Friday 28 January 2011

Lebih Gila

Entri kali ini bukan nak mencarut, tapi lebih kepada hakikat....kadang kala macam nak gila menahan marah, kadang-kadang macam nak gila kita buat kerja itu, ini, kadang-kadang macam nak gila aku cintakan dia, kadang-kadang macam nak gila aku taip sekali laptop hang, kadang-kadang macam nak gila aku fikir, kadang-kadang aku gila...

So, itulah hakikat....

Kau jangan nak buat kerja gila.... Gila betul la budak ni, gila.. gila...dan gila...

owh tak lupa juga, entri ni tidak bermaksud kepada sesiapa sebenarnya....tapi lebih kepada diri sendiri...

Jom kita tengok lirik kali ini...

Awak buat saya lebih gila


Saya tidak pernah menghapuskan dengan angin, hanya biarkan ia aliran
Biarkan ia bawa saya di mana ia hendak pergi
Til anda membuka pintu itu, terdapat lebih lagi
Saya tidak pernah melihat ia sebelum ini
Saya mencuba untuk terbang tetapi saya tidak dapat mencari sayap-sayap saya
Tetapi anda bertambah baik dan anda mengubah semuanya

Anda mengangkat kaki saya dari tanah
Anda pusing saya sekitar
Anda membuatku lebih gila lebih gila
Berasa seperti saya jatuh dan saya tersesat dalam mata anda
Anda membuatku lebih gila lebih gila lebih gila

Saya melihat dari satu jarak sebagai anda menjadikan kehidupan anda sendiri
Setiap langit ialah anda sendiri agak biru
Dan saya mahu untuk tahu bagaimana yang akan berasa
Dan anda berjaya begitu benar
Anda menunjukkan saya sesuatu yang saya tidak boleh melihat
Anda membuka mata saya dan anda membuat saya percaya.

Anda mengangkat kaki saya dari tanah
Anda pusing saya sekitar
Anda membuatku lebih gila lebih gila
Berasa seperti saya jatuh dan saya tersesat dalam mata anda
Anda membuatku lebih gila lebih gila lebih gila oh

Bayi anda menunjukkan saya apa livin' ialah untuk
Saya tidak mahu menyembunyikan lagi

Anda mengangkat kaki saya dari tanah
Anda pusing saya sekitar
Anda membuatku lebih gila lebih gila
Berasa seperti saya jatuh dan saya tersesat dalam mata anda
Anda membuatku lebih gila lebih gila lebih gila lebih gila lebih gila

Februari

Assalamualaikum semua, tak sabar rasanya nak masuk bulan Februari, bukan sebab valentinelah,..tapi sebab Februari ini akan buka tawaran sambung degree..Oh tak sabar rasanya, mintak-mintaklah dapat...lepas ni habis praktikal, sambung belajar, lepas tu boleh kerja...
Fakulti pengurusan dan teknologi pejabat, menawarkan pautan yang sangat menarik kepada pelajarnya untuk sambung ke ijazah nanti, iaitu...



Buat masa sekarang saya rasa, Office system antara nak atau tak nak, untuk Customer Service, terus keluar kategori Event pon sama jugak, sebab saya tak cukup hyperactive...dan pilihan saya buat masa sekarang adalah Health Management...

Saya dah cari info daripada UITM punya website,

Programme details pon saya dah tengok, so impressive kan.....


Apa kerja yang saya boleh buat jika saya ambil course ini, wow..have a big opportunity..
dan...

facebook, saya tengok testimoni mereka, ada yang kata tough sangat, ada yang kata susah bawak, but dorang still boleh move on dengan course ini, so, ...maybe the next person is me....

Korang-korang semua, yang ada ambil course ini, atau adik-beradik korang, atau cousin korang, siapa-siapalah yang ada kait mengait, silalah beri info pada saya......

Betul ke tindakan saya ni? dan saya amat memerlukan nasihat anda semua...


Thursday 27 January 2011

stress ke tak stress ni..

Pagi-pagi tak bagi salam, tak say hello terus tanya..

Boss: Karen, do you have...bla...bla...bla...?

beliau: Yes, i already....bla...bla...bla....

Boss: Okey, just make sure...bla...bla...bla...

beliau: okey,....bla...bla...bla...

pagi-pagi bukak pintu pejabat, terus tanya pasal kerja..semalam beliau lah yang balik paling lambat, dan datang paling awal dengan wajah ceria pagi ini..Rajin betul beliau yang berketurunan Tiong Hua tu....kagum betul...

kadag-kadang saya terfikir....anak-anak beliau tak merengek manja ke?, mummy asik work je...., ataupun suaminya tak berleter ke? isteri asik tak ada di rumah...ataupun juga, barang-barang rumah semua cukup ke mummy tak pergi beli .....

