Sunday 26 September 2010

Tidur dulu

Hari ini saya jalan-jalan tengok wayang. Makan sedap-sedap lagi...Tidak lupa tengok wayang cerita "Magika" sangat best okay... Hari pun dah lewat malam. Saya tidur dulu..Night.

Monday 20 September 2010

Isnin Kabur


Bila bercuti hampir 2 minggu atau lebih, time nak balik semula ke hostel atau rumah sewa mesti rasa malas gila. Apatah lagi lepas cuti raya macam baru-baru ini. Harapan-harapan di dalam diri setiap pelajar agar ada kuasa magika datang dan hantar text macam ini,

"sila informkan kepada yang lain, hari ini kelas _ _ _ pada jam _ _ _ _ am/pm di batalkan"

Huh betulkan, maaflah harapan tinggal harapan, kelas tetap kelas, wajib datang juga. Dah la dapat cuti awal, lagi ada hati nak cancel kelas lagi.

Tapi itu semua bila kita berada di semester 1 dan 2, masih muda setahun jagung, mentah, tak masak lagi, dan sok-sok suci. Tapi sekarang dah semester 5 pun, nak tak datang kelas pun malu, silap-silap jadi wanted dekat board sebelah HES tu, nanti tak dapat nak grad on time.

Hari ini, kelas saya bermula pukul 10:00 pagi bermula dengan kelas BEL 312, tak belajar pun cuma kitaorang teruskan dengan group assessment iaitu Role Play. Lepas habis, kita teruskan perbincangan isu semasa yang tengah hot,panas lagi meletup tentang Datuk Sosilawati.

12:00 tengah hari hingga 2:00 petang. OMG! perut dah lapar je time masuk kelas waktu-waktu macam ini. Lagi-lagi bulan tak puasa macam ini. Kelas ETR 300, ulas balik syllabus yang dah belajar before cuti hari raya, tapi nampaknya majority dah lupa sebab banyak sangat makan ketupat semut, rendang semut, air semut masa hari raya hari tu. huhhu lupa da...
Miss yang risau kitorang nak Mid term this weekend.

Pukul 3:00 petang kelas AOM atau bahasa sanskritnya OMT 351, syllabus dah habis belajar, tinggal nak habiskan quiz 3 dan completekan past year paper.

Hari ini tak de lah padat sangat, okay la suam-suam kuku lagi. Yela baru naik cuti, jadi fikiran, hati dan perasaan masih lagi di rumah di samping keluarga dan sahabat handai.

Okay lah apa-apa pun selamat kembali ke Kolej, Universiti, Kolej Universiti, Sekolah, Madrasah dan semua institusi pengajian.

Good Luck..;')

Sunday 19 September 2010

Percutian pada setiap AHAD


Dulu masa saya kecik-kecik setiap hari ahad abah mesti bawa saya, kaklong, kakngah dan adik jalan-jalan sekitar bandaraya Johor. Memang every weekend saya memang tunggu hari ahad. Hutan Bandar, Tasik Layang-layang Pasir Gudang, Angsana, Main Bowling, pergi Batu Pahat semata-mata nak makan Asam Pedas paling sedap di alam semesta, Jusco, Kota raya, mandi air terjun, dan macam-macam lagi tempat yang kami sering lepak-lepak dan jalan-jalan..

Tapi sekarang adik-beradik saya semua dah besar-besar, Kaklong dah kawin, Kakngah hujung tahun ini kawin, saya pula belajar, adik pula dah besar, jadi kami tak tak dapat luangkan masa bersama abah lagi. Abah pun dah sibuk sekarang. Bila sekarang saya ingat balik seronoknya jadi budak kecik macam dulu.

Sekarang, saya habiskan masa dengan hangout bersama kawan-kawan, tapi hari ini, Ahad saya di habiskan di asrama untuk buat preparation untuk hari esok, kerana esok saya dah start kelas. Its okay, segalanya berjalan lancar.


