Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Internship di Hospital

Ini last semester I untuk accomplish my degree course, cepatnya masa berlalu, sekejap je dah semester 6, dan I pun dah start seminggu for my industrial training.  For the first day, I just bawa surat pengesahan yang mengatakan I dapat praktikal di situ, dalam surat pengesahan tu ada lah dia tulis, dari 9 september 2013 hingga 31 decemeber 2013 I akan intern di situ, lepas tu, dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat dan 8:30 pagi hingga 1 petang untuk hari Sabtu, lepas tu  ada  la tulis berapa allowance yang dapat...hip hip happy... 

Ouhh, lupa pulak, hari pertama tu, gila tak nervous, perasaan semua ada, sakit perut, nak terkencing, nak terberak, butterfly in my stomach, semua ada, yelah...kita tak tahukan apa yang orang expect tentang kita.  Kalau boleh nak rasa semua bagus je di depan mata semua orang..(amboi!).  Kemudian, I siap dapat time table, so guess what?, setiap 2 minggu I akan rotate pergi ke department lain, wahh seronok, dapat belajar benda baru dan berlainan di setiap department nanti. Oh ya!, I sekarang berada di department purchasing, seronok! Mr Paul, kalau borak dengan beliau, sampai kerja pun boleh tergendala, dari satu topik ke satu topik, dia sangat istimewa, tapi kerja mesti buat okay!! Thanks Mr Paul, Then, Kak Zahidah, dia pun okay, pendiam at the first meeting (sama macam I) but then, kitorang banyak jugak borak pasal kerja, dia banyak share and ajar I itu ini tentang purchasing, and Ms Tana our boss dekat department nih, beliau lah yang beri tugas pada I, Mr Paul and Kak Zahidah jugak..Yang lain-lain satu office dengan I macam Kak Fadhillah, Ms Shila,..ramai lagi, but I cant remembered all those names.  Okay tak pe, ada lagi seminggu untuk department ni, I akan cuba ingat semuanya Okay! :)


Wednesday, 6 March 2013

Selera Anak Dara

Assalamualaikum, heyy yaaa...

First week for new semester memang class untuk hooo haaa hooo haaa, jew lah, well kena kenal-kenal dengan lectures untuk subject-subject baru, ice breaking still traditional one, kena introduce yourself, name, asal mana, diploma apa, bla bla blaaa...and yang paling best, class mestilah habis awal.

So bermula la expidisi memasak di rumah sewa, nak cari recipe yang best, yang sedap, yang senang, yang tak banyak bahan, yang murah, yang bila masak dapat banyak, yang kenyang sampai ke malam, yang penting senang hati bila makan...so bila semua tuh menjadi, next boleh la masak lagi.

Menu hari ni Ikan Bakar air asam dan Kobis masak lemak putih. Actually nak masak pucuk paku masak lemak, tapi pucuk paku kat Econsave tak ada, so terpaksa la change tu kobis dan carrot.  So, kalau rasa-rasa nak masak macam nih punya mudah, bolehlah google menu. Okay.





Monday, 25 February 2013

I sure do love them

Bukannya susah nak cerita pada orang sana sini, yang kita sayang, cinta, kasih pada seseorang, lirikan mata, first impression, feeling, excited bila ketemu, all of behavior kita, boleh lihat dan nampak dengan clear.  Kadang-kadang I sendiri tak dapat control benda tuh.  Tak semestinya kita hanya suka pada sesama insan yang kita saling menyukai, macam girlfriend dengan boyfreind aje, tapi macam kita dengan our pets, yes,..I tak da la take care sangat dengan ikan dalam aquarium dengan dekat dalam pasu dekat rumah I tuh, kadang-kadang tak perasan pun kewujudan mereka, tapi bila dah terpandang tu, terdetik dalam hati peri-kehaiwanan I, "Alololo kesian dia ye, tak makan lagi, meh bagi makan sikit"...dah bagi, terus jalan tak ingat lagi mereka sampai esok.

Bila tengok pada kasut dan baju-baju yang banyak dan menimbun, baru terperasan i haven wear that in ages, bila mak-mak kita  sibuk cakap, sedekahkan je lah baju-baju tu dekat orang, no no no no, semua nih ada sentimental value tau, tengok baju sejuk pink tuh, teringat pada A, dia yang bagi, walaupun Malaysia tak ada snow, dan memang tak sesuai langsung kalau I pakai baju tuh kalau hari hujan pun, tapi dia still kena duduk dalam wardrobe nih, only my mom bila tengok wayang malam, shes willing to wear it, tapi this one, tak boleh buang, atau kasi orang.

Magazine tu banyak lagi, ada dalam kotak, tak sempat nak selongkar, tunjukkan..ewwaahhh..ahaha..
Dalam gambar tak da sweater pink, nanti i tunjuk okay, terselit pulak dia. Ni wardorbe baju biasa-biasa, sentiasa jadi kesayangan.

Majalah-majalah lama dekat rumah, i still remember masa my family nak move to this house, my mom pesan, jual je lah majalah-majalah tuh dekat "tin tin, surat khabar lama, besi lama, bla..bla..bla.." tuh, tapi sayang ouhhh, ini la harta I, ada majalah Mangga, URTV, Hai, tuh nak update issue artis Malaysia, ada lagi Majalah ongputih macam  Galaxy, dulu memang menjadi pujaan la, bila dah baca tuh konon-konon rasa jiwa ongputih la, rasa lebih Hollywood, but still ada beli majalah macam Remaja, Klik, Bintang Kecil, Yezz, Reader's Digest, Nur, Dara.com, Asuh, Cosmopolitan.  Tak lupa juga my mom's favorite Mastika, ahahah, I pun tumpang sekaki la baca, sama-sama hobi membaca la katakan...but now tiap-tiap bulan I menjadi pembaca tetap majalah CLEO, kadang-kadang terbeli jugak Remaja, Rapi atau Cosmopolitan sekali.  Makanya sekarang, majalah kat rumah I ni bertambah banyak, mak I sendiri tak sanggup nak legokan dia punya Mastika, apatah lagi I, nih semua kesayangan ouuuuhhh...

Bila tengok high heels nih pulak, teringat i berhempas pulas mengumpul duit, semata-mata nak beli kasut macam Katy Perry, time tuh dia pakai brand Chanel, mana I mampu nak beli, adorable je tengok lambang chanel tergantung cantik dekat kaki milik Katy Perry, kebetulan I nak pergi dinner tema  Black and Red, 2 and half years ago, ternampak kasut nih, Fabiano Ricco and ada jugak accessories macam kasut idaman I, terus i grab it, but until now, boleh dikira pakai jari berapa kali je I pakai. No no no, i cant sewenang-wenangnya bagi orang, nak pinjam je boleh. Its Fabiano ricco but still item kesayangan.

I ada satu lagi high heels hitam dalam laci bilik adik I, tak boleh nak snap, kang I ambil kasut tuh, terjaga pulak dia...kasut tuh 1kali sahaja I pakai..

Buku-buku novel I, still ada yang I masih tak habis baca, but I suka baca review novel yang baru nak release, ataupun dah lama release tapi ramai orang cakap best, I pun beli, tak pun bila I pergi book store, tengok buku-buku novel tersusun cantik, bila cover novel hati dah tertarik, synopsis kena dengan jiwa, terus I beli, kadang-kadang I tak beli pun at the first time, kalau malam I mimpi, I mesti beli esoknya atau lusanya macam novel nih... "To catch a Prince by Gillian Mcknight, seriously, macam budak-budak punya tajuk, but i do loved it.  Cari dan  menang, mana novel tuh di bawah?