Monday to Friday, seluruh hati, jiwa dan raga beliau curahkan kepada kerja...kerja...kerja....dan kerja...
nak duduk rumah ke nak kerja, nak duduk rumah ke nak kerja...

kalau dibandingan dengan saya, saya hanya praktikal di sini, sama seperti beliau, monday to friday sama juga, datang lambat 5-10 minit tu biasalah...., balik sharp pukul 6 petang...
sampai rumah, pukul 7, dah penat...so mari kita, mandi, solat, dinner, tengok tv dan tidur sampai ke subuh, teruskan lagi dengan rutin saya....but still mata kuyu bila datang kerja....

kerja untuk bertelurkan duit

then, kat tempat kerja bukan buat apa sangat pun, tapi kerja tetap ada ae...jangan kata saya makan gaji buta je....yelah saya praktikal lah....tu pun menghitung waktu nak balik, bila masuk pukul 5:30 tu dah sampai zon selesa...nak balik YAY! nak balik YAY!...

lain sangat dengan beliau, setiap hari balik lambat....pukul 6 petang pun still nampak macam tengah hari...

Mungkin itulah tugas Finance Manager...tabahnya beliau....

Semua Finance Manager kerja macam beliau ke?, officer kerja macam tu ke? macam tu ke? macam tu ke?

tak nak jadi macam ini

Wednesday 26 January 2011

Raining

Hujan batu dan hujan emas,

Kat luar hujan selebatnya (lokasi, Nusajaya) nama best je..Teringat umi cakap, laporan kaji cuaca kata, cuaca tak berapa sihat sampai bulan mac ni. Saya kat sini menahan sejuk sampai gigil-gigil lutut bila berdiri..tapi kena still bersyukur tak mati dalam kepanasan...

hujan batu di negeri sendiri

Cakap pasal hujan, time sekolah dulu famous dengan pepatah ini " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri" lebih baik di negeri sendiri, pakar bahasa punjangga...tolonglah fahamkan saya....kenapa bukan negeri kita yang emas, kenapa negeri orang lain, ..kenapa?..kenapa?
hujan emas di negeri orang, mestilah nak emas!

Dalam pada itu, saya mempunyai satu impian, tapi saya tak tahu boleh tercapai atau tak...50%-50%...iaitu saya nak sangat belajar sampai ke negeri/negara orang, saya nak kerja kat sana, dan nak cuba menetapkan sana, dalam beberapa tahun, saya nak sangat pergi negeri/negara orang yang ada hujan emas tu....

cerita lain pula,
dulu saya tak minat sangat dengan kumpulan HUJAN...yelah adik saya suka nyanyi lagu kumpulan HUJAN kuat-kuat, kalau suara best tak pelah.... ni so so...lepas tu saya tengok Siti Nurhaliza nyanyi dengan Noh HUJAN time hari raya, sejak tu saya terus layan lagu HUJAN...selain tu jugak, lepas Mizz Nina dengan Noh HUJAN tunang, bertambah-tambah la suka....
HUJAN, noh dan mizz nina

Kan seronok suka, atas kegembiraan orang lain...

Hujan masih lebat di luar sana....

Lepas hujan ni, ada pelangi tak?


Contest: Gambar tak nampak muka paling cool



huh cool ke kau? sejuk je duduk dalam office nih....okeylah, sekali lagi saya dijemput untuk menghadirkan diri dalam contest nih...so mari kita "mengontest". Jemputan kali ini datangnya daripada Pekan, Pahang, kalau tak lain tak bukan Miss Amani Ashraff...

Okey selalunya, contest-contest, nak tujuk gambar paling cutelah, paling lawalah, paling bergayalah, paling smart lah, dan paling, paling lah...but kali ini pun paling juga, tapi paling tak nampak muka dan paling cool...eh salah, nanti kena marah dengan admin, actually gambar tak nampak muka paling cool,

so, saya telah pilih mana gambar saya yang paling tak nampak muka walau seinci pon, nampak badan je, dengan oppssss... my butts....takpelah tak sexy pon,.... dia taknak tengok muka kau lah...aha..

saya pertaruhkan yang ini!





ini lah picturenya...

so korang nak jadi cool jugak, bolehlah join contest nih k...

syarat dia tag 3 orang kawan, kalau siapa-siapa nak join, tapi saya tak tag

sila berbuat demikian di sini..



hamik kau,

ini orang yang cool, kena tag dengan orang yang cool,

1. yaya


Tuesday 25 January 2011

Ku tak tahu apa yang terjadi


Tajuk title sama dengan update status kat facebook...cececey...berjiwang pagi-pagi...

First time dengar lagu ini time tengok video klip angkasawan negara kita dengan isterinya kawin, sejak Kak Mek download daripada facebook sape tah,. seminggu jugak macam ngigau nak tengok jew...curi-curi berjiwang-jiwang...even though, bukan saya yang kawin, atau kakak saya yang kawin, atau jiran sebelah yang kawin, tapi..jejaka idaman saya yang kawin...patutnya sedih tapi suka pulak...huhuhu...

Tapikan..baru semalam saya tergerak hati nak cari lagu tu...patutlah suara lunak merdu, manje-manje comel dan di sukai ramai, who else, kalau bukan Gita Gutawa...tajuk lagu Apa Kata Bintang...tak sesuai sungguh...

yelah macam belog kau jugak, tajuk lain, isi lain,...tajuk punya gempak, isi tak seberapa....

