Showing posts with label tangga jahanam. Show all posts
Showing posts with label tangga jahanam. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Selera Anak Dara

Assalamualaikum, heyy yaaa...

First week for new semester memang class untuk hooo haaa hooo haaa, jew lah, well kena kenal-kenal dengan lectures untuk subject-subject baru, ice breaking still traditional one, kena introduce yourself, name, asal mana, diploma apa, bla bla blaaa...and yang paling best, class mestilah habis awal.

So bermula la expidisi memasak di rumah sewa, nak cari recipe yang best, yang sedap, yang senang, yang tak banyak bahan, yang murah, yang bila masak dapat banyak, yang kenyang sampai ke malam, yang penting senang hati bila makan...so bila semua tuh menjadi, next boleh la masak lagi.

Menu hari ni Ikan Bakar air asam dan Kobis masak lemak putih. Actually nak masak pucuk paku masak lemak, tapi pucuk paku kat Econsave tak ada, so terpaksa la change tu kobis dan carrot.  So, kalau rasa-rasa nak masak macam nih punya mudah, bolehlah google menu. Okay.





Saturday, 9 February 2013

Dah february, tapi tak pe..

Sebelum ini, I ada bagitahu nak share antara azam tahun baru 2013, memandangkan dah February, baru I nak cerita, alhamdulillah ada yang dah terlaksana, ada yang belum.  

I had the most fabulous 2012.  The year ended out well. In fact, lepas seminggu meninggalkan tahun lama hari tuh (masa busy nak exam tuhh) barulah I am in such a good mood i am going to start 2013 with a fresh list of the new year resolutions! Here goes...

1.  Transformation.  Tahun nih I nekad, I rasa betul-betul ready nak wearing hijab, but i not sure when, tapi still this year, at that times, I belum lagi cuma terdetik, and i wrote in my diary.  Today alhamdulillah, I dah pakai hijab, I learned many+new thing, bila kita ikhlas dengan apa yang kita nak buat, semuanya menjadi mudah (tiba-tiba macam lagu Wonder pet).  Jadi Mission I yang pertama dah tercapai, but i still need guide and always istiqomah dengan apa yang hendah dibuat. InshaAllah.

2.  Balance work and personal time.  Student lah paling banyak masa untuk diri sendiri, pergi class, balik class, makan, buat assignment, tidur.  So, lepas ni, I must make it a point to spend more time with my family and close friends.  Mengaku 3 minggu sekali I balik JB, kalau mood rajin dah datang, 2 minggu sekali pn I akan balik, cuma bila dah ada di rumah, bukan semua anggota keluarga ada, I still duduk seorang jugak, so I hope this year, I lebih close dengan family, communication and hang out with them, eh, tak lupa juga dengan my close friends, Faizah and Azira, I already meet them after examination hari tu in January, sekarang I plan nak meet Izzaty pula, Amani and Najwa tak pasti bila, Azura pulak I ingat nak meet masa wedding dia nanti, Tariq dia busy sekarang dan Zarul pulak selalu nak jumpa dan selalu jugak tak jadi. WhatsApp, text, bbm and calling buat rasa rapat dengan mereka.

3.  Fight the bulge.  Every wishlist mesti nak listkan yang ini, yup! mestilah! I ate so much bila nampak makanan yang sedap-sedap dihadapan mata, boleh cair ouhh tengok, padahal, sebelum nak makan tuh, selalu remind my self, behave time makan, kunyah 40 kali, jangan ambil nasi dan lauk banyak-banyak, but i can't handle myself.  Tapi tak pe, I will make sure to aerobic every Sunday, sapu slimming lotion selepas mandi dan kawal pemakanan. :)

4.  Save money money money!.  I need to start now to save money for a house, car and holidays!  Tahun ini, I nak kurangkan activity shopping! Tak nak dah beli barangan berjenama, Yes! Macam tak percaya but hopefully I berjaya, tapi actually I baru plan nak beli purse Gucci dekat JPO bila dapat part time salary nanti.  T-T. 

5.  Eat healthier foods. I dah try amalkan beberapa makanan tambahan, dah nak masuk usia 23 tahun ni, ketinggian still tak bertambah, but sel tissue dalam badan, immune system semua dah menginjak usia, so sekarang I try ambil collagen dan Vitamin C.  Dah macam jadi satu keperluan sekarang.  So nak kulit cantik, nak sentiasa segar, nak sentiasa sihat, kena jugak lah amalkan benda-benda perempuan macam nih. Eh! ahahah..:)

6.  Climb Bukit Broga.  Since studying in Selangor, why not I take this opportunity.  Setahun lagi nak habis, hopefully adalah kenangan I boleh bawak balik nanti, takkan nak bawa kenangan mendaki Tangga Batu Cave dekat Uitm Palam tuh.

7.  Find materials that can enhance my skills.  Sekarang nih, pengetahuan am tuh penting, so kena rajin baca magazine yang boleh menjana minda macam Reader Digest tuh, tapi mahal sangat bagi I, I cuma beli, bila betul-betul ada duit lebih untuk beli magazine tuh, so I still choose CLEO as my favorite english magazine, but now I dah start beli Dara.com tau and baru-baru nih I ada baca magazine Solusi, kalau rasa nak kenal diri sendiri, try baca magazine tuh, sebab ayat dia sungguh cantik.  Dalam bulan January hari tu, hampir 5 majalah I beli, sebab issue awal tahun, banyak idea baru kan, sayang rasanya kalau tak beli.  Kesimpulanya I love reading, lepas ni kalau tak sempat nak beli semua magazine tuh, I read online je lah. :)

8.  Baking cake and masak-masak. Disebabkan penulis belog merupakan seorang yang pemakan, dia juga perlu pandai memasak.  I love baking, cuma belum ada banyak masa, dan belum ada banyak bahan yang cukup untuk buat cake.  Cuti semester nih, sempat buat satu Chocolate Cake, lepas ni I nak buat Rainbow cake pula, cuma belum tahu bila.  Masak lauk-lauk I belum expert lagi, banyak perlu belajar, So esok nak masak apa yer?

9.  Business.  I macam dah fikir nak buat business, at least nak tambah duit pocket sebelum I melangkah ke alam perkerjaan (ewaah melangkah).  Apa nak jual ye? I macam nak jual my pre-loved items, macam barang bundle, I banyak baju-baju yang I nak jual, ada yang I belum pakai pun nak jual, sebab kat kedai rasa cantik, bila dah beli rasa tak berkenan pula, terus keep the baju sampai sekarang.  Lagi satu, I nak try jual product Rumpai Laut Collagen.  Tapi tu semua still dalam perancangan I.

Actually ada banyaklah I punyak wishlist 2013 nih, nak cerita pun sampai esok pun tak habis, I harap 9, benda yang terpenting antara yang penting-penting lagi tuh boleh lah terlaksana dan tercapai dengan mudah.  InshaaAllah Amin....

Tuesday, 4 December 2012

Novel Review: The Particular Sadness of Lemon Cake

Hello, Assalamualaikum semua, waaaah bestnya hari ini, sebab class hanya ada 1 je, nih pun I dah selamat sampai rumah, siap dah lunch