Showing posts with label family memories. Show all posts
Showing posts with label family memories. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Wordless Wednesday

Monday, 25 February 2013

I sure do love them

Bukannya susah nak cerita pada orang sana sini, yang kita sayang, cinta, kasih pada seseorang, lirikan mata, first impression, feeling, excited bila ketemu, all of behavior kita, boleh lihat dan nampak dengan clear.  Kadang-kadang I sendiri tak dapat control benda tuh.  Tak semestinya kita hanya suka pada sesama insan yang kita saling menyukai, macam girlfriend dengan boyfreind aje, tapi macam kita dengan our pets, yes,..I tak da la take care sangat dengan ikan dalam aquarium dengan dekat dalam pasu dekat rumah I tuh, kadang-kadang tak perasan pun kewujudan mereka, tapi bila dah terpandang tu, terdetik dalam hati peri-kehaiwanan I, "Alololo kesian dia ye, tak makan lagi, meh bagi makan sikit"...dah bagi, terus jalan tak ingat lagi mereka sampai esok.

Bila tengok pada kasut dan baju-baju yang banyak dan menimbun, baru terperasan i haven wear that in ages, bila mak-mak kita  sibuk cakap, sedekahkan je lah baju-baju tu dekat orang, no no no no, semua nih ada sentimental value tau, tengok baju sejuk pink tuh, teringat pada A, dia yang bagi, walaupun Malaysia tak ada snow, dan memang tak sesuai langsung kalau I pakai baju tuh kalau hari hujan pun, tapi dia still kena duduk dalam wardrobe nih, only my mom bila tengok wayang malam, shes willing to wear it, tapi this one, tak boleh buang, atau kasi orang.

Magazine tu banyak lagi, ada dalam kotak, tak sempat nak selongkar, tunjukkan..ewwaahhh..ahaha..
Dalam gambar tak da sweater pink, nanti i tunjuk okay, terselit pulak dia. Ni wardorbe baju biasa-biasa, sentiasa jadi kesayangan.

Majalah-majalah lama dekat rumah, i still remember masa my family nak move to this house, my mom pesan, jual je lah majalah-majalah tuh dekat "tin tin, surat khabar lama, besi lama, bla..bla..bla.." tuh, tapi sayang ouhhh, ini la harta I, ada majalah Mangga, URTV, Hai, tuh nak update issue artis Malaysia, ada lagi Majalah ongputih macam  Galaxy, dulu memang menjadi pujaan la, bila dah baca tuh konon-konon rasa jiwa ongputih la, rasa lebih Hollywood, but still ada beli majalah macam Remaja, Klik, Bintang Kecil, Yezz, Reader's Digest, Nur, Dara.com, Asuh, Cosmopolitan.  Tak lupa juga my mom's favorite Mastika, ahahah, I pun tumpang sekaki la baca, sama-sama hobi membaca la katakan...but now tiap-tiap bulan I menjadi pembaca tetap majalah CLEO, kadang-kadang terbeli jugak Remaja, Rapi atau Cosmopolitan sekali.  Makanya sekarang, majalah kat rumah I ni bertambah banyak, mak I sendiri tak sanggup nak legokan dia punya Mastika, apatah lagi I, nih semua kesayangan ouuuuhhh...

Bila tengok high heels nih pulak, teringat i berhempas pulas mengumpul duit, semata-mata nak beli kasut macam Katy Perry, time tuh dia pakai brand Chanel, mana I mampu nak beli, adorable je tengok lambang chanel tergantung cantik dekat kaki milik Katy Perry, kebetulan I nak pergi dinner tema  Black and Red, 2 and half years ago, ternampak kasut nih, Fabiano Ricco and ada jugak accessories macam kasut idaman I, terus i grab it, but until now, boleh dikira pakai jari berapa kali je I pakai. No no no, i cant sewenang-wenangnya bagi orang, nak pinjam je boleh. Its Fabiano ricco but still item kesayangan.

I ada satu lagi high heels hitam dalam laci bilik adik I, tak boleh nak snap, kang I ambil kasut tuh, terjaga pulak dia...kasut tuh 1kali sahaja I pakai..

Buku-buku novel I, still ada yang I masih tak habis baca, but I suka baca review novel yang baru nak release, ataupun dah lama release tapi ramai orang cakap best, I pun beli, tak pun bila I pergi book store, tengok buku-buku novel tersusun cantik, bila cover novel hati dah tertarik, synopsis kena dengan jiwa, terus I beli, kadang-kadang I tak beli pun at the first time, kalau malam I mimpi, I mesti beli esoknya atau lusanya macam novel nih... "To catch a Prince by Gillian Mcknight, seriously, macam budak-budak punya tajuk, but i do loved it.  Cari dan  menang, mana novel tuh di bawah?


Dekat tempat novel pun ada dictionery, ahahah yelah, nanti ada words tak faham bila baca novel english, senang nak google..eh..senang nak search terus..Ada lagi novel dekat rak bahagian bawah meja, masa I nak snap picture gelap sangat, so tak nampak apa-apa..tak pe lah, nanti kalau you guys datang rumah I, I tunjuk, kasi angkat murah-murah pada you all okays..


Banyak jugak benda yang I sayang kat dunia ni, my mom, my dad sudah tentu mereka yang utama, my family,my niece (allysa sofea),  my siblings tentulah, luar cakap tak sayang, bergaduh, berentem (bahasa indonesia, cuti banyak nonton senetron) dalam hati saaaayaaang sangat.  

Tak lupa jugak budak gumuk, tembam nih, jantung hati saya, macam boyfriend nih, sikit-sikit tengok picture dia...bila jumpa geram sokmo.

so, apa pulak kesayangan korang???

p/s: barang-barang tu I dah ready kot nak let it go, cuma budak kecik tu je tak...:D


Tuesday, 1 January 2013

New Year New You

Assalamualaikum pembuka kata tahun 2013.  Tahun yang dinanti, selepas tahun 2012 yang penuh dengan kontroversi, mulakan tahun ini, hari ini, dengan setiap hari yang indah dan sentiasa akan diingati.

Everyone feels like a fresh start at times, a renewed focus on getting the most out of life, enjoying the simple things and clearing the way for a calmer, less stress routine. Pembukaan 2013, buat I happy sangat sebab A datang jugak jumpa I, setelah sekian lama I menanti.  Jadi hari ini memang I akan ingat, sampai bila-bila.  In shaa Allah.  Wish me luck for the next episode okay..:)

As a Malay and Islamic adult I used to regard the celebration for any festival should be moderate not to extravagant happening, actually we just should and have to be appreciate what we have today, and always advice to appreciate for everything that gifted comes in our life from our creator (Allah s.w.t).

Berbalik pada misi tahun 2013, I want to be a good student, berfikiran positif in every situations dan sentiasa sihat dengan menjaga kesihatan, eat right, so brain can function well., minum banyak-banyak air yang jarang, bersenam, minum susu, makan collagen, makan multivitamin, arrange balik jadual, arrange balik susunan dalam our hard disc, plan balik apa yang kita nak dalam hidup...

For this new year, i realize there is a huge gap between the rulers and the ruled.  The ruled are material for exploitation.  I kata begitu sebab diri kita sendiri kena set our ruled. Peraturan, kita bina peraturan yang baik-baik untuk diri sendiri, demi masa depan sendiri.  Contohnya, peraturan, jauhi dadah, arak dan semua benda yang boleh merosakkan diri sendiri.  Contoh peraturan yang I buat, untuk diri, jangan dating with ex-boyfriend kawan sendiri.  Dan sampai tahun 2013, I masih pegang lagi my own ruled tuh..Ahahha...