Ape ape pon hati saya kembang macam taman bunga di raja bila dengar lagu nih....

so, all the girl, yang suka feeling lebih-lebih, sesuai sangatlah layan lagu nih...

Nah amik lirik...

Gita Gutawa – Apa Kata Bintang


Ku tak tahu apa yang terjadi
Pada hatiku ini
tak ku mengertiGetar ini belum pernah ada
Tak pernah kurasakan
Selama ini

Malu-malu aku mengakuinya
Karena aku kini belum dewasa

Berjuta cahaya datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukainya

Sekarang ku sering melamun
dan juga kusenang bercermin
Oh mengapa ini

Malu-malu aku mengakuinya
Karena ku belum dewasa
Berjuta cahaya datang padaku

Berjuta cahaya datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukainya

Malu-malu aku mengakuinya
Karena ku kini belum dewasa

Berjuta cinta yang datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukainya

Berjuta cinta yang datang padaku
Menari ditanganku
Menyanyikan lagu tentangnya
Duhai bintang mungkinkah
Yang kurasa
Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukai dirinya

Apakah sudah saatnya
Untuk ku menyukai dirinya

Nampak sangat ketinggalan zaman kan....sorry video tak dapat nak download, problem sikit...so korang boleh godek-godek kat youtube ae..

Contest: colorclickz 1st giveway 2011


Ada contest lagi kali ini, okey kali ini datangnya daripada Cik misi, beliau nak saya menang katanya..heheh..tak lah dia kata.."awak saya tag awak di sini" apa lagi..kelik lah...sini

Sempena nak naik bulan februari nih, mesti korang dah fikir-fikir untuk valentine nanti, tak kurang jugak yang menentangnya....


walaupun kita sebagai umat islam tak baik untuk menyambutnya, tapi kita boleh anggap hari untuk kita curahkan kasih sayang, kepada ibu bapa kita, kawan-kawan kita dan adik-beradik kita tu...

Saya teringat waktu hari kekasih, time tu saya darjah 4 atau 5, saya ada seorang kawan, dia hadiahkan saya gelang, batu-batunya, macam bendera Amerika ....tapi,...saya dah tak ingat gelang tu letak mana...selain tu jugak kawan saya bagi batu seremban...ala yang ada 5 ketul batu tu....dia letak cantik-cantik dalam kotak..kotaknya ada lagi..tapi batunya..entah di mana...sempena hari kekasih juga...

yang kawan saya bagi gelang tu nama dia, Noor Faridah binti Nordin orang Taman Megah Ria, Pasir Gudang dan yang bagi batu seremban tu namadia Atikah orang Air biru tak silap saya...dan seorang lagi nama Syafiqah, kita kawan baik, dan ada ikrar tersendiri, saya ada simpan, tapi tak ingat letak mana...nanti saya cari ok...Almost 10 years saya dah tak jumpa mereka sejak naik form 1...saya percaya one day, saya mesti dapat jumpa mereka.

Last kali kalau saya menang Colorclickz 1st giveway 2011 nih, saya nak hadiahkan pada bagi kawan saya tu, tapi kalau saya masih tak jumpa mereka..saya pakai je lah..hehehhe...

So korang jugak berhak nak menang hadiah ok, so saya tag,


oeky untuk maklumat lanjut korang boleh terus berhubung dengan admin ok..

Monday 24 January 2011

Contest: belog paling cantik, comel dan kemas!


Nak join contest lagi....Okeylah..selepas kecundang untuk menang kasut, saya cuba lagi contest lain...seperti biasa saya dapat jemputan daripada seorang kawan baik..kami classmate, housemate, roomate, toiletmate, but not blanketmate...aha...ni dia nih..

Untuk menyertai contest kali ini admin nak tengok belog mane yang palingggggggggggg cantik, yang palinggggggggggggggggggg comel omel dan yang palingggggggggggggggg kemas!

Okey lets check out syarat...

  1. Jadi follower FARZANA FARZANTO. CHECK!
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana) CHECK!
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja. CHECK!
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
Okey ini entry dia...

Dalam banyak-banyak contest yang saya join inilah contest yang saya rasa susah dan memang takda harapan nak menang sebab...

1. kalau paling cantik:

blog saya penghiasnye adalah saya sendiri, kalau saya letak muka Aisywarya rai dan lelaki kacak Zack Afron mungkinlah menang..ataupun penyayi KPOP yang glamer bagai tu..tapi penyeri belog nih tak cukup setanding dengak belog-belog lain....Saya cuma letak muka mintak simpati untuk singgah belog ini je....aha..

2. kalau paling comel:

Nih lagi tak boleh belah...takda satu pon aicon comel dalam nih...dulu adalah favicon tapi tah mane dah hilang....Dah sah-sah cik Farzana Farzanto ketepikan belong saya nih...

3. kalau paling kemas:

kekemasan mengemas rumah memang favorite saya, tapi nak kemas belog bagi kemas-kemas nih yang lemah...IT takdelah buta sangat tapi tak reti nak upgrade belog nih sebenarnya...kadang-kadang pun jarang update, sampai bersarang-sarang labah-labah dalam nih...


