Saturday 26 December 2009

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 3

Ahad, 13 Disember 2009

Alhamdulillah.....Dah sampai ke Cambodia...wow!!!

Phnom Penh Airport keadaanya adalah terkawal. Ramai pelancong dari Malaysia juga yang datang ke Cambodia..dalam flight I tadi seat full..., ada pun extra 1-2 seat je. Sampai lapangan terbang mana-mana pun nak tangkap gambar tak pernah terlupa..huh.. nah! ambil ni...


Location: Wat Phnom

Dari Airport kami terus dibawa oleh our tourist guide pergi mercu tanda kawasan Phnom Penh.

Namanya Wat Phnom ...kawasan ini terletak di atas bukit dan untuk ke sana kena naik tangga ni. Siap kena bayar USD1 lagi untuk melawat tempat ni..Tapi no hal...Semua telah di support ya!!..

Di sini takda banyak tempat yang menarik selain wat, wat, wat dan wat lagi.


Smile...Putri and I sempat lagi...tangga..tangga...

Semua suka bergambar

Kalau you guys datang sini mesti insaf. Budak-budak kecil macam ini seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada cerita pasal picture ni tau. Nampak tak budak-budak yang comel-comel tu pegang ap??? chocolate...... Kawan I Ragu dia dapat chocolate Fererorosher dalam aircraft( MAS la..) ..then Ragu yang berhati mulia ni nak bagi la pada beberapa budak-budak chocolate tu. Malangnya chocolate tu ada tiga biji je. Budak-budak kat situ dahlah ramai..mana puas hati beb member dapat chocolate...kerumun la apa lagi ..yang tak dapat, dah nangis-nangis..Kawan I dah panic kan...Memang kita semua cuak la..bukan apa perasaan bercampur baur sebenarnya. So, kita semua kena ambil iktibar dari semua ni betapa susahnya mereka nak makan.

Saya suka di ambil gambar

hahah..kat sini banyak sangat tugu-tugu yang comel-comel camnih la..

Apa yang menariknya di sini sampai je kita semua tak perasaan ada sebuah jam besar... dah keliling kawasan tersebut dah nak balik baru kitorang perasaan..Tak alert langsung...!!!

Semua suka di ambil gambar mereka. kamu? suka tak?

Thursday 24 December 2009

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 2

Ahad, 13 Disember 2009

Bangun pagi pukul 6:00 pagi I dah bangun untuk bersiap sedia going to Cambodia. Actually I kena marah tau pagi tu sebab I bangun lambat. Ahaks. Bukan I sorang je tapi ramai lagi.

Pagi yang gelap kini sudah terang

Beratur punyalah panjang di kaunter Malaysia Airlines untuk timbang Luggage and simpan dalam perut kapal terbang padahal departure I pukul 9:25 pagi .

Luggage Year End Sales lelong-lelong

Perut I yang berkeroncong ni mulalah menyanyikan bermacam-macam lagu sementara tengah line up orang pon ramai we all bergilir-gilir pergi breakfast . Sampai di MacD apalagi order dan makan makan makan.
Beberapa minit lepas tu announcement untuk masuk kapal terbang.

Konon-konon tak sabar nak naik aircraft

Ramai yang excited gila sebab first time naik aircraft termasuklah I. I control macho je time kapal terbang tu nak berlepas tapi sebenarnya kecut perut.


Bermesra dengan kawan-kawan (Oscar)


Awan macam candy cane

Pukul 10:15 waktu Cambodia kami sampai di lapangan terbang Phenom Penh. Alhamdulilah kami sampai dengan selamat. Akhirnya dapat juga I jejak di bumi Cambodia ini.

Wednesday 23 December 2009

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 1




Rabu, 9 Disember 2009

Macam tak percaya di beri peluang untuk mengikuti program ini…(Malaysian Student Leader Seminar and Education visit to Cambodia 2009) Layak ke I ni ??? Just forget it and go ahead itulah yang mak I cakap. Tak lama lepas tu dapat calling dari Putri. She told me to fax my passport and ic to Mr. Aizat tomorrow morning.



