Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Monday, 25 February 2013

I sure do love them

Bukannya susah nak cerita pada orang sana sini, yang kita sayang, cinta, kasih pada seseorang, lirikan mata, first impression, feeling, excited bila ketemu, all of behavior kita, boleh lihat dan nampak dengan clear.  Kadang-kadang I sendiri tak dapat control benda tuh.  Tak semestinya kita hanya suka pada sesama insan yang kita saling menyukai, macam girlfriend dengan boyfreind aje, tapi macam kita dengan our pets, yes,..I tak da la take care sangat dengan ikan dalam aquarium dengan dekat dalam pasu dekat rumah I tuh, kadang-kadang tak perasan pun kewujudan mereka, tapi bila dah terpandang tu, terdetik dalam hati peri-kehaiwanan I, "Alololo kesian dia ye, tak makan lagi, meh bagi makan sikit"...dah bagi, terus jalan tak ingat lagi mereka sampai esok.

Bila tengok pada kasut dan baju-baju yang banyak dan menimbun, baru terperasan i haven wear that in ages, bila mak-mak kita  sibuk cakap, sedekahkan je lah baju-baju tu dekat orang, no no no no, semua nih ada sentimental value tau, tengok baju sejuk pink tuh, teringat pada A, dia yang bagi, walaupun Malaysia tak ada snow, dan memang tak sesuai langsung kalau I pakai baju tuh kalau hari hujan pun, tapi dia still kena duduk dalam wardrobe nih, only my mom bila tengok wayang malam, shes willing to wear it, tapi this one, tak boleh buang, atau kasi orang.

Magazine tu banyak lagi, ada dalam kotak, tak sempat nak selongkar, tunjukkan..ewwaahhh..ahaha..
Dalam gambar tak da sweater pink, nanti i tunjuk okay, terselit pulak dia. Ni wardorbe baju biasa-biasa, sentiasa jadi kesayangan.

Majalah-majalah lama dekat rumah, i still remember masa my family nak move to this house, my mom pesan, jual je lah majalah-majalah tuh dekat "tin tin, surat khabar lama, besi lama, bla..bla..bla.." tuh, tapi sayang ouhhh, ini la harta I, ada majalah Mangga, URTV, Hai, tuh nak update issue artis Malaysia, ada lagi Majalah ongputih macam  Galaxy, dulu memang menjadi pujaan la, bila dah baca tuh konon-konon rasa jiwa ongputih la, rasa lebih Hollywood, but still ada beli majalah macam Remaja, Klik, Bintang Kecil, Yezz, Reader's Digest, Nur, Dara.com, Asuh, Cosmopolitan.  Tak lupa juga my mom's favorite Mastika, ahahah, I pun tumpang sekaki la baca, sama-sama hobi membaca la katakan...but now tiap-tiap bulan I menjadi pembaca tetap majalah CLEO, kadang-kadang terbeli jugak Remaja, Rapi atau Cosmopolitan sekali.  Makanya sekarang, majalah kat rumah I ni bertambah banyak, mak I sendiri tak sanggup nak legokan dia punya Mastika, apatah lagi I, nih semua kesayangan ouuuuhhh...

Bila tengok high heels nih pulak, teringat i berhempas pulas mengumpul duit, semata-mata nak beli kasut macam Katy Perry, time tuh dia pakai brand Chanel, mana I mampu nak beli, adorable je tengok lambang chanel tergantung cantik dekat kaki milik Katy Perry, kebetulan I nak pergi dinner tema  Black and Red, 2 and half years ago, ternampak kasut nih, Fabiano Ricco and ada jugak accessories macam kasut idaman I, terus i grab it, but until now, boleh dikira pakai jari berapa kali je I pakai. No no no, i cant sewenang-wenangnya bagi orang, nak pinjam je boleh. Its Fabiano ricco but still item kesayangan.

I ada satu lagi high heels hitam dalam laci bilik adik I, tak boleh nak snap, kang I ambil kasut tuh, terjaga pulak dia...kasut tuh 1kali sahaja I pakai..

Buku-buku novel I, still ada yang I masih tak habis baca, but I suka baca review novel yang baru nak release, ataupun dah lama release tapi ramai orang cakap best, I pun beli, tak pun bila I pergi book store, tengok buku-buku novel tersusun cantik, bila cover novel hati dah tertarik, synopsis kena dengan jiwa, terus I beli, kadang-kadang I tak beli pun at the first time, kalau malam I mimpi, I mesti beli esoknya atau lusanya macam novel nih... "To catch a Prince by Gillian Mcknight, seriously, macam budak-budak punya tajuk, but i do loved it.  Cari dan  menang, mana novel tuh di bawah?


Dekat tempat novel pun ada dictionery, ahahah yelah, nanti ada words tak faham bila baca novel english, senang nak google..eh..senang nak search terus..Ada lagi novel dekat rak bahagian bawah meja, masa I nak snap picture gelap sangat, so tak nampak apa-apa..tak pe lah, nanti kalau you guys datang rumah I, I tunjuk, kasi angkat murah-murah pada you all okays..


