tak minat,...kelab suami orang pun minat sama dia tau....Kalau Nora Danish yang comel tu pulak, seorang ibu tunggal yang tabah, pulak tu Nora Danish amat manja...Mana kau tahu dia manja?...
So, hari ini saya nak share sikit pasal Nur Fazura, atau kak Faz, saya ada jugak comment dekat FB dia,...selalu jugak menjadi orang terpantas. Lepas tu dia punya post mesti camni "Selamat pagi cinta"..."Selamat pagi cinta"...macam tulah,,,..

Semua lakonan dia saya dah tengok, walaupun dia seksi, harap-harap tak lama lagi dah tak seksi la....tapi saya suka tengok cara dia cakap...macam bahasa baku sikit,...sikit je!...Nampak dia jujur dan tak hipokrit, Insya Allah,...kalau dah suka dengan minat, memang positif je la kan...mestilah!...
Eh, eh..kebetulan pula,..saya dah tulis dalam draft sikit benda nih, sekali pagi tadi saya bukak myMetro pun ada cerita pasal Fazura. Macam tahu-tahu je...Ni saya ambil di myMetro so korang boleh tengok info tentang Cik Fazura ini...

Biodata Fazura

NAMA : Nur Fazura Sharifuddin (Nama betul tau nih, bukan tipu-tipu)
TARIKH LAHIR : 27 September 1983 (owh birthday kita tak sama)
USIA : 28 tahun (Dah boleh kawin la kak Faz)
STATUS : Bujang (Cepat-cepat cari jodoh)
FILEM : Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak (Paling suka ten
gok Gol & Gincu dengan Pisau Cukur)
DRAMA : Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Menantu, Ezora, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta (Paling suka Rendang untuk Mertua, sedih owhhh..)
PROGRAM TV : Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc (MTV Jus!, jus, jus..)
PENCAPAIAN : Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM17 dan Pelakon Pembantu Wanita Filem Anugerah Skrin (2010) , (menang di hati saya)
DUTA : Avon, Lux, Nutox dan Hairdreams .( Saya baru pakai Nutox, camnelah muka saya nanti...ada macam Fazura tak?)

Okeylah ini je saya nak share untuk kali kali, sampai kita berjumpa lagi di lain episod ,...bye....






Wednesday, 23 February 2011

Tiba-tiba nak berjiwang

Hujan lagi kat Nusajaya nih, eh Gelang Patah la....

Tiba-tiba teringat kata-kata si dia, dia, dia lah....Zairie Husin

Teringat kata-kata best dalam I'm Not Single,...

"saya tak takut kehilangan awak... tapi... apa yang saya takut.. saya kehilangan cinta awak......"


Roseneri pulak cakap,
Ini lagi best

'i want to be superhero,guess which one i should be'
'superman?batman?spiderman?'
'No'
'Then?'
"i want to be YourMan'


Kalau betul, la ada jejaka impian saya, berkata begitu ditambah dengan kejujuran dan keikhlasan.Umm...

yang benar,
Bicara dari hati...

Tuesday, 22 February 2011

Menaikkan layang-layang Pada Hari Sabtu

Hye, Assalamualaikum semua, bagi rakyat JB rock memang dah tahu pasal Festival Layang-layang Sedunia, yang berakhir pada hari Ahad yang lalu.
Saya dapat tahu dah lama, tapi fikir, ada ke orang nak bawak pergi sana, abah takda kat sini, kaklong mestilah nak pergi dengan hubby dia, kakngah pula, samelah tu agaknya, umi, ummm tah la...umi tak suka pergi tempat orang ramai.
So, entah kenapa hari Jumaat kaklong hantar text tanya,

Kaklong: Tahu tak pasal Festival Layang-layang
Saya: Tahu
Kaklong : Last bila?
Saya: Jap. (sambil borak dengan budak perbandaran, tanya sekali, owh Ahad last)
Saya: Ahad last.
Kaklong: Jom g esok.
Saya: okey je
So, kalau korang nak tahu, Festival Layang-layang ni adalah yang ke-16, dari kecik-kecik dulu saya dah pergi tau,....macam-macam kenangan....terjatuh, handphone hilang, tergolek, (yela kat padang kan)...kat kulai tak leh, sebab dekat dengan airport, Senai.

layang-layang mahal, tali mahal, dah beli baru nampak yang murah...