Khamis, 10 Disember 2009

Pagi-pagi lagi dah terpacak kat kedai stationary tu. Tujuannya 1 nak fax. Esok pagi-pagi nak kena balik to my hostel pack semua barang and go to Concord Hotel KLIA. Jalan jauh I kali ni.


Jumaat. 11 Disember 2009

Pukul 11 pagi bertolak dari rumah nak balik hostel. Sepinya hostel ni. Nasib baik la ada student Nursing so tak la suram sangat. Pukul 2 da sampai. Dengan langkah longlai saya masuk ke bilik. Boring. Pukul 3 my housemate balik from Kelantan. Macam-macam rules and condition. Luggage tak boleh lebih dari 20kg lah (Banyaklah sayang-sayang I kena tinggal) tapi time timbang hampeh 13kg jew. Carry luggage its ok 5kg banyak lagi boleh isi dengan beg I yang ringan ni.



Sabtu, 12 Disember 2009

Seawal 6 pagi dah bangun. Nak jalan jauh katakan. Tapi last-last bertolak pukul 9 pagi. Banyak pulak tu kawasan yang di singgah. Akhirnya tepat jam 3:15 pm tibalah I dengan Putri di Hotel tu.

Bili 527. Puas cari rupanya depan mata.


Harta karun a.k.a harta eja


Sebenarnya takut juga duduk dalam bilik sorang-sorang ni. Teringat sebelum ni I baca tentang ada hantu di Hotel. Demi menghilangkan rasa takut tu I apa lagi message-message la family I. Buat-buat mandi, minum kopi. Fikir-fikir tentang kawan baru yang akan menjadi roomate I ni. Tak lama lepas tu dia datang.

I dapat bilik dengan Atiqah Omar. She from Unikl MFI.

Malam ada briefing. Sebelum nak pergi kenalah berkenalan dengan orang dalam Negara dulu. Semuaya friendly dan sifat kepimpinan yang tinggi awal-awal dah nampak memang tak dapat pertikaikan lagi.

Makan macam-macam tak behave langsung. Overall activity malam tu memang best.




now I dengan Tika dah pun jadi bestfriend


“Hello, my name Eja I’m from Instedt College and U..?”



Cheers guys

Tuesday 22 December 2009

Malaysian Student Leader Seminar and Education Visit to Cambodia 2009

60 pelajar ke Kemboja

Oleh Nur Ain Musdad


MELAKA: Seramai 60 peserta terdiri daripada pemimpin pelajar dari 46 buah kolej universiti dan kolej swasta seluruh negara akan menyertai lawatan pendidikan ke Kemboja buat julung kali anjuran Kolej Yayasan Melaka (KYM) selama seminggu bermula 12 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Saroni Judi, berkata program itu bertujuan melahirkan pemimpin pelajar dinamik dan progresif di peringkat antarabangsa di mana mereka berpeluang mengetengahkan bakat mengaturkan perbincangan secara berkumpulan.

“Peserta yang menyertainya akan diberi beberapa topik untuk dibincangkan, malah mereka juga perlu mengetengahkan pendapat masing-masing mengenai sistem pendidikan sedia ada di kedua-dua negara.

“Perbandingan itu dianggap penting bagi membantu membuka fikiran pendidik di sana untuk memajukan sistem pendidikan lebih jauh.




“Ini berikutan kita sedia maklum bahawa Kemboja mengalami pelbagai cabaran dalam membangunkan bidang pendidikan mereka memandangkan kedaifan penduduk serta ekonomi di negara berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mendekatkan pelajar di negara berkenaan supaya dapat berinteraksi bersama pemimpin pelajar dari Malaysia sambil berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing.

Menurutnya, pihaknya juga mengadakan beberapa lawatan ke beberapa institusi pendidikan swasta di negara itu di mana sebahagian daripada pelajar Malaysia yang menyertai program berkenaan adalah pelajar jurusan animasi.

“Kita bukan saja cuba untuk berkongsi pendapat atau pengalaman dengan mereka, malah cuba untuk mengembangkan bidang animasi yang semakin mendapat perhatian kepada mereka.

