Saturday 30 April 2011

Not fairy tale anymore

Kad kahwin,

wedding gown by Sarah Burton (Alexander McQueen),


saat bapa melepaskan tanggungjawab kepada si jejaka,


jejaka yang segak bergaya,

Selepas saya lihat sendiri upacara Royal Wedding antara Prince William dan Kate Middleton semalam... Wow!!! sangat teruja, penuh dengan adat istiadat diraja dan totally superb. Umi saya kata, dulu Princess Diana kahwin dengan Prince Charles juga begitu. Yakah?, Apalagi saya yahoo segala maklumat di sini dan di siniCincin yang sama,



tersenyum menuju bahagia,

berjalan keluar gereja,

Loceng-loceng berdering, orang ramai bersorak , malah matahari menujukan rupa yang berseri, Putera William muncul dari Westminster Abbey dengan pengantin perempuan bersamanya.


Prince and Princess,

Mempamerkan senyuman kepada jutaan manusia, cincin perkahwinan Wartski emas Wales dan gaun gading dengan tampal hias renda, Kate Middleton – kini Her Royal Highness Duchess of Cambridge – berganding The Firm di tengah-tengah kegemilangan dan gilang-gemilang Britain.

Budak-budak penyeri Majlis,

Pippa's gown was designed by Sarah Burton at Alexander McQueen juga,


Tiada lagi kisah dongeng untuk Kate, segalanya menjadi kenyataan selepas Prince William menyarung cincin ke jari Kate, segalanya berjalan lancar dan penuh protoko.l

William segak berbaju merah cerah seragam ala seorang kolonel Guards Ireland , berbisik: "You look incredible, beautiful," kepada Kate setelah tiba di sebelahya di hadapan High Altar. Lalu mereka membalas senyuman dan kerlingan sepanjang majlis berlangsung.

Pasangan itu, berada dalam kereta kuda tahun 1902 kerajaan, untuk menuju ke Buckingham Palace yang telah padat dengan orang ramai untuk mengucapkan tahniah kepada mereka.
Dan seketika itu yang sering dilakukan pasangan barat untuk bercium di balkoni istana sambil disaksikan berjuta-juta orang.



menaiki coach idamanku-kate-william,

Kenangan lama,


Cake,

Ia mungkin protokol semasa Prince William tabik kepada rakyat, Princess Kate akan tunduk,



Beckham dan Victoria pun datang,

Dan akhirnya, mereka hidup aman dan gembira seluruh rakyat jelata turut meraikanya

Dah habis....


Friday 29 April 2011

Faith

Pandangan tajam ke arahnya

Melihat riaknya yang ceria sentiasa

Tiada sekelumit rasa percaya dia pernah kecewa

Tapi dimana dia mendapat kekuatan itu?



Di sudut lain

Harta sudah ada tetapi

jiwa kosong

Apabila tiada harta

jiwa bertambah kosong

Bukan tidak bersyukur kepada Maha Esa (Allah SWT)

Tetap bersyukur

Tetapi

Kenapa mesti ada tetapi?

Masih ada yang kurang di sini

di hati

Sunday 24 April 2011

Habit Sekarang

Sebelum masuk bilik air, atau bahasa ibunda rest room, dah prepare dah nak nyanyi lagu apa, studio itu memainkan lagu panas sahaja, mestilah lagu-lagu tengah hot masa itu, dan yang dari dulu sekarang dan selamanya hot, mestilah lagu Keabadian Cinta daripada seseorang jejaka yang patut digilai iaitu Anuar Zain.

Pernah waktu sekolah dulu kaklong tanya, "kenapa kau suka nyanyi dalam bilik air?" saya cakaplah, kalau saya nyanyi dalam bilik air, mana tahu Ajai (dulu komposer terkenal Ajai sebelum Taylor Swift eh) lalu belakang rumah, dengar suaraku yang enak merdu nih nyanyi, confirm terus nak jadikan artis rakaman, walaupunn saya tahu suara saya tak se power Mariah Carey tu.

Macam ini baru puas hati!!