Dekat tempat novel pun ada dictionery, ahahah yelah, nanti ada words tak faham bila baca novel english, senang nak google..eh..senang nak search terus..Ada lagi novel dekat rak bahagian bawah meja, masa I nak snap picture gelap sangat, so tak nampak apa-apa..tak pe lah, nanti kalau you guys datang rumah I, I tunjuk, kasi angkat murah-murah pada you all okays..


Banyak jugak benda yang I sayang kat dunia ni, my mom, my dad sudah tentu mereka yang utama, my family,my niece (allysa sofea),  my siblings tentulah, luar cakap tak sayang, bergaduh, berentem (bahasa indonesia, cuti banyak nonton senetron) dalam hati saaaayaaang sangat.  

Tak lupa jugak budak gumuk, tembam nih, jantung hati saya, macam boyfriend nih, sikit-sikit tengok picture dia...bila jumpa geram sokmo.

so, apa pulak kesayangan korang???

p/s: barang-barang tu I dah ready kot nak let it go, cuma budak kecik tu je tak...:D


Saturday, 9 February 2013

Dah february, tapi tak pe..

Sebelum ini, I ada bagitahu nak share antara azam tahun baru 2013, memandangkan dah February, baru I nak cerita, alhamdulillah ada yang dah terlaksana, ada yang belum.  

I had the most fabulous 2012.  The year ended out well. In fact, lepas seminggu meninggalkan tahun lama hari tuh (masa busy nak exam tuhh) barulah I am in such a good mood i am going to start 2013 with a fresh list of the new year resolutions! Here goes...

1.  Transformation.  Tahun nih I nekad, I rasa betul-betul ready nak wearing hijab, but i not sure when, tapi still this year, at that times, I belum lagi cuma terdetik, and i wrote in my diary.  Today alhamdulillah, I dah pakai hijab, I learned many+new thing, bila kita ikhlas dengan apa yang kita nak buat, semuanya menjadi mudah (tiba-tiba macam lagu Wonder pet).  Jadi Mission I yang pertama dah tercapai, but i still need guide and always istiqomah dengan apa yang hendah dibuat. InshaAllah.

2.  Balance work and personal time.  Student lah paling banyak masa untuk diri sendiri, pergi class, balik class, makan, buat assignment, tidur.  So, lepas ni, I must make it a point to spend more time with my family and close friends.  Mengaku 3 minggu sekali I balik JB, kalau mood rajin dah datang, 2 minggu sekali pn I akan balik, cuma bila dah ada di rumah, bukan semua anggota keluarga ada, I still duduk seorang jugak, so I hope this year, I lebih close dengan family, communication and hang out with them, eh, tak lupa juga dengan my close friends, Faizah and Azira, I already meet them after examination hari tu in January, sekarang I plan nak meet Izzaty pula, Amani and Najwa tak pasti bila, Azura pulak I ingat nak meet masa wedding dia nanti, Tariq dia busy sekarang dan Zarul pulak selalu nak jumpa dan selalu jugak tak jadi. WhatsApp, text, bbm and calling buat rasa rapat dengan mereka.

3.  Fight the bulge.  Every wishlist mesti nak listkan yang ini, yup! mestilah! I ate so much bila nampak makanan yang sedap-sedap dihadapan mata, boleh cair ouhh tengok, padahal, sebelum nak makan tuh, selalu remind my self, behave time makan, kunyah 40 kali, jangan ambil nasi dan lauk banyak-banyak, but i can't handle myself.  Tapi tak pe, I will make sure to aerobic every Sunday, sapu slimming lotion selepas mandi dan kawal pemakanan. :)

4.  Save money money money!.  I need to start now to save money for a house, car and holidays!  Tahun ini, I nak kurangkan activity shopping! Tak nak dah beli barangan berjenama, Yes! Macam tak percaya but hopefully I berjaya, tapi actually I baru plan nak beli purse Gucci dekat JPO bila dapat part time salary nanti.  T-T. 

5.  Eat healthier foods. I dah try amalkan beberapa makanan tambahan, dah nak masuk usia 23 tahun ni, ketinggian still tak bertambah, but sel tissue dalam badan, immune system semua dah menginjak usia, so sekarang I try ambil collagen dan Vitamin C.  Dah macam jadi satu keperluan sekarang.  So nak kulit cantik, nak sentiasa segar, nak sentiasa sihat, kena jugak lah amalkan benda-benda perempuan macam nih. Eh! ahahah..:)

6.  Climb Bukit Broga.  Since studying in Selangor, why not I take this opportunity.  Setahun lagi nak habis, hopefully adalah kenangan I boleh bawak balik nanti, takkan nak bawa kenangan mendaki Tangga Batu Cave dekat Uitm Palam tuh.

7.  Find materials that can enhance my skills.  Sekarang nih, pengetahuan am tuh penting, so kena rajin baca magazine yang boleh menjana minda macam Reader Digest tuh, tapi mahal sangat bagi I, I cuma beli, bila betul-betul ada duit lebih untuk beli magazine tuh, so I still choose CLEO as my favorite english magazine, but now I dah start beli Dara.com tau and baru-baru nih I ada baca magazine Solusi, kalau rasa nak kenal diri sendiri, try baca magazine tuh, sebab ayat dia sungguh cantik.  Dalam bulan January hari tu, hampir 5 majalah I beli, sebab issue awal tahun, banyak idea baru kan, sayang rasanya kalau tak beli.  Kesimpulanya I love reading, lepas ni kalau tak sempat nak beli semua magazine tuh, I read online je lah. :)

8.  Baking cake and masak-masak. Disebabkan penulis belog merupakan seorang yang pemakan, dia juga perlu pandai memasak.  I love baking, cuma belum ada banyak masa, dan belum ada banyak bahan yang cukup untuk buat cake.  Cuti semester nih, sempat buat satu Chocolate Cake, lepas ni I nak buat Rainbow cake pula, cuma belum tahu bila.  Masak lauk-lauk I belum expert lagi, banyak perlu belajar, So esok nak masak apa yer?

9.  Business.  I macam dah fikir nak buat business, at least nak tambah duit pocket sebelum I melangkah ke alam perkerjaan (ewaah melangkah).  Apa nak jual ye? I macam nak jual my pre-loved items, macam barang bundle, I banyak baju-baju yang I nak jual, ada yang I belum pakai pun nak jual, sebab kat kedai rasa cantik, bila dah beli rasa tak berkenan pula, terus keep the baju sampai sekarang.  Lagi satu, I nak try jual product Rumpai Laut Collagen.  Tapi tu semua still dalam perancangan I.

Actually ada banyaklah I punyak wishlist 2013 nih, nak cerita pun sampai esok pun tak habis, I harap 9, benda yang terpenting antara yang penting-penting lagi tuh boleh lah terlaksana dan tercapai dengan mudah.  InshaaAllah Amin....

Tuesday, 1 January 2013

New Year New You

Assalamualaikum pembuka kata tahun 2013.  Tahun yang dinanti, selepas tahun 2012 yang penuh dengan kontroversi, mulakan tahun ini, hari ini, dengan setiap hari yang indah dan sentiasa akan diingati.

Everyone feels like a fresh start at times, a renewed focus on getting the most out of life, enjoying the simple things and clearing the way for a calmer, less stress routine. Pembukaan 2013, buat I happy sangat sebab A datang jugak jumpa I, setelah sekian lama I menanti.  Jadi hari ini memang I akan ingat, sampai bila-bila.  In shaa Allah.  Wish me luck for the next episode okay..:)

As a Malay and Islamic adult I used to regard the celebration for any festival should be moderate not to extravagant happening, actually we just should and have to be appreciate what we have today, and always advice to appreciate for everything that gifted comes in our life from our creator (Allah s.w.t).