“Industri animasi ini semakin berkembang dari semasa ke semasa dan ia menjadi salah satu industri yang paling utama kerana menggunakan menggunakan teknologi canggih serta tenaga pakar,” katanya.


Di ambil dari Harian Metro

Jumaat, 11 Disember 2009

Sebelum berangkat ke Cambodia


Wednesday 25 November 2009

Mata Kuyu Mentol Malap

Sesungguhnya mata saya amat kuyu kerana mengantuk ..padahal malam masih muda untuk katil yang empuk menerima pinangan saya untuk beradu di atasnya ..kenapa saya perlu tidur awal padahal lebih seronok dan indah jika online ketika line internet sangat panas, tuntas dan pantas....tentunya di tengah malam ya....Ini kerana mentol yang malap* telah membuatkan mata menjadi kuyu

Esok pagi azan di surau berdekatan bakal mengejutkan saya dengan seruan sembahyangnya itu...
So perlulah saya tidur sekarang ya...Good Night semua...

Nota kaki:*idea

Wednesday 18 November 2009

Kerja Itu Kerja ini....takda kerja....

Entry kali ini saya nak story sikit pasal kerja yang slalu saya buat...selalu ke? senang cakap kena tolonglah time semester break...Actually bukan saya tidak suka la...cume saya rasa kalau saya berkerja dengan family ...lemak-lemak kemalasan meningkat dan secara manualnya takda cabaran...Betul tak?? Jadi atas permintaan stepfather saya, saya dikehendaki menggantikan staff beliau yang sedang bercuti itu.

Mungkin orang yang ada di sekitar Kulai ini dah cukup kenal dengan Hypermarket Kulai mungkin ada juga yang tak kenal. Yelah perkampungan koboi ini sangat terpencil tapi sekarang sudah dinaik taraf ya puan-puan dan tuan-tuan sekalian....Sekarang Kulai dikenali sebagai Kulaijaya .... ya murid-murid sila lihat peta Malaysia ya.!!!

Di dalam Hypermarket Kulai ini ada macam-macam jenis kedai nak hok yang baju-baju bolehlah terus ke kedai butik Tiana Anggun, Green Point, dan Bazar Kita. Then, kalau sekali sekala datang nak shopping barang dapur bolehlah ke tingkat bawah sekali ya terdapat Giant di situ yang menjanjikan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, alatan seharian dan sebagainya...



Dan seterusnya salah satu kedai di situ adalah hak milik sendirian berhad my stepfather TOKO RZY. Kedai ini bukan kedai biasa tau..kedai ni menempatkan pelbagai jenis buku-buku agama tentulah ISLAM....

Buku-buku menarik!!


Haus? bolehlah minum air zam-zam yang menghilangkan dahaga kamu...


Candy buat adik-adik yang tetiba tengok buku mengidam nak gula-gula di sini ada ya...


Kismis minda sihat otak cergas...


Chapal Kulit..yang pastinya bukan dari jenama hush papies ya!!


Perfume yang menjanjikan keharuman dijamin tanpa alcohol..


Minyak Gamat lagi!!! Penat berjalan tiba-tiba lebam pula kakinya bolehlah dapatkan segera di sini!!


Dinding di rumh atau di pejabat anda kelihatan tidak berseri ..pilihlah Fram disini!!

dan lagi...lagi....dan lagii.....

Sambil mengisi masa-masa yang terbuang begitu saja suka saya untuk melihat-lihat dan membelek segala buku-buku di situ terutamanya novel...Novel terbaru di situ ialah
Wiwi kalau baca my entri mesti u suka yang ini...

Alat-alat kemudahan yang memberikan kemudahan kepada saya ketika menjaga kedai tersebut ialah...
Sebuah kerusi besi yang selesa..



Aircond sumbangan khas dari umi saya..Sangat sejuk ya jangan risau..

Dan Air mineral Bleu sumbangan kakngah...



Semasa saya menjaga kedai itu terdapat sekumpulan budak-budak yang melepak-lepak di situ..actually thats its normal..but dorangkan dah besar tak kerja ke hari ini....Inilah yang saya tidak suka jaga kedai di sini atau lebih tepat berkerja di sini bukan itu sahaja ada yang pusing bersama couplenya hampir 10kali..Bagi saya lepak di kedai mamak lebih baik dari menawaf shopping mall.. so orang di luar sana janganlah wating your time macam ni...

