Monday, 26 November 2012

Personally I suka benda nih..

Bila I rasa suka, I suka baca benda kat bawah nih, entah mana I dapat, tak ingat, tapi yang penting lama sangat I simpan dalam lappy nih.  Lepas tuh, bila korang baca mesti buat korang semua tersenyum sendiri.  Try lah.


1.  Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
2.  Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3.  Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4.  Biar lambat, asalkan tak cepat.
5.  Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6.  Dimana ada gula, di situ ada gula-gula.
7.  Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8.  Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9.  Secupak takkan jadi 18 cupak.
10.  Gajah mati meninggalkan gading, udang mati meninggalkan kulit.
11.  Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12.  Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
13.  Alang-alang mandi, biarlah guna sabun.
14.  Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
15.  Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
16.  Diam-diam ubi berisi, diam lagi orang yang bisu.
17.  Hidup segan, mati ditanam.
18.  Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19.  Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
20.  Sehari selembar benang, hari-hari benang habis.
21.  Jika kail pendek sejengkal, beli la yang panjang sikit.
22.  Hendak seribu daya, tak hendak tak pa.
23.  Membujur lalu, melintang pukang.
24.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.
25.  Sebab mulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26.  Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27.  Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi katakan boleh blah!

Dah lama I save, bila I rasa bosan I baca benda nih, so lepas ni korang pon boleh jugak.

4 comments:

  1. @ikhmal Yusoff..Ahahha..tapi suka sangat benda2 macam nih, ingat lepas grad nak jadi anak didik Karam Singh la...

    ReplyDelete
  2. @farid Omar memang best kan..ehehhe

    ReplyDelete