Dan habit ini berpanjangan sampai masuk kolej, mula-mula segan, ouhhh nak nyanyi dalam bilik air, nyanyi pun slow2 je, lagu pohon beringin bawang merah bawang putih, atau pun lagu pilihan Amani (Anak Punai) ,bila cecah 2 minggu nyanyi sekuat hati dalam bilik air, pulak tu, housemate roomate sporting, siap buat duet dan berkumpulan, bukan di atas pentas bilik air je, malah dari depan bilik, lorong bilik turut menjadi pentas kami beraksi.

Sekarang dah habis belajar, jadi dah full time kat rumah, bangun pagi-pagi nak mandi pun, nak nyanyi, baru rasa feel, hilang daki-daki semua, mandi memang puas hatilah, nyanyi dalam bilik air, tak payah pakai microfon pon, satu bilik air dengar.

Sampai suatu hari umi saya menegur,

Umi: Kenapa suka nyanyi dalam bilik air nih tak elok nanti gigi rosak?
Saya: Apa kena mengena gigi rosak dengan menyanyi? tak paham la
Umi: Betul (hikayat merong mahawangsamaju, dah start) ada nenek tu gigi dia cantik sangat, walaupun umur dah tua, semua orang tanya macam mana gigi dia boleh cantik dan putih bersih,
Orang tua tu cakap jangan buka mulut dalam bilik air
Saya: Yeke tak cayalah
Umi: betul ni cerita betul kotoran-kotoran dari dalam bilik air tu boleh merosakkan gigi tau
Saya: UmmmMemang takut jumpa doktor gigi kan


Sejak dari itu, saya dah tak nyanyi dah, takut la gigi rosak kaklong baru umur 26 dah tampal gigi sana sini, duit lagi keluar ish ish tak nak, tak nak

So lepas ni tak yah nyanyi la ek dalam toilet, tapi..

Bila saya masuk bilik air mandi, dah sunyi dengar bunyi air je keluar..


Rupanya dia nih yang nyanyi

Saturday 23 April 2011

Tenda Biru

perginya dirimu dari hidupku

Sebelum ini, saya tak pernah nak cerita pasal dia. biar gambar dia je tersemat tergantung cantik di dinding belog saya, tapi selepas dapat tahu dari belog Cik Kechik tentang pertunanganya, hati saya bagai diragut di siat-siat sedih sekali nak nangis pon tak da tak gunanya.

Seperti yang dimaklumkan akan pertunangan jejaka impian saya, Ashraf Muslim bersama tunangnya pada hari ini, sekarang dia sudah jadi milik orang, tiada gunanya lagi saya nak cucuk jarum lagi, dah tak da gunanya saya, nak berkorban jadi isteri keduanya seperti lakonan Eira Shazira dalam Ustaz Amirul, ouhh tidak sanggup, waktu begini amat shahdu bagi saya.
kalau ini memang tak restu lah

Apa yang mampu saya ucapkan selamat bertunang dan kekal hingga ke akhir hayat
So, lepas ni saya nak cari Imam Muda la heheheheh. Sedih weh, sedih nih saja chill kan diri aha.


pergilah Ashraf Muslim, saya pun masih muda trang tang tang ahaks semoga berbahagia

Mereka saya dan jejantas

Ini entri dah lama tapi baru nak update ,... Lepas balik dari MUET saya balik naik public bus, umi tunggu saya di TJ Mart. Dengan feel riang ria raya, saya capai bus Maju terus menembusi perut bas. Bas berhenti di hadapan hospital Kulai (mesti ada 2 perkara).

1. Sebab traffic light
2. Sebab orang tahan bus nak naik

Maknanya ada 2 perhetian,

Actually saya jarang nampak fenomena ini, yela kalau kat kolej,naik bus kolej je, weekends kalau jalan-jalan naik bus pon, dia tak berhenti kat hospital, ada,ya saya tahu ada, tapi jarang la orang dari hospital yang naik, mana taknya hospitalkan tutup public holiday, emergency je bukak.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah orang yang balik dari hospital, sebenarnya, Ada yang tua bertongkat, ada yang mengandung pimpin anak, ada yang muda badan luka-luka dan ada jugak yang beruniform dan semuanya menjinjit beg plastik berwarna putih sah-sah ubat la tu kan .Mereka pun naik dengan penuh berhati-hati sambil diperhatikan oleh saya.
Sah-sah tak jumpa jalan balik

Ouhh dah tiba masanya untuk saya menekan loceng, untuk turun, ingat saya je yang turun, tapi ada perempuan mengandung memimpin anak juga turun.