5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda

blog CCK karamel
blog CCK love money
blog CCK itu ku cari
blog CCK moon

6.letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni. CHECK!


7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan. CHECK!

8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011 CHECK!

9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda. CHECK!

Warkah buat dia yang bernama Nadia Afiqah


Hari ini saya nak guna aku, sebab saya rapat dengan dia...lebih close dengan dia..so untuk entry kali ini..saya akan guna aku..Korang jangan nak buat-buat terkezut eh...

Pertama kali kau text aku, ajak aku..aku memang tak nak pergi pon, sebab aku dah malas asik cancel je....tapi kau merayu kat aku...takut exboyfriend kau nampak kau jalan dan datang dengan lelaki...

Nad: Eja nk ikt x? P kol 11 kt uma aku r, kwn aku bwk?

Aku: xpe la nad. ak xekot. btw thanks.tc.

Nad: Eja, jom la, liza xle g plak, aku xnk g bdua je ngn kwn aku, akem ad kt sne, t ktrg amek kw.

(aku bila orang da offer nk amik, aku ok lah kan..)

Aku: balik kol bpe?

Nad: Pas sanding blek r, kol 2 lbh ke..

Aku: owh..bole la cian ko. kol bpe nk g? ko tawu x jaln g dwn tmpt kwn miss?

Nad: dwan je tw, jaln xtw, t kol 11.30 aku amek kw, tgu kt pgr ea.

...................................................................................................................................................................

Tak lama lepas tu sambil aku siap dia kol, tanya pasal hadiah pulak..

aku cakap beli je nanti kau claim kat aku....dia mintak aku tong-tong duit minyak aku cakap ok je...mula-mula dia mintak rm10 tapi dia rasa macam tak cukup, dia cakap rm30..aku cakap ok lagi....

Pastu dalam kereta aku terus hulurkan rm20 dia pulangkan rm5 pada aku....untuk isi minyak...dalam kereta aku tanya Nad hadiah berapa, dia kata rm 14, dengan sampul rm15 la, aku sambung...

niat dalam hati aku, takpelah nanti balik sebelum aku kuar kereta, aku bagi rm10 pada dia...sebab dia dah susah payah ajak aku macam nih...

setibalah aku di sana....excited kat sana(tak behave), yelah jumpa lecturer-lecturer aku, nak tanya pasal praktikal...jumpa, zarul, olin, aten, jam n nadia...jumpa lagi nell...kak wawa, fami..banyak lagilah..
lepas makan aku terus cakap dengan nad nak pergi join dorang...
Aku: Nad jom g kat diorang...

Nad: jom..

aku dan nad beriringan ke sana

lepas jumpa ape lagi..borak la..pasal praktikal masing-masing...

nad: aku nak g kt boby (nama si jejaka y bwk ktorg) la cian dia...

aku: ok...

pastu sambil borak-borak kita amik la gambar...

tiba-tiba aku dapat text dari nad

nad: amek gmbr xajak

aku: dtg la sini

Tak lama lepas tu dia datang...ada satu pukulan kasar siggah di bahu aku ya...aiii lain macam je..

tapi time tu kitorang da tak amik gambar lagi...

Nad: cepatlah amik gambar..

aku dan kawan-kawan-kawan lain terdiam...tak tahu nak cakap apa...macam speechless...

yang lain pun bercerita la pasal itu ini...pastu dia pun duduk tempat dia, balik di hujung meja sana...

tak lama lepas tu aku tengok jam da pukul 2 suku..jam g nak balik...aku pun pergi tmpat nad dan dengan harapan nak ajak dia amik gambar sekali..sebab sume dah nak balik..

aku: nad jomlah amik gambar degan miss...kat ats pelamin...

nad: ingatkan ko da xtahu ke pangkal jalan, ke pangkuan jalan..gitu lah..yang penting ada jalan...

aku: (segih jela) jomlah amik gambar sana...

nad: tak nak lah aku...(sambil borak dengan adik akem)

pergilah aku mengambil gambar di sana...bersama kawan-kawan kelas aku...

tepat 2.30...sume dah nak balik....aku pun pergi tempat nadia..aku ajak balik....

aku: jomlah nak balik tak, da 2.30...ramai dah nak balik...

Nad: ok jomlah...(degan muka dia aku xreti nak gambarkan..)

terus dia bangun...dalam hati aku..dia merajuk kot...sebab aku tinggalkn dia...tapi aku dah ajak...lagipun kan ada boby sebelah dia...tapi xkan lah...

pastu kitorang baliklah....dalam kereta dia text aku

nad: Nk shre wet hdiah x?

aku tak replylah yela, dalam kereta..cakap jelah...tak pyah nak text2...nak segan apakan...

aku terus hulur rm10...pastu dia bagi balik rm5....

aku: eh rm8 kan...

nad: nah la... (dia bg aku rm 5)

aku tengok dia lain macam aku amik je lah...

pastu aku sampai ke rumah dengan selamat...

aku ingat dah habis sampai situ....