Bahagia, beli belon...Nak upin & Ipin je...

ramai orang, orang ramai..kene halau sebab masuk zone pemain layang-layang...yela, kang tersangkut kat mana-mana, naya jadinya...tengok jauh-jauh eh...jauh-jauh je...



cantikkan tukang amik gambar, suka saya puji diri saya...sila muntah sekarang okey,.....kaklong, kakngah dan sofea sofeot...

So, korang pula, buat apa time cuti? Nak pergi main layang-layang?

Monday, 21 February 2011

Kecemasan, Mari kita tolong!!


Hari ini jugak, ya hari ini mesti update benda ini, ya mesti update benda ini, lupakan dulu untuk entri akan datang menaikkan layang-layang pada hari sabtu, tapi ini lagi penting, sangat penting,...Okey apa dia?...tentang CPR, ape tu? sejenis otak komputer ke? gula? atau chocolate,....owh..anda semua lagi bijak....

CPR adalah... “cardio pulmonary resuscitation” adalah gabu
ngan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.

Tapi kenapa saya buat entri pasal ini, padahal pernah menyertai dan pelajari sebelum ini tapi kenapa, baru sekarang tak lokek untuk memberitahu pada anda semua, kenapa? kerana sekarang banyak kes baby tersedak susu, orang lemas di pantai, tersedak gula-gula, dan macam-macam kes di laporkan..tapi kita buat derk je,....tahu ke tak tahu...tahu tak? Okey berbincang pada topik ini....

Mari kita lihat bagaimana melakukan CPR...Mari kita ikut kaedah DR-ABC

D:Danger (Bahaya).- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.
- Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan.
• R: Response (Tindakbalas).
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan “ awak ok ke?”.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999).Periksa nadi mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.

A: Airways (Laluan udara)
Gunakan kaedah“HEAD TILT CHIN LIFT (angkat dagu dan dongak kepala” Angkat dagu dongakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.Buka mulut mangsa, periksa
bendasing dan keluarkandengan jari kelengking anda.

B: Breathing (Pernafasan).- Posisikan pipi dekat dengan hidung dan
mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
- Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama 5 hingga 10 saat.
- Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan.

C: Circulation (Peredaran darah).
- Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit
mulakan tekanan di dada.
- Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100 kali seminit. Dengan kiraan Dan Satu, DanDua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
- Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.


Beri pernafasan melalui beg udara ini, tapi sebenarnya kalau dah suntuk, contoh kat tepi pantai orang lemas, dah tak da plihan dah...korang kena jugak hembuskan udara dari mulut ke mulut...


Okey, turn saya untuk mencuba..

apa la yang patung ni makan semalam....

3 beradik menyertainya......

anda bila lagi?

Friday, 18 February 2011

Selamat berhujung Minggu

Assalamualaikum semua, entri pendek dari saya, nak ucapkan Selamat berhujung minggu esok,...Eh lupa pula, ada yang bersekolah esok, kerana sekolah ganti....heh,heh,heh..padan muka...;')
Okeylah, saya dah plan dengan kakak saya esok nak gi tengok layang-layang kat pasir gudang...nak ekot? jom lah...ahad ni last...okeylah bye...

Thursday, 17 February 2011

Akhirnya dia berbahagia....

Hari ini perasaan tak tahu nak cakap macam mana, ...nak kata sedih tak jugak... tak sedih kau cakap (exboiperen da bertunang) dengan orang yang sangat-sangat cantik. ..dan baru tahu hari ini....
Sebenarnya, saya peminat Ally Iskandar time saya muda-muda dulu, (yelah baru umur 14, 15 tahun, tahun kegemilangan Ally la tu...)...Saya minat dia tahap apa pun saya tak tahu, tapi yang saya tahu dan nak bagitahu, adalah, saya ada album semua gambar dia, diary bercerita pasal dia, set tanda tangan dia (jangan gelak eh), surat-surat carbon copy yang bagi pada dia, dan saya pernah bagi hadiah pada dia (habis duit sekolah aku, beli hadiah dia) . Tapi,...surat saya satu pun dia tak balas....Takpe, minat still minat beb....Minat sebab dia, pandai belajar luar negara, handsome-handsome, berkarisma, pandai bercakap, bila cool dia cool, bila formal, dia formal...macam-macam lagilah...
Tak caya, tanya umi saya...
Tapi itu dululah, bila dah fikiran matang macam sekarang, dah tak buat dah...orang pulak uat kat kita, aha ade ke?? ade ke???