Berbalik pada misi tahun 2013, I want to be a good student, berfikiran positif in every situations dan sentiasa sihat dengan menjaga kesihatan, eat right, so brain can function well., minum banyak-banyak air yang jarang, bersenam, minum susu, makan collagen, makan multivitamin, arrange balik jadual, arrange balik susunan dalam our hard disc, plan balik apa yang kita nak dalam hidup...

For this new year, i realize there is a huge gap between the rulers and the ruled.  The ruled are material for exploitation.  I kata begitu sebab diri kita sendiri kena set our ruled. Peraturan, kita bina peraturan yang baik-baik untuk diri sendiri, demi masa depan sendiri.  Contohnya, peraturan, jauhi dadah, arak dan semua benda yang boleh merosakkan diri sendiri.  Contoh peraturan yang I buat, untuk diri, jangan dating with ex-boyfriend kawan sendiri.  Dan sampai tahun 2013, I masih pegang lagi my own ruled tuh..Ahahha...

I nak listkan azam tahun baru dalam diary, tak sempat lagi nak buat...for the next entry mungkin I nak share disini..good night, have a nice first January...

P/s : Tomorrow schooling get started, Selamat Kembali ke Sekolah...:)


Monday, 31 December 2012

A new year begins...

Ya Allah...I cant believe its been a year! I still remember during January 2012, i take my first semester examination for my degree session..now on 8th January 2013 i will take for the second last semester examination before i left for industrial training. Wow!...

Terlalu banyak cabaran dan perubahan dialami pada tahun nih, so for the next year, which is tomorrow, lebih banyak lagi cabaran dan perubahan harus kita tempuh...Are you ready? me ready? So, I guessed it been a good year....I must say yes!!!

Actually I am so blessed with so much love, so much kindness and goodness around me, that i can only hope 2013 will be as equally generous.  Its time to me to prepare for a brand new year...such as to make decisions, to stick on resolutions and loads of exciting possibilities to look forward to.  I must be totally ready.  

Jadi, bila I imbas balik perkara yang I buat during the rest of this year, terlalu banyak...banyak..suka, duka, seronok, sedih, gembira, merajuk, sakit, mengantuk, ketawa, malu, marah, bangga, kelaparan, menyampah, excited, blurr, lost, terkejut, teruja, terkesima, kepenatan...dan banyak-banyak lagi..

Salah satu moment yang I tak boleh lupa, pada awal tahun yang lalu. I dilantik untuk jadi ketua program untuk satu program kebajikan, I memang tak layak actually, sebab I rasa ramai lagi yang sesuai, tapi bila think about responsibilities, if peoples choose you, and majority choose you, you must hold it until be a arang, senang cakap macam genggam bara api biar jadi arang lahhh, Alhamdulillah event itu berjaya atas sokongan semua.  Bagi I itu satu pencapaian pada tahun ini.

Kemudian, ada lagi satu, tentang program lawatan ke Penang, pada permulaan rasa seronok, pertengahan dah nampak goyah, dan akhirnya bergoncang, until now, bagi I, personally kes ini tetap tak habis lagi.  Dan I harap sangat tahun 2013, akan mengembalikan kawan-kawan kelas I yang macam dulu...yang macam event kebajikan dulu...helping each other, kerjasama, sepakat membawa berkat dan lain-lain, tapi bagi I kawan-kawan kelas I tetap the best, cuma biasa la, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...apa-apa pun...the truth is, I love my classmate!

Dan hari ini, I tak sangka sangat, A datang jugak JB, setelah 6 tahun kami berkawan, he meet my mom...I ingat kita dah tak ada apa lagi, lepas 2weeks yang lalu, this ones, kejutan yang paling besar dalam hidup I, because, seriously A ni macam tak gentleman sangat, dia suka gila pada games, dia macam anti perempuan (macam orang frust), dia macam anti-sosial, sedangkan dah nak masuk tahun (2013) ke 7  berkawan, i still macam tak kenal dia... ahahah...Apa-apa pun, i appreciate sangat dia datang sini,..mungkin ada kisah seterusnya... jeng..jeng..jeng...i just wish all the best for this new year coming...

Last but not least, I harapkan yang baik-baik untuk tahun 2013 yang akan datang esok, doakan yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, family, guru-guru dan pensyarah, kawan,kawan dan semua sekali. In shaaa Allah.

"New year begins with new stories of every one's life, so..ouhh my dear "New Year", Please write my love story :D


Sunday, 16 December 2012

Kisah seorang stalker

Sebenarnya I nak update, last entry untuk this year, but I rasa mungkin sempat lagi kot, sebab nanti I dah busy untuk common test, lepas tu kalau cuti revision week, most of my time, habiskan dengan family , cececey family come first punya orang, nak update sebelum tiba 2013 nanti. Sempat, sempat, percaya pada diri okay sempat.

Untuk hari ini, secara over all, I pon tak pasti apa yang I buat, macam banyak buang masa je dari pagi sampai ke petang nih.   

Mula-mula bangun pagi seawal 7.30 pagi, tak senang hati ouh terlajak subuh, tak pe lah sembahyang je  la, dari tak sembahyang lagi dosa bertambah.  Lepas tu terus rasa menyesal, asal la setting jam pukul 6.30 pagi tadi, tak bangun, senang je jari-jemari tekan snooz..snooz..snooz...

Lepas solat, rasa macam nak makan sesuatu, peh lapar seyhhh, ayat di dalam hati, awal lagi ni kalau nak masak, I pun keluarkan bawang merah, bawang putih, halia, cili boh,...tumbuk-tumbuk kasi hancur okay, disebabkan rumah bujang, so jangan  nak mengada sangat nak ada blander...At the same time, I rebus la makaroni, ouuhhh kelupaan I nak inform, untuk menu for breakfast tadi, I masak makaroni goreng. Siap je masak, I terus makan, lapar kauuu, makan je la...bukak tv, tengok kartun kat tv3, langsung tak ambil hati I, kalau totally spies ke, spongebob ke, mickey mouse ke, okay lah, amboi nak kartun disney channel jew, wajib! I bukak la TV9, mesti ada Nasi Lemak Kopi O (NLKO), I dah besar, sesuai sangat tengok program macam tu, membincangkan current issues, sekali I tukar channel, ada budak dari Idola Kecil katanya, dah besar, untuk promote single, entah I pun tak kenal, tengok, tengok, sambil suap makaroni dalam mulut, sedap? umm bolehlah, senang masak, kenyang dah okay lah..tak la sedap sangat macam mak-mak kita masak kan...

Lepas tu, pengacara NLKO, AG (hotfm), Fizo Omar dengan siapa entah lagi sorang, lupa nama dia, baru nak naik, ataupun I yang tak kenal, but dia punya muka familiar...I focus je tengok Fizo Omar nih, dulu, puiii langsung I tak minat dia nih, kalau Rosyam Nor, Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair dengan Remy Ishak minat ouuuhh, tapi sejak dia asik berlakon drama, ehh! terminat, mula la buat research pasal dia, muda lagi Fizo nih, apa-apa pun I lagi muda, lepas tu sekarang gossip dia bercinta dengan bakal doktor, huh entah la, I pon tak sure dunia artis ni, kadang-kandang betul, kadang-kadang tidak...duniawi semua nih.