Malam jam 7.25mlm..waktu magrib...

aku dapat text dari seseorang...

txt: eja kw ikt si gdx 2 td?

aku: a ah la.cian weh die. hu3...2 la ko xnk ekot.

txt: wey ko jgn ckp ngn ndia, jp aku snd msg die td.

msg nadia 1

"pg ngn bobby bes, g ngn eja xbes, huhh! Nsb bek adk akem ngn aku, lw x, bosn"

msg nadia 2

"kw tw x, da r nk claim wet hdiah wt2 bodo j, g ngn ktrg, pas mkn trs ngn geng aten, aku tga bual ngn adk akem tbe2 dtg trs ajk blk, pkse2 tkjot aku, wt muke la"

So inilah yang aku dapat......
anda di luar sana..fikir2kanlah...
bukan nak cakap aku ni baik, kau jahat, tapi aku nak cakap..aku memang bodo sebab aku ekot ko...dan aku terlalu cakap "OK" dengan kau....

aku tak nak serang kau, tapi aku nak kau tahu benda nih...kalau aku silap aku mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki...

Sekian buat Nadia Afiqah.


Nak panggil "Miss" jugak

kredit gambar daripada Hakim OM

sama cantik, sama padan, sama comel

Baru-baru ini atau semalam telah berlangsungnya perkahwinan yang gilang-gemilang lecturer saya yang bernama Miss Hazeniza. Madamlah..

Nak pergi sana pun plan tak berapa nak betul, banyak sangat tak jadi daripada jadi pergi...but at the end, still dapat pergi jugak menyaksikan persandingan Miss Hazeniza dengan suaminya. Madamlah...
Tengok Miss macam tengok artis atas pelamin tu...Madamlah..
sorry picture takda credit daripada saya, kerana handphone nih memory card buat hal...tak boleh nak baca,..virus agaknya...

miss melayan kerenah murid
mak eiiih...mcm kenal ..yang hujung sana...nampak pipi je...

Takpelah..nanti saya amik dari facebook siapa-siapa k...

meriah dan sangat meriah, tentulah separuh dewan je ahli kerabat kolej (INSTEDT), daripada para lecturer, staff dan jugak student...gamat satu dewan tuh...
miss niza dan suami yang bahagia...

Memilih baju berona emas, memang menjadi pilihan pada masa kini, nampaknya miss bijak memilih pakaian yang sesuai buat hari bersejarah, serta berkonsepkan garden di dalam dewan cukup menaikkan seri raja sehari itu...Di sebelah sudut kanan dewan terdapat pondok kecil dihiasi dengan bunga dan daun untuk acara memotong kek...(cara cakap nak macam wartawan nona)...sorry gambar tak da...bayangkan eh...

Okeylah, kesipulannya, miss (madamlah) bukan sahaja menjadi raja sehari tetapi artis sehari juga kerana, para paparazi dan mamarazi sibuk nak ambil gambar serta menemu ramah beliau...

Akhir sekali saya ingin mengucapka
n...

Selamat Pengantin baru kepada Miss Hazeniza dan suami, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...Madamlah...

update dulu nanti isi gambar k...



pelajar yang cun-cun

Friday 21 January 2011

Contest: Picture hitam putih paling cool


Hari-hari nak join contest yea...dah macam tak ada kerja lain..Takpelah belog gue, sekati gue lah... Ok menang kalah belakang cerita, yang penting, saya nak join contest nih...Okeylah contest nih telah di tag, oleh si suraya tuh..siapa lagi member 1 college and 1 course..nih picit nih...

Okeylah saya mempertaruhkan gambar nih, amik kau, sayang-sayang saya sume join sekali...


okey ni picture kelas saya...

Di sebalik gambar yang tersenyum gembira tu, sebenarnya ada juga terselit cerita suka dan duka, ada yang gaduh satu kelas, tak bertegur sapa, pentingkan diri sendiri,belagak, gila kuasa, tak boleh bertolak ansur, cemburu dan lain-lain...

tapi..
yang positifnya, semua bersatu hati time buat keputusan nak decide siapa nak nyanyi untuk MPG, tolong-menolong semasa nak buat event, kerjasama menyiapkan nota AOM (admininstrative office mgt), bantu-membantu mengajar subject killer tu (account), sopan santun bila belajar dalam kelas, mendengar kata lecturer, ketika lecturer mengajar, tak bising dalam kelas, yang ada kereta sanggup ambil kawan pergi kelas, sebab hujan, dan last sekali, siap tolong hantarkan assignment kawan selepas di pinjam untuk meniru....heheheh...biasalah students...

Okeylah kalaulah ye, picture saya terpilih untuk mendapat sesuatu yang berharga RM100 itu, saya nak gunakan duit tu ajak kawan-kawan saya buat reunion makan kat kfc,...

Okeylah itu saja, untuk para pembaca di luar sana nak join sila ikut syarat dan peraturan ya...

1. Macam biasa, mesti jadi follower admin, nak menang
2. Letak banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berlangsung dan link kat belog admin.
3. Buat entry pasal contest, dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau menang RM100? ayat mesti simple...

contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !

4. tag lima orang kawan, yang betol2 korang rasa nak join contest nih.
5. Tarikh tutup : 1 March 2011

Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus berhubung di sini...

lihat siapa yang kena

1. Hitam putih kehidupan Iris
2.Hitam putih kehidupan abg long
3. Hitam putih kehidupan chieyda
4. Hitam putih kehidupan yaya
5. Hitam putih kehidupan angah


Early bird


Ini bukan early bird yang awak-awak semua boleh pergi "family karoke" dan dapat karoke dari pukul 11pagi sampai 1 ptg dengan hanya Rm6 tu, tapi ini adalah pengunjung awal untuk setiap pagi di muka bumi ini, kenapa saya kata demikan,

Okay, pagi-pagi lepas sembahyang subuh, cuba korang bukak tingkap bilik dan lihat pemandangan dari rumah korang tu,

Anda akan nampak burung-burung mula berterbangan untuk mencari rezeki, daun pula masih basah dengan embun pagi, yang sejuk dan nyaman, lampu jalan pula semakin malap, tanda hari makin cerah, ayam pula berkokok mengejutkan sekalian isi alam, suara orang mengaji bersama terjemahan, sudah mula ke penghujung, kini, sang matahari pula masih malu-malu disebalik awan yang comel, kanak-kanak sekolah ada yang berjalan kaki, dan menaiki basikal untuk ke sekolah...suasana subuh yang nyaman tadi sudah semakin cerah dan matahari semakin bersinar..

Inilah yang saya sering lakukan sewaktu pagi, semenjank 3 minggu ini, isnin hingga jumaat, tak pernah rasa jemu...di sinilah anda akan dijanjikan dengan ketenangan sambil melihat ciptaan Allah s.w.t.

Cubalah...

Situasi: Kampung pasir, Johor.

Thursday 20 January 2011

Contest: You, me And SHOES! "letak di kaki bukan kepala"

Dengan gaya supermodel yang cool sekali, saya di tag oleh seorang gadis iaitu, chinatsu..Dia suruh saya, dan awak-awak semua untuk join contest nih...ni lah contest yang paling best ever!..nak tahu apa?..Okey lets check it out...Don't out from my page okey!..

YOU , ME AND SHOES !


Mula cerita dulu, nak dapat hadiah,

Kaki kau memang buruk tapi kau tetap bersyukur, kaki kau memang tak tinggi macam kaki model, tapi kau tetap bersyukur, kaki kau memang tak putih melepak, tapi kau tetap bersyukur, kaki kau tak pulak sehitam bontot kuali, tapi kau tetap bersyukur, kaki kau memang suka pakai selipar kulit tebal, tapi kau tetap bahagia...

Apa yang kau tengok dulu adalah kasut, selipar, sandal, selipar tidur pun kau suka, kau selalu "tiru macam saya" ,kalau tengok dalam magazine Cleo dan Cosmopolitan..., kau memang selalu nak bergaya macam model dalam negara mahupun tempatan, kau memang suka rasa diri kau, mampu jadi macam mereka, kau memang suka nak melaram macam mereka, yang memang itu mereka, kau memang suka cari publisiti, dengan cara kau "tiru macam saya"...dan pelbagai cara kau buat asal nampak bergaya, walaupun hakikatnya definitely NOT...

Sampai abang ipar kau sound, cakap "pakai selipar tebal untuk tambah ketinggian" kau buat derk jek...kau bahagi,a asalkan kau nampak tinggi bak supermodel Tyra, walaupun tidak sama sekali...kau memang selalu berlagak bahagia sekali lagi, dengan mengayakannya, walaupun kau tahu, hakikatnya mustahil untuk dapat ketinggian persis model, tapi kau selalu berjalan dan mahu bergaya seperti model walaupun exactly TAK!

Kau kata lagi, kau adalah gadis dan seorang perempuan, perempuan memang macam ini, kau suka kasut tinggi tapi kadang-kadang kau tak mampu nak pakai dengan jangka masa lama, lepas pergi kenduri, kau tak bawa spare selipar, lalu kau singgah ke kedai 2 ringgit nak beli selipar, sebab kaki kau sakit, namun kau masih setia dengan kasut berkulit tebal (wedges) atau bertumit tinggi itu, kau simpan dia baik-baik dalam kotak..

Akhirnya kau percaya pada diri kau, walaupun kasut diletakkan di tempat yang paling bawah dan kotor, namun dialah yang paling banyak berjasa, tidak kira tinggi atau rendah, nipis atau tebal, ..namun kau tetap bahagia denganya......

Dan kepada anda semua,nilah masanya nak yang free, simpan sikit duit korang, nak kasut jugakkan, korang boleh baca syarat dan peraturan direct kepada admin , i want shoes!

Lagi, yang paling bestnye, walaupun korang tak jadi juara, korang tetap dapat voucher rm5 untuk beli kasut kat kedai her blogshop tuh...kalau korang buat entry untuk contest nih...
so apa tunggu lagi, saya nak tag

Miss Malaysia Mia
Miss Malaysia Aini
Miss Malaysia Aimi
Miss Malaysia Azza
Miss Malaysia Aziera
anda semua nak pakai kasut baru tak?