Hari ini, baru saya dapat tahu dia tunang dengan perempuan gadis melayu yang cantik sangat....Bagus-bagus dah sampai seru dah tu...Lagi satu Ally dah berumur jugak, sesuai dah...
Jadi, apa-apa pun, selamat Bertunang dan semoga berbahagia...

Prolog, Monolog
Abang Ally, abang ally ada tak adik lelaki sebaya saya? gedik*....

sesungguhnye, gambar-gambar dalam entri ini bukan milik saya...

Wednesday, 16 February 2011

Contest: Senyum tak Nampak Gigi


Hai semua, macam mana cuti semalam...seronok tak? mesti ada yang bangun lambatkan...
Okeylah hari ini saya di tag oleh orang yang ambil gambar tak nampak gigi, iaitu...Cik Sarah Nabila

Seperti kebiasaanya, saya suka, selalu, sentiasa ambil gambar tak nak kasi nampak gigi, selepas, selepas ya, menyedari gigi saya tak berapa cantik apabila digayakan bersama senyuman yang nampak gigi...sebab gigi saya kedalam....kalau jongos atau jongang bole pakai braces, kalau gigi kedalam, boleh ke ek?

Walaubagaimanapun, saya tak mengecewakan seseorang yang membuat contest ni, sebab saya banyak gambar tak nampak gigi...Nak mana satu? nak mana satu?

Saya taruhkan yang ini...
Gambar ini di ambil, time mula-mula nak ambil gambar tak nak nampak gigi...

okeylah, pada yang nak ambil gambar tak mahu nampak gigi tu, marilah kita join contest ni, tak pasal-pasal dapat hadiah..:')

Terus contact admin okey!!!!

Senyum je, jangan nampak gigi eh,

Monday, 14 February 2011

Valentine? Jangan-jangan, So, apa yang korang boleh buat...

Tengok tajuk pun, straight to the point, masuk dalam hati dan, otak terus generate apa yang bakal anda, anda dan saya ketahui. Tak nak dah, bagi title, power-power akhirnye, semua readers tak memahami, tak nak dah, bagi tajuk post, yang misteri, akhirnya pembaca tak da rasa takut, tak nak dah, bagi tajuk karangan, sakastik, last kali, tak sistematik, tak nak dah bagi, ayat jiwang karat, sebab korang memang jenis rock.
So, hari ini apa yang kita tahu kan, kan,..apa
yang kita boleh buat kan, kan, kan,

1. Lalui hari-hari anda seperti biasa, kalau pergi sekolah, pergi je lah sekolah, yang pergi kerja, keluar dari 7.00 pagi macam biasalah, balik 7.00 malam. Tak da beza pun kan.

2. Hari ini ngantuk dan malas pergi kerja/sekolah, setiap hari isnin adalah monday blues, owh..hari ini juga bergitu..tak beza pun...kan.

3. Setiap Isnin dan khamis buat puasa sunat, eh hari ini isnin la..puasa sunat jugakan...tak de beza pun...kan.

4. Hari ini ada movie cina tv3 pukul 10.00 malam, ala maca
m biasa lah...macam tak tahu je...tak de bezanya pun...kan.

5. Hari ini isnin, fikir, fikir, fikir, bila la nak hari Jumaat nih, tak da beza pun...kan.

6. yea..esok cuti, sebab Maulidur Rasul, mesti sambut nih...tak da beza pun, kan...

Sebenarnya korang, banyak lagi yang kita boleh nak elakkan ingat ehem-ehem tu....igatlah benda yang lagi faedah, macam, birthday mak, ayah korang, adik-beradik korang, nenek dan tok wan korang, best friend korang, dan banyak lagi benda boleh ingat taw....

So, lupakan lah VALINETINE!!!

14 february tu tak salah pun.....beliau hanyalah tarikh disertai dengan bulan yang ada pada setiap tahun....
So, lagi....okeylah esok Maulidur Rasul, apa kata kita pergi Masjid dan surau yang berhampiran esok, nak lagi gempak, kita pergi la Putrajaya..;') lagi cool, kita berselawat depan tv sama-sama, ye esok...