Lepas tu NLKO pun cerita la, issue skandal di tempat kerja, I belum kerja, so macam masuk tak masuk sangat la topik tu dengan I, but I dengar je la, memandangkan nak menjamu mata tengok Fizo Omar tuh, ape hal la ramai sangat perempuan minat kat dia tuh, I pon tak pasti.  tapi hari tu, pernah suatu hari I log in twitter, nama Fizo je naik, dia pun retweet la, tweet peminat-peminat beliau, mungkin banyak sangat, tak terbalas, I pun konon-konon tweet lah dia., dia tak retweet pulak,..ahahah mungkin I tweet benda yang dia tak suka kot, ahahah tak pe la, apa ada kisah....Focus lagi tengok Fizo, okay la macho jugak lah, harap-harap tak player, sebab dia muka baik-baik..ahahah entah.

Kenyang dah breakfast, tutup tv lah, NLKO pun dah habis, I pun bukak la buku Medical Coding, nak siapkan nota yang tergendala semalam, baru masuk chapter Mental Disoder, I dah mengantuk, terbaring diatas comforter, time tuh I rasa dalam pukul 11 pagi, rupanya bukan terbaring, I dah tertidur, sedar dah pukul 12 tengah hari, baru I perasan I tak mandi lagi..Ahahah...

Terus I mandi sebab pukul 12:30 nanti I ada date dengan Awal Ashaari dekat Melodi pulak, awww..ahahah....bukak je tv, Awal dah start bergossip dah, aiishhh camne leh terlambat, kalau dating boyfriend lambat mesti I marah, ...my bad..ahahha...Macam-macam cerita pasal artis, lepas tu digandingkan dengan Mas Idayu, I suka lagu-lagu Mas Idayu, dangdut suka! mesti ke bagitahu, motif?, Melodi hari ini, ada pendatang baru dari Indonesia, Ayu Ting ting, cantik!, cewek nih baru 20 tahun, ada boyfriend, katanya dia setia, lagu-lagu dia pun macam best kot, sebab I ada tengok video clip dia sikit dekat Melodi tadi, memang fresh, dan muda, I suka genre macam tuh, nanti ada masa I search minah nih,..So, if you nak tahu lagi pasal Melodi tengah hari tadi, pergilah tengok kat tonton.com eh...malas nak cerita hal orang.

Lepas tuh, Berita 130 hari ini, amat menyayat hati, tentang issue budak yang ada mental disorder, dia tembak mak dia dulu, lepas tu budak tadika umur 6-7 tahun secara rambang, dan akhinya dia menembak dirinya sendiri.  Tragedi itu meragut 28 nyawa.  Dasyat berita tuh,..dari semalam sebenarnya benda tu berlaku...lepas tu, I solat zohor la, lepas solat, I tengok Nona pulak, sebab ada Angkasawan Negara, eheheh...pengisian Nona hari ini, kurang best sikit kot, tentang fashion week, tentang kasut high heel tuh, entah macam tak best je, cuma best Angkasawan Negara tuh, ahahha...eh! boleh pulak macam tuh,...Lepas tu cerita teater classic "Satay", entah I bukak TV, tapi tak tengok sangat, plan  nak tengok, tapi Adi message pulak suruh I google kan package dia nak pergi Genting,...bila dah switch on laptop, selain dari benda yang di plan, menipu sungguh kalau jari tak gatal google benda lain, ...akhirnya sampai sekarang I masih online,

Buku Medical Coding masih terbuka luas, I cuma pandang, dengan pandangan sepi, tahu pandagan sepi?, ahahah,,,try lah buat pandagan sepi...

Okaylah dah nak maghrib, solat maghrib, mandi..tengok tv lagi...YaAllah apa nak jadi Eja ouuhh Eja!.

Saturday, 15 December 2012

Awkward? so what?

For this lovely morning, i just thinking whether tomorrow could be a good like today, since i still not starting anything instead of subuh prayer, take a shower, sip for my nesvita, and switch on my laptop and just go through my email, Facebook, Likedin and Twitter.  Social Technology really take half of me.

Last 2 days i enjoyed doing this.  We call it as photo shoot.  Actually I really love doing this, since my "gila gambar" friends in UITM Jengka, dear you are not here with me, Amani and Najwa, but thanks to Syira, shes really made my day. Ouhh still not forget Nurin, Effa, Mala, Atie and also Suraya.  We enjoy our treatment sensation.

Nurin also loved taking and posing in the photos, shes so hilarious, you know,  she try to remembered the pose that just doing by celebrities, and me, i also try to memorize how Lisa Surihani and Taylor Swift pose in camera. At the moments all goes well with Syira's Samsung Galaxy Note, Syira just taking a snaps and edit the photos, I always remind Syira, if having pimples here and there on my face, please, please, edit for me.  Of course, all model in magazine is editing what???...Yes I do so.


We housemate, We in Black, day to boicot (peace for Gaza)

Me and syira, since syira wearing "gigi besi" hopefully after 2years wearing it, she will love to be in photos! 
Still  warm up..


Nurin and Me, no motive.

I love this!, awww...

Try testing, model for my own phone.

Me and Nurin, shoot for Remaja magazine.

Love editing like this, old fashion, classic nor vintage. Yes! Vintage!

Suraya has long legs! still no motive.

Peace in different style yawwwss "Y"

Tuesday, 11 December 2012

Good things

Today. Tuesday. December  eleven. two. thousand. and. twelve. fifty. nine. past. twelve. in. afternoon....Selangor holiday..Currently, i listening to my compilation of Taylor Swift songs. now, playing beautiful tragic, it is a one of beautiful songs i heard...beautiful tragic...beautiful tragic....Then,  i just sitting on my comforter, it is such a cold weather today...besides me, an empty cup with tea spoon...another side, my black external hard disc with messy note and text books of record.  Actually i just finished my Record Assignment. such an achievement...

Where I need to start,...i want stop wasting my energy and emotion worrying about imperfections.  Just i want get a turn my life around.  I can plan and start with a list of my greatest achievement and something inspired me. Something new...

I just feel that, i should don't let my own rules will stop me from leading the life that i really want it.  I love to explore foreign things and stay away from negative friends.  We (you and me), as people will be frustratingly right, accept good advice, relax and let life move forward.  We must get pass our own negatively and accept good things are.

Tuesday, 4 December 2012

Novel Review: The Particular Sadness of Lemon Cake

Hello, Assalamualaikum semua, waaaah bestnya hari ini, sebab class hanya ada 1 je, nih pun I dah selamat sampai rumah, siap dah lunch, siap sempat watching Istanbul Aku Datang untuk kali ke tiga.  Haha, mestilah I kan peminat setia Lisa Surihani!

Okay bukan masanya untuk tidur, lagipun I  tak mengantuk sangat pun, jadi I rasa dah tiba masanya untuk I adakan segment baru, ewaaaaah yelah tak kan, nak cerita tentang kisah diri sendiri je, orang pun tak suka nak baca, I must do something different, yang I boleh share dengan you all.

Buat pengetahuan korang, I dah baca novel nih 3 kali, dah lama dah I beli, cuma you know, sebagai student memang tak sempat nak baca, pulak tuh in English, bila tak faham je, kau akan stop sekejap, then continue baca, bila nak baca je for the next chapter, teringat buku-buku academic belum habis baca, terus rasa bersalah, lepas tu stop lagi, then, bila nak mula baca, nak baca balik dari mula.  Jadi, kesimpulanya, bila I dah betul-betul faham dan rasa I need to share something yang baik pada korang, terhasil lah novel review nih.  


