Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

New Prince

Hello hello hello, hai, Assalamualaikum semua, wah lamanya tak update belog, hampir satu semester, tapi tak pe, sekarang I ada story tentang pasangan diraja yang cukup awesome tuh, sekarang dah ada little prince pulak...

Sebelum ni, masa diorang punya wedding I ada cerita pasal perkahwinan mereka, dalam entry Not Fairy Tale Anymore now, pasal anak dia pulak, u'ollss tahu tak, diorang punya aura dapat baby tuh, satu dunia terasa, i yang tak da kena-mengena pun tiba-tiba rasa happy sangat...ucapan, bunyi meriam, serata dunia meraikan kelahiran putera sulung Will dan Kate...

Its a boy!!!!


Sweet couple, walaupun perut Kate macam ada satu lagi baby, but shes look absolutely stunning.
 Picture by CLEO

Trivia baby boy Prince William and wife Kate,
*  Berat baby 8 lbs 6 oz ( 3.8kg)
* Dilahirkan di St. Mary's Hospital, London
* George and James nama favorite diraja, tapi, walau apa-apa pun nama yang sebenarnya belum diketahui.

Monday, 26 November 2012

Personally I suka benda nih..

Bila I rasa suka, I suka baca benda kat bawah nih, entah mana I dapat, tak ingat, tapi yang penting lama sangat I simpan dalam lappy nih.  Lepas tuh, bila korang baca mesti buat korang semua tersenyum sendiri.  Try lah.


1.  Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
2.  Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3.  Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4.  Biar lambat, asalkan tak cepat.
5.  Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6.  Dimana ada gula, di situ ada gula-gula.
7.  Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8.  Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9.  Secupak takkan jadi 18 cupak.
10.  Gajah mati meninggalkan gading, udang mati meninggalkan kulit.
11.  Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12.  Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
13.  Alang-alang mandi, biarlah guna sabun.
14.  Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
15.  Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
16.  Diam-diam ubi berisi, diam lagi orang yang bisu.
17.  Hidup segan, mati ditanam.
18.  Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19.  Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
20.  Sehari selembar benang, hari-hari benang habis.
21.  Jika kail pendek sejengkal, beli la yang panjang sikit.
22.  Hendak seribu daya, tak hendak tak pa.
23.  Membujur lalu, melintang pukang.
24.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.
25.  Sebab mulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26.  Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27.  Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi katakan boleh blah!

Dah lama I save, bila I rasa bosan I baca benda nih, so lepas ni korang pon boleh jugak.

Wednesday, 21 November 2012

Hari Penuh Keriangan

Assalamualaikum, hai semua, apa khabar? sihat tak? Di harap korang semua sihat, sebab cuaca sekarang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, macam tuh jugak dengan I, sekejap flu, tsk, tsk, sedut hingus, hembung hingus, sekejap my body pulak rasa macam dedar, lepas tu, sore throat pulak.  Memang macam-macam penyakit, kalau kita sendiri tak jaga diri kita, but kadang-kadang terlalu jaga sangat pun, boleh dapat infections juga.  So, semua itu ketentuan Allah s.w.t kepada kita.  Kita just boleh elakkan dari perkara itu berlaku.

Okay lah hari ini I happy sangat, actually semalam lagi happy, hari ini dah kurang sikit, sebab tadi I ada Quiz for Health Marketing Subject, waaaallaaaahhh...questions dia, memang challenging lah..tak sangka pun macam tu punya soalan,..yelah sebab itu just subject baca-baca kan...Question banyak tanya, deeper and deeper, bukannya di gigi air sahaja.  Eh apa dah merepek nih, tak pe lah, I dah berusaha, tawakal dan sekarang banyak-banyaklah berdoa.

Kan I pernah cakap kalau terlalu happy, I akan update belog, semalam I tak sempat, so I replace hari ini.  So, I dah list kan perkara yang I lalui, dan yang semestinya perkara yang membuatkan I gembira.  
Ha Ha Ha  Ha. 

