Saturday 26 December 2009

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 3

Ahad, 13 Disember 2009

Alhamdulillah.....Dah sampai ke Cambodia...wow!!!

Phnom Penh Airport keadaanya adalah terkawal. Ramai pelancong dari Malaysia juga yang datang ke Cambodia..dalam flight I tadi seat full..., ada pun extra 1-2 seat je. Sampai lapangan terbang mana-mana pun nak tangkap gambar tak pernah terlupa..huh.. nah! ambil ni...


Location: Wat Phnom

Dari Airport kami terus dibawa oleh our tourist guide pergi mercu tanda kawasan Phnom Penh.

Namanya Wat Phnom ...kawasan ini terletak di atas bukit dan untuk ke sana kena naik tangga ni. Siap kena bayar USD1 lagi untuk melawat tempat ni..Tapi no hal...Semua telah di support ya!!..

Di sini takda banyak tempat yang menarik selain wat, wat, wat dan wat lagi.


Smile...Putri and I sempat lagi...tangga..tangga...

Semua suka bergambar

Kalau you guys datang sini mesti insaf. Budak-budak kecil macam ini seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada cerita pasal picture ni tau. Nampak tak budak-budak yang comel-comel tu pegang ap??? chocolate...... Kawan I Ragu dia dapat chocolate Fererorosher dalam aircraft( MAS la..) ..then Ragu yang berhati mulia ni nak bagi la pada beberapa budak-budak chocolate tu. Malangnya chocolate tu ada tiga biji je. Budak-budak kat situ dahlah ramai..mana puas hati beb member dapat chocolate...kerumun la apa lagi ..yang tak dapat, dah nangis-nangis..Kawan I dah panic kan...Memang kita semua cuak la..bukan apa perasaan bercampur baur sebenarnya. So, kita semua kena ambil iktibar dari semua ni betapa susahnya mereka nak makan.

Saya suka di ambil gambar

hahah..kat sini banyak sangat tugu-tugu yang comel-comel camnih la..

Apa yang menariknya di sini sampai je kita semua tak perasaan ada sebuah jam besar... dah keliling kawasan tersebut dah nak balik baru kitorang perasaan..Tak alert langsung...!!!

Semua suka di ambil gambar mereka. kamu? suka tak?

Thursday 24 December 2009

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 2

Ahad, 13 Disember 2009

Bangun pagi pukul 6:00 pagi I dah bangun untuk bersiap sedia going to Cambodia. Actually I kena marah tau pagi tu sebab I bangun lambat. Ahaks. Bukan I sorang je tapi ramai lagi.

Pagi yang gelap kini sudah terang

Beratur punyalah panjang di kaunter Malaysia Airlines untuk timbang Luggage and simpan dalam perut kapal terbang padahal departure I pukul 9:25 pagi .

Luggage Year End Sales lelong-lelong

Perut I yang berkeroncong ni mulalah menyanyikan bermacam-macam lagu sementara tengah line up orang pon ramai we all bergilir-gilir pergi breakfast . Sampai di MacD apalagi order dan makan makan makan.
Beberapa minit lepas tu announcement untuk masuk kapal terbang.

Konon-konon tak sabar nak naik aircraft

Ramai yang excited gila sebab first time naik aircraft termasuklah I. I control macho je time kapal terbang tu nak berlepas tapi sebenarnya kecut perut.


Bermesra dengan kawan-kawan (Oscar)


Awan macam candy cane

Pukul 10:15 waktu Cambodia kami sampai di lapangan terbang Phenom Penh. Alhamdulilah kami sampai dengan selamat. Akhirnya dapat juga I jejak di bumi Cambodia ini.

Wednesday 23 December 2009

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 1




Rabu, 9 Disember 2009

Macam tak percaya di beri peluang untuk mengikuti program ini…(Malaysian Student Leader Seminar and Education visit to Cambodia 2009) Layak ke I ni ??? Just forget it and go ahead itulah yang mak I cakap. Tak lama lepas tu dapat calling dari Putri. She told me to fax my passport and ic to Mr. Aizat tomorrow morning.



Khamis, 10 Disember 2009

Pagi-pagi lagi dah terpacak kat kedai stationary tu. Tujuannya 1 nak fax. Esok pagi-pagi nak kena balik to my hostel pack semua barang and go to Concord Hotel KLIA. Jalan jauh I kali ni.