Tajuk:  The Particular Sadness of Lemon Cake
Penulis:  Aimee Bender
Harga: RM 35.90 (MPH Bookstore)

Summary:  Rose Edelstein, seorang kanak-kanak yang menyambut hari jadinya yang ke sembilan telah merasa kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun dia mendapati, dia dapat merasakan emosi dan perasaan ibunya selepas dia memakan sepotong kek tersebut.  

Semuanya perasaan, hati, naluri, citarasa, kesedihan dan emosi ibunya Rose dapat rasa.  Perkara ini berlaku dengan tiba-tiba dan mungkin sepanjang hidupnya.  Dan dia merasakan makanan adalah sesuatu yang berbahaya, makanan mempunyai perasaan itulah yang Rose rasakan, dan setiap hidangan mendedahkan sesuatu emosi.

Namun begitu, perasaan aneh tersebut membuatkan Rose untuk bertindak dan memaksa dirinya untuk berhadapan dengan kebenaran disebalik emosi yang ditunjukkan.  Contohnya kesedihan ibunya, sikap bapanya dan abangnya yang pelik (clash with the world).  Walaubagaimanapun, Rose semakin membesar dan dia belajar untuk tahu terdapat beberapa rahsia keluarganya, namun masih ada rahsia yang deria rasanya masih tidak dapat mengenal pasti.

Secara general, I boleh simpulkan kat sini, novel The Particular Sadness of Lemon Cake adalah tentang perasaan  orang yang kita sayang, yang kita kenal, yang kita rapat, kita tahu rahsia emosinya, lagi-lagi setiap orang itu adalah part of our family.  Kejujuran, keikhlasan, keresahan semuanya Rose dapat tahu selepas memakan sesuatu makanan., bermulanya dengan makan kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun begitu, novel ini , bagi pendapat I, ada kelakar, ada sedih, ada gembira dan yang paling penting novel ni lebih menunjukkan kisah-kisah kebiasaan yang kita lakukan, dan tanpa kita sendiri duga.

So, novel nih best sangat, mudah faham selepas baca tiga kali, dan penulisan yang kemas dan ayat yang digunakan memang cantik dan indah, sebab you akan rasa nak makan kek lepas tuh, Haha.  I rasa ada jugak e-novel online untuk novel nih, but tak best lah kalau just tengok your lappy and read words by words, lepas tu sakit mata dan kepala, tapi apa kata, kalau you hold this novel sendiri, lagi rasa seronok dan puas.  

Bila baca buat kali ketiga lagi faham.  So, Selamat Membaca.

p/s:  Nanti jangan lupa dapatkan novel Kenangan di Puncak by Pepol, I dah read online, cuma I belum cukup tabung lagi nak beli yang tangible tuh.  Next time okay.  :)

Friday, 23 November 2012

Morning Message

Assalamualaikum, hai, selamat pagi semua.  Macam mana hari semalam lebih baik tak dengan hari yang sebelumnya?, dan hari sebelumnya tuh, baik tak dengan hari-hari yang sebelumnya lagi....

For this morning I dah plankan sesuatu untuk diri I, supaya I tak wasting my time, dengan benda-benda yang tak berfaedah. harapanya begitulah.  Wish me all the best okay.

Actually hari ini I ada seminar Keusahawanan dekat my campus, but I tak dapat join sebab I malas.  Tapi itu bukanya alasan, alasannya, kenapa dia buat hari jumaat? pulak tuh, hari jumaat kami memang tak da kelas,so hari untuk berehat adalah hari Jumaat...Kenapa event nih buat dari pagi sampai ke petang?, kalau sampai tengahari, mungkin akan dipertimbangkan,..Tapi kan, you as a student, this is your responsibility, your university just want the best for their students, maksudnya bukanya belajar semata-mata di dalam class and follows syllabus then, you can graduate simply.


Bukan itu maksud I tak nak pergi Seminar, tapi, we now, just around the corner, at the end of this semester, so, tahu tak, banyak assignment, note, visit to company, and tutorial tak complete lagi.  Tapi tu kan event untuk student, student kena take this opportunity  so nanti bila dah kerja, you dah tak payah pergi dah event macam nih lagi, bersama kawan-kawan you. 

 Tapi kan, I penat sangat, tidur tak cukup tau, I dah lama beli mag cleo, sampai sekarang I tak habis baca lagi, my novel, my motivation books and  semua macam tak complete lagi.Tapi,  kalau you duduk rumah pun, bukannya you tidur sangat pun, you online, watching television and makan je kan,,...

Eh, I online I buat assignment lah...lagipun bukan I seorang je tak pergi event nih, might be all my classmate tak pergi pon, tak kan la I nak pergi, nanti semua cakap I nerdy...Tak payah ekot orang, kalau you rasa apa yang you buat tu betul, just go ahead.  

Tapi kan I cakap I banyak benda nak buat hari ini, so, tomorrow boleh la I focus buat assignment, What kerja yang you penting sangat nak kena buat?, I nak update belog, hari ini I kena pasang banner untuk event, lepas tu, I nak kemas rumah, sapu, mop lantai, susun kasut, basuh baju, lipat baju, kemas kain baju dalam almari, susun my stuffs yang dah tak tersusun tuh, dan online dan dan dan banyak lagi.  Lagi satu, it is compulsory to join Seminar Keusahawanan but, selalunya cakap je, tanpa tindakan.  This is first time, I tak nak pergi academic event sebegitu, tak pe lah kan, please,please.

Sebenarnya, I rasa jugak bersalah tak pergi academic event macam nih, bukan nak cakap I ni, student yang baik sangat, rajin sesangat, dan semua la sangat-sangat, tapi bila dah ada name list, mengatakan event tuh, kita kena datang, pihak organizer dah prepare food, name tag, chair, speaker dah bayar mahal, maybe some goodies and everything for participant.

Moreover, we know very well, if says the academic, it is all about knowledge, but student macam I selalu melengah-lengahkan.  So, hopefully, event sebegini, perlu betul-betul attract student untuk minat gila-gila untuk pergi event mereka.

Lagi, I believe, semua student pernah ada assignment kena buat event sebegini, jadi participant, jadi organizer, jadi usher, jadi mc and more, so, hanya you and I, dua dua faham kan.


*Sorry sangat-sangat tak pergi event Seminar Keusahawanan nih, actually I pun ada assignment group yang kena buat event minggu nih, so, kena doa banyak-banyak supaya event nih berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, 13 November 2012

Di Kepala

Sejak masuk  tahun 2012, I sebenarnya dah tak sabar sangat nak tukar heading, bosan sehhh tengok heading yang sama, I rasa hampir 2 tahun kot I pakai heading tuh, entah, I pon tak sure dah berapa lama, yang penting memang dah lama, dari rambut I panjang, I dah potong pendek, sekarang dah nak panjang balik,  nak buat heading itu pon I hired orang untuk buatkan, but I memang dah tak boleh tahan tengok belog sendiri nih.  Then, bila I dapat tahu je, quiz Billing & Insurance esok di cancal kan, weeee hoooooo seronok, terus switch on my laptop and facebooking, twittering, blog walking, tagged-ting and macam-macam lagi lah, tak kan nak bagitahu semua apa I buat.

Eh lagi satu, filem tamil tadi best, jugak!, Tahniah buat filem tamil, tak jemu, tak serik, tak rasa buang masa pon tengok, walaupun, I tengok cerita tuh sambil menduakan dia dengan searching online entah apa-apa.