Wednesday 19 January 2011

Beritahu saya, Kenapa

Saya mengambil satu peluang, saya mengambil satu das
Dan anda mungkin berfikir saya kalis peluru tetapi saya bukan
Anda mengambil sebuah buaian, saya mengambil ia sukar
Dan jatuh di sini dari tanah, oh begitu yang anda

Saya bosan dengan sikap anda
Saya berasa seperti saya tidak tahu anda
Anda memberitahu saya yang anda cintakan saya kemudian andamemotong saya jatuh

Dan saya perlu anda seperti degupan jantung
Tetapi anda tahu anda mendapat satu jalur bermakna
Membuat saya bertanding penutup apabila anda sekitar

Dan di sini bagi anda dan kemarahan anda
Ya, saya ingat apa anda lepas menyatakan malam
Dan saya tahu yang anda melihat apa anda melakukan kepada saya
Beritahu saya, mengapa?

Anda boleh menulis sebuah buku mengenai bagaimana
Untuk merosakkan seseorang hari sempurna
Begini, saya mendapat begitu keliru dan dikecewa
Lupakan apa saya adalah cuba untuk berkata, oh

Saya bosan dengan sebab-sebab anda
Saya tidak ada satu percaya dalam
Anda memberitahu saya yang anda mahu saya, kemudian mendesak ku sekitar

Dan saya perlu anda seperti degupan jantung
Tetapi anda tahu anda mendapat satu jalur bermakna
Membuat saya bertanding penutup apabila anda sekitar


Di sini bagi anda dan kemarahan anda
Ya, saya ingat apa anda lepas menyatakan malam
Dan saya tahu yang anda melihat apa anda melakukan kepada saya
Beritahu saya, mengapa?

Mengapa anda perlu membuat saya berasa kecil
Jadi anda boleh berasa semua di dalam?
Mengapa anda perlu meletakkan jatuh mimpi saya
Jadi anda satu-satunya perkara pada fikiran saya?

Saya bosan dengan sikap anda
Saya berasa seperti saya tidak tahu anda
Anda memberitahu saya yang anda mahu saya kemudiannya dipotongsaya jatuh

Saya bosan dengan sebab-sebab anda
Saya tidak ada satu percaya dalam
Awak tanya saya untuk cinta saya kemudian anda mendesak ku sekitar

Di sini bagi anda dan kemarahan anda
Ya, saya ingat apa anda lepas menyatakan malam
Dan saya tahu yang anda melihat apa anda melakukan kepada saya
Beritahu saya, mengapa? Mengapa? Beritahu saya, mengapa?

Saya ambil satu berundur ke belakang, biar anda pergi
Saya beritahu awak saya tidak kalis peluru
Kini anda tahu

Kegemaranku, ini lagu....

Tuesday 18 January 2011

Jangan sampai buat Spot Check

Acap kali bukak laptop, mesti dating dengan dia..macam dah takda benda lain nak buat...Lepas nih kau dah tak boleh okey...nak dating kena time break je...time kerja tak di benarkan lagi...

Yesterday, Kak Dina dan Kak Azizah, my office mate sengih-sengih je..mereka memang selalu macam tu pun setiap masa..Seronok tengok mereka...ceria sikit office nih...

Kak Dina: Eja dapat e-mail tak?
Saya: e-mail apa kak?
Kak Dina: bukak je la tengok...
saya: esok je lah dah tak sempat nak balik nih..tapi, cakap je la kak...
Kak Dina: Pasal facebook...
Saya: best ke tak best?
Kak Dina: tak best..nanti esok tengok lah...
Saya: ok...

Hari ini, 18 Januari 2011, pagi-pagi dengan wajah ceria dan gembira sambil menyapa Mr. Naik (nike for pronouns) , excited nak buka e-mail, mana tahu dapat naik elaun ke..ahaks...

Hamik kau pagi-pagi...


So, selepas membaca itu dan memahami isi kandungan itu, saya, awak serta kamu-kamu semua dilarang membuka akaun facebook semasa working hours. Okey janji taw? Time kerja tak nice lah kan..

So, untuk membuatkan anda tidak boring atau terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti buat milo panas setiap masa ataupun asik nak pergi toilet je, sebab tak dapat layang facebook...facebook itu faedah ke? ...baik korang buat benda-benda macam ini...

1.
Buatlah karangan untuk belog korang, time nih la korang boleh update blog yang bersawang tuh,...tapi janganlah nampak sangat..pandai coverlah sikit...yang penting buat kerja dulu sampai siap. Dah siap, fikirlah nak tulis apa dalam belog korang tuh...

2.
Download lagu favorite korang...jangan download movie pulak eh...jangan memandai..tuh saya tak ajar...Ni pun kena cover jugak..yelah dia kata jangan chatting..so, download bukan chattingkan...

3.
Baca belog orang, apa informasi yang penting dan segala isu semasa yang korang tak tahu, tapi diberitahu dalam belog orang lain, secara tidak langsung anda dah naikkan lalu lintas belog mereka..dan secara "live"nya pulak, korang dapat input yang berguna, daripada tak tahu jadi tahu..Kan bagus tu...

4.
Selain tu, bagi yang kaki novel atau gila novel, korang bolehlah melayari laman web ni, mungkin dah tak asing bagi korang, http://penulisan2u.blogspot.com..memang best..macam-macam cerita ada, jiwang sikit, jiwang banyak, kekeluargaan, kehidupan...dan banyak lagi.