I nak listkan azam tahun baru dalam diary, tak sempat lagi nak buat...for the next entry mungkin I nak share disini..good night, have a nice first January...

P/s : Tomorrow schooling get started, Selamat Kembali ke Sekolah...:)


Monday, 31 December 2012

A new year begins...

Ya Allah...I cant believe its been a year! I still remember during January 2012, i take my first semester examination for my degree session..now on 8th January 2013 i will take for the second last semester examination before i left for industrial training. Wow!...

Terlalu banyak cabaran dan perubahan dialami pada tahun nih, so for the next year, which is tomorrow, lebih banyak lagi cabaran dan perubahan harus kita tempuh...Are you ready? me ready? So, I guessed it been a good year....I must say yes!!!

Actually I am so blessed with so much love, so much kindness and goodness around me, that i can only hope 2013 will be as equally generous.  Its time to me to prepare for a brand new year...such as to make decisions, to stick on resolutions and loads of exciting possibilities to look forward to.  I must be totally ready.  

Jadi, bila I imbas balik perkara yang I buat during the rest of this year, terlalu banyak...banyak..suka, duka, seronok, sedih, gembira, merajuk, sakit, mengantuk, ketawa, malu, marah, bangga, kelaparan, menyampah, excited, blurr, lost, terkejut, teruja, terkesima, kepenatan...dan banyak-banyak lagi..

Salah satu moment yang I tak boleh lupa, pada awal tahun yang lalu. I dilantik untuk jadi ketua program untuk satu program kebajikan, I memang tak layak actually, sebab I rasa ramai lagi yang sesuai, tapi bila think about responsibilities, if peoples choose you, and majority choose you, you must hold it until be a arang, senang cakap macam genggam bara api biar jadi arang lahhh, Alhamdulillah event itu berjaya atas sokongan semua.  Bagi I itu satu pencapaian pada tahun ini.

Kemudian, ada lagi satu, tentang program lawatan ke Penang, pada permulaan rasa seronok, pertengahan dah nampak goyah, dan akhirnya bergoncang, until now, bagi I, personally kes ini tetap tak habis lagi.  Dan I harap sangat tahun 2013, akan mengembalikan kawan-kawan kelas I yang macam dulu...yang macam event kebajikan dulu...helping each other, kerjasama, sepakat membawa berkat dan lain-lain, tapi bagi I kawan-kawan kelas I tetap the best, cuma biasa la, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...apa-apa pun...the truth is, I love my classmate!

Dan hari ini, I tak sangka sangat, A datang jugak JB, setelah 6 tahun kami berkawan, he meet my mom...I ingat kita dah tak ada apa lagi, lepas 2weeks yang lalu, this ones, kejutan yang paling besar dalam hidup I, because, seriously A ni macam tak gentleman sangat, dia suka gila pada games, dia macam anti perempuan (macam orang frust), dia macam anti-sosial, sedangkan dah nak masuk tahun (2013) ke 7  berkawan, i still macam tak kenal dia... ahahah...Apa-apa pun, i appreciate sangat dia datang sini,..mungkin ada kisah seterusnya... jeng..jeng..jeng...i just wish all the best for this new year coming...

Last but not least, I harapkan yang baik-baik untuk tahun 2013 yang akan datang esok, doakan yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, family, guru-guru dan pensyarah, kawan,kawan dan semua sekali. In shaaa Allah.

"New year begins with new stories of every one's life, so..ouhh my dear "New Year", Please write my love story :D


Tuesday, 4 December 2012

Novel Review: The Particular Sadness of Lemon Cake

Hello, Assalamualaikum semua, waaaah bestnya hari ini, sebab class hanya ada 1 je, nih pun I dah selamat sampai rumah, siap dah lunch, siap sempat watching Istanbul Aku Datang untuk kali ke tiga.  Haha, mestilah I kan peminat setia Lisa Surihani!

Okay bukan masanya untuk tidur, lagipun I  tak mengantuk sangat pun, jadi I rasa dah tiba masanya untuk I adakan segment baru, ewaaaaah yelah tak kan, nak cerita tentang kisah diri sendiri je, orang pun tak suka nak baca, I must do something different, yang I boleh share dengan you all.

Buat pengetahuan korang, I dah baca novel nih 3 kali, dah lama dah I beli, cuma you know, sebagai student memang tak sempat nak baca, pulak tuh in English, bila tak faham je, kau akan stop sekejap, then continue baca, bila nak baca je for the next chapter, teringat buku-buku academic belum habis baca, terus rasa bersalah, lepas tu stop lagi, then, bila nak mula baca, nak baca balik dari mula.  Jadi, kesimpulanya, bila I dah betul-betul faham dan rasa I need to share something yang baik pada korang, terhasil lah novel review nih.  


Tajuk:  The Particular Sadness of Lemon Cake
Penulis:  Aimee Bender
Harga: RM 35.90 (MPH Bookstore)

Summary:  Rose Edelstein, seorang kanak-kanak yang menyambut hari jadinya yang ke sembilan telah merasa kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun dia mendapati, dia dapat merasakan emosi dan perasaan ibunya selepas dia memakan sepotong kek tersebut.  

Semuanya perasaan, hati, naluri, citarasa, kesedihan dan emosi ibunya Rose dapat rasa.  Perkara ini berlaku dengan tiba-tiba dan mungkin sepanjang hidupnya.  Dan dia merasakan makanan adalah sesuatu yang berbahaya, makanan mempunyai perasaan itulah yang Rose rasakan, dan setiap hidangan mendedahkan sesuatu emosi.

Namun begitu, perasaan aneh tersebut membuatkan Rose untuk bertindak dan memaksa dirinya untuk berhadapan dengan kebenaran disebalik emosi yang ditunjukkan.  Contohnya kesedihan ibunya, sikap bapanya dan abangnya yang pelik (clash with the world).  Walaubagaimanapun, Rose semakin membesar dan dia belajar untuk tahu terdapat beberapa rahsia keluarganya, namun masih ada rahsia yang deria rasanya masih tidak dapat mengenal pasti.

Secara general, I boleh simpulkan kat sini, novel The Particular Sadness of Lemon Cake adalah tentang perasaan  orang yang kita sayang, yang kita kenal, yang kita rapat, kita tahu rahsia emosinya, lagi-lagi setiap orang itu adalah part of our family.  Kejujuran, keikhlasan, keresahan semuanya Rose dapat tahu selepas memakan sesuatu makanan., bermulanya dengan makan kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun begitu, novel ini , bagi pendapat I, ada kelakar, ada sedih, ada gembira dan yang paling penting novel ni lebih menunjukkan kisah-kisah kebiasaan yang kita lakukan, dan tanpa kita sendiri duga.

So, novel nih best sangat, mudah faham selepas baca tiga kali, dan penulisan yang kemas dan ayat yang digunakan memang cantik dan indah, sebab you akan rasa nak makan kek lepas tuh, Haha.  I rasa ada jugak e-novel online untuk novel nih, but tak best lah kalau just tengok your lappy and read words by words, lepas tu sakit mata dan kepala, tapi apa kata, kalau you hold this novel sendiri, lagi rasa seronok dan puas.  