Friday, 11 February 2011

Beliau orang penting


Siapa-siapa yang pakai google chrome, mungkin pelik kenapa hari ini je, (esok confirm tak) page google kuar benda nih,....
Lepas saya kelik kat gambar yang tak menarik tu, keluarlah pautan tentang Thomas Alva Edison nih,...Siapakah beliau? Tak kenal pun? huh, dia bukan siapa-siapa pun dalam hidup kau..kenapa kau sibuk-sibuk nak amik tahu....kenapa?

Sebenarnya, awak, saya, kamu-kamu semua nak tahu tak?, Thomas Alva Edison yang dilahirkan pada (11 Februari,187418 Oktober, 1931) ialah satupencipta Amerika, saintis , dan ahli perniagaan yang membangunkan banyak alat yang sangat mempengaruhi hidup seluruh dunia, termasuk peti nyanyi, kamera wayang gambar , dan satu mentol elektrik praktikal yang tahan lama. Wow, wow...

Hansome jugak Abang Thomas ni,....I masih single,..gedik*

Menggelar "The Wizard of Menlo Park" (kini Edison, New Jersey) oleh satu wartawan akhbar, beliau merupakan satu satu daripada pencipta-pencipta pertama untuk memohon prinsip-prinsip pengeluaran besar-besaran dan kerja berpasukan besar bagi proses ciptaan , dan oleh itu sering dikreditkan dengan penciptaan makmal penyelidikan perindustrian pertama. Bab camni, dah blurrr kan..kan....

So, lepas ni kalau, kawan-kawan, adik-beradik, pakwe, makwe korang tanya soalan IQ, Siapakah Thomas Alva Edison?, korang mesti dah tahu okey...

Pakcik ni Thomas Edison ke?
Ya, pakcik la cipta mentol, yang korang guna sampai hari ini,....

Thursday, 10 February 2011

Terbang ke hati anda


Assalamualaikum semua, untuk malam jumaat ni, lepas solat mgrib, baca yasin dan isyak, kita layan lagu nih pun best jugak....Macam biasa, lagu orang putih di bahasa melayukan.

Lagu ni, buat saya tenang je, aman, damai...nak terbang bebas macam burung dan rama-rama, eh, eh..tapi saya kan manusia, berangan entah apa-apa....Lagu ni takda nak tujukan pada siapa-siapa, tapi untuk inspirasi saya sendiri. Untuk korang, yang memang suka, lagu berentak macam nih, sila download okey. Lagu nih la yang berkumandang di kaca laptop, ipad, iphone, blacberry, handphone2 atau komputer anda sekarang.

Terbang ke Hati Anda

Melihat semua bunga
Tarian dengan angin
Mendengar kelupasan-kelupasan salji
Whisper nama anda

Berasa semua keajaiban
Mencabut mimpi anda
Anda boleh terbang

Terbang untuk yang anda
Memanjat atas bintang anda
Anda percaya anda akan menemui sayap-sayap anda
Terbang bagi hati anda

Menyentuh setiap pelangi
Mengecat langit
Lihat sihir
Geluncuran melalui hidup anda

Gerimis debu orang halus
Mengelilingi malam itu
Anda boleh terbang

Terbang untuk yang anda
Memanjat atas bintang anda
Anda percaya anda akan menemui sayap-sayap anda
Terbang

Di mana-mana anda pergi
Jiwa anda akan menemui sebuah rumah
Anda akan bebas
Merebakkan sayap-sayap anda
Terbang
Anda boleh terbang
Bagi hati anda

Meningkat bagi kemuncak semua anda boleh jadi
lambung pada harapan benda-benda mengagumkan

Terbang untuk yang anda
Memanjat atas bintang anda
Anda percaya anda akan menemui sayap-sayap anda
Terbang

Di mana-mana anda pergi
Jiwa anda akan menemui sebuah rumah
Anda akan bebas
Merebakkan sayap-sayap anda
Terbang
Anda boleh terbang
Bagi hati anda
bintang muda remaja

Contest: Comelnye berbaju kurung


Hye salam sejahtera, firstly terima kasih kepada cik Popolita kerana tag eja untuk contest baju kurung comel nih, sebenarnya sebelum ni Cik Siti Khadijah pun ada tag eja, juga..tapi gambar dalam folder eja dah kena virus, so, hilang semua gambar...sedih oooo....

Okeylah hari ini tak nak cerita pasal sedih, tapi nak tengok gambar eja dan Amani Ashraff pakai baju kurung sehingga nampak comel...Walaubagaimanapun, ada satu picture eja pakai baju kurung, amik kau baju kurung UITM lagi...Aha...