Kedai Aunty Ester

Taklupa juga kepada aunty Ester di kedai sebelah ini, orangnya baik, manis ,dan absolutely lah kepohkan......Harap-harap Aunty ESter tak baca belog saya...huhuhu Beliau adalah pemilik butik di sebelah ni...Kalau adalah pertandingan yang menjaga atau lebih tepat lagi caring person of the year of course lah saya akan vote aunty Ester..cayalah...Beliau ada seoraang pembatu lelaki yang namanya tidak dapat disiarkan @ tak tahu la...dia school boy at the evening he do part time job as a sales boy kat kedai Aunty Ester..Baguskan...Cik adik ni boleh tahan kepoh juga but maybe dia pemalu dengan saya la tu, thats why la dia tak banyak cakap.


I pon pemalu ....ni pic dari jauh time dia g toilet..hahha...tawu jew!!!

Contohnya::

Hari tu dia cakap saya dah nampak kurus. Apalagi Aunty Ester terus beritahu saya "Ini boy cakap kamu suda kurus ma....takde gemuk lagi....dulu tembam" kata Aunty Ester kepada saya...
Adalah perasaan megah dan bangga tu tetap ada..... tapi kenapa la...beliau nak cakap gemuk dan tembam ...(ish3 statement tu tak payah la cakap..uat malu aku jew)hatiku berbicara...apalagi menyegih seperti kerang wangilah...
Nampak je kurus!!!

Da habis la...Time untuk kemas rumah..apa guna ada anak dara di rumah...??? Itu lah umi saya katakan selalu...

Tuesday 17 November 2009

sedih ke? Tak la....


Jangan bersedih, jika mendengar kata-kata kasar, kerana kedengkian itu sudah ada sejak dahulu....







Kata-kata itu saya ambil dalam buku Don't Be Sad oleh Dr. Ayidh bin Abdullah al-Qarni..


Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah sentiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang-orang mukmin bersatu mendoakan diri anda setiap kali selesai solat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik, dan di atas semua itu rahman Allah sentiasa menyertai.




Jangan Bersedih! Sesungguhnya satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan gandaanya boleh lebih dari itu. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan yang serupa kecuali jika Allah memberikan keampunan. Betapa maha Pemurahnya Allah dengan semua ini sehingga tiada yang boleh menyamai atau menandingi kedermawanannya.



Bila baca segala isi di atas saya rasa tidak perlu saya bersedih untuk perkara kecil. kenapa? sebab Allah s.w.t sentiasa ada di sisi hamba-hambanya seperti saya...Dan saya patut bersyukur ya.!!!

Sunday 8 November 2009

Tidak menghapdate bersebabkan exam lol....





Saturday 24 October 2009

kejayaanku nama dia....

ngeh3.,,entry kali ni eja mau story tentang purple shirt...
dia...belum balik praktikal lagi...kemungkinan besar adalah hari ini... Sabtu....bersamaan 24hb oktober...bersamaan juga birthday my roomate kiwi lor.... before sleep semalam eja dah wish pada dia...pada kiwi happy birhday..kamu dah besar...heheh.....

Purple Shirt
Setelah beberapa hari eja mensilentkan diri untuk tidak menghubungi dan mengetext purple shirt akhirnya semalam hati terdetik nak call dia....ouuuhhhh...blushing....



Contact->P-> Purple shirt->Calling.................tut tut...tut..tut..

Eja: Hello, Hye...

Purple shirt: Hye eja lama tak call?

Eja: Ermm..hhek2..(dalaman ku berkata "dia ingt aku punya syarikat maxis ke!!")

............meniti kebahagiaan jiwa dan raga sebab purple shirt ingat eja kan..........

Purple Shirt: Kat mana ni?

Eja: Eja dah kat rumah ni...Dah makan?

Purple Shirt : abang belum makan lagi ni....Eja dah makan?

Eja : Dah ..dah nak tito ni..ngantuk semalam uat assgment 1 malam xtito..