Bila baca buat kali ketiga lagi faham.  So, Selamat Membaca.

p/s:  Nanti jangan lupa dapatkan novel Kenangan di Puncak by Pepol, I dah read online, cuma I belum cukup tabung lagi nak beli yang tangible tuh.  Next time okay.  :)

Thursday, 12 April 2012

Gembira Dalam Masa 14 Hari

Lately nih, kadang-kadang I rasa sangat-sangat gembira dan kadang-kadang boleh jadi sakit otak...bukan gila eh, tapi agak stress sikit lah...no no actually eustress (kata my lecturer kalau kita stress untuk benda positive) but then, I still take it as a stress too.  Jadi, I cari sesuatu yang lawak that can make me happy, laughing in a day, such a watching, more than 10 times Maharaja Lawak Mega Osbon (minggu ke 7), Edisi Khas, and youtube funniest video.  Cara macam tu, boleh buat I lega.  Onemore, Twitter pon sama, mostly rasa lawak baca tweet orang....

Then, I baca artical tentang "A Happier You in 2 Weeks" from Lucy Danziger.  
I nak sangat nampak gembira, dan memang rasa benar-benar gembira.  Yes, sometimes kita kena rasa sedih, just simpan sedih tu dalam bilik, jangan tunjuk sangat pada orang okey.  Jom kita cuba.

 Day 1
Makan manisan pada makan tengahhari dan makan malam.  Lepas tu tengok benda yang kita suka. Macam dalam article ni dia suggest CuteOverload.com.  Tapi I suka tengok gambar anak sedara I, dia dah cukup cute dah..
 
shes so cute "overload cute"
Day 2
Bersenam-senam.  Rumah I tingkat atas sekali, hari-hari kena naik tangga sampai tingkat 6, kelas I tinggi hari-hari naik tingkat 10, but it is not a problem untuk tidak bersenam, lately nih, I ada hobby baru, main badminton, woooaahhhh love it,  Effa buat I terjebak dengan kancah sihat sebegitu...1 kali seminggu rasa tak cukup, mencurah peluh dari atas kepala sampai hujung kaki. best sangat.

Day 3
Fikir positif.  Hari-hari berhasrat untuk senyum kepada semua orang yang kita jumpa, semangat nak jumpa dengan our crush walaupun dia tak pandang langsung pon kat kita, bawak beg berat macam batu bata pon still happy dengan diri sendiri.

Day 4
Maafkan orang.  Ada orang susah nak maafkan orang dan ada orang sangat mudah untuk maafkan orang lain. So, mana satu yang lebih positif?

Day 5
Bagi semangat pada orang lain.  Beri kata-kata positif dengan orang lain.  Puji kawan-kawan dengan ikhlas.

Day 6
Cari potensi diri, apa talent yang kita ada, adakah kita nih creative atau kita ada bakat hias buku nota ke...ouhh itu saya.

Day 7
Tukar fikiran kita dalam masa 4 minit.  Contohnya, ok masalah proposal I lah, genap 2minggu I hantar proposal, tapi still tak approve, bagi I, I memang jenis tak suka dengar alasan, boleh cakap boleh, tak boleh cakap tak boleh...To make me cool down dengan sikap kepala angin macam tuh, I nak try lah take four..lama sikit, selalunya I take two je, dah natural balik..ahahha....Kenalah tunjuk yang kau tu professional walaupun kadang-kadang tidak.

Day 8
Malam sebelum tidur, jot down beberapa perkara tentang keluarga yang kita cinta.  Esok pula, bangun pagi, tulis pula tentang kebaikan kawan-kawan baik kita,  Lusa pula, tulis pula tentang betapa indahnya dunia ketika belajar.  Dengan cara-cara macam nih, boleh buat kita rasa lebih gembira.

Day9
Senyum selalu walaupun tengah sedih.  Even though your smile is fake.  Letakkan kegembiraan dalam diri.  Senyum ni pon adalah senaman muka, wah I nak try lah.  Plus, senyum tu sedekah, dapat pahala free jew...

Day 10
Get your best friend ajak tengok wayang ke, karoke ke, since Izzati kat JB and I dekat PA ym dengan facebooklah yang menghubungkan kami..tapi bila I balik JB dapatlah tengok wayang sama-sama.


Day11
Help the local economy.  Belilah dan makanlah buah-buahan tempatan,  pilihlah barang-barang buatan Malayia.  Sejujurnya, I ni suka branded punya barang, I suka tentang quality pada barang tersebut, tapi I akan beli, bila I betul-betul have enough money to buy all those things.  Then, bila I tak cukup duit untuk beli yang mahal, I akan beli yang murah, tapi ada quality, dan akan rasa bahagia bila mengayakan sesuatu tuh dengan duit yang kita ada tuh.

Kumpul duit beli guess
Day 12
Catitkan apa yang kita suka buat, rancang sebelum buat sesuatu.  Set jam nak bangun pukul berapa, drafkan apa yang perlu dibuat pada keesokkan harinya.  Make it organize.

Day 13
Put cherry on the top.  Bila kena lakukan seuatu yang anda memang tak nak buat, contohnya macam I nak pergi jumpa En. A tanya tentang proposal, dalam hati Ya Allah memang takut jugak, takut pakaian tak sesuai, takut tersalah cakap, takut yang sengaja di buat takut, so just tinggalkan takut-takut tuh kat depan pintu sebelum masuk ke dalam untuk buat perbincangan dengan En. A.  

Day 14
Read novel cinta yang bahagia, then relate pada diri sendiri...wah memang rasa diri sangat bahagia...yang ini I dah over sangat..selalu berangan lebih.

Cukup 14 hari cubaan untuk gembira.  Tak tinggal solat pun dah cukup buat kita gembira sepanjang hari...Jom kita try ni sama-sama, untuk jadi lebih gembira dalam masa 2 minggu  dan hari-hari yang mendatang.

Saturday, 17 March 2012

Why moms can't stop worrying about


Current Issue Jewwww. 

Dari kecil lagi, I memang tahu, walaupun my mom sangat busy dengan kerja dari dulu sampai sekarang, tapi dia tak pernah berhenti untuk bimbang tentang kami adik-beradik, especially bila satu keputusan yang dibuat oleh anak-anak tanpa melibatkan dirinya.  Contohnya, balik lambat, lepas hang out sampai dah nak senja, bila dah nak malam baru sempai ke rumah, padahal, kita cuma balik lambat sebab, bus yang lambat, but bukan salah kita, tapi mangsa bebelan bukanlah bus itu, tetapi adalah kita.  Di sini adalah shortlist kenapa mak-mak kita sangat risaukan kita masa kita kecik-kecik dulu.

Makanan.
Yes, pasal makan pun boleh jadi issue beb.  Masa kecik kita rasa seronok nak cuba pelbagai jenis makanan, pedas, manis, masam, pahit,...tapi ada juga geng yang jenis bukan kaki makan, so mereka akan stay healthy disitu.  But for me, kalau kami adik-beradik memang jenis tummy yummy, lagi-lagi Taufiq masa kecik kuat makan but then, dia akan muntah selepas itu.  Umi risau dia makan bayak, tapi dia still benarkan taufiq makan dengan banyak-banyak, tak pernah kata stop, sebab tak sampai hati tengok anak makan.

Playdate Pressure.
Kadang-kadang kita memang tak faham, kenapa mak kita sungguh tak berkenan dengan playdate kita tuh.  Lagi-lagi time kecik-kecik.  Padahal we just want having fun together and making friends. Mom akan cakap  "Jangan selalu main kat rumah dialah", "mak dia marah nanti", but kita tengok mak dia okey jew,  Now, when we were teenage, our parents didn't oversee our social lives and we generally did just fine.  Cuma kadang-kadanglah, kalau ada boyfriend yang mencurigakan tuh, mesti mak-mak akan tanya. kann..