Lepas habis filem tamil, I duduk-duduk, terus I draf kan heading macam mana yang I nak, I nak heading yang menggambarkan diri I lah, takkan diri you all pulak kan, apa I suka, siapa I minat, I suka buat apa, serba-serbi tentang diri I, wahhhhh gila kuasa, yelah belog I kan...No wonder lahhhh...


One of them yang I rasa cantik, yang I rasa ehhh...yang ini, sebab dia simple jew, yang lain I buat, aiiiishhhh malu sangat nak tunjuk, camnih okay kot, I kan dah besar, tak nak lah, letak picture gedabak dah kat depan, orang tengok belog, terkejut tengok muka kita, lagi-lagi yang pakai handphone yang comel-comel macam I, bukak-bukak nampak muka kau dulu....Ahahhah...So, I dah 22, buat la cara matang sikit, sikit jew, ...

Ni I just main lukis-lukis je, memang secara semulajadinya pon memang I tak reti and tidak ada bakat pun dalam seni lukis,...kalau seni kreatif, Insya Allah....so....nanti I nak mintak tolong one of my friends la buat kan, nanti I suap lah diorang dengan top up....ahahhahaha

Tungggu.....

Saturday, 10 November 2012

Hidup Umpama Artis

Bila terlalu happy I akan update blog, bila terlalu sedih I akan update blog, bila terlalu excited I akan update blog dan bila I ada coverage untuk online  I akan update blog. As a general, ones of the reason that i stated is because of i update my blog today.

Berbalik pada entry diatas, hidup I umpama artis, yes I am, tapi bukan sebab pakai barang-barang branded, bukan dapat makan di restoran-restoran mewah, bukan dapat pakai tinted cermin kereta dan bukan jugak I dapat 1juta followers tapi when it comes to musibah yang hadir dalam hidup, it really hurt, but artis still boleh comes in TV with nothing has happened.  See, mereka memang kuat, so i should and must and probably like them. Kan, jangan muntah lagi okay.

Semuanya bila salah faham berlaku, and manipulated cerita, tu yang I cakap hidup umpama artis, contoh macam Syila Amzah, dulu time beliau baru nak naik dalam industry walaupun dia dah lama dilatih oleh ayah dia, orang cakap suara dia tak best lah, tak ada aura lah, famous sebab ayah dia lah, but now shes a Winner for Asian Wave, dia bukak mata semua orang yang pernah kutuk beliau.  

Syila Amzah Anugerah Asian Wave

Selain tuh jugak macam Siti Nurhaliza, beliau kahwin dengan Dato' K, orang pertikaikan kawin dengan orang tua, dia pakai baju hip hop during her performance, orang cakap tak sesuai, dia belum ada anak orang cakap dia mandul,...semuanya berkaitan dengan orang lain, not herself, everything she made decision actually not effect others but people outside there feel threaten.


Siti Nurhaliza Anugerah-anugerah (bukan produk Anugerah eh)

Macam I, dulu I nak sangat jadi artis, hidup glamour lah konon-kononnya, tak dapat jadi artis menyanyi atau pelakon dapat jadi artis pengacara TV pon okay, tak dapat jadi artis pengacara TV, I dapat jadi artis dekat belog pon okay, bila tak dapat jadi artis dekat belog, jadi artis kat kampus pon okay, then orang pulak meluat tengok kita, ke hulu ke hilir to exposed our self.  Berangan nak jadi top student and get ANC bila grad nanti, dan nak jadi orang yang berpengaruh dalam kelas.  Bila tanya pada seorang-seorang manusia yang normal, kata mereka "gila kau tak nak" then kalau orang yang dapat title macam tuh "itu rezeki masing-masing".  Kalau nak kena lah usaha ke arah itu.  Nak CGPA tinggi kenalah rajin-rajin study, nak hangout dengan kawan-kawan kenalah ada transport sendiri, nak pergi London macam my mom hari ini, simpanlah duit banyak-banyak dari sekarang, nak jadi Pilot, kenalah ambil course tuh, bukan amik Health Admins macam I nih, kalau nak orang suka kat kita, tak pandang buruk tentang kita, tunjuk la perangai yang senonoh.  Semua nih I point to myself and kalau you all rasa macam ada persamaan je, take it as memang hidup umpama artis kan.


Bila kawan yang kita boleh main tarik-tarik rambut, tak tegur kita, yang boleh bergurau-gurau, menjeling kita, bila kawan yang kita pernah minum secawan, makan sepinggan and hangout bersama caci kita, kepercayaan hilang sekelip mata, because of the mistakes and choices that not we made but we in the situation.  Mulalah buka cerita lain, caci dan kutuk kita. but I ada prinsip a clean heart won't let your mouth speak dirty. What I can do, just be a good person and succeed in the future rather than mess up now and destroy my future.  Bila mereka faham, mereka akan datang semula pada kita.  Insya Allah.  I miss my friends, my old friends.

Last but not least, semua keputusan yang kita buat, pilihan yang kita pilih, statement yang kita cakap, perangai yang kita tunjukkan, cara kita memandang dan body language yang kita gunakan, semuanya akan dipertikaikan oleh orang.  Pilihan yang kita buat tu, ada sebab yang tersendiri, bila mereka tak tahu kisah sebenar, mereka salah faham, even though ada yang faham but still pura-pura tak faham and rasa mereka betul, apa yang berlaku semalam disebabkan oleh salah faham, usually people not try to understand or solve the problems, they tend to comments and judged the situations.   "Think positive, doakan baik-baik untuk orang, doakan ibu bapa kita dan jadilah orang yang baik untuk orang lain"-Lisa Surihani.

I, my lovely mum with my awards.  Sekarang boleh muntah.

Tuesday, 25 September 2012

Rantaian Hubungan

Hari ini genap 3hari dia tak call I, texting I, but I am okey, or I  just pretend that I'm okey...Actually many things i need to think first instead of him.

I suka sangat poet nih...suka sangat...I dapat dalam majalah Yezz yang cover depan Najwa Latif dengan Awi Rafael. kepunyaan Syira, dalam section My Karya and credit by Soulsadz, maybe orang yang buat poem nih dia tengah sedih kot...sama macam I..eh tak lah...

Rantaian Hubungan 

"Perkenalan" membuna sebuah hubungan
"Hubungan" mengandungi kegembiraan dan kedukaan
"kegembiraan dan Kedukaan" melahirkan kasih sayang
"Kasih sayang" bertemankan keikhlasan
"Keikhlasan" memberikan pelbagai makna
"Makna" tentang sebuah kisah
"Kisah" yang menjadikan sesebuah kenangan
"Kenangan" yang mungkin tidak akan dapat dilupakan dan kenangan juga yang akan diakhiri dengan menjadi
"Sejarah Kehidupan"


Monday, 24 September 2012

Please don't crash my diet

"You're looks fat after Raya, eat a lots huh",,,..
"Eja, your cheek a little bit move up not like before, are you in happy mood?"

Now I only look for the Baju Kurung if only I was 10kg thinner....

I must do something, at least I can reduce 3kg for 2 months.  Starting from last week I already plan my own schedule for diet.  Yes, I have to.

Monday and Thursday : I want fasting just cover my replacement when PMS during Ramadhan.

Tuesday, Wednesday, Friday, Saturday and Sunday: 

Break first taking a nesvita just enough for me or nescafe

 Lunch i want porridge (just easier to buy at cafe) or small potion of rice with fish and stir fry vegetables only not more than that, or i will take a egg spaghetti that i can get at Daddy's kiosk. 

Tea time much better I take a biscuit and tea or coffee.

So, wish me luck okey.  Give me to 2 month to makes changes!!..