Purple Shirt: lor...pergi la rehat dulu...(uhhhh..bahagianya...dia cakap camtu....)

pas beberapa minit mngadu2 pada dia...dia pon mengadu2 pada eja...

Eja: Ok la abang take care...Eja da nak tito ni...emm..

Purple shirt: Ok...Eja rehat k..nite...

Itu saja perbualanya...4 minit 31 saat...setiap detik amat bermakna ........................................................................................................................... Pandang siling dan tersenyum sendiri...layan perasaan... teringat pada si purple shirt...
tak puas tengok pic dalam hp juga ya!!!
Ouuhhhh...di cicah dengan lagu Aril AF7 MENATAP MATAMU.....sangat enak dihayati begitu sahaja melayan perasaan sampai.................................zZz...............zZz...............

Sunday 18 October 2009

rambut...

Sesungguhnya rambut ialah mahkota setiap wanita ya...
Termasuk saya
Ada rambut lurus nak rambut curl..
yang curl nak pulak lurus..
sesungguhnya manusia tak pernah berpuas hati..
Tak puas hati dengan apa yang telah dorang ada..
Termasuklah saya...
Ingat nak buat kelainan untuk malam MPG
Tapi memang betol2 dapat kelainan itu...emmmm
sdeyh..i want my hair back...


BEFORE

........................................................................................................


AFTER

Hasilnya tidak memuaskan diri sayaaaaaaaaaaa...............
arrggggghhhhhhhhh...saya amat tidak selesa dengan rambut ini...
Sebenarnya saya memang susah nak selesa dengan sesuatu yang baru...

emmm..i want my hair back...mesin itu telah meragut rambut saya...

Wednesday 14 October 2009

..mak arah...


ouuuhhh...Mak Arah...maafkan Eja tak dapat pergi airport to say good bye...Now mak Arah dah kat Southampton, United Kingdom take care...jaga Ameen n Meera elok2 Eja pasti merindui kalian.


Selepas 3 tahun nanti kita akan berjumpa...Semoga time tu Eja dah dapat Diploma Ya!!...amin....
Kalau korang nak tahu, mak Arah a.k.a mak usu Eja ni die time muda2 dulu (sekarang muda jugak kot!!) sangat gile2...now bila da ader hubby and children dah matang lawh...rindu time kite pnah men masak2 same2....Tengok pitcha dulu2....ouhhh..its makes me want to back at the pass time....

Tuesday 13 October 2009

PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) YEKER!!!

Mulanya Eja sangat berharap agar tidak dapat pergi ke program nieyh...yelawh bunyinya pown sekema jew kan then pihak berwajib bgtawu sangat lambat bila nak pergi of course la Eja and my friend ada plan somthing....haah..but after evaluation Eja, Amani dan kak ain yang tersangat lawh notti ni boleh terpilih untuk menjadi pembimbing rakan siswa di kolej kami yang kami sayangi ini..ouupppss terlebih suda...


PROGRAM INTENSIF PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS)

DI MANA? PUSAT PEMULIHARAAN BURUNG KUANG, MERSING

BILA?
2 OCTOBER 09- 4 OCTOBER 09


wajah-wajah ceria untuk berangkat...this girl named Amani


membersihkan surau aktiviti yang digemari...
pleasing di khemah orang lain...

peninggalan tulang temulang gajah...isk3...tengok burung2 kuang...kene senyap kerana burung turut mengalami stress!!!
Da nak balik lawh...penat deYh...

Rumusan yg dapat dibuat pada aktviti itu ...

....pergi kelas cepat ada common test...

huh....wake up girl....emmmm soo sleppy deyh....

Wednesday 30 September 2009

layan perasaan yang perasan

Sejak menjak ni eja..selalu teringat pada dia...siapa lagi kalu bukan si purple tu..eemmm...sekarang dia pergi praktikal menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang nurse di salah sebuah hospital yang tidak kurang terkenalnya di johor ni...
Lama lawh dia praktikal sebulan setengah..nanti time eja cuti sem baru dia balik...ohhh tuhan....Sambil-sambil tu eja dengar lagu yang uat eja teringatkan dia selalu...lagu apa?? lagu Siti Nurhaliza lawh....Cintamu....owh sangat bermakna ya!!!...bila dengar lagu ni...slalu harap dia ingt pada eja..ouuhhh...sangatlah perasan....Dah start amani,wawa n zaty mesti menyampah jew..sowy geng...xda choice lawh......so kalau korang rasa nak teringat-ingat pada admirer korang try lagu nieyh k...mesti masyhuk..