Banyak jugak benda yang I sayang kat dunia ni, my mom, my dad sudah tentu mereka yang utama, my family,my niece (allysa sofea),  my siblings tentulah, luar cakap tak sayang, bergaduh, berentem (bahasa indonesia, cuti banyak nonton senetron) dalam hati saaaayaaang sangat.  

Tak lupa jugak budak gumuk, tembam nih, jantung hati saya, macam boyfriend nih, sikit-sikit tengok picture dia...bila jumpa geram sokmo.

so, apa pulak kesayangan korang???

p/s: barang-barang tu I dah ready kot nak let it go, cuma budak kecik tu je tak...:D


Sunday, 6 May 2012

Bahaya Leptospirosis Dasar Bakteria

Semuanya bermula bila I dan classmate dapat satu assignment berkaitan dengan penyakit Leptospirosis.  Biasalah student macam I, industry lingo yang digunakan berkaitan dengan medical language, my field of study not totally in medical, agak susah untuk kau faham, so mari google and pick the trusted information.  Apakah, Mengapakah, Bagaimanakah, Dimanakah,  bertalu-talu diajukan kepada my Mr Right (Google).  So, after my assignment siap, bolehlah I share dengan semua.  

Apakah Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Apakah penyebab Leptospirosis?

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira.  Leptospira pertama kali dikenal pasti sebab penyebab penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas perlombong arang batu.  Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia.  Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.  SERIUS.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi pembawa utama bagi bakteria genus (bukan genius eh) Leptospira ini.  Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan.  Terdapat juga kes yang dilaporlan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembeskan bakteria tersebut.  Malah, haiwan yang telah dapat di ubati juga boeleh merembeskan bakteria itu melalui air kencingnya.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan juga membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Manusia juga boleh dijangkiti melalui air mani haiwan yang dijangkiti.  Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
 
Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.  Ia boleh menjadi lebih kronik seperti kegagalan ginjal, sakit kuning  dan pendaraha pada kulit dan selaput lendir.  Leptospirosis juga boleh membawa maut.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin.  Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu.  Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis.  Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan dimulakan awal.

kesian kamu, dijadikan bahan ujikaji untuk hasilkan ubat, sakit tak?
Source : kencing tikus 
 

Wednesday, 8 December 2010

Ku bahagia

Indahnya dunia bila jadi macam Giselle dalam filem Enchanted dapat bercakap dengan binatang seperti, kucing, ikan, arnab, hamster,burung dan... yang terbaru KATAK,eh eh, katak bukan cerita Enchanted la...katak dalam cerita drama tv3 pukul 4.30 petang tu...Nak tahu, ini pula cerita seorang gadis yang sangat sayang pada binatang . Huhuhuh ni semua penangan cerita di tv3 tu lah....cerita Putera Katak. Apatah lagi actress favorite saya yang berlakon, tak lain tak bukan Nora Danish. Cantiknya dia...

Kakngah sesuai la jadi macam Tina (Nora Danish) dalam cerita Putera Katak tu, sebab kakngah suka sangat dengan binatang. Macam-macam binatang kakngah pernah bela dari dulu macam kucing, hamster dan sekarang arnab. Pada pendapat saya kakngah suka binatang berbulu. Kakngah selalu pelok-pelok, cium-cium, timang-timang arnab dia tu...Seronok sangat agaknya...Macam tengok dia timang baby pula...huhuhu

Saya? ohho ho..saya? Saya takut sikit...sikit je..dengan kucing..umm.. kalau kucing tu manja..saya manje la jugak..if kucing tu tengok jeling-jeling je dengan saya, dia pulak dah tunjunk taring...takut oooowwwhhh..hehehe...Ikan saya suka juga..Insya Allah kalau saya masuk Universiti nanti saya nak bela ikan..Macam ikan emas Tina (Nora Danish) nama dia Upin dan Ipin tu...Ikan Emas boleh teman saya nanti bila jauh dengan family..tinggi impian saya tu..heheh..

Hamster pula, dulu saya pernah bela, tapi hamster susah sikit, sebab rumit penjagaan dia, kena tukar habuk dan bersihkan dia seminggu 3 kali, ada air ubat dia lagi, lagi satu saya asthma, dan allergic dengan benda yang berhabuk dan berbulu, so saya amik keputusan untuk tidak terlalu rapat...rapat..rapat...dengan beliau...hehhe..

Walaupun begitu ingin saya menegaskan binatang-binatang itu sangat comel dan tidak berdosa, jaganlah ada manusia yang tiada perasaan memukul dan membunuh mereka..
tapi saya suka pegang2 jugak arnab kakngah tu..bulu dia lembut sangat.....lagi sebab binatang ciptaan tuhan itu, cutee.. sangat....

Ada lagi, ikan dalam aquarium tu milik umi dan taufiq, kesayangan mereka berdua tu...Saya pulak belum ada lagi...Anda pula, apa binatang kesayangan anda?, kenapa anda sayang sangat dengan mereka? dan mengapa dia?...ceritalah...