Friday, 14 January 2011

No nombor anymore.

Hye guys,

Hari ini empat belas haribulan satu, dua ribu sebelas, Huh amik kau...panjang, tak panjang nak menulis kat buku.

Ini senang ingat!

Hari ini saya nak share sikit dengan korang semua tentang nombor. Saya memang allergic dengan nombor dari sekolah rendah lagi..bagilah subject matematik, additional mathematic, economic dan accounting memanglah saya bluurrr sangat. Tapi, still boleh bersyukur sebab tak pernah fail.!

Okey now, nombor adalah objek matematik, tahu apa itu objek? bukan UFO ae...jangan memandai, objek matematik yang digunakan untuk mengira dan mengukur. Jangan nak terlebih pandai lagi,ukur kecantikan dan kehenseman girlfriend boyfriend korang pakai nombor aeh...kalau voting memang...eeeii..ya!

Satu objek simbol, yang mewakili satu nombor, dipanggil satu angka, kalau dua simbol dua angkalah ye...tapi, dalam sejarah sehingga hari ini, nombor dan perkataan digunakan untuk kedua-dua objek abstrak dan simbol. Hamik kau lagi..Paham ke?

Okeylah contohnya cheque, bila korang isu cheque, atau tengok cheque, atau dapat cheque, atau jumpa cheque yang dah di tulis, dan ada nilai iaitu ditulis dalam bentuk angka dan juga di tulis dalam bentuk perkataan. Kalau takda 2 2 tu tak valid ok...

contoh cheque..*ihsan google

Contoh lain pulak, buat karangan darjah satu.

Contoh satu : Saya dapat nombor satu semasa darjah satu, dan adik saya ada satu semasa saya tingkatan satu.

contoh 2: saya dapat nombor 1 semasa darjah 1, dan adik saya ada 1, semasa saya tingkatan 1.


Mana satu yang betul? Kalau dua dua salah, sila beri jawapan yang betul..


Di samping itu juga, kepada pengguna seperti saya, awak dan kamu semua memang dah tak boleh lari dah dengan nombor ini, sebab, cuba check nombor telefon korang, eh nombor lagi,.. cuba check nombor umah korang, eh nombor lagi..., cuba check ISBN buku novel favorite korang, eh nombor lagi.., lagi cuba check berapa ramai girlfriend dan boyfriend korang, eh nombor lagi....Sah..sah memang kau tak boleh lari dah dengan nombor....

So, untuk pengetahuan korang dan saya, yang terus rasa nak pura-pura mati bila jawab soalan additional mathematics dan account tu, sebenarnya dalam matematik, takrif nombor telah diperluaskan sejak bertahun-tahun lagi, hingga merangkumi nombor sifar/kosong, cececey buat-buat tak kenal dengan nombor nih, yelah time tadika belajar dari nombor 1 hingga 100 jek..kosong, kosong tak mainlah kan. Selain tu nombor negatif, nombor genap, nombor ganjil..nombor ...nombor..dan nombor...

So lagih.., bukan so so okey, kalau malam ini korang mimpi nombor baik istigfar banyak-banyak sebab nanti esok kau pakat cerita kat office"malam tadi aku mimpi nombor, terbaik punya, mesti kena nih!" Huh, nanti syaitaonirogim akan kacau minda korang.

Dah alang-alang bercerita pasal nombor, saya pernah mimpi pasal game sudoku, alah..yang nombor-nombor tu..nombor lagi...Tak lama lepas tu, saya dah tak minat dah main sudoku tu..dah tak musim dah...Jadi, itulah tanda mimpi, kalau mimpi nombor sudoku....;') sekian


6 comments:

  1. pndek kata mmg xdptla nak lari dgn nombor nie.. hoho~

    ReplyDelete
  2. huhuh..tawu xpe...slh bg nama tajuk da...

    ReplyDelete
  3. nombor selalu ada dalam hidup..
    br teringat
    buku sudoku x abes buat lg hehe

    ReplyDelete
  4. heheh.tawu xpe...mmg xciap2..lg part dah hard tu..

    ReplyDelete
  5. fuiyoo.. best la ko mimpi main sudoku.. hahaha.. aku selalu mimpi dpt isteri.. haha..

    ReplyDelete
  6. heidi: haah...time tu mmg tgah gler ngn benda tu...tu la smpai termmpi...

    ReplyDelete