1)  Konvokesyen

Masa I konvo time diploma tahun lepas, memang rasa seronok sangat, sebab segala efforts dan penat lelah kita semasa belajar terbayar, terus hilang rasa tension masa belajar, hilang rasa nak balas dendam sebab tak cukup berhibur (ewwaah berhibur), terus hilang rasa sakit hati pada subject-subject yang tak faham, yelah dah habis belajar kan...I nak konvo you...tak kisah la pointer tinggi ke rendah ke, memang hari ini hari diri ku berkonvo, yang penting sejuk hati, bila tengok ibu dan ayah, ahli keluarga, saudara-mara gembira dengan pencapaian kita.  

2)  Bila tahu kelas cancel

Disebabkan kita nih student, when turn tu morning class, lagi-lagi Monday morning, pulak tu, memang cun dapat text from one of my friends awal-awal pagi, pukul 6, tentang class pagi dibatalkan.  Memang sambung tidur lah,  student memang kuat tidur, inilah sesuatu yang tak spoilkan mood student, but bila cakap tentang replacement class, itu yang paling tak suka.

3)  Dapat text from secret admirer

Wah bagitahu I siapa tak senyum melebar bila dapat text macam tuh,  "I nak kenal dengan you lah", lagi-lagi for those yang memang single, memang tunggu si jejaka nak approach, memang indah sungguh hari  anda.  Lepas tu, every morning and night mesti wish, "good morning", "good night", "good morning", "good night", then, tidur pun you akan senyum jew,,,,lepas tu lagi best....

Cair ke, I rock tak kan cair punya lahhhh. :p

4)  Dapat offer pergi luar negara

I pernah dapat offer pergi Cambodia masa I diploma, sebenarnya bukan bercuti eh, actually pergi Leadership Seminar selama seminggu di sana, makan, pakai, hotel, ticket flight, duit belanja, ditanggung oleh organizer, gila kau cakap tak best, memang best, pakai tu I tipu ehhh..ahahha...Tapi apa-apa pun, kena ingat objective pergi sana, enjoy-enjoy jugak.  Alhamdulilah sangat, now I still tunggu jugak offer dari mana-mana.
Cambodia

5) Berat badan turun

Bagi gadis-gadis yang rasa diri mereka tak kurus, macam I nih, memang lah happy sangat bila timbang, berat turun, paling best kalau turun 3kg, rasa dah cukup kurus dah tuh,...happy sangat, lepas tu terus plan nak pergi makan dekat Seoul Garden atau pun nak lebih Johorean sikit kat Rawa (Steamboat Restaurant), yelah sebab dah turun 3kg, lepas je makan, terus naik 5kg, tapi tetap maafkan diri sendiri sebab steamboat punya pasal, dan berjanji esok dah tak buat lagi.  Okay, kesimpulanya memang I happy sangat kalau berat badan turun. :D


Time nih, I rasa kurus sikit, 49kg je...sekarang....adoooiiii...

Okay dah Maghrib, marilah menuju kejayaan kawan-kawan.  Banyak lagi I nak update.  Nanti ya.


Thursday, 12 April 2012

Gembira Dalam Masa 14 Hari

Lately nih, kadang-kadang I rasa sangat-sangat gembira dan kadang-kadang boleh jadi sakit otak...bukan gila eh, tapi agak stress sikit lah...no no actually eustress (kata my lecturer kalau kita stress untuk benda positive) but then, I still take it as a stress too.  Jadi, I cari sesuatu yang lawak that can make me happy, laughing in a day, such a watching, more than 10 times Maharaja Lawak Mega Osbon (minggu ke 7), Edisi Khas, and youtube funniest video.  Cara macam tu, boleh buat I lega.  Onemore, Twitter pon sama, mostly rasa lawak baca tweet orang....

Then, I baca artical tentang "A Happier You in 2 Weeks" from Lucy Danziger.  
I nak sangat nampak gembira, dan memang rasa benar-benar gembira.  Yes, sometimes kita kena rasa sedih, just simpan sedih tu dalam bilik, jangan tunjuk sangat pada orang okey.  Jom kita cuba.

 Day 1
Makan manisan pada makan tengahhari dan makan malam.  Lepas tu tengok benda yang kita suka. Macam dalam article ni dia suggest CuteOverload.com.  Tapi I suka tengok gambar anak sedara I, dia dah cukup cute dah..
 
shes so cute "overload cute"
Day 2
Bersenam-senam.  Rumah I tingkat atas sekali, hari-hari kena naik tangga sampai tingkat 6, kelas I tinggi hari-hari naik tingkat 10, but it is not a problem untuk tidak bersenam, lately nih, I ada hobby baru, main badminton, woooaahhhh love it,  Effa buat I terjebak dengan kancah sihat sebegitu...1 kali seminggu rasa tak cukup, mencurah peluh dari atas kepala sampai hujung kaki. best sangat.

Day 3
Fikir positif.  Hari-hari berhasrat untuk senyum kepada semua orang yang kita jumpa, semangat nak jumpa dengan our crush walaupun dia tak pandang langsung pon kat kita, bawak beg berat macam batu bata pon still happy dengan diri sendiri.

Day 4
Maafkan orang.  Ada orang susah nak maafkan orang dan ada orang sangat mudah untuk maafkan orang lain. So, mana satu yang lebih positif?

Day 5
Bagi semangat pada orang lain.  Beri kata-kata positif dengan orang lain.  Puji kawan-kawan dengan ikhlas.

Day 6
Cari potensi diri, apa talent yang kita ada, adakah kita nih creative atau kita ada bakat hias buku nota ke...ouhh itu saya.

Day 7
Tukar fikiran kita dalam masa 4 minit.  Contohnya, ok masalah proposal I lah, genap 2minggu I hantar proposal, tapi still tak approve, bagi I, I memang jenis tak suka dengar alasan, boleh cakap boleh, tak boleh cakap tak boleh...To make me cool down dengan sikap kepala angin macam tuh, I nak try lah take four..lama sikit, selalunya I take two je, dah natural balik..ahahha....Kenalah tunjuk yang kau tu professional walaupun kadang-kadang tidak.

Day 8
Malam sebelum tidur, jot down beberapa perkara tentang keluarga yang kita cinta.  Esok pula, bangun pagi, tulis pula tentang kebaikan kawan-kawan baik kita,  Lusa pula, tulis pula tentang betapa indahnya dunia ketika belajar.  Dengan cara-cara macam nih, boleh buat kita rasa lebih gembira.

Day9
Senyum selalu walaupun tengah sedih.  Even though your smile is fake.  Letakkan kegembiraan dalam diri.  Senyum ni pon adalah senaman muka, wah I nak try lah.  Plus, senyum tu sedekah, dapat pahala free jew...

Day 10
Get your best friend ajak tengok wayang ke, karoke ke, since Izzati kat JB and I dekat PA ym dengan facebooklah yang menghubungkan kami..tapi bila I balik JB dapatlah tengok wayang sama-sama.


Day11
Help the local economy.  Belilah dan makanlah buah-buahan tempatan,  pilihlah barang-barang buatan Malayia.  Sejujurnya, I ni suka branded punya barang, I suka tentang quality pada barang tersebut, tapi I akan beli, bila I betul-betul have enough money to buy all those things.  Then, bila I tak cukup duit untuk beli yang mahal, I akan beli yang murah, tapi ada quality, dan akan rasa bahagia bila mengayakan sesuatu tuh dengan duit yang kita ada tuh.

Kumpul duit beli guess
Day 12
Catitkan apa yang kita suka buat, rancang sebelum buat sesuatu.  Set jam nak bangun pukul berapa, drafkan apa yang perlu dibuat pada keesokkan harinya.  Make it organize.

Day 13
Put cherry on the top.  Bila kena lakukan seuatu yang anda memang tak nak buat, contohnya macam I nak pergi jumpa En. A tanya tentang proposal, dalam hati Ya Allah memang takut jugak, takut pakaian tak sesuai, takut tersalah cakap, takut yang sengaja di buat takut, so just tinggalkan takut-takut tuh kat depan pintu sebelum masuk ke dalam untuk buat perbincangan dengan En. A.  

Day 14
Read novel cinta yang bahagia, then relate pada diri sendiri...wah memang rasa diri sangat bahagia...yang ini I dah over sangat..selalu berangan lebih.

Cukup 14 hari cubaan untuk gembira.  Tak tinggal solat pun dah cukup buat kita gembira sepanjang hari...Jom kita try ni sama-sama, untuk jadi lebih gembira dalam masa 2 minggu  dan hari-hari yang mendatang.

Monday, 20 February 2012

hard-wired for SUDOKU

Sudoku champions be proud.  The sophisticated thinking used to solve the mathematical puzzles is beyond even the most advanced computers or ipad.  Professor John Hopfield of Princeton University has been studying how we solve Sudoku puzzles to understand the process known as associative memory, our ability to spot similarities and discover patterns from limited information.  

Sudoku is worth starting from RM2.99 

Harder

Every time we put the right number in a Sudoku square it provides a clue, bringing us one step closer to recognizing an overall pattern and solution.  

Activities before going to sleep.

Monday, 30 January 2012

Awan Nano dah jadi favorite.

I knew it, Semua tahu atas kemenangan Hafiz menerusi lagu beliau Awan Nano, sebelum ni rasa lagu dia macam tak best, tapi lepas tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) malam tadi, wah aura lagu tu, memang terus rasa Hafiz ni memang ada harapanlah nak menang.

Memandangkan semalam dia menang, so mesti korang semua perasan apa pakaian dia semalam...ahaha just t-shirt dengan tract je.  Ingatkan lepas persembahan mesti dia tukarlah nak pakai cantik-cantik, sekali rileks je dia...

Pagi-pagi dah nak bukak facebook, terus tengok Hot Fm , atas kememangan Hafiz, diorang pon sibuk pakai t-shirt dengan tract bottom je. Check this..Team Am Krew.

Pagi-pagi dah mengoogle.  Dapat yang ini okey lah.

Wednesday, 28 December 2011

Yesterday brought forward Today!

On Tuesday night,  Wednesday night, what could possibly keep a young woman  at home and up at 2.30 a.m? She could be in love with a boy in another country, playing conversation tennis on the little box with her flirty punctuation and animated emoticons.  Or she's uploading the pictures from half an hour ago and busy commenting on "news" from her friends.  Sound familiar ?

Its tough managing two or three social lives especially the more glamorous one on Facebook.  Your default picture is the smarter,  funnier, better looking creation of yourself and therefore demands your attention.  For better or worse, this is the "airbrushed reality" we live in today.

We also notice, how nothing is official anymore unless its in Facebook?  If you're happy and you know it, then everyone's got the right to know it too.  We have Facebook creator Mark Zuckerberg to thank for this public phenomenon.

My guilty online activity is SHOPPING and while I may have lots of friends in Facebook, its really encourage me more fond of.  Whenever my online purchases reach me, I transform into a girl on her 12th birthday party.  Suddenly i get a lots of present and online shopping makes me so happy.

Let me rephrase that.  Receiving things makes me so happy.  How can you not like presents?  Even if its from yourself?  No, especially when its from yourself.  And since the end of the year  is round the corner, why not start listing your wishlist for 2012...



Waiting for this items!!! Awww I love Online Shopping..Y.E.S!!


Saturday, 3 December 2011

Why do we care so much about what other people think?

Nah! Ni semua kerana-kerana I baru lepas buat assigment. Yes baru lepas siap and petang sikit I akan printing...Tapi, tiba-tiba I fikir before complete it, I do some research yelah, I buat tentang differences among country regarding diorang punya healthcare spending...So, of course, banyaklah resources yang I dapat, dari wikipedianya lain, dari pakar-pakar doctornya lain, dari pendapat community nya lain, keluar kata itu, ini, pendapat, surveys and some comments...but sometimes i wonders if relying on amateur review websites is a good or bad thing. But mostly kalau I buat assigment tentang economics I more prefer to professional lah..


Okey bukan itu yang I maksudkan cuma sometimes, benda yang kecil dan simple kita mesti nak search pada internet nak mintak pendapat..For example, during my precious time each weekend, macam sekarang nih, I want to have the best time possible on the least of amount of money. Jadi, sebelum I nak cuba sesuatu yang baru I akan search macam rambut I nih, I tengok dulu artis apa yang dah memotong rambut pendek dan memang anggun dan bergaya bila berambut pendek,, apa benefit rambut pendek ringan, nampak comel, tak nampak feminin and something like that and of course I tengok Vanessa Hudgens dulu, dan juga Anith Aqilah...thanks to my plenty of clicks. So boleh nampak tak I tak nak habiskan masa dan duit dalam pada masa yang sama...I baca facts, I baca pendapat artis, I baca pendapat-pendapat belog, cuma I tak tanya Yuko Yamashita jew...


Lepas tu kau menyesal potong rambut


Bukan I je yang buat benda-benda macam ni...Tapi lebih dari 80 percent dari pembelian atau percubaan orang ramai akan bermula dengan searching, evaluating, opinion dari web search. And lepas tu Mr. Google akan beri pendapat yang macam-macam, lepastu kita click dengan mana yang bersesuaian, ada yang amateur dan professional... Ia sebenarnya macam promosi secara lisan. Tapi kebiasaanya, sesuatu product akan menggunakan nama-nama orang professional untuk evaluate diorang punya product, Tapi korang rasa boleh percaya ke? But at the same time, kadang-kadang kita terfikir, boleh ke kita percaya pendapat dari orang yang kita tidak kenali?...Huuurrrmmmmmm

Betul atau Tidak?

Ia bukan hanya aspek kita mintak pendapat orang aje, tapi permasaalahan ye adalah kebimbangan..Okey let say, pagi tadi I pergi break first dekat McD pastu dekat coffee cup dia tulis

100% Kopi Arabika
Ditanam di kawasan tanah tinggi. Hasilnya, aroma dan rasa yang tersendiri dan bermutu tinggi. Nikmatinya.

Dia kata, biji kopi di tanam di kawasan tinggi, korang rasa-rasa nak tak tengok kat mana kawasan tanah tingginya?, Ia ke?, kalau tanam kat kawasan rendah tak sedap ke? Tapi yang I tahu I memang suka Coffee McD...Dia tak buat review macam tuh pon I rasa, I dah suka.

Jadi macam tulah yang I maksudkan, kenapa dia review Coffee tu macam tuh? Dan siapa yang review macam tuh? amateur atau professional...?


Lepas tu, Sebelum I nak ambil course ini, Health Administration, I adalah buat research sikit, I baca belog, I tengok apa peluang kerjaya, I boleh belajar sampai mana, Subject dia apa, Kenapa mesti ada course ini, penting sangat ke, so before I nak buat keputusan untuk diri I, paling penting I nak tahu orang yang dah ambilnye, I siap baca comment-comment kat facebook, i "like" group page dia,then, I ada juga search job opportunity in foreign country, macam Singapore dan U.A.E. Professional cakap, course ini sangat bagus, peluang kerjaya luas, subject pun mudah dan bersesuaian dengan skop kerja. Tapi Amateur cakap, subject susah, dalam bidang kerjaan kat Malaysia belum buka lagi, tapi peluang kerjaya kat private hospital banyak. Dan macam-macam macam...Lastly, I dah buat prons and cons then berpihak pada prons, why not I try...

Sama jugaklah dengan sekecil-kecil keputusan hinggalah keputusan yang besar kita perlu tentukan the amateur reviews sangat bagus untuk di ambil kira. Bukan golongan professional sahaja. Tapi akan lebih bagus jika kita ambil pendapat kedua-duanya sekali dan bandingkan.



Lisa Surihani ada beg prada itu! I pon mesti pakai macam tuh..


I dah pon buat review but...

Harga dia memang tak boleh belah untuk student macam I...T-T

In fact, I'm off to do some research now. Iphone atau Blackberry? Anyone...

Monday, 21 November 2011

Guy We Want-Hot Stuff!

Sebenarnya nak update lepas geram hari ini, tadi memang bengang dan geram sangat, yela, kita sibuk pening fikir nak pergi lawatan tempat dia, tapi dia sikit pon tak bagi feedback, Alhamdulilah lepas solat (hikmah solat) dan telefon again and again barulah dia buat tindakan...Busy sangatkah mereka???..Pelik, kan ada department apa yang uruskan...aiiisshhh...malas fikir masalah orang, so, lupakan..dah lupakan...Mari fikir masalah sendiri...

Ahaks, suka tengok tittle kat atas,..Umm The Hotters bachelors in Hollywood kalau nak di senaraikan memang banyak, salah satunya tentulah Justin Timberlake, I memang follow dia time dia sibuk bercintan-cintun dengan Britney Spears lagi tahuuu.....

Serba sedikit nak share tentang boyfriend ini adalah sebab,..sebab...sebab tadi baru lepas baca biography dia dekat CLEO, why not, i share jugak dengan you guys tentang boyfriend lama i ini..Okey sila baling tepung di muka sendiri... Seriously okey, dulu memang minat dia, sekarang dah kurang sikit...akuan jujur nih...

Bagi girls yang tak kenal Justin Timberlake nih, buat-buatlah kenal eh..boleh? but i'm sure, korang mesti lebih arif tentang boyfrind ini.

The Timberlake File

-Justin Randall Timberlake telah dilahirkan pada 31 January 1981 di Memphis, Tennessee dekat United State.

-Justin juga telah memenangi 6 Grammy Awards dan juga 2 Emmy Awards....Wow!!!...

-Justin dan bestfriend dia si Trace Ayala tuh, dah buat brand baju diorang sendiri...William Trast pada tahun 2005 lagi...Mahal kot!

-Time interview dengan magazine Rolling Stone dia cakap, dia tak akan rapat balik dengan ex-girlfriend dia si Britney tuh, tapi sebenarnya di lubuk hati dia still sayang/cintakan Britney...first love tuh...time muda remaja, mana boleh lupa..

Sebenarnya i suka dia, sebab dia nih tak lah banyak sangat controversy macam hollwood bachelors yang lain, suara dia pon best, tak lah harap rupa semata-mata,..Ishhh tak baik!..

So, sampai sini la cerita...lapar dah..nak makan cream cracker dengan hot tea, lepas mandi nih...bye Justin, eh bye korang...

time nih, tengah ngetop dua-dua, bahagia bukan main.

p/s: kalau pergi karoke mesti nak nyanyi lagu Lucky-Britney Spears.

Saturday, 30 April 2011

Not fairy tale anymore

Kad kahwin,

wedding gown by Sarah Burton (Alexander McQueen),


saat bapa melepaskan tanggungjawab kepada si jejaka,


jejaka yang segak bergaya,

Selepas saya lihat sendiri upacara Royal Wedding antara Prince William dan Kate Middleton semalam... Wow!!! sangat teruja, penuh dengan adat istiadat diraja dan totally superb. Umi saya kata, dulu Princess Diana kahwin dengan Prince Charles juga begitu. Yakah?, Apalagi saya yahoo segala maklumat di sini dan di siniCincin yang sama,



tersenyum menuju bahagia,

berjalan keluar gereja,

Loceng-loceng berdering, orang ramai bersorak , malah matahari menujukan rupa yang berseri, Putera William muncul dari Westminster Abbey dengan pengantin perempuan bersamanya.


Prince and Princess,

Mempamerkan senyuman kepada jutaan manusia, cincin perkahwinan Wartski emas Wales dan gaun gading dengan tampal hias renda, Kate Middleton – kini Her Royal Highness Duchess of Cambridge – berganding The Firm di tengah-tengah kegemilangan dan gilang-gemilang Britain.

Budak-budak penyeri Majlis,

Pippa's gown was designed by Sarah Burton at Alexander McQueen juga,


Tiada lagi kisah dongeng untuk Kate, segalanya menjadi kenyataan selepas Prince William menyarung cincin ke jari Kate, segalanya berjalan lancar dan penuh protoko.l

William segak berbaju merah cerah seragam ala seorang kolonel Guards Ireland , berbisik: "You look incredible, beautiful," kepada Kate setelah tiba di sebelahya di hadapan High Altar. Lalu mereka membalas senyuman dan kerlingan sepanjang majlis berlangsung.

Pasangan itu, berada dalam kereta kuda tahun 1902 kerajaan, untuk menuju ke Buckingham Palace yang telah padat dengan orang ramai untuk mengucapkan tahniah kepada mereka.
Dan seketika itu yang sering dilakukan pasangan barat untuk bercium di balkoni istana sambil disaksikan berjuta-juta orang.



menaiki coach idamanku-kate-william,

Kenangan lama,


Cake,

Ia mungkin protokol semasa Prince William tabik kepada rakyat, Princess Kate akan tunduk,



Beckham dan Victoria pun datang,

Dan akhirnya, mereka hidup aman dan gembira seluruh rakyat jelata turut meraikanya

Dah habis....


Tuesday, 22 February 2011

Menaikkan layang-layang Pada Hari Sabtu

Hye, Assalamualaikum semua, bagi rakyat JB rock memang dah tahu pasal Festival Layang-layang Sedunia, yang berakhir pada hari Ahad yang lalu.
Saya dapat tahu dah lama, tapi fikir, ada ke orang nak bawak pergi sana, abah takda kat sini, kaklong mestilah nak pergi dengan hubby dia, kakngah pula, samelah tu agaknya, umi, ummm tah la...umi tak suka pergi tempat orang ramai.
So, entah kenapa hari Jumaat kaklong hantar text tanya,

Kaklong: Tahu tak pasal Festival Layang-layang
Saya: Tahu
Kaklong : Last bila?
Saya: Jap. (sambil borak dengan budak perbandaran, tanya sekali, owh Ahad last)
Saya: Ahad last.
Kaklong: Jom g esok.
Saya: okey je
So, kalau korang nak tahu, Festival Layang-layang ni adalah yang ke-16, dari kecik-kecik dulu saya dah pergi tau,....macam-macam kenangan....terjatuh, handphone hilang, tergolek, (yela kat padang kan)...kat kulai tak leh, sebab dekat dengan airport, Senai.

layang-layang mahal, tali mahal, dah beli baru nampak yang murah...


Bahagia, beli belon...Nak upin & Ipin je...

ramai orang, orang ramai..kene halau sebab masuk zone pemain layang-layang...yela, kang tersangkut kat mana-mana, naya jadinya...tengok jauh-jauh eh...jauh-jauh je...



cantikkan tukang amik gambar, suka saya puji diri saya...sila muntah sekarang okey,.....kaklong, kakngah dan sofea sofeot...

So, korang pula, buat apa time cuti? Nak pergi main layang-layang?

Thursday, 17 February 2011

Akhirnya dia berbahagia....

Hari ini perasaan tak tahu nak cakap macam mana, ...nak kata sedih tak jugak... tak sedih kau cakap (exboiperen da bertunang) dengan orang yang sangat-sangat cantik. ..dan baru tahu hari ini....
Sebenarnya, saya peminat Ally Iskandar time saya muda-muda dulu, (yelah baru umur 14, 15 tahun, tahun kegemilangan Ally la tu...)...Saya minat dia tahap apa pun saya tak tahu, tapi yang saya tahu dan nak bagitahu, adalah, saya ada album semua gambar dia, diary bercerita pasal dia, set tanda tangan dia (jangan gelak eh), surat-surat carbon copy yang bagi pada dia, dan saya pernah bagi hadiah pada dia (habis duit sekolah aku, beli hadiah dia) . Tapi,...surat saya satu pun dia tak balas....Takpe, minat still minat beb....Minat sebab dia, pandai belajar luar negara, handsome-handsome, berkarisma, pandai bercakap, bila cool dia cool, bila formal, dia formal...macam-macam lagilah...
Tak caya, tanya umi saya...
Tapi itu dululah, bila dah fikiran matang macam sekarang, dah tak buat dah...orang pulak uat kat kita, aha ade ke?? ade ke???

Hari ini, baru saya dapat tahu dia tunang dengan perempuan gadis melayu yang cantik sangat....Bagus-bagus dah sampai seru dah tu...Lagi satu Ally dah berumur jugak, sesuai dah...
Jadi, apa-apa pun, selamat Bertunang dan semoga berbahagia...

Prolog, Monolog
Abang Ally, abang ally ada tak adik lelaki sebaya saya? gedik*....

sesungguhnye, gambar-gambar dalam entri ini bukan milik saya...

