Tuesday, 22 December 2009

Malaysian Student Leader Seminar and Education Visit to Cambodia 2009

60 pelajar ke Kemboja

Oleh Nur Ain Musdad


MELAKA: Seramai 60 peserta terdiri daripada pemimpin pelajar dari 46 buah kolej universiti dan kolej swasta seluruh negara akan menyertai lawatan pendidikan ke Kemboja buat julung kali anjuran Kolej Yayasan Melaka (KYM) selama seminggu bermula 12 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Saroni Judi, berkata program itu bertujuan melahirkan pemimpin pelajar dinamik dan progresif di peringkat antarabangsa di mana mereka berpeluang mengetengahkan bakat mengaturkan perbincangan secara berkumpulan.

“Peserta yang menyertainya akan diberi beberapa topik untuk dibincangkan, malah mereka juga perlu mengetengahkan pendapat masing-masing mengenai sistem pendidikan sedia ada di kedua-dua negara.

“Perbandingan itu dianggap penting bagi membantu membuka fikiran pendidik di sana untuk memajukan sistem pendidikan lebih jauh.




“Ini berikutan kita sedia maklum bahawa Kemboja mengalami pelbagai cabaran dalam membangunkan bidang pendidikan mereka memandangkan kedaifan penduduk serta ekonomi di negara berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mendekatkan pelajar di negara berkenaan supaya dapat berinteraksi bersama pemimpin pelajar dari Malaysia sambil berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing.

Menurutnya, pihaknya juga mengadakan beberapa lawatan ke beberapa institusi pendidikan swasta di negara itu di mana sebahagian daripada pelajar Malaysia yang menyertai program berkenaan adalah pelajar jurusan animasi.

“Kita bukan saja cuba untuk berkongsi pendapat atau pengalaman dengan mereka, malah cuba untuk mengembangkan bidang animasi yang semakin mendapat perhatian kepada mereka.

“Industri animasi ini semakin berkembang dari semasa ke semasa dan ia menjadi salah satu industri yang paling utama kerana menggunakan menggunakan teknologi canggih serta tenaga pakar,” katanya.


Di ambil dari Harian Metro

Jumaat, 11 Disember 2009

Sebelum berangkat ke Cambodia


No comments:

Post a Comment