Report Card.
Bila dapat report card sekolah, bukan je mak kita sibuk bimbang, tapi kita pun sibuk risau, macam manalah reaksi mak, tapi kita just chill and cool je datang sekolah dengan mak,..Redha je dengan takdir nanti, padahal dalam hati Allah je tahu.  Lagi-lagi untuk yang banyak pen merah macam I.  Balik, dalam perjalanan menuju ke kereta, atau masuk je dalam perut kereta, sesi tazkirah terus bermula.

Baju Kotor.
Baju sekolah putih, letak marker dalam kocek baju depan, peluk kawan sebelum pulang, tak perasan ink marker pen dah tumpah di dalam, lalu kawan pun dapat setepek sama ink marker pen yang tumpah.  Ingat tak iklan tuh, tapi ending dalam iklan tuh, mak dia cuma senyum, amik detergent tonyoh-tonyoh dekat kocek yang kena marker then, tuang selebihnya dalam mesin, dah wahhhh baju putih berseri kembali.  Tapi bagi I, time sekolah baju kalau kotor sangat,  bila sekolah rendah dapat bebelan dahulu, bila dah masuk sekolah menengah, banyak cantik punya muka, nak mak atau kaklong yang beruskan, kena berus sendirilah, lagi-lagi daki yang celah poket.  Lepas tu bila makan, kau sedap hirup mee kari, tak sedar tudung kena celup dengan kuah kari, rasa best je kan time tuh.  Balik mak akan tengok, "wah anak aku nih pergi sekolah ke, pergi memancah?."..
Nak berjiwang dengan Mak

Tak Nak Mandi.
Dah mandi pukul 5petang, sebelum pergi main dengan playdate, then lepas balik, mak suruh jugak pergi mandi, padahal kau rasa badan dah penat sangat, rasa nak makan dan tidur je terus.  Tapi mak tetap suruh mandi.  Bagi budak-budak suka mandi tuh, nak dapatkan tidur yang berkualiti, sanggup mandi,  bagi budak yang malas, rasa waste time and water je mandi, baik tidur je terus.  Tapi mak tetap rasa kusut kalau tengok anak dia, busuk bau peluh, terus-terus nak membutakan mata je, bawah ketiak mak pulak tuh...Memang masalah.

No Ice Cream for Dinner.
Masa kecik-kecik mengenget nak ice cream, kalau my mom, memang tak da harapanlah nak bagi waktu malam, Now, je bila dah besar bukak ice box, wah ice cream, terus makan dengan jayanya tanpa barriers yang mendatang.  Kau dah besar, faham-faham sendirilah kenapa mak tak bagi makan ice cream waktu malam, lepas tu akan miss out gosok gigi, lepas tu tidur, lepas tu mak tak suka tengok anak-anaknya kecik-kecik gigi dah hitam-hitam lompong.

Ajuk bukan Merajuk
Kalau merajuk, kadang-kadang mak malas nak layan.  but kalau mengajuk, dalam kamus dewan mendifinasikan sebagai melakonkan, mengatakan, membuat semula geri-geri atau percakapan seseorang.  Lagi-lagi kalau sikap itu, adalah negatif bagi mak.  Itu memang mak-mak pantang.  Mana taknya entah siapa yang ajar dah pandai cakap bodoh, babi, bila naik angin atau bergaduh-gaduh.  Lepas tuh, tengok cerita-cerita mat rempit, sibuk nak up basikal dia macam mat rempit buat.  Sakit dada mak tengok nak.

Namun risau mak sangat sweet, mak memang sayang kita bila risau, tapi mak selalu cakap 
"Janganlah buat mak risau".  

I love my Umi-  Hajah Aisyah Haji Omar.



Saturday, 17 December 2011

Durian dan Perfume

Hey readers,..good morning, sebelum melalui saat yang busy nanti, baik I update belog siap-siap, so taklah perkara yang I nak share dengan you guys ni men"sesakkan" trafik di minda I ni...Betul...sebab, selagi I tak kepoh-kepoh kat sini, selagi itu lah I rasa tak puas hati..

2 hari lepas, kawan I bawa balik durian, ye raja buah, yang I rasa tak adalah seluruh rakyat Malaysia suka, sebab for me, I sendiri memang tak suka sangat buah tu, I tak benci pon, cuma I cant adapt with it. Bau dia dah satu hal la, lepas tu hidung I ni sebenarnya tak sensitive sangat, but for this, this, this thing, memang I boleh bau, walaupun my friend makan buah tu semalam, dekat luar, with her family lagi...

Pernah menjadi pujaan hatiku, sewaktu ketika dahulu

Then, I feel so, so, so uncomfortable sangat-sangat-sangat. Demi tak menyakitkan hati kawan I, dan menjaga kesihatan tubuh badan I, I letak sebiji buah durian tuh, dekat balkoni dapur, so I hope sangat, bau dia akan terkawal sedikit..but its not works!..Mula-mula I selesa lagi tengok tv and do this and that kat kitorang punya ruang tamu, but at that moment I cant..bau dia men"sesak"kan I, I pun masuk bila, tekak I dah mula perit, even though, I never ever touched it and eat it..dalam hati I "weeyyyhh asal kau gedik sangat huh, dia durian je lah" "its food!" ..Lepas tu I lay down, lepas tu I pening sangat, I put tiger balm dekat kepala, hidung semua, lepas tu I ambil panadol, I terus tidur..Lepas tu, I terjaga bila dah pukul 9, sebab ada classmate datang nak fix lampu tandas, I terjaga kejap, lepas tu, housemate I rasa badan I, panas..memang I dah tak tahan sangat, tapi I rasa okey lagi, rasa mual semua adalah..I rasa durian itu, boleh melemahkan dan melumpuhkan pergerakkan I, pernah tak korang tengok Smallville yang Clark Kent, tak boleh gerak bila dia dekat dengan crystal yang warna hijau tu,.huh I rasa macam tuh, so sama jugaklah dengan kes I nih kan..

I pon memang tak selesa, but I cant sleep anymore, lama kot I tidur..then, I watching Super 8 kejap dengan housemate I lagi satu (Effa), lepas habis, I decide tidur lah, I nak bukak buku, tapi memang seriously, tak boleh sangat, kang baca pon tak masuk, lepas tu, I ambil active fast, I terus tertidur, esok pagi, I terus segar, gembira, ceria...I tanya kawan I, "durian dah tak da eh?" kawan I cakap.."adalah eja, dalam peti ais, kalau nak buka peti ais panggil kitaorang, okey" ehehe..selamat I...memang prihatin betul kawan-kawan I nih..sebab tu I sayang dorang sangat...then, kulit durian tuh pon, dorang jugak cepat-cepat buang, sebab ada freaking creatures dalam rumah nih...

Cenggitulah kisah dia dan durian, dia memang gedik gila...!