Saya turun terus medapatkan jejantas yang berhampiran, tak sanggup saya nak bertarung nyawa melintas jalan yang sah-sah kereta bayak, biasa la kulai kan dah jadi bandar ahahha.

Dari atas jejantas saya tengok wanita mengandung sambil memimpin anaknya nak melintas jalan, dalam hati saya kenapalah dia nak lintas, padahal dah cantik jejantas nih. saya dah ke seberang pun, dia masih belum berjaya melintas jalan, tak lama lepas tu saya lihat dia pergi ke traffic light dan mennyeberang jalan, dalam hati saya kasihanya dia, dah la mengandung.

Saya rasa dia tak larat nak daki tangga jejantas sebab, dia kan mengandung. Balik saya cerita dengan umi, saya cakap kalaulah saya jadi princess di raja, saya nak sediakan jejantas untuk orang mengandung. Umi saya kata jangan nak berangan la. Umi memang tak supportive langsung, saja memperkotak-katikkan angan-angan saya.


so siapa salah, saya ke atau jejatas tuh?.

Wednesday 13 April 2011

Muet..Apa Sudah jadi


Alhamdulilah itulah kata-kata keramat yang mampu saya ucapkan selepas tamatnya Speaking test semalam...

Betullah cerita budak naem tu, ..lama kena tunggu,..
(kalau giliran last-last memanglah lama kan..)..
Macam ini ceritanya, saya dah sampai awal-awal pagi, dalam schedule pukul 11.00 pagi tapi 10.10 pagi saya dah terpacak dekat sekolah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya..(STARP) la tu...Saya pergi Office dulu tanya, dekat mana tempat ambil MUET, dia kata dekat block A..Salah parking la,...Block A kat depan sekali,...takpelah, jalan-jalan makan angin la kat sekolah, lagipun dah lama tak pergi sekolah....terkenang memori-memori zaman sekolah dulu....

Sampai di block A, ada nampak orang yang mencurigakan...mestilah gang-gang yang nak ambil MUET jugak tu,...aha...Sempatlah borak-borak,...nama siapa, dari mana, umur berapa, dah berapa kali ambil muet, ..dan macam-macam-macam....

Ouhh, masuk kelas (bilik quarentin) , antara 11-11.30 pg tu kena buat pendaftaran dulu, handphone kena rampas (tak dapat nak main game)....ouhh namaku bawah sekali yela kes rayuan kan..fine....ada briefing sikit, sesi membuka kertas soalan dari sampul, gunting-mengunting dan sebagainya...

Disebabkan saya kadang-kadang ada mood saya suka menunggu, sempatlah termenung sana sini, teringat zaman-zaman sekolah, teringat naik bus, teringat duduk dalam kelas, berangan,...suka imagine perkara-perkara yang dah lepas, ...Tiba-tiba group ketiga,..group saya lah tu..tepat 12.30 tengah hari, ....

Dengan langkah yang penuh tersusun rapi, debaran menghadap para audience yang sangat ramai di Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyayikan lagu keramat Akademi Fantasia....eh bukanlah, saya kan ada di sekolah.....okey saya Candidates C, Candidates yang terakhir, ..sebab seorang tak datang....

Debaran semakin terasa,...dapat tajuk...Why Foreign students choose Malaysia to further their study ?....Dan saya dapat point Affordable living cost,...dan saya memberi 3 point, 1. Economy factors, Products of Malaysia and my last reasons is Exchange Rates....Lepas tu, saya explain satu persatu dengan ayat sendiri......

Dan akhirnya, selepas berdiskusi, Bertudung biru dan bertudung pink bersetuju dengan pendapat bertudung peach itu...siapa bertudung peach tu...(i la...) aha....

Memang habis di balun, candidates lain pun tak kurang hebatnya....jadi sepakat...Why Foreign student choose Malaysia to further their study because Malaysia is country that affordable living cost compare to another country...

Apapun, saya harap semuanya yang terbaik,..perjuangan belum berakhir disini,...ada banyak lagi perjuangan belum saya tempuhi....