5.
Last kali, kamu semua bukak la, news straits times online ke, beritaharian online ke, atau the star online ke, dapatlah juga tahu nak gempa bumi ke, isu terjadi semalam dalam bandar dan luar bandar, then, tak payah dah nak buang duit beli surat khabar, selain tu korang jugak tanpa disedari menyahut seruan kerajaan, untuk mengurangkan pembalakkan di negara kita...

Jadi, korang kenalah membahagikan masa, janganlah jumpa buah hati korang tu sangat, tak ke mana pun dia, walaupun ada ura-ura mengatakan beliau akan di tutup oleh pengasasnya..Zack...

Monday 17 January 2011

Buta Lukis

Loceng menjerit-jerit memanggil pelajar supaya berhenti makan sekarang,..Kring!..kring!...kring!....Masa rehat dah tamat, dan selepas ini saya ada 2 masa seni, maksudnya 4o minit + 40 minit = 80 minit untuk subjek PS iaitu Pendidikan Seni, atau lebih tepat lagi "Play Station"...

Station that can playing. Itulah zaman budak sekolah saya. Ada kau panggil abang sekolah, kakak sekolah, remaja sekolah, dewasa sekolah, tak da kan...tapi anda dan saya semua suka panggil zaman kegemilangan itu, adalah "budak sekolah".

Time kelas ini memang best, memang cool, memang ditunggu-tunggu sekalian murid...sebab, ini satu-satunya subject yang kau dan aku, boleh, tak payah fikir banyak-banyak, fikir sikit-sikit sudeh..., tak payah bawak buku dan nota tebal-tebal..nipis-nipis sudeh...., belajar tak payah fokus banyak-banyak.... fokus sikit-sikit sudeh.... dan time nih memang enjoy, untuk orang yang minat kerja-kerja seni..tiru macam saya!

Time form 1 dan form 2 je kot subject ini amat di kuat kuasakan di sekolah, kenapa saya berkata demikian, kerana, ingat lagi time form 3, masa pendidikan seni atau bahasa best masa play station, cikgu yang mengajar subjek teras akan mengambil kelas itu, so, kelas ps sudah di matikan untuk beri laluan kepada pelajar, untuk memberi sepenuh perhatian untuk subject teras. Yelah time PMR mana kau ambil pendidikan seni.

Time pendidikan seni je, suka saya untuk duduk mengendeng dengan cikgu favorite saya, iaitu Cikgu Misri, beliau juga adalah cikgu bahagian pentadbiran, orangnya berkarisma, segak, tegas dan cool.

Cikgu saya, suka buat contoh macam mana nak lukis pada murid-muridnya dulu, so, seperti biasa, saya dengan baiknya meng"offer" kertas lukisan saya untuk menjadi bahan experiment beliau.

Dengan yakin dan confidentnya..

'Cikgu, pakailah saya punya lukisan dan pensil ni..."

Cikgu dalam hatinya berkata.."baiknya student aku nih.."

Okey lepas tu cikgu pun mula melukis, sambil diperhatikan oleh murid-murid..hari ini cikgu lukis gambar buah-buahan tempatan dalam bakul, ada durian, rambutan, manggis, betik dan nenas. wow..conteng-conteng dah siap..itulah cikgu yang mempunyai seni dan mengajar subject seni. Rasa kagum pada setiap murid-murid memaksa murid-murid membuka mulut secara automatik.

Cikgu: "Okey semua, boleh buat lukisan macam ini?"

Murid: " Boooo...Leh Cikgu.."

Owh bahagia, saya memang yakin dan confidentnya lagi, seperti biasa mesti cikgu bagi lukisan yang telah siap pada saya (yelah dah kertas aku), lepas ni durian tu nak colour dengan hijau + kuning sikitlah, manggis tu pakai purple tua...isi dia putih...best..best....

Cikgu pun berlalu meninggalkan kertas lukisan di atas meja saya itu, baru nak membancuh warna, tiba-tiba.....

"Cikgu mana aci...Kathy, cikgu buatkan... dia tinggal colour jek,,..." Mak aeiihh..suara busuk siapalah tu...

Cikgu pun datang balik ke meja saya "Saya ambil lukisan ni ya...,"
Saya: "Its okey cikgu"...senyuman manis saya hadiahkan...

Erk..erk...OMG...what the Chicken punye budak...kuar pagar nanti siap r kau.....

Kring!...kring!...Habis masa,..

"Okey murid-murid esok hantar pada ketua kelas..." suara cikgu

"Bangun kelas...Terima kasih Cikgu.." ketua kelas

"Terima kasih cikgu..." suara murid-murid

Memang tak di nafikan buta lukis memang dah sebati dengan saya, kalau lukis je saya lemah betul...memang tak memuaskan hatilah senang cakap..tapi kalau mewarna memang saya suka..So siapa ada buta lukis macam saya?

goggle punye*
Nanti saya tunjukan lukisan saya yang paling saya rasa cantik...yang saya rasa...memang satu pencapaianlah..nanti eh...