Saturday, 22 September 2012

11 Pagi 10 Malam

Hari ini banyak benda I nak cerita, ada kelakar, ada sedih, ada marah, ada detik mencemaskan...tapi 17 September memang akan I ingat sampai bila-bila.

Mula-mula ceritanya begini memang dah menjadi kebiasaan I untuk on the spot beli tiket, so memang tak jadi masalah bila-bila masa nak balik, sebab I pernah beli tiket awal, tapi tak sempat nak naik bus, so sebagai play save, time nak balik Puncak atau nak balik JB, baru beli.  Sampailah hari Isnin 17 September tuh, seperti kebiasaan I akan sampai kat tiket kaunter Sri Putri Skudai beli tiket Klang, dengan harapan ada tiket antara pukul 11 pagi, so I agak, I akan sampai dalam pukul 4 atau 5 petang di Klang.  Sebab I terpaksa ambil 2 lagi bus rapid untuk sampai kat rumah sewa.  Pakcik kaunter cakap bus pergi Klang dah full ada pun 7 malam.  Isshhh risau seyhhh time tuh...tiba-tiba I dengar dari jauh orang  cakap "TBS, Shah Alam, Klang, TBS, Shah Alam, Klang,". Bagai pucuk mencita, ulam mendatang kan...I tahu mesti punya ada rezeki untuk I, rasa diri ada luck hari ini pon ada.

I:  Klang ada lagi tak?
Orang Kaunter:  Ada-ada (sambil kira duit)
I: Berapa?
Orang Kaunter: 45 hari ini public holiday
I: Ouh Ok

Sambil hulur not RM50  dia pulang kan RM5 jew, yelah I faham sangat bila public holiday tiket bus mesti mark up harga, tapi I still okey jewww...(macam ayat Amyza Adnan dalam cerekarama) ahahah, padahal salah sendiri tak beli tiket awal, terdesak punya pasal, sebat je apa yang ada.

Okey then, I naik bas warna purple, dari jauh memang dah nampak purple tuh,dari dekat I nampak logo PLKN, I check ticket balik, tulis kat situ bas tambahan.Okey I faham, tak da lah teruk sangat, bolehlah I kenang-kenang balik masa I pergi PLKN dulu dekat Kem Warisan...I naik je, waahh full ini bas, ada la seat kosong, tapi kena duduk sebelah orang, tengok yang depan sekali double seat kosong, meh la I duduk situ, I suka duduk tepi tingkap, suka tengok pemandangan, then, kalau tertidur pon, air liur terkeluar pon boleh cover menghadap ke tepi tingkap...ahahah....

Tak sampai 5 minit I duduk ada Chinese guy nak duduk sebelah I, NAK duduk sebab "dia tanya I dulu boleh tak duduk sebelah I, ada orang tak?" itu sebab dia NAK duduk sebelah I...Nampak tak miang di situ.  I pon   "ouh sure, tak da orang kat sini"...Tak lama lepas tu bas pon jalan,..fasih si dia berbahasa melayu...borak dengan dia, I rasa macam we are know each other very much...

Dia, seorang engineer, 5 tahun dia berkerja under orang, tapi sekarang dah 2 tahun buka syarikat sendiri dengan alasan, dia boleh buat keputusan sendiri, in term of kalau nak cuti, sebab bila kerja stress, bila stress perlukan cuti, bila ambil cuti nak lama, so better dia cakap kerja lah 2bulan tanpa cuti, then ambil 2minggu cuti untuk pergi travel, kan seronok tuh, waah pemikiran dia seronok, lepas tu, dia sebulan sekali turun JB sebab jumpa girlfriend dia kat Perling, dia pakai kereta Swift, dia nasihatkan I lagi kalau nak ambil kereta buat full loan, dia cerita lagi dia pergi Bali 2 tahun lepas dengan 7 tahun lepas harga hotel beza sangat, lepas tu dia selalu be a backpacker and travel alone, pernah dia cakap dia duduk sebulan dekat Langkawi seorang diri, paling dia suka pergi Sabah naik Gunung Kinabalu, dia memang suggests kan I untuk pergi sana,(tiba-tiba I teringat cerita yang Tiz Zakiah berlakon tuh)..Lepas tu dia cerita lagi, dia nak pergi Mongolia, dekat dengan Tibet, sebelum ni negara yang dah dia pergi macam Thailand, Vietnam, Cambodia (banyak negara Asia dia dah pergi).  I tanya, suka tak pergi theme park ke, macam Universal Studios, Legoland dengan at least Genting la paling dekat, dia cakap, dia kurang sikit pergi tempat macam tuh, ouhh dia cakap dia pon dah berumur, apa yang I estimate umur dia awal 30-an lah...See, macam dah bertahun-tahun I kenal you lah apek, but lastly kita lupa nak tanya nama.

Sampai je dekat perhentian Nilai, bas ni dah lain macam, sebab I duduk depan, apek nih tahu lah apa punca dia, dia cakap tuh macah minyak clutch dah habis, boleh gerak, boleh tukar gear tapi slow la bas, lagi satu bila nak mulakan perjalanan macam naik kuda sikit.  Lepas berhenti dalam 20 minit kat perhentian ni macam-macam I dengar orang cakap dalam telefon "bas rosak lahh, lambat lagi sampai", "alamak saya nak balik Teluk Intan ni", "Dah la I bayar RM50 dapat bas macam ni, dissapointed", banyak lagi rungutan, baby menangis lagi,. passanger dah mengutuk bas sesama senrdiri, tak kurang jugak yang decide nak turun kat TBS walaupun diorang beli tiket pergi Klang dan Shah Alam.

Kecoh jugak lah, tak lama lepas tu bas pon jalan sikit-sikit, then bas ni mintak bantuan dari bas lain, mungkin ada la signal dia, hanya bas-bas bersekutu je tahu, lepas tu bas tuh berhenti, kesian tengok uncle bas ni, terkedek-kedek lari ke bas depan, yelah tepi highway kauu, banyak kereta, lori, semua tengah laju...lepas tu uncle bas cakap "TBS boleh naik bas depan, maaf ye" sambil senyum kepada semua penumpang.  I tengok  mak aiiihhh ramainya turun naik bas depan tuh, kurang daripada 10 orang je yang tinggal, apek dah tentu tinggalkan I, tapi sebelum dia tinggalkan I dia pesan "you take care okey", actually dia ajak I turun TBS sekali, pastu dia cakap baru lah naik bas Klang, tapi I ingat, mungkin bas ni akan carikan bas lain kot, sebab I tak risau sangat ada jugak student UITM kat sini.

I tengok bas yang tumpangkan tu pun penuh, yelah dari bas ni je lebih 20 orang turun,, tengah orang ramai sibuk dekat bas bantuan tuh, tiba-tiba ada 2 orang lelaki cina dan melayu turun, I ingat dia nak tolong angkat barang ke atau ambil apa-apa dari bas nih, yang I pelik dia pergi belakang bas yang rosak ni pastu dia cari pokok-pokok yang kat tepi jalan, sebelah nih kebun UPM Serdang kot, diorang ambil sorang satu pokok yang besar, rupanya pergi buang hajat...Ahahah..

Konon-konon legalah lepas buang hajat, tiba-tiba tengok-tengok bas depan dah gerak, diorang apa lagi lari lah nak kejar bas, manalah sempat, nasib baik lah bas rosak ni boleh jalan sikit-sikit, uncle bas suruh masuk, dia pon kejar bas kat depan, pengajaranya "lain kali nak turun, bagitahu driver bas" nanti kena tinggal.  Nasib baik sempat kejar bas dekat perhentian berikut, 2 orang lelaki pon turun.