Pada masa dan ketika yang sama, untuk kisah perfume pulak, nih roomate I Iera Teddy bear, sebab dia nih comel sebab tu kita panggil dia, teddy bear time diploma, untuk degree I belum tahu nak bagi nama apa...ehehhe..peace Iera...Meanwhile, masa I sakit-sakit kepala sebab durian tuh, dia pon sakit-sakit kepala jugak, but dia sakit kepala sebab, overdose letak perfume..Ini kerana, Uitm Puncak Alam, memang macam shopping complex, so you guys yang leave near Puncak Alam, datanglah ke Uitm,macam-macam ada,..then, adalah booth perfume, memang cantik-cantik bottles perfume, I suka bottle je, but the scent I belum boleh menjanjikan yang terbaik..
So, Iera and the geng, cuba try test lah, perfume tu, I pon tak sure berapa banyak yang dia dah main sembur-sembur dengan coursemate dia, lepas tu dia kata, terus pening sangat kepala, lepas dia mandi, dia dengan I sama-sama tidur atas sebab yang sama, but different things je...then, tak lama lepas tu, dia yang bangun dulu, sebab esok dia ada test, mestilah kena study, at that time, I tengok Super 8..

Actually, Iera memang tak boleh bau perfume, lotion dan sekutu dengannya, dia boleh bau, but tak boleh sembur atau sapu pada dia, senang cakap, dia tak boleh pakailah wangian sangat nih. but, Iera tetap wangiiii..:)

My favorite perfume ever!, bau dia I boleh describe perfect for everyday wear, and romantic scent..Ingrediant:Frozen Apple, Peach Nectar, Freesia, Mimosa, Jasmine, Sandalwood, Ylang Ylang and Oakmoss (copy paste jew)


But, I tak belilah yang original, kau nak makan apa kalau beli original, I beli yang fake, but I nak scent dia sebijik macam yang real!...Okey no secret anymore...Okey telus sangat tuh...


Sekarang kepala dah tak pening dan "sesak" sebab I dah share pada korang semua tentang ini...So korang ada allergic tak? atau I lagi suka panggil penyakit ngada-ngada?

Saturday, 30 July 2011

Take your time dear...

Kita juga perlu masa untuk duduk bersendiri, merenung sejauh atau sedekat mungkin dengan sesuatu yang kita suka, seketika itu, minda dan perasaan bukan berada di alam realiti,..kita perlukan semua itu, untuk feel selasa. Yeah, i feel comfortable when i staring to something that i love very much, such a beach. Okey mentang-mentag kau dah duduk tepi pantai, nak termenung mesti di tepi pantai. Yes Of course!!
ambil gambar sebelum mula bertugas, baru bersemangat!!!

Memang indah, damai,...saya tak perlukan seseorang disisi masa itu, saya rasa selesa. Dari situ, saya teringat saya datang dengan umi, masa mula-mula menjejakkan kaki disini, Sea Gypsy resort, di sambut pula dengan seorang lelaki bermuka bengis, no welcome drink pulak tuh!, but its doesn't matter for me, tapi sekurang-kurangnya abang oii senyum lah...dan sekarang kami jadi best friend!! (ouhh mungkin saya je rasa macam tuh)....

Lepas nih, saya akan resign, dan further study. Ouhh bersediakah saya? tepuk dada tanya selera,...Awwww! saya dah tepuk, tapi selera belum cakap apa-apa lagi, okey!, falsafah itu tak boleh pakai,...lepas ni degree 2 tahun setengah, kemudian nak kerja ke nak belajar ya, kalau ada rezeki further lagi, apa salahnya study lagi kan, kalau dah tiba masa untuk menabung simpan duit nak kawin, kerja sahajalah...ataupun kerja sambil belajar...mungkin juga, ehh itu belum masanya untuk di fikirkanlah....
Di tepi pantai yang indah,...lalalalala...

Hari ini makan pasta lagi, sedap, bolongnise sauce memang sedap, itu bukan daging petak, saya suka makan itu, jap lagi nak makanlah, ehhh, tak boleh karbohidrat dalam pasta boleh mengaktifkan minyak di muka, lalu muka ku yang banyak jerawat ini akan tumbuh lagi, lagi dan lagi...okey stoplah makan makanan macam tuh...

Tak lama lagi nak puasa, hari jadi saya 1 ramadhan, bestnya kalau kat rumah, umi mesti ingat birthday saya yang 1 ramadhan ni, sebab saya di lahirkan pada 1 ramadhan tahun hijrah, tapi kalendar masihi, saya 28 march lah....no birthday cake kat sini untuk 1 ramadhan kali ini...ramadhan kali saya harapkan penuh makna, jadi walaupun saya jauh di perantauan (ouuhh perantauan)...saya tetap berramadhan sebaik mungkin..dan Insya Allah saya akan lalui dengan sempurna,...
ini nama dia boat 40,

Eh dah Tea Time, saya perlu set up brownies, english scones, tea, coffee, chocolate chips cookies, ginger cookies, semua dah menanti saya...Cukup-cukup berangan ya..

macam tuh la cerita dia.



Sunday, 26 June 2011

I'm Coming Home


You look so happy.....
Yes i am. just going back home....*smile

Selepas sebulan kau meninggalkan rumah, dah tiba masa untuk kau bercuti dan pulang ke rumah. Yes rumah. House. a shelter.

Kau gembira? Yes of course. Kenapa? Why?. Kenapa rasa gembira pulang ke rumah. Memang semua akan memberi jawapan yang mungkin sama dan mungkin juga berbeza.
sanggup tak nak keluar rumah, kalau rumah macam nih

Bila duduk lama di rumah, timbul pula rasa bosan, terus buat keputusan untuk travel, keluar dari zon selesa itu, ...keluar dan mencari kawasan baru untuk beberapa ketika...di situ kau akan mencari kebahagiaan, kegembiraan, dan mungkin jika nasib tidak baik kau akan melalui dengan penuh kesakitan dan kedukaan...

Pulang ke rumah, ambil masa untuk melihat seluruh rumah, rasa pelik, rasa lain macam,...rasa ruang dulu dan sekarang adalah berbeza, tapi hakikatnya adalah sama...lainlah kalau dah renovate,...ya mula-mula rasa lain...




Friday, 27 May 2011

In the jungle of a beautiful island

Assalammualaikum dan hai semua, bila kita jauh dengan keluarga, dengan orang yang tersayang, kita akan dekat dengan Allah swt, walaupun kadang-kadang kau terlupa nak menghadap Dia di kala kau di berada tempat yang selesa, so i mean not same just like now.... Kini kau jauh dari semua itu, tak da siapa nak jengilkan mata pada kau suruh kau solat time tengah duduk bersenang lenang tengok hindustan, tak da siapa nak ajak kau sembahyang berjemaah walaupun kau memang malas nak solat sama-sama alasan baru balik penat, tak mandi lagi...Sekarang line pun susah nak call dan message orang yang kau sayang, padahal selama ni dia message kau selalu ignore dia..time macam ni lah, kau teringat kawan-kawan yang selalu dan tak selalu mendampingi kau.

Sekarang saya berada di sebuah Pulau, banyak ilmu yang saya dapat dan dapat tahu banyak perkara dan agak kejutan budaya. Saya harap, saya akan lama disini, bukan mahu terjerumus dengan benda tak baik tapi untuk belajar sesuatu, yang baik saya akan ikut, dan yang tak baik saya jadikan sempadan.

Doakan saya supaya saya bertahan di sini...

Friday, 6 May 2011

Ratu hatiku



Bila sedih mesti cari umi, bila gembira pun nak cari umi, bila sakit pun nak cari umi, bila sakit sebut-sebut nama umi, nak makan nak umi yang masakan, nak minum air yang umi buatkan, nak umi yang temankan interview, nak umi yang hantar pergi kolej, nak umi yang teman pergi bank, nak umi yang teman tengok tv, nak shopping dengan umi je, nak segala-galanya dengan umi...
Dulu-dulu time zaman sekolah selalu friends first, family gathering jarang nak join...tapi sejak kakak-kakak saya kawin, best friends saya adalah umi saya, saya akui saya memang tak banyak kawan untuk hang out bersama, makan bersama, dinner bersama, kalau di kawasan perumahan saya sekarang nih...

