Tuesday, 18 January 2011

Jangan sampai buat Spot Check

Acap kali bukak laptop, mesti dating dengan dia..macam dah takda benda lain nak buat...Lepas nih kau dah tak boleh okey...nak dating kena time break je...time kerja tak di benarkan lagi...

Yesterday, Kak Dina dan Kak Azizah, my office mate sengih-sengih je..mereka memang selalu macam tu pun setiap masa..Seronok tengok mereka...ceria sikit office nih...

Kak Dina: Eja dapat e-mail tak?
Saya: e-mail apa kak?
Kak Dina: bukak je la tengok...
saya: esok je lah dah tak sempat nak balik nih..tapi, cakap je la kak...
Kak Dina: Pasal facebook...
Saya: best ke tak best?
Kak Dina: tak best..nanti esok tengok lah...
Saya: ok...

Hari ini, 18 Januari 2011, pagi-pagi dengan wajah ceria dan gembira sambil menyapa Mr. Naik (nike for pronouns) , excited nak buka e-mail, mana tahu dapat naik elaun ke..ahaks...

Hamik kau pagi-pagi...


So, selepas membaca itu dan memahami isi kandungan itu, saya, awak serta kamu-kamu semua dilarang membuka akaun facebook semasa working hours. Okey janji taw? Time kerja tak nice lah kan..

So, untuk membuatkan anda tidak boring atau terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti buat milo panas setiap masa ataupun asik nak pergi toilet je, sebab tak dapat layang facebook...facebook itu faedah ke? ...baik korang buat benda-benda macam ini...

1.
Buatlah karangan untuk belog korang, time nih la korang boleh update blog yang bersawang tuh,...tapi janganlah nampak sangat..pandai coverlah sikit...yang penting buat kerja dulu sampai siap. Dah siap, fikirlah nak tulis apa dalam belog korang tuh...

2.
Download lagu favorite korang...jangan download movie pulak eh...jangan memandai..tuh saya tak ajar...Ni pun kena cover jugak..yelah dia kata jangan chatting..so, download bukan chattingkan...

3.
Baca belog orang, apa informasi yang penting dan segala isu semasa yang korang tak tahu, tapi diberitahu dalam belog orang lain, secara tidak langsung anda dah naikkan lalu lintas belog mereka..dan secara "live"nya pulak, korang dapat input yang berguna, daripada tak tahu jadi tahu..Kan bagus tu...

4.
Selain tu, bagi yang kaki novel atau gila novel, korang bolehlah melayari laman web ni, mungkin dah tak asing bagi korang, http://penulisan2u.blogspot.com..memang best..macam-macam cerita ada, jiwang sikit, jiwang banyak, kekeluargaan, kehidupan...dan banyak lagi.

5.
Last kali, kamu semua bukak la, news straits times online ke, beritaharian online ke, atau the star online ke, dapatlah juga tahu nak gempa bumi ke, isu terjadi semalam dalam bandar dan luar bandar, then, tak payah dah nak buang duit beli surat khabar, selain tu korang jugak tanpa disedari menyahut seruan kerajaan, untuk mengurangkan pembalakkan di negara kita...

Jadi, korang kenalah membahagikan masa, janganlah jumpa buah hati korang tu sangat, tak ke mana pun dia, walaupun ada ura-ura mengatakan beliau akan di tutup oleh pengasasnya..Zack...

6 comments: