Friday, 21 January 2011

Early bird


Ini bukan early bird yang awak-awak semua boleh pergi "family karoke" dan dapat karoke dari pukul 11pagi sampai 1 ptg dengan hanya Rm6 tu, tapi ini adalah pengunjung awal untuk setiap pagi di muka bumi ini, kenapa saya kata demikan,

Okay, pagi-pagi lepas sembahyang subuh, cuba korang bukak tingkap bilik dan lihat pemandangan dari rumah korang tu,

Anda akan nampak burung-burung mula berterbangan untuk mencari rezeki, daun pula masih basah dengan embun pagi, yang sejuk dan nyaman, lampu jalan pula semakin malap, tanda hari makin cerah, ayam pula berkokok mengejutkan sekalian isi alam, suara orang mengaji bersama terjemahan, sudah mula ke penghujung, kini, sang matahari pula masih malu-malu disebalik awan yang comel, kanak-kanak sekolah ada yang berjalan kaki, dan menaiki basikal untuk ke sekolah...suasana subuh yang nyaman tadi sudah semakin cerah dan matahari semakin bersinar..

Inilah yang saya sering lakukan sewaktu pagi, semenjank 3 minggu ini, isnin hingga jumaat, tak pernah rasa jemu...di sinilah anda akan dijanjikan dengan ketenangan sambil melihat ciptaan Allah s.w.t.

Cubalah...

Situasi: Kampung pasir, Johor.

3 comments:

  1. hye eja

    nnt sye try
    em im following u!

    ReplyDelete
  2. best kalau duk rumah kampung kan. ni duk pekan. habuk je byk. adehhh. :)

    ReplyDelete
  3. zaty: hye..orait..btw thanks sudi dtg blog eja...
    zana: a ah mmg best...ni rumh maklong eja...sronok...

    ReplyDelete