Saturday 18 September 2010

Sempena "Contest Senyum Maneh"



Dimulakan dengan lafaz bismillah dan disertai dengan Assalamualaikum w.b.t untuk yang muslim dan salam satu Malaysia untuk yang bukan Islam.

Bagi saya ini buat julung kalinya menyertain contest dalam blog. Hari ini terbuka hati saya untuk join contest ni....Sebab hadiah? bukanlah.....tapi sebab saya
nak rapatkan diri dengan komuniti blogger di luar sana. Oppss...Maksud saya di dalam ini.

Pada pendapat saya senyuman manis lahir dalam dalam jiwa. Dengan senyuman yang manis hati yang panas membara akan menjadi sejuk bak ice cube dalam ice box.
Ada nampak gigi itu menjadi taruhan..

Senyuman yang manis perlulah menampakkan sedikit gigi, jika dikemam mulutnya atau ditutup itu adalah senyuman ayu bukan senyuman manis, tetapi seyuman manis menampakan sedikit batang giginya yang putih dan berseri.

Jadi selepas ini jika anda ingin menampakkan senyuman yang paling manis kepada ibu bapa anda, boyfriend anda, bakal mak mertua anda, rakan anda dan semua orang anda perlulah senyum menampakkan gigi anda.

Untuk melengkapkan lagi syarat peraduan saya mahu tag....lihat siapa yang kena...

Lonely


Lonely im so lonely,
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely, im Miss. Lonely
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely, ...

Hari ini saya balik Bandar Penawar, tempat saya belajar...
Keseorangan!! Nasib baik Kak Mek call saya, dia cakap dia balik hari ini juga, Azura pula balik malam ini. Jadi saya tak lah bosan sangat. Tapi saya keseorangan balik menaiki bas. Owh bukan keseorangan tapi ramai dengan penumpang yang lain. Mereka tidak keseorangan seperti saya.

Abah tak dapat hantar saya, dia pergi Kuala Lumpur. Umi pulak menghadiri rumah terbuka hari raya di Melaka. Saya?? Umm..Nasib baik saya mempunyai Kakngah dan adik, mereka berbesar hati nak hantar saya ke Larkin. Saya bersyukur...Itu pun sudah cukup bertuah...

Okay jangan rasa keseorangan lagi...

Thursday 16 September 2010

Di Hari 1 Malaysia

Okay sebenarnya kisahnya bermula semalam, 15 September 2010 bersamaan dengan Syawal yang ke 6. Tujuan utama saya ke Pasir Gudang adalah untuk belajar bersama kawan saya Azura kerana terdapat assignment yang tertunggak. So, raya ke 6 adalah hari kebebasan saya untuk saya bertemu dengan mereka. Ya mereka! Azura, Mirul a.k.a abah dan juga Wina a.k.a Si Manja Ketat-ketat.

Bermulalah expidisi saya merentasi jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan dari Kulaijaya menghala ke kawasan yang baru di naik taraf kepada Perbandaran Pasir Gudang, tapi my departure at Masai.hehheh...Macham naik flight...Okay stop berangan. Adalah beberapa kejadian yang tak diingini tapi tak boleh cerita 18 sx punya. Korang kecik lagi tak mau kasi tahu. Okay tibalah saya dengan selamat di Terminal Masai tersebut.

Setibanya saya beberapa minit kemudian Azura tiba dan selang beberapa 1 minit mirul sambut dengan lambaian seorang abah kepada anaknya. Tiba-tiba terkenang lagu raya Owh Balik Kampung didendangkan oleh Sudirman.

Lokasi seterusnya, kami terus menghala ke Pusat Bandaraya yang terkenal di Pasir Gudang. Makan-makan isi perut selepas itu terus ke Library awam yang terletak di Pusat Bandar tersebut. Setelah merasa diri telah bijak dan pandai demi mengisi masa yang agak bosan melihat kerja-kerja accounting yang agak susah itu kami mengambil keputusan untuk menghilangkan tekanan dengan membaca surat khabar.