Jumaat. 11 Disember 2009

Pukul 11 pagi bertolak dari rumah nak balik hostel. Sepinya hostel ni. Nasib baik la ada student Nursing so tak la suram sangat. Pukul 2 da sampai. Dengan langkah longlai saya masuk ke bilik. Boring. Pukul 3 my housemate balik from Kelantan. Macam-macam rules and condition. Luggage tak boleh lebih dari 20kg lah (Banyaklah sayang-sayang I kena tinggal) tapi time timbang hampeh 13kg jew. Carry luggage its ok 5kg banyak lagi boleh isi dengan beg I yang ringan ni.



Sabtu, 12 Disember 2009

Seawal 6 pagi dah bangun. Nak jalan jauh katakan. Tapi last-last bertolak pukul 9 pagi. Banyak pulak tu kawasan yang di singgah. Akhirnya tepat jam 3:15 pm tibalah I dengan Putri di Hotel tu.

Bili 527. Puas cari rupanya depan mata.


Harta karun a.k.a harta eja


Sebenarnya takut juga duduk dalam bilik sorang-sorang ni. Teringat sebelum ni I baca tentang ada hantu di Hotel. Demi menghilangkan rasa takut tu I apa lagi message-message la family I. Buat-buat mandi, minum kopi. Fikir-fikir tentang kawan baru yang akan menjadi roomate I ni. Tak lama lepas tu dia datang.

I dapat bilik dengan Atiqah Omar. She from Unikl MFI.

Malam ada briefing. Sebelum nak pergi kenalah berkenalan dengan orang dalam Negara dulu. Semuaya friendly dan sifat kepimpinan yang tinggi awal-awal dah nampak memang tak dapat pertikaikan lagi.

Makan macam-macam tak behave langsung. Overall activity malam tu memang best.




now I dengan Tika dah pun jadi bestfriend


“Hello, my name Eja I’m from Instedt College and U..?”



Cheers guys

Tuesday 22 December 2009

Malaysian Student Leader Seminar and Education Visit to Cambodia 2009

60 pelajar ke Kemboja

Oleh Nur Ain Musdad


MELAKA: Seramai 60 peserta terdiri daripada pemimpin pelajar dari 46 buah kolej universiti dan kolej swasta seluruh negara akan menyertai lawatan pendidikan ke Kemboja buat julung kali anjuran Kolej Yayasan Melaka (KYM) selama seminggu bermula 12 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Saroni Judi, berkata program itu bertujuan melahirkan pemimpin pelajar dinamik dan progresif di peringkat antarabangsa di mana mereka berpeluang mengetengahkan bakat mengaturkan perbincangan secara berkumpulan.

“Peserta yang menyertainya akan diberi beberapa topik untuk dibincangkan, malah mereka juga perlu mengetengahkan pendapat masing-masing mengenai sistem pendidikan sedia ada di kedua-dua negara.

“Perbandingan itu dianggap penting bagi membantu membuka fikiran pendidik di sana untuk memajukan sistem pendidikan lebih jauh.




“Ini berikutan kita sedia maklum bahawa Kemboja mengalami pelbagai cabaran dalam membangunkan bidang pendidikan mereka memandangkan kedaifan penduduk serta ekonomi di negara berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mendekatkan pelajar di negara berkenaan supaya dapat berinteraksi bersama pemimpin pelajar dari Malaysia sambil berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing.

Menurutnya, pihaknya juga mengadakan beberapa lawatan ke beberapa institusi pendidikan swasta di negara itu di mana sebahagian daripada pelajar Malaysia yang menyertai program berkenaan adalah pelajar jurusan animasi.

“Kita bukan saja cuba untuk berkongsi pendapat atau pengalaman dengan mereka, malah cuba untuk mengembangkan bidang animasi yang semakin mendapat perhatian kepada mereka.

“Industri animasi ini semakin berkembang dari semasa ke semasa dan ia menjadi salah satu industri yang paling utama kerana menggunakan menggunakan teknologi canggih serta tenaga pakar,” katanya.


Di ambil dari Harian Metro

Jumaat, 11 Disember 2009

Sebelum berangkat ke Cambodia