Monday 11 April 2011

Esok MUET lah...


Aiii...belum esok lagi..kenapa tangan sejuk semacam nih...nasib baik bukan macam-macam...lepas baca belog budak naem tu, ada semangat ada...ada takut pun ada...semua ada...macam-macam ada...

Dia dah, saya? esok la turn saya...Saya memang selalu nervous...ni tangan baru sejuk...Dan esok, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran mesti rasa mual,....itulah habit saya yang paling tak cool...

Tapi Insya Allah, mesti yakin boleh buat yang terbaik.....

Ya Allah, tolonglah hambamu ini....

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku;

Wajib baca doa di atas banyak-banyak...

Wednesday 6 April 2011

Clean and Cleaner

Umm...datang ke tak nih,?... harap-haraplah orang lain....Bagus sangat kalau dah tukar orang lagi....
Tiba-tiba,....
Owh pakcik itu datang lagi....berkopiah, berbaju kemeja, berseluar slack, berkasut full cover...sangat smart penampilan pakcik...terima kasih pakcik, ....pakcik memang menjaga kebersihan disini dan diri pakcik....
Office bersih, baru selesa nak buat kerja (macam kat sekolah, kelas bersih baru selesa nak belajar)

Sebenarnya saya sedih tengok Pak cik nih, saya bukan nak kutuk nak mengata, tapi ini realiti yang harus saya tempuhi setiap hari....beberapa hari ini....Umur macam pakcik tak sesuai berada di sini, Pakcik patut duduk di rumah, rehat, bermain dengan cucu, bersembang dengan ikan, makan dan minum dan tidur di rumah sahaja...bukan berada di sini...bukan....
kerja saya kat office nih, tengok awak je....

Tak sanggup nak tengok pakcik buat kerja, cuci toilet, vacuum office, angkat sampah....tak sanggup....Kadang-kadang saya bayangkan bapa saya sendiri yang sedang membuat kerja itu...kenapa bukan anak muda yang sihat sejahtera, kenapa bukan orang yang menjadi kutu rayau, atau yang sering melepak di Shopping Complex tu, kenapa bukan yang tanam anggur di rumah tu....

Masuk pakcik nih dah 5kali tukar cleaner di sini...Mula-mula, budak sekolah tapi time tu cuti sekolah...(okeylah cuti sekolah, bagus budak macam tu) , lepas tu, pakcik la, tapi muda sikit,..kuat bertenaga, rajin....tapi saya tak tahu kenapa dia berhenti, tak lama lepas tu, budak perempuan dari seberang (yang ini malas sikit, pastu curi makanan, hahah,..ni kesian dia, tapi kalau nak, mintak izin, semua orang akan bagi) pun dah berhenti, lepas tu gadis seberang juga, yang ini rajin sangat, senyum je...okeylah buat kerja....tapi tak sampai berapa hari dah berhenti....tak sempat nak berkenalan..lepastu,..OKU,..ini lagi tak tahan saya nak tengok...dia macam jalan tak elok sangat, lagi haru saya dibuatnya...nasib baik 2hari je kot....Lepastu baru pakcik nih....

Dah biasa jadi cleaner di rumah sendiri

Lagi satu, kenapa agent cleaner ni tak cari orang yang kuat, bertenaga, yang muda, yang dari seberang dan yang berlagak sikit...berlagak tu maksudnya dia suka tugas dia, rasa bangga dengan tugas dia...Ini satu bangsa dengan kita, orang Bangla pon uat keje security duduk relax je....Tak sanggup beb tengok....
Rasa macam nak cakap kat pakcik tu, pakcik duduk yer tengok saya buat....Apa lagi keluarkan tongkat sakti, goncang-goncang...sebab saya ada..magic, magic, maaaagic,...
(lagu B.O.B-Magic )...
Hayun tongkat je terus...

1. Dah siap vaccum
2. Toilet bersih dan wangi
3. Sampah dah berkutip
4. Pantry tersusun rapi
5. Meja dan tingkap siap di lap...

Tapi, apalah daya saya?.....
Saya mohon sangat cepat-cepatlah tukar cleaner yang lain...Yang kuat, bersemangat, rajin dan berlagak sikit..sikit je....