Si pemakai baju kurung untuk baju kurung yang comel lote..

Perempuan pakai baju kurung Cantik+Comel?
Memang sangat cantik, manis, ayu, lawa dan bergaya. Cantik boleh didifinisikan sebagai, sedap mata memandang, selesa dan sopan. Senang cakap semua suka je tengok. Takda sakit-sakit mata la....contoh: tengok gambar di atas...sakit mata tak? tak kan...Memang nampak cute, perempuan pakai baju kurung ni..tanya budak lelaki...saya perempuan, saya tengok kaum sejenis saya pakai pon saya kata cute...ikhlas ae...bukan auta....aha...

Apa perasaan pakai baju kurung di atas?
Saya berperasaan, selesa, senang bergerak dan...rasa lawa lawa...cececey....Sebenarnya baju kurung itu dipakai kerana, saya dan Amani Ashraff sedang menghadiri kuliah. Tambahan pula, di kolej kami, untuk course uitm, di nasihatkan supaya pakai uniform tu setiap hari isnin. Yang Amani Ashraff pulak dia tak pakai sebab...sebab...sebab...kain dia dah terbakar kena iron...peace geng....wa menang contest ni hadiah half-half aeh...aha....

Guys pon nak tunjukkan ke omel comelan dan kecantikan anda memakai baju kurung nih, okey boleh-boleh.....link terus kat sini...
Paling penting Due date contest: 20 Februari 2011

Sempat lagi nih...apa loe....

Nak tag dia nih la, comel je pakai baju kurung

Tuesday, 8 February 2011

Entri untuk Abah

Tajuk kat atas tu pun, korang mesti dah dapat agak, mestilah untuk yang teristimewa, abah saya Md Razif bin Ahmad. Hari ini genap umur abah 51 tahun. Md Razif bin Ahmad mempunyai cahaya mata seramai 4 orang. Iaitu, Mashytah binti Md Razif, Nurzainab binti Md Razif, Siti Khadijah binti Md Razif dan Muhamad Taufiq bin Md Razif, hasil perkahwinan bersama Aishah binti Omar.
Sempena dengan hari jadi abah ini, siti ada beberapa perkara nak bagitahu,...

1. Siti sayang sangat kat abah.
2. Siti nak abah kurangkan atau dah tak hisap rokok lagi.
3. Siti nak abah ada bila siti konvo nanti.
4. Siti nak abah bahagia, walau siapa pun pilihan isteri abah.
5. Siti suka abah belikan botol air baru selalu time, sekolah rendah dulu.
6. Siti suka tengok abah bawak kereta.., laju...
7. Siti suka mintak abah beli baju baru.
8. Siti suka abah bawak siti, kaklong, kakngah dengan taufiq p
ergi holiday time kecik-kecik dulu.
9. Siti suka tengok abah bawak kamera DSLR kehulur, kehilir dengan muka bangga.
10. Siti suka abah selalu buat lawak.
11. Siti suka abah marah time ajar siti math dulu.
12. Siti suka abah kerja dekat luar negara.
13. Siti suka abah balik outstation.
14. Siti suka abah ajar bawak kereta time, siti kecik-kecik pakai kereta automatik.
15. Siti suka abah datang setiap hari Ahad.
16. Siti suka time, abah nangis, sebab kakngah umi hantar belajar jauh.
17. Siti suka bila abah cakap, taknak anak abah jadi "peraga-peraga"
18. Siti suka bila abah bawak banyak hadiah dari outstation.
19. Siti suka abah selalu beli towel untuk kita adik-beradik.
20. Siti suka abah ambil gambar siti.
21. Siti suka abah ada kereta Honda Civic.
22. Siti suka abah ada adik-beradik ramai.
23. Siti suka abah dah daftar untuk pergi Haji.
24. Siti suka abah marah ehem2* sebab pertahankan kami adik-beradik.
25. Siti suka abah sentiasa berfikiran positif.
26. Siti suka abah menjaga kebajikan anak-anak walaupun dah tak kerja lagi.
27. Siti suka abah sayang sangat kat kita adik-beradik.
28. Siti suka abah sangat tabah.
29. Siti suka abah nak anak abah masuk Universiti.
30. Siti suka sebab siti ada abah....BERSYUKUR SEBAB ADA ABAH.
Banyak lagi yang Siti suka, nanti Siti bagitahu pada abah okey....