Wajah sudah bijak pandai membuat Account

Tiba-tiba buka forum perdana ehwal semasa di Library tentang pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Masing-masing mengeluarkan pendapat, idea, pandangan dan perasaan masing-masing mengenai isu yang tegah HOT sekarang nih. Pendapat saya, teramat sedih, dan menyentuh hati nurani saya.

Loceng di Library telah memberi sindiran agar kami keluar dari Library secepat mungkin, pack barang dan kita pergi ambil Budak Manja Ketat-ketat di rumah beliau. Budak Manja Ketat-ketat ni kena bawa dia pergi beronggeng dia mesti nak ekot. Lepak-lepak la kami sekalian di Taman Tasik Layang-layang Pasir Gudang sambil menikmati juadah petang Steamboat sambil menikmati panorama alam semulajadi disini. Sambil sempat berposing seperti orang asing di negara ini.

Gadis Manja Ketat-ketat dan Yours truely makan steamboat...ewah..



3 gadis pingitan bermain di tembok...gadis ketat yang malu-malu


Gadis manja ketat-ketat, gadis ini, dan abah mereka bergembira di tepi tasik

Malam sudah menjelma tibalah masa untuk pergi ke Bazar Karat @ Bazar JB @ Port K****G dan sebagainya nama yang diberikan. Tapi saya lebih selesa memanggil Bazar Karat sebab banyak barang yang dah berkarat iaitu barang second hand. Tapi okey lagi ma.....

Wajah Pembeli 1 yang bijak

Wajah product yang seksi

Wajah pembeli 1 dan pembeli 2 yang sedang membuat perhitungan



Wajah pembeli 3 yang sudah membeli



Wajah penghias skrin handphone sendiri



Wajah gembira selepas membeli dan mengabdikan kenangan di tembok yang cantik



Pembeli 1 dan pembeli 3 hati senang dan gembira


Wajah-wajah Si Pembeli yang dah nak balik

Membuat senaman ringan sebelum pulang


Disebabkan suasana raya masih menyelubungi segelintir peniaga-peniaga Bazar Karat maka, tak banyaklah booth-booth yang dibuka pada malam tersebut.

Wajah Si Pembeli 2 yang tak layan aksi mereka pada malam itu.

Hari ke 2 berjimba-jimba
Kami lebih selesa untuk ke TESCO dulu dan kemudian JUSCO. Berlawan-lawan shopping complex sekarang ni. Sebagai consumer yang bijak kita kena pergi 2 2 jugak. Ok mula-mula2 pergi TESCO.

Gadis Tesco bersama kereta 1.

Gadis Tesco dan kereta 2

2 Gadis Tesco dan Kereta

2 Gadis Jusco at Crocks Outlet serta beg dan kasut Crocks yang Ori!

Okey, memang sangat best hang out dengan korang. Tujuan asal untuk study sama-sama memang tidak dilupakan. Okay dah penat. Jom tidur.

Sunday 5 September 2010

Friends never ends.



Hye, semalam saya berbuka puasa bersama kawan sekolah saya, kitaorang satu kelas dari tingkatan 2 lagi.Last saya jumpa dia time sama-sama amik result di sekolah dulu and lepas tu tak jumpa sehingga semalam baru jumpa. Apabila cuti sempena hari raya inilah peluang untuk saya bertemu kawan-kawan lama yang bertahun-tahun tidak ditemui. Lokasi tentulah di Pizza Hut kali ini. Kenapa saya pergi sana? Okay sebab saya memang nak makan kat sana and saya terpengaruh dengan iklan-iklan tentang keenakkan Pizza tersebut. Nak rasa jom lah pergi sana...

Disebabkan kelewatan so, makanan juga dihidangkan lambat, apabila sampai je tak sempat nak snap photo dan terus makan dengan rakusnya. Sumpah sedap!!

Macam-macam cerita kami bualkan dari cerita zaman-zaman sekolah sampai kawan-kawan yang dah nak kawin.

Last snap from Tariq our cameraman a.k.a pizza's boys..heheh...Okay memang time untuk balik.