Kalau time sekolah dulu memang selalu hang out pergi cyber cafe, lepak rumah kawan, tuition, taekwondo class, extra class lepas sekolah dan pasar malam... Lepas masuk kolej kawan-kawan di kolej dan house mate memang rapat dan jarang balik rumah, dan sekarang masa banyak habiskan di rumah apatah lagi saya dah habis belajar... Banyak masa di habiskan bersama umi makan, minum, duduk, jalan-jalan, sampai Taufiq marah, merajuk, dengki, dengan saya asik berkepit dengan umi je, yelah sebelum ni, dia je dengan umi, sekarang saya over take la pulak...

Buat Ratu hati saya iaitu Puan Hajah Aisyah binti Haji Omar berbillion-billion terima kasih Siti ucapkan kepada ummi yang telah bersusah payah untuk kami adik beradik

Saya sayang ummi saya

Sunday, 24 April 2011

Habit Sekarang

Sebelum masuk bilik air, atau bahasa ibunda rest room, dah prepare dah nak nyanyi lagu apa, studio itu memainkan lagu panas sahaja, mestilah lagu-lagu tengah hot masa itu, dan yang dari dulu sekarang dan selamanya hot, mestilah lagu Keabadian Cinta daripada seseorang jejaka yang patut digilai iaitu Anuar Zain.

Pernah waktu sekolah dulu kaklong tanya, "kenapa kau suka nyanyi dalam bilik air?" saya cakaplah, kalau saya nyanyi dalam bilik air, mana tahu Ajai (dulu komposer terkenal Ajai sebelum Taylor Swift eh) lalu belakang rumah, dengar suaraku yang enak merdu nih nyanyi, confirm terus nak jadikan artis rakaman, walaupunn saya tahu suara saya tak se power Mariah Carey tu.

Macam ini baru puas hati!!

Dan habit ini berpanjangan sampai masuk kolej, mula-mula segan, ouhhh nak nyanyi dalam bilik air, nyanyi pun slow2 je, lagu pohon beringin bawang merah bawang putih, atau pun lagu pilihan Amani (Anak Punai) ,bila cecah 2 minggu nyanyi sekuat hati dalam bilik air, pulak tu, housemate roomate sporting, siap buat duet dan berkumpulan, bukan di atas pentas bilik air je, malah dari depan bilik, lorong bilik turut menjadi pentas kami beraksi.

Sekarang dah habis belajar, jadi dah full time kat rumah, bangun pagi-pagi nak mandi pun, nak nyanyi, baru rasa feel, hilang daki-daki semua, mandi memang puas hatilah, nyanyi dalam bilik air, tak payah pakai microfon pon, satu bilik air dengar.

Sampai suatu hari umi saya menegur,

Umi: Kenapa suka nyanyi dalam bilik air nih tak elok nanti gigi rosak?
Saya: Apa kena mengena gigi rosak dengan menyanyi? tak paham la
Umi: Betul (hikayat merong mahawangsamaju, dah start) ada nenek tu gigi dia cantik sangat, walaupun umur dah tua, semua orang tanya macam mana gigi dia boleh cantik dan putih bersih,
Orang tua tu cakap jangan buka mulut dalam bilik air
Saya: Yeke tak cayalah
Umi: betul ni cerita betul kotoran-kotoran dari dalam bilik air tu boleh merosakkan gigi tau
Saya: UmmmMemang takut jumpa doktor gigi kan


Sejak dari itu, saya dah tak nyanyi dah, takut la gigi rosak kaklong baru umur 26 dah tampal gigi sana sini, duit lagi keluar ish ish tak nak, tak nak

So lepas ni tak yah nyanyi la ek dalam toilet, tapi..

Bila saya masuk bilik air mandi, dah sunyi dengar bunyi air je keluar..


Rupanya dia nih yang nyanyi

Tuesday, 29 March 2011

Selepas berakhirnya 20

Seperti biasa bila time hari jadi kita ke, mak ayah kita ke, adik-beradik kita ke, kawan-kawan kita ke, girlfriend boyfriend kita ke, mestilah nak ucapkan selamat..selamat...selamat...hari jadi....selamat..selamat..hari lahir...selamat..selamat...dan selamat...Yelah,..mestilah selamat...dan mengucapkan segala yang baik dan positif.
i dah dapat kunci...sila jealous...

Hari ini genap 21 tahun 1 hari saya dilahirkan....baru lahir ke dah lama tuh?...Ahahha..tah la...saya rasa, saya muda je...ahahha...sila double muntah sekarang....Saya dah dapat kunci....kunci apa? kunci rumah kondo, kunci kereta Mitsubishi, kunci motor Ego, kunci basikal fixie.....berangankan......

Sebenarnya sampai sekarang saya tak faham kenapa orang cakap dah dapat kunci...bagi saya, macam adik-beradik saya yang lain yang dah umur 21 tahun biasa je....cuma umur dah meningkatlah kan...dah jadi kakak yang matang...ahah..matang ke? kaklong, kakngah...Kadang-kadanglah..hehhe..peace..

Okeylah, ramai sebenarnya yang share birthday dengan saya....macam Shalin Zulkifli, Fasha Sandha, Liyana Jasmay dan ramai lagi artis saya tak ingat...huh nak artis aje yang sama...

Okeylah saya sebenarnya paling suka birthday sama tarikh dengan Cikgu yang sangat saya sukalah...,Cikgu biologi saya time sekolah dulu....Cik Che Ku Norizam binti Ku Mansor....Sukalah birthday dengan cikgu kesayangankan....sekarang dah bukan cik tapi puan tau....Apa khabar cikgu sekarang...? FB kan ada...aha...

Sekarang saya dah 21 tahun, pertama sekali, terima kasih kepada umi saya, yang telah melahirkan saya,...dan saya bersyukur sebab diberi peluang untuk melihat ciptaan Allah s.w.t di muka bumi yang fana ini....bukan abby fana eh....jangan nak main-main...
nyayian lagu pilu...

Sebenarnya banyak lagi impian dan harapan saya yang masih belum tercapai, banyak lagi perkara yang berlum di laksana, banyak lagi sejarah yang bakal di lalui...banyak lagi kenangan pahit manis yang bakal di cipta dan banyak lagi benda yang saya masih belum puas hati....

Jadi saya harap dengan umur 21 tahun saya sekarang, saya dapat menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat...Matang dalam pemikiran, menjadi anak yang solehah, menjadi pelahar yang cemerlang dari pendidikan dan sahsiah, tidak lupa diri,...

Bak kata Dato Azizan Othaman,...Jadilah insan yang kaya dan berjaya....

Akhir sekali, terima kasih kepada ibu bapa , adik-beradik dan kawan-kawan yang telah mengucapkan selamat hari jadi kepada saya..saya harap segala ucapan, ucapan itu akan termakbul kerana ucapan itu satu doa...dan..akan menjadi kenyataan...Insya Allah...

Nak 20 tahun lagi sekali boleh tak?

kalau dapat kek kim possible pon ok jugak...


Wednesday, 23 March 2011

Princess Never Quitters

Sejak bakal extend lepas praktikal di sini, makin busy saya dibuatnya...semuanya mesti di lakukan dengan jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, itulah prinsip saya, bukan Polis Diraja Malaysia je ada, tapi setiap orang perlu ada. Barulah, rasa seronok, best dan bahagia bila saya berhadapan dengan invoice, payment voucher, ledger, journal dan sekutu degannya.
Boleh ke saya nak pegang matahari...

Dah 55 hari pun saya praktikal di sini, pejam celik, pejam celik... So, ini bermakna tinggal 17 hari je lagi untuk saya habis praktikal dan saya perlu ada presentation dan cuti selama 3minggu sebelum saya masuk berkerja di tempat praktikal saya ni semula...Tak sabar nak habis Diploma, lepastu Degree, lepastu lagi Master, lepastu lagi PHD,...Indahnya kalau dapat belajar hingga ke tahap itu...Tak pe lah slow-slow kayuh ye Eja....

Time sekolah dulu saya memang tak suka belajar subjek mengira..Mathematic lah tu,...saya memang mengakulah, memang worst subject tersebut...Kalau Add Math pulak dapat jawab satu soalan pun rasa dah bahagia sangat...Padahal member sebalah dah habis jawab sampai soalan yang nombor 5...
Time nak examlah sibuk study camnih..

Bukan saya nak cakap saya benci pada nombor, bukan...tapi mungkin otak kanan saya kurang berkerja lalau sukar untuk saya faham konsep kira-mengira nih...rasa saya lah..Awak rasa macam mana?

Saya memang naive, saya ingat bila dah masuk kolej atau Uni, dah tak payah belajar dah subject kira mengira nih, tapi i totally wrong,..still ada ma....Alhamdulilah sekali lagi, dengan jayanya saya dapat grade yang baik dan dekat every semester pon dapat pointer yang baik-baik untuk Business Mathematic, Economy dan Accounting. Masa belajar rasa susah sangat, sebab as i told you just now, saya memang tak di anugerahkan dengan kebijaksanaan yang maksimum, tapi saya jugak mampu buat yang terbaik pada final exam. Kadang-kadang saya rasa Allah s.w.t memang nak tolong saya, sebab saya still ingat kesalahan yang saya buat time exam.

Selalu saya keluar je dewan exam time tulah segala formula, nota dan jawapan yang saya sibuk cari time exam keluar dan saya boleh ingat sebijik-sebijik kadang-kadang...

Saya ingat lagi, saya balik exam Economy saya menangis macam nak apa, saya text Abah saya untuk mendapatkan kekuatan, nak makan nasi lemak ayam dah terbantut,...sampai tak rasa lapar langsung sedih punya pasal...mesti kena repeat nih,...itu je yang saya fikir, takut risau...nota semua saya simpan elok-elok....Tapi alhamdulilah, saya bersyukur sebab saya lulus, dan saya dapat anugerah Dekan untuk semester tersebut...

Saya percaya kepada keajaiban dan kekuasan Allah s.w.t. Ini bukan nasib, tapi adalah usaha dan tawakal jadi kita akan dapa keajiaban itu...Percayalah...
Saya masih mencari hala tujuan saya..


Sekarang tugas saya di bahagian akaun, saya dah mula be
rcinta dengan nombor...bila saya fikir balik, kenapalah saya tak ambil course akaun dulu..aha....



Wednesday, 16 March 2011

Kapal Terbang Bawah Awan


Abu : Abah, tu dia kapal terbang....Besarnya....
Abah : Besarlah, kejap abah ambil gambar okey, nanti boleh tunjuk pada mak dengan adik...
Nak aeroplane macam ini boleh?

Agaknya, itulah dialog yang di lafazkan oleh dua beranak di tepi laluan yang saya sering gunakan untuk pergi dan balik kerja. Memang rumah saya dekat dengan Airport, selalu nampak kapal terbang, tapi seumur hidup baru sekali je naik...Laluan ini amat terkenal untuk warga Senai-Kulai, kira short cut la, selain dapat memendek kan masa perjalanan, ia juga boleh menjimatkan minyak. Memang laluan ini amat sibuk time pergi kerja dan balik kerja...dan kapal terbang yang saya nampak itu sangat menakjubkan, memang betul-betul dekatlah time mendarat...jarang saya dapat lihat...

Teringat pula, cita-cita saya yang tak kesampaian nak jadi juruterbang, banyak kali juga saya jaja cerita nih walaupun cita-cita dan impian ini mustahil untuk terlaksana. Jadi saya nak ajak, anda semua bina impian,...bukan bina impian yang impossible macam saya nak jadi juruterbang tu, tapi impian macam nak buka perniagaan seperti butik dan hotel, selain tu nak dapatkan dana untuk melaksanakan impian anda itu....

Jika korang beranggapan yang korang ada impian-impian tersebut, anda berhak menyertai "Sejuta Impian", ouhh..macam cerita Puteri Impian,...eh taklah..ini yang betul-betul punya....
Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah, pergilah ke Audition di tempat berhampiran anda.

tarikh-tarikh penting


untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh terus ke laman web ini
web, sejuta impian

Isi form ini okey.

Lagi, kalau korang ada keras kerja, video atau dokumen sokongan silalah hantar sekali. Mana
tahu rezeki...

Tuesday, 8 March 2011

Orang lain pun boleh jadi Hero

Kecewanya...Macam mana nak balik nih....Sedihnya...Nak ambil teksi mahal, nak suruh abah ambil tak angkat phone pulak,time terdesak nih la selalu kita berfikir,...

alangkah bagusnya kalau ada boyfriend boleh pick up time balik kerja, time terdesak macam nih, alangkah bagusnya kalau ada kereta sendiri, alangkah bagusnya kalau ada girlfriends yang ada kereta, duduk dekat-dekat sini dan sanggup ambil, alangkah bagusnya kalau ada teksi yang murah untuk pelajar, alangkah bagusnya, lepas tu alangkah bagusnya kalau saya peramah, dan semua suka kawan dengan saya dan feel free nak tumpangkan saya sampai rumah...alangkah..alangkah....-sebenarnya setan tu yang hasut kita supaya tak bersyukur taw...

Kak Ida: Eja jom balik, akak hantar sampai Perling.
Saya: Okey jom...
(Kak Ida memang baik, kalau maklong takda mesti dia yang hantar saya balik sampai depan Perling Mall, so, dari situlah saya kena cari teksi untuk terus sampai ke rumah Maklong...dan di sini bermula dilema saya...)

Sampai bus stop, try call abah lagi lah, mana tahu dia jawab..eh dapat pulak, ..

Saya: Abah, boleh ambil Siti tak dekat Perling?
Abah: Boleh, tunggu situ nanti abah datang...

Tiba-tiba...
Pak cik, nak berkenalan boleh? Nanti boleh saya tumpang pakcik....

Lelaki: Bole tukar duit tak? (sambil menghulurkan not SGD2.00.
Saya: Boleh. RM 4.00 boleh?
Lelaki: Boleh-boleh...nasib baik awak ada, saya ada rm10 , takkan saya nak naik bus pakai duit rm10 ...
Saya: A, ah...sebenarnya, selalu kat sini ada orang lain...(mula-mula macam annoying kan)...

Macam-macam yang dibualkan sebenarnya, tenggelam timbul saya dengar, yelah tepi jalan raya besar, kereta banyak...warga JB boleh bayangkan eh, " Jalan besar dari Tol Taman Perling depan Perling Mall, bus stop no.2 selepas Masjid"...saya meng"ia" kan je lah...