Cintamu- Siti Nurhaliza

Nota cinta lama
Kujadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku dibuai kerinduan

Belum pernah ada getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Kini ku temui
Insan yang ku sayangi
Sentiasa di sisi
Bagai bintang yang berseri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku dibuai kerinduan

Belum pernah ada getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Apa jawapan engkau berikan
Tak bisa ku rasa segala rahsia
Kau pesona cinta yang membawa
Bahagia

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Buat purple....lagu untuk awak...geli laWh!!!!...eja!!!..

Friday 25 September 2009

hari raya punya cerita


1 syawal yang hening....Selalunya kalau family eja balik kampung ramai da sambut depan pintu but len pulak raya this year sunyi sepi jew kampungku...Tanpa melengahkan masa rutin harian kami sekeluarga di pagi raya pergi sembahyang raya di surau then terus pergi kubur...nothing special but bermakna....SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday 24 September 2009

..bahagiakah aku??...

Emmm Akhirnya berjaya eja membuka blog ni..rindu sangat nak hapdate..sebelum ni asik error jew..dengan kepakaranku akhirnya berjaya eja merungkai misteri disebalik blog ni...heheheh....
Taknak story pasal raya lagi but Eja nak cerita pasal petang tadi bertarikh 24 september 2009 pada jam 8:35pm eja call boys in purple shirt...i miss him very much...bila dengar suara dia rindu eja terlerai...Apa yang hot ialah i say to him eja rindu kat dia....berani mati lawh..tapi sounds good...die respons ok jew..so boleh layan....hope2 dia rindu eja juga...

Tuesday 8 September 2009

...library...


..eja berada di library instedt yang agak...membosankan sikit...but this is one of place eja nak hapdate blog ini...
Eja sekarang tengah nak masukkan information dekat dalam blog for group assignment csc ktorang...report must submit on 17 September 2009...Sebelum nak balik raya..hehehhe...pening eja nak memikirkan apa nak di letakkan dalam our blog ..kalu untuk blog eja sendiri tak kisah apa-apa pown boleh..kalu group assignment kena mintak persetujuan semuakan.....barulah fair and square...taklah gila kuasa...
ok lah entry kali nie cukuplah... esok masih ader lagi....

Saturday 5 September 2009

..purple....dalam hidupku...

purple Pictures, Images and Photos
....Bertemu kembali dalam rancangan impian eja...untuk slot kali ini eja akan menceritakan tentang kenapa eja perlu berdiam diri(diam ker??)....Berdasarkan pengalaman eja menjalani liku-liku hidup minggu ini...eja rasa amat bermakna dan berharga walaupon boys in purple shirt xbagi harapan ....he just my inspiration...so whatever he do..i dont care..cuma yang eja tawu eja suka die..thats all...kawan-kawan eja yang dikasihi sekalian,,..Thanks to you all vote eja for vice president untuk english society club..but actually eja not excellent in english...kalu nak rojak-rojak tambah kuah tu maybe bolehlah...apa-apa pown u'll dah vote eja..so u all must support me to improve my english language ok....
This week i dunno why i'm so moody...mudah sencitive...maybe red flag semakin hampir...tapi eja belum settle juzuk yang umi suruh eja baca sebab nanti raya umi nak buat qatam al-quran beramai-ramai....hopefully bukan masa terdekatlah eja datang penyakit wanita ini...
My head still spinning..sekarang makin menjadi-jadi..kadang kala eja nangis tahan sakit but bila dah selalu sangat even sakit, eja masih try senyum untuk kawan-kawan eja yang dicintai....i tak sakit itulah ungkapan untuk eja setiap hari...

Semalam sebelum balik tetiba keluar ilham dalam minda nieyh..

