Wednesday 25 November 2009

Mata Kuyu Mentol Malap

Sesungguhnya mata saya amat kuyu kerana mengantuk ..padahal malam masih muda untuk katil yang empuk menerima pinangan saya untuk beradu di atasnya ..kenapa saya perlu tidur awal padahal lebih seronok dan indah jika online ketika line internet sangat panas, tuntas dan pantas....tentunya di tengah malam ya....Ini kerana mentol yang malap* telah membuatkan mata menjadi kuyu

Esok pagi azan di surau berdekatan bakal mengejutkan saya dengan seruan sembahyangnya itu...
So perlulah saya tidur sekarang ya...Good Night semua...

Nota kaki:*idea

Wednesday 18 November 2009

Kerja Itu Kerja ini....takda kerja....

Entry kali ini saya nak story sikit pasal kerja yang slalu saya buat...selalu ke? senang cakap kena tolonglah time semester break...Actually bukan saya tidak suka la...cume saya rasa kalau saya berkerja dengan family ...lemak-lemak kemalasan meningkat dan secara manualnya takda cabaran...Betul tak?? Jadi atas permintaan stepfather saya, saya dikehendaki menggantikan staff beliau yang sedang bercuti itu.

Mungkin orang yang ada di sekitar Kulai ini dah cukup kenal dengan Hypermarket Kulai mungkin ada juga yang tak kenal. Yelah perkampungan koboi ini sangat terpencil tapi sekarang sudah dinaik taraf ya puan-puan dan tuan-tuan sekalian....Sekarang Kulai dikenali sebagai Kulaijaya .... ya murid-murid sila lihat peta Malaysia ya.!!!

Di dalam Hypermarket Kulai ini ada macam-macam jenis kedai nak hok yang baju-baju bolehlah terus ke kedai butik Tiana Anggun, Green Point, dan Bazar Kita. Then, kalau sekali sekala datang nak shopping barang dapur bolehlah ke tingkat bawah sekali ya terdapat Giant di situ yang menjanjikan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, alatan seharian dan sebagainya...



Dan seterusnya salah satu kedai di situ adalah hak milik sendirian berhad my stepfather TOKO RZY. Kedai ini bukan kedai biasa tau..kedai ni menempatkan pelbagai jenis buku-buku agama tentulah ISLAM....

Buku-buku menarik!!


Haus? bolehlah minum air zam-zam yang menghilangkan dahaga kamu...


Candy buat adik-adik yang tetiba tengok buku mengidam nak gula-gula di sini ada ya...


Kismis minda sihat otak cergas...


Chapal Kulit..yang pastinya bukan dari jenama hush papies ya!!


Perfume yang menjanjikan keharuman dijamin tanpa alcohol..


Minyak Gamat lagi!!! Penat berjalan tiba-tiba lebam pula kakinya bolehlah dapatkan segera di sini!!


Dinding di rumh atau di pejabat anda kelihatan tidak berseri ..pilihlah Fram disini!!

dan lagi...lagi....dan lagii.....

Sambil mengisi masa-masa yang terbuang begitu saja suka saya untuk melihat-lihat dan membelek segala buku-buku di situ terutamanya novel...Novel terbaru di situ ialah
Wiwi kalau baca my entri mesti u suka yang ini...

Alat-alat kemudahan yang memberikan kemudahan kepada saya ketika menjaga kedai tersebut ialah...
Sebuah kerusi besi yang selesa..



Aircond sumbangan khas dari umi saya..Sangat sejuk ya jangan risau..

Dan Air mineral Bleu sumbangan kakngah...



Semasa saya menjaga kedai itu terdapat sekumpulan budak-budak yang melepak-lepak di situ..actually thats its normal..but dorangkan dah besar tak kerja ke hari ini....Inilah yang saya tidak suka jaga kedai di sini atau lebih tepat berkerja di sini bukan itu sahaja ada yang pusing bersama couplenya hampir 10kali..Bagi saya lepak di kedai mamak lebih baik dari menawaf shopping mall.. so orang di luar sana janganlah wating your time macam ni...

Kedai Aunty Ester

Taklupa juga kepada aunty Ester di kedai sebelah ini, orangnya baik, manis ,dan absolutely lah kepohkan......Harap-harap Aunty ESter tak baca belog saya...huhuhu Beliau adalah pemilik butik di sebelah ni...Kalau adalah pertandingan yang menjaga atau lebih tepat lagi caring person of the year of course lah saya akan vote aunty Ester..cayalah...Beliau ada seoraang pembatu lelaki yang namanya tidak dapat disiarkan @ tak tahu la...dia school boy at the evening he do part time job as a sales boy kat kedai Aunty Ester..Baguskan...Cik adik ni boleh tahan kepoh juga but maybe dia pemalu dengan saya la tu, thats why la dia tak banyak cakap.


I pon pemalu ....ni pic dari jauh time dia g toilet..hahha...tawu jew!!!

Contohnya::

Hari tu dia cakap saya dah nampak kurus. Apalagi Aunty Ester terus beritahu saya "Ini boy cakap kamu suda kurus ma....takde gemuk lagi....dulu tembam" kata Aunty Ester kepada saya...
Adalah perasaan megah dan bangga tu tetap ada..... tapi kenapa la...beliau nak cakap gemuk dan tembam ...(ish3 statement tu tak payah la cakap..uat malu aku jew)hatiku berbicara...apalagi menyegih seperti kerang wangilah...
Nampak je kurus!!!

Da habis la...Time untuk kemas rumah..apa guna ada anak dara di rumah...??? Itu lah umi saya katakan selalu...

Tuesday 17 November 2009

sedih ke? Tak la....


Jangan bersedih, jika mendengar kata-kata kasar, kerana kedengkian itu sudah ada sejak dahulu....







Kata-kata itu saya ambil dalam buku Don't Be Sad oleh Dr. Ayidh bin Abdullah al-Qarni..


Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah sentiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang-orang mukmin bersatu mendoakan diri anda setiap kali selesai solat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik, dan di atas semua itu rahman Allah sentiasa menyertai.




Jangan Bersedih! Sesungguhnya satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan gandaanya boleh lebih dari itu. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan yang serupa kecuali jika Allah memberikan keampunan. Betapa maha Pemurahnya Allah dengan semua ini sehingga tiada yang boleh menyamai atau menandingi kedermawanannya.



Bila baca segala isi di atas saya rasa tidak perlu saya bersedih untuk perkara kecil. kenapa? sebab Allah s.w.t sentiasa ada di sisi hamba-hambanya seperti saya...Dan saya patut bersyukur ya.!!!

Sunday 8 November 2009

Tidak menghapdate bersebabkan exam lol....