Tuesday 4 December 2012

Novel Review: The Particular Sadness of Lemon Cake

Hello, Assalamualaikum semua, waaaah bestnya hari ini, sebab class hanya ada 1 je, nih pun I dah selamat sampai rumah, siap dah lunch, siap sempat watching Istanbul Aku Datang untuk kali ke tiga.  Haha, mestilah I kan peminat setia Lisa Surihani!

Okay bukan masanya untuk tidur, lagipun I  tak mengantuk sangat pun, jadi I rasa dah tiba masanya untuk I adakan segment baru, ewaaaaah yelah tak kan, nak cerita tentang kisah diri sendiri je, orang pun tak suka nak baca, I must do something different, yang I boleh share dengan you all.

Buat pengetahuan korang, I dah baca novel nih 3 kali, dah lama dah I beli, cuma you know, sebagai student memang tak sempat nak baca, pulak tuh in English, bila tak faham je, kau akan stop sekejap, then continue baca, bila nak baca je for the next chapter, teringat buku-buku academic belum habis baca, terus rasa bersalah, lepas tu stop lagi, then, bila nak mula baca, nak baca balik dari mula.  Jadi, kesimpulanya, bila I dah betul-betul faham dan rasa I need to share something yang baik pada korang, terhasil lah novel review nih.  


Tajuk:  The Particular Sadness of Lemon Cake
Penulis:  Aimee Bender
Harga: RM 35.90 (MPH Bookstore)

Summary:  Rose Edelstein, seorang kanak-kanak yang menyambut hari jadinya yang ke sembilan telah merasa kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun dia mendapati, dia dapat merasakan emosi dan perasaan ibunya selepas dia memakan sepotong kek tersebut.  

Semuanya perasaan, hati, naluri, citarasa, kesedihan dan emosi ibunya Rose dapat rasa.  Perkara ini berlaku dengan tiba-tiba dan mungkin sepanjang hidupnya.  Dan dia merasakan makanan adalah sesuatu yang berbahaya, makanan mempunyai perasaan itulah yang Rose rasakan, dan setiap hidangan mendedahkan sesuatu emosi.

Namun begitu, perasaan aneh tersebut membuatkan Rose untuk bertindak dan memaksa dirinya untuk berhadapan dengan kebenaran disebalik emosi yang ditunjukkan.  Contohnya kesedihan ibunya, sikap bapanya dan abangnya yang pelik (clash with the world).  Walaubagaimanapun, Rose semakin membesar dan dia belajar untuk tahu terdapat beberapa rahsia keluarganya, namun masih ada rahsia yang deria rasanya masih tidak dapat mengenal pasti.

Secara general, I boleh simpulkan kat sini, novel The Particular Sadness of Lemon Cake adalah tentang perasaan  orang yang kita sayang, yang kita kenal, yang kita rapat, kita tahu rahsia emosinya, lagi-lagi setiap orang itu adalah part of our family.  Kejujuran, keikhlasan, keresahan semuanya Rose dapat tahu selepas memakan sesuatu makanan., bermulanya dengan makan kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun begitu, novel ini , bagi pendapat I, ada kelakar, ada sedih, ada gembira dan yang paling penting novel ni lebih menunjukkan kisah-kisah kebiasaan yang kita lakukan, dan tanpa kita sendiri duga.

So, novel nih best sangat, mudah faham selepas baca tiga kali, dan penulisan yang kemas dan ayat yang digunakan memang cantik dan indah, sebab you akan rasa nak makan kek lepas tuh, Haha.  I rasa ada jugak e-novel online untuk novel nih, but tak best lah kalau just tengok your lappy and read words by words, lepas tu sakit mata dan kepala, tapi apa kata, kalau you hold this novel sendiri, lagi rasa seronok dan puas.  

Bila baca buat kali ketiga lagi faham.  So, Selamat Membaca.

p/s:  Nanti jangan lupa dapatkan novel Kenangan di Puncak by Pepol, I dah read online, cuma I belum cukup tabung lagi nak beli yang tangible tuh.  Next time okay.  :)

No comments:

Post a Comment