PURPLE Pictures, Images and Photos

Bacalah....buat dia yang berbaju purple...

Semalam...kabus tebal...
Aku tak tawu dimana diriku,...
Saat membilang dan membakulsampahkan kertas kerja...
Aku terpandang gambar dia...
Di sudut tepi almari bajuku....
Aku terpandang wajahnya...
Yang begitu menarik perhatianku....
Bukan untuk bersama denganya...
Bukan untuk menjadi miliknya....
Aku sedar siapa diriku di matanya..
Cuma gadis biasa yang ...
menyemakkan mindanya....

Monday 31 August 2009

....NOT FAIR...


...Rindu rasanya xhapdate ini blog...macam-macam story eja nak gosipkan untuk ruangan kali ini...bukan mengumpat ok!! juz nak story life eja sepanjang minggu nieyh...hari ni 31 ogos ...hari kebebasan buat negaraku yang tercinta ini...rasa bangga berada di Malaysia sebab negara kita aman..sampai hari ini eja dapat bangun lambat tanpa sebarang ganguan heheheh...actually thats not the point for this story...cuma kadang-kadang benda yang simple tu yang kita kena fikirkan...
This week eja tak balik rumah eja...Atik said.."macam tak percaya ko tak baliklah eja...selalu ko yang nak balik..." huhuhuh...eja tak balik sebab my soul bukan kat rumah..my soal kat Bandar penuh Penawar ini tah nape tuan punya badan ni xmau balik.....then masa holiday ni eja stay rumah atik(jannah,fiza,arina,..)..rasa peaceful sangat...tak macam asrama(xbek kutuk)....yesterday for buka puasa kitorang masak mee goreng, mira masak wedges biaselah dah dapat diploma dalam game Cooking Academynya itu..hahah..tulah semangat berkobar-kobar kami nak memasak...not bad...rasa mee goreng tu memang sedap...sampai sahur eja makan lagi...(selalunya tak pernah bangun pon tapi terkenangkan mee goreng kami itu..)

Wednesday ada test 1 untuk csc 134...chapter 1 until 5...hopefully eja dapat answer dengan cemerlang...iktiar,usaha,doa dan tawakkal...itu yang penting!!!....hope-hope lah miss azleen murah hati nak bagi markah...

Balik pada hari ini...tadi eja baru accompany atik pergi dengar ceramah business die tu..biasalah Atik ni fikiran die more to business punya olang....macam-macam die sale untuk dapat duit pocket..tapi die memang kawan yang superb....luv u Atik..you are my bestfriend forever...agak busHan lah eja di sana mati kutu jadinya tapi mengenangkan sahabat yang tercinta so sume berlaku dengan mudah...yang penting nak tolong orang hati mau ikhlas deYh...

Hari ni eja pening kepala lagi...tak tawu kenapa sejak akhir-akhir ni nak kata migrain eja pergi check doctor said "its just normal maybe you tired" ..tapi hampir selalu kepala eja berat tapi eja gagahkan juga....harap-harap takda simptom apa-apa...mungkin eja penat...

Boy in purple shirt...emm..actually eja ada call die beberapa hari lepas...dia memang baik when talk to eja...but after eja dengar experience from Jannah, eja rasa takot...before this Jannah ada story die dulu ada minat kat sorang boy ni, and then adakah patut(XPATUT) die cakap Jannah macam haiwan peliharaan dia sebab Jannah minat kat that boy...so not fair and cruel cakap orang macam tuh...eja pon takot kalau boy in purple shirt anggap eja macam gitu jugak...tah lah so from now eja must be careful..jangan show sangat yang kita suka kat seseorang itu.....biar kita sahaja tahu...

photography Pictures, Images and PhotosMoral of the story....kali ini...cintalah dengan orang yang dekat dengan kita...redha dan tabah menghadapi ujian yang ada dalam dunia nieyh...walaupun kadang-kadang kita rasa tak adil pada diri kita, kita mesti percaya ada orang yang masih suka pada kita...untuk girl diluar sana...anggap lelaki yang kita suka as a inspiration untuk kita berjaya..bukan untuk dimiliki atau untuk didekati...luv from eja