Perihal pasal si Lelaki, saya tahu..owh nama dia Apis, Apiz...hafiz....lebih kurang macam itulah...(saya tak tanya, dia cakap nama dia), umur 24 tahun...(muda lagi), tukang masak di hotel/restaurant di Singapore, hari ini dia cuti, tapi dia sekarang nak pergi Bandaraya JB, masuk Singapore, naik bus,...kadang-kadang naik kawan, dulu pergi kerja naik motor, tapi penat, naik bus lagi senang katanya....baik....baru kenal kau kata baik....

Mane tahu nih.,...okey,okey...sebab, saya ada cakap saya pun nak kerja Singapore macam dia, dia kata boleh, tak da hal..."awak masih muda" (eh, dia tahu umur kita lah) kan dah bagi tahu tadi....lepas tu dia kata lagi....kerja kat negara orang lain, sosial berbeza,...kat mana-mana pun kita kerja ingat Allah, sembahyang jangan lupa...dalam hati berkata, (muka aku macam muka orang tak sembayang ke)....prejudis....astagfirullahalazim....dia nasihat je lah....

Tiba-tiba abah pun datang...

Abah: Asal abah call awak tak angkat pun?
Saya: Yeke, ...handphone ni tak sihat abah....(sebenarnya, tak vibrate, lepas tu volume bukak 2 je....)

Sampai je rumah maklong..baru ingat, eh dia ada tanyalah nama kita, asal tak cakap tadi ...alahai...eh,eh asal la, tak bagi id facebook pada dia...asal la tak bagi no telefon ke....boleh jadi kawan macam Mirul, Zarul, Tariq dan Shahrul....belog ke...ish..asal tak bagi tahu nih....eh,eh, eh....over eh kau...dia tak mintak pun kan...

Kepada Apis, Apiz atau Hafiz, boleh la tinggalkan jejak anda di sini ya....
Awak semua pon boleh jadi kawan saya...banyak kawan lagi bagus, boleh tumpangkan saya balik kerja nanti....Lagi satu...saya tumpang saya bayar tau...kita kan..kawan....


Bus stop macam ni, ...tidur sini terus jelah....

Puji...Pujian...


Semalam borak dengan umi saya...

Umi: Macam mana praktikal okey tak?
Saya: Okeylah, Siti buat kerja okey tapi tak da orang nak puji pon...
Umi: Kenapa diorang tak puji? Mesti buat tak cukup bagus la tu..
Saya: Taklah, siti buat kerja cepat tau, ...Itu ini cepat je dah siap...
Umi: Tak pelah....Tak puji tak pe...asalkan jangan orang keji,..
Saya: A ah kan...takpelah...

so, perbicaraan semalam terhenti sampai di situ..
Kadang-kadang pujian itu boleh menigkatkan lagi semangat kita, dan pujian itu jugak lah, boleh mengakibatkan kita rasa dah cukup bagus untuk melakukan sesuatu...lalu timbulah sikap sombong dan bermegah...
Bagi budak-budak suka pada pujian, bila dipuji mereka rasa, orang yang memuji itu mestilah orang yang baik....saya?...saya pun suka jugak dengan pujian...tapi, kalau pujian yang rasa macam bukan pujian tu...(faham-faham eh) saya jadi tak suka la....

Tapi bagi pendapat saya, saya senang dan mudah kot bagi pujian....pujian itu mestilah dari hati yang ikhlas, walaupun kadang-kadang pujian itu macam tak sesuai untuk mereka. tapi cukuplah sekadar berpuas hati dan membuatkan hati mereka gembira..

Jadi, berapa kerapkah anda memberi ibu bapa anda pujian? kawan-kawan anda? adik-beradik anda? guru-guru anda dan siapa-siapa yang anda rasa patut menerima pujian....

dan..

Kerapkah kita memuji tuhan yang menciptakan kita....Allah s.w.t....?

Tuesday, 22 February 2011

Menaikkan layang-layang Pada Hari Sabtu

Hye, Assalamualaikum semua, bagi rakyat JB rock memang dah tahu pasal Festival Layang-layang Sedunia, yang berakhir pada hari Ahad yang lalu.
Saya dapat tahu dah lama, tapi fikir, ada ke orang nak bawak pergi sana, abah takda kat sini, kaklong mestilah nak pergi dengan hubby dia, kakngah pula, samelah tu agaknya, umi, ummm tah la...umi tak suka pergi tempat orang ramai.
So, entah kenapa hari Jumaat kaklong hantar text tanya,

Kaklong: Tahu tak pasal Festival Layang-layang
Saya: Tahu
Kaklong : Last bila?
Saya: Jap. (sambil borak dengan budak perbandaran, tanya sekali, owh Ahad last)
Saya: Ahad last.
Kaklong: Jom g esok.
Saya: okey je
So, kalau korang nak tahu, Festival Layang-layang ni adalah yang ke-16, dari kecik-kecik dulu saya dah pergi tau,....macam-macam kenangan....terjatuh, handphone hilang, tergolek, (yela kat padang kan)...kat kulai tak leh, sebab dekat dengan airport, Senai.

layang-layang mahal, tali mahal, dah beli baru nampak yang murah...


Bahagia, beli belon...Nak upin & Ipin je...

ramai orang, orang ramai..kene halau sebab masuk zone pemain layang-layang...yela, kang tersangkut kat mana-mana, naya jadinya...tengok jauh-jauh eh...jauh-jauh je...



cantikkan tukang amik gambar, suka saya puji diri saya...sila muntah sekarang okey,.....kaklong, kakngah dan sofea sofeot...

So, korang pula, buat apa time cuti? Nak pergi main layang-layang?

Thursday, 17 February 2011

Akhirnya dia berbahagia....

Hari ini perasaan tak tahu nak cakap macam mana, ...nak kata sedih tak jugak... tak sedih kau cakap (exboiperen da bertunang) dengan orang yang sangat-sangat cantik. ..dan baru tahu hari ini....
Sebenarnya, saya peminat Ally Iskandar time saya muda-muda dulu, (yelah baru umur 14, 15 tahun, tahun kegemilangan Ally la tu...)...Saya minat dia tahap apa pun saya tak tahu, tapi yang saya tahu dan nak bagitahu, adalah, saya ada album semua gambar dia, diary bercerita pasal dia, set tanda tangan dia (jangan gelak eh), surat-surat carbon copy yang bagi pada dia, dan saya pernah bagi hadiah pada dia (habis duit sekolah aku, beli hadiah dia) . Tapi,...surat saya satu pun dia tak balas....Takpe, minat still minat beb....Minat sebab dia, pandai belajar luar negara, handsome-handsome, berkarisma, pandai bercakap, bila cool dia cool, bila formal, dia formal...macam-macam lagilah...
Tak caya, tanya umi saya...
Tapi itu dululah, bila dah fikiran matang macam sekarang, dah tak buat dah...orang pulak uat kat kita, aha ade ke?? ade ke???

Hari ini, baru saya dapat tahu dia tunang dengan perempuan gadis melayu yang cantik sangat....Bagus-bagus dah sampai seru dah tu...Lagi satu Ally dah berumur jugak, sesuai dah...
Jadi, apa-apa pun, selamat Bertunang dan semoga berbahagia...

Prolog, Monolog
Abang Ally, abang ally ada tak adik lelaki sebaya saya? gedik*....

sesungguhnye, gambar-gambar dalam entri ini bukan milik saya...