Abah Selamat Hari Jadi,
Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki,
Semoga Bahagia Sentiasa



Sunday, 6 February 2011

Ada apa dengan Syamsul Yusuf

Ehem, ehem..bukan membelakangkan jejaka impian saya tu tapi ini...amat bermakna...ini post entry baru, tadi saya dah buat, tapi saya tak save, then, saya refresh ingat dah save, sekali hilang....maybe cerita kedua ni kurang best dari, cerita pertama, so, idea dah tersekat-sekat sekarang.
Wajah, riang ria pemenang

Tanpa buang masa, kenapa ya dengan Syamsul Yusuf..? dan kenapa dengan saya, nak buat entry tentang dia...Dia tak kenal saya, saya kenal dia...

Semalam umi dengan ayah pergi Tribute P.Ramlee, sekali dengan Anugerah Seri Temasek di Singapore, yelah era zaman 60-an kembali, ada la artis-artis veteran yang hadir,macam Aziz Satar, Wahid Satay, Sarimah, Anita Sarawak, Dian P.Ramlee, dan ramai lagilah...saya tak ingat nama diorang apa...2, 3 miggu yang lepas ada ayah ada jugak tanya, nak ikut tak, saya kata tak nak lah..biarlah mereka kenang zaman-zaman kegemilangan dulu. so, partner ayah, mestilah umi..bukan main melaram...nak jumpa artis katakan..
Suka, Diana Danielle

Umi tidur hotel tu, so, pagi tadi baru check in,...umi call saya...

Saya: umi bila nak balik?
Umi: dah on the way nak balik ni, tapi umi singgah pergi kenduri jap...
Siti: okey, umi best tak?
Umi: best, siti umi jumpa samsul....(umi sebut sam..bukan syam ae..)
Siti: siapa tu?
Umi: ala, yang siti minat, tu...anak Yusuf Haslam...nanti balik umi tunjukan gambar, banyak gambar umi dengan artis.
Siti: owh...okey,(bila masa pulak minat kat dia, tak de nya nak minat dah, dia dah pukul aktress favoriteku, tak lain Diana Danielle la...), bila nak balik? siti lapar ni....(bila masa kau minat Syamsul tu,..umm...cececey, padahal jemput-jemput kat tangan)
Umi: jap lagi umi balik. Assalamualaikum.
Siti: Waalaikumsalam...

setiba kat rumah,.
Ispirasi, gadis-gadis, macam saya

DD Beeson
Umi: Ni siti, gambar dengan Syamsul...
Saya: owh,...hansome tak?
Umi: hansome. baik, sopan je..dengan umi dia tak salam pun, kalau artis lelaki ****** hulur je terus tangan pada umi, jadi umi pun salam jugaklah...kalau samsul, tak, dia dengan ayah je, tapi agaknya, kalau orang perempuan hulur dia terpaksa salam jugak agaknya...tapi nampak dia, jaga imej dia...
Saya: yeke umi...tah-tah dia tengok umi tua, dia tak salam..(saja nyakat)
Umi: tak delah, ke situ pulak...
Saya: dia bawak girlfriend tak?
Umi: Tak, umi nampak ada kawan dia, duduk satu meja dengan dia, kesian tengok kawan dia, diam je...yelah dia sibuk layan orang nak ambil gambar....Umi dengan ayah, cepat-cepatlah ambil gambar dengan artis-artis lain...
Saya: owh, siapa lagi yang muda-muda?
Umi: Ning Baizura dengan suami dia, Ahmad Idham, David teo, Sam (adik zizie), ramai lagi...
Saya: okeylah tu...
Umi: Siti dulu kan cakap, kalau Diana tak nak Syamsul, Siti nak...
Saya: huh, ada ke? tak la...(sambil makan)
Umi: Ada...

Habis makan, basuh pinggan naik atas,...google gambar Syamsul dulu...Owh lelaki ni...mustahil dapat kawan dengan kau...

Semalam tak dapat, tengok cerita Khurafat, sebab tiket habis, ada pun tinggal 2 keping paling depan, oh..tak sanggup nak dongakkan kepala...

Apa-apa pun, semoga Syamsul maju jaya...

Artis adalah artis, tak sama dengan orang biasa....

Umi, siti nak Syamsul macam ini...tak nak yang pakai formal tu...

*gambar-gambar dari camera umi, tak dapat nak tujukan sebab tak sempat nak transfer