Lepas Tol Sungai Besi, bas ni singgah Petronas, ada la hero-hero sampai bagi pertolongan, dah siap beli minyak clutch lagi.  I pon pergi toilet, beli roti, pastu borak-borak lah dengan passengers yang tinggal. Kan I pernah cakap kalau naik bas je, mesti jumpa kawan baru, macam-macam kita borak, memang lah lama wehhh 2jam tunggu bas bantuan berikutnya, akhirnya I text Wani mintak tolong dia ambil I dekat Klang, Alhamdulillah, I turun je bas Wani dengan Pijo dah datang ambil I, time tu pon dah pukul 9 malam, gitu gini sampai rumah pukul 10 malam.

Sampai rumah sewa, waaahhh memang I penat sangat, mandi,solat, tidur tak sedarkan diri....:)


Tuesday, 11 September 2012

Kawan Cemburu

Hello, hai, assalamualaikum,...

Hari ini hari pertama new semester, dah semester 4 youuuu....kejap je rasa sampai kat Palam nih...By the way, memang tak banyak kerja, serius wa cakap lu, so I pon apa lagi, menghapdate la belog nih...Actually hari ini sebenarnya tak da niat pon nak buruk-burukan kawan-kawan I, mereka semua okey, yang tak okey pon kau buat-buat okey lah jugak, kalau tak okey kamu yang bermasalah, but I just nak bagi nasihat pada diri sendiri jugak yang sentiasa tanpa sedar dan sedar (sengaja lah tu) buat kawan's or kawan-kawan cemburu.

Kawan-kawan zaman sekarang

Apa sebab nak cemburu nih? Cemburu boleh jadi dengki, saaaangat bahaya okeyyyy....

SENGAJA

1.  Dia mai kelas, dia tayang beg Gucci, dia pakai handphone blackberry paling latest, dia pakai jam guess, dia pakai wedges Nose, dia pandu kereta  Swift ..memang buat I cemburu, untuk semua tu kalau student macam I nih,,,..Apaaaa, amaaaaa nak itu macam ......kesian mak bapak...

2.  Dia belikan Si A cup cakes, untuk Si B dan Si C tak belikan pon, dengan selamba kau cakap " I sengaja belikan you cup cakes ni, I tahu ni favorite you kan" pehh memang cari pasal.  I memang tak okey jewww...

3.  Bila dia berborak, sikit pon tak nak bertentang mata, "I bertentang mata dengan orang yang sekepala jew, orang yang sakitkan hati I hari ini, I tak nak pandang mata you, sebab you potong line I masa naik bus pagi tadi..."

4.  Dia ambil berat terlebih pada Si A,  siap buatkan cekodok untuk dia bila balik dari kelas, Si B dengan Si C kau buat tak tahu jew, padahal hari-hari makan sama-sama, lepak sama-sama, memang tidak hadilll...

5.  Dia beli handphone atau broadband, sikit pon tak nak cerita dengan housemate, duduk online sorang-sorang dalam bilik, then, bila cukup bulan, pergi bayar bill sama-sama, handphone canggih terkeluar dengan alasan yang tak munasabah kau cakap "eh, belum tahu lagi ehh, ingat korang dah tahu, ehehehhe"

Kawan-kawan zaman sekolah
TAK SENGAJA

1.  Duduk sebelah menyebelah tempat duduk dalam kelas, sebelah menyebelah bilik, sebelah menyebelah tempat duduk dalam bas, sebelah menyebelah tengok movie, dia sengaja bagi message pada Si A "Jap gi kita pergi toilet sama-sama nak" padahal bukanya dia tak boleh nak bagitahu jew, tak payah la nak guna technology sangat wehhhh....Boleh jadi misunderstanding tahuuuu...

2.  Bila dia pergi holiday, beli 1 mug je untuk si A sebagai souvenir, pastu cakap " korang sorry lah, duit yang I bawak, cukup-cukup untuk beli satu mug jew"...

3.  Then bila kejut solat subuh, dia kejutkan Si A jew, Si B dengan Si C kau tak kejut dengan alasan " Tak sampai hati lah nak kejut, sebab tengok korang tidur syok sangat", pastu kau sampai hati tengok aku masuk nerakakan...WTH???



Kawan-kawan zaman diploma

So far, ini antara pengalaman I dan jugak kawan-kawan I yang dikongsikan, kadang-kadang kita tak sedar pon kita berlaku tak adil pada kawan-kawan kita, kita rasa diri kita, tindakan kita betul je sentiasa, so lepas ni, ingat-ingat lah ye, tak best kalau dah kecikkan hati kawan.  Lagi satu, sebagai kawan, tak payah la kita nak sensitif sangat atau negatif sangat buat sakit kepala je kan... Relax and cheer up okey, so I harap, I pon tak macam perrghhhanngaiii di atas tuh...

Sunday, 6 May 2012

Bahaya Leptospirosis Dasar Bakteria

Semuanya bermula bila I dan classmate dapat satu assignment berkaitan dengan penyakit Leptospirosis.  Biasalah student macam I, industry lingo yang digunakan berkaitan dengan medical language, my field of study not totally in medical, agak susah untuk kau faham, so mari google and pick the trusted information.  Apakah, Mengapakah, Bagaimanakah, Dimanakah,  bertalu-talu diajukan kepada my Mr Right (Google).  So, after my assignment siap, bolehlah I share dengan semua.  

Apakah Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Apakah penyebab Leptospirosis?

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira.  Leptospira pertama kali dikenal pasti sebab penyebab penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas perlombong arang batu.  Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia.  Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.  SERIUS.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi pembawa utama bagi bakteria genus (bukan genius eh) Leptospira ini.  Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan.  Terdapat juga kes yang dilaporlan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembeskan bakteria tersebut.  Malah, haiwan yang telah dapat di ubati juga boeleh merembeskan bakteria itu melalui air kencingnya.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan juga membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Manusia juga boleh dijangkiti melalui air mani haiwan yang dijangkiti.  Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
 
Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.  Ia boleh menjadi lebih kronik seperti kegagalan ginjal, sakit kuning  dan pendaraha pada kulit dan selaput lendir.  Leptospirosis juga boleh membawa maut.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin.  Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu.  Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis.  Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan dimulakan awal.

kesian kamu, dijadikan bahan ujikaji untuk hasilkan ubat, sakit tak?
Source : kencing tikus 
 

Monday, 16 April 2012

MARI MEMBELA MISKIN

Gaji RM1000 dan ke bawah, warga emas yang perlukan perhatian dan kasih sayang, gelandangan, orang kurang upaya, kanak-kanak terbiar, tiada pakaian yang cantik, tiada rumah yang sempurna, kurang pendidikan dan terlalu banyak lagi kekurangan dalam menempuh hidup seharian sebagai warga kota tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebuah NGO tampil memberikan khidmat PERCUMA kepada golongan miskin bandar, antara servis yang ditawarkan adalah makanan percuma, pakaian percuma, tuisyen percuma, dan lain-lain lagi demi membantu golongan yang kurang bernasib baik di sini.

For those interested to give some donation/ to be a volunteer  please do contact :

PERTUBUHAN MEMBELA MISKIN TEGAR MALAYSIA
NO. 6, JALAN SEMPADAN 16/7
SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM,
SELANGOR.

Khairunnisa binti Khairrudin: 014-2720122
Omar Syafiq bin Mohamad Sauffi: 017-2600829

Be part of their life