Sunday, 6 February 2011

Ada apa dengan Syamsul Yusuf

Ehem, ehem..bukan membelakangkan jejaka impian saya tu tapi ini...amat bermakna...ini post entry baru, tadi saya dah buat, tapi saya tak save, then, saya refresh ingat dah save, sekali hilang....maybe cerita kedua ni kurang best dari, cerita pertama, so, idea dah tersekat-sekat sekarang.
Wajah, riang ria pemenang

Tanpa buang masa, kenapa ya dengan Syamsul Yusuf..? dan kenapa dengan saya, nak buat entry tentang dia...Dia tak kenal saya, saya kenal dia...

Semalam umi dengan ayah pergi Tribute P.Ramlee, sekali dengan Anugerah Seri Temasek di Singapore, yelah era zaman 60-an kembali, ada la artis-artis veteran yang hadir,macam Aziz Satar, Wahid Satay, Sarimah, Anita Sarawak, Dian P.Ramlee, dan ramai lagilah...saya tak ingat nama diorang apa...2, 3 miggu yang lepas ada ayah ada jugak tanya, nak ikut tak, saya kata tak nak lah..biarlah mereka kenang zaman-zaman kegemilangan dulu. so, partner ayah, mestilah umi..bukan main melaram...nak jumpa artis katakan..
Suka, Diana Danielle

Umi tidur hotel tu, so, pagi tadi baru check in,...umi call saya...

Saya: umi bila nak balik?
Umi: dah on the way nak balik ni, tapi umi singgah pergi kenduri jap...
Siti: okey, umi best tak?
Umi: best, siti umi jumpa samsul....(umi sebut sam..bukan syam ae..)
Siti: siapa tu?
Umi: ala, yang siti minat, tu...anak Yusuf Haslam...nanti balik umi tunjukan gambar, banyak gambar umi dengan artis.
Siti: owh...okey,(bila masa pulak minat kat dia, tak de nya nak minat dah, dia dah pukul aktress favoriteku, tak lain Diana Danielle la...), bila nak balik? siti lapar ni....(bila masa kau minat Syamsul tu,..umm...cececey, padahal jemput-jemput kat tangan)
Umi: jap lagi umi balik. Assalamualaikum.
Siti: Waalaikumsalam...

setiba kat rumah,.
Ispirasi, gadis-gadis, macam saya

DD Beeson
Umi: Ni siti, gambar dengan Syamsul...
Saya: owh,...hansome tak?
Umi: hansome. baik, sopan je..dengan umi dia tak salam pun, kalau artis lelaki ****** hulur je terus tangan pada umi, jadi umi pun salam jugaklah...kalau samsul, tak, dia dengan ayah je, tapi agaknya, kalau orang perempuan hulur dia terpaksa salam jugak agaknya...tapi nampak dia, jaga imej dia...
Saya: yeke umi...tah-tah dia tengok umi tua, dia tak salam..(saja nyakat)
Umi: tak delah, ke situ pulak...
Saya: dia bawak girlfriend tak?
Umi: Tak, umi nampak ada kawan dia, duduk satu meja dengan dia, kesian tengok kawan dia, diam je...yelah dia sibuk layan orang nak ambil gambar....Umi dengan ayah, cepat-cepatlah ambil gambar dengan artis-artis lain...
Saya: owh, siapa lagi yang muda-muda?
Umi: Ning Baizura dengan suami dia, Ahmad Idham, David teo, Sam (adik zizie), ramai lagi...
Saya: okeylah tu...
Umi: Siti dulu kan cakap, kalau Diana tak nak Syamsul, Siti nak...
Saya: huh, ada ke? tak la...(sambil makan)
Umi: Ada...

Habis makan, basuh pinggan naik atas,...google gambar Syamsul dulu...Owh lelaki ni...mustahil dapat kawan dengan kau...

Semalam tak dapat, tengok cerita Khurafat, sebab tiket habis, ada pun tinggal 2 keping paling depan, oh..tak sanggup nak dongakkan kepala...

Apa-apa pun, semoga Syamsul maju jaya...

Artis adalah artis, tak sama dengan orang biasa....

Umi, siti nak Syamsul macam ini...tak nak yang pakai formal tu...

*gambar-gambar dari camera umi, tak dapat nak tujukan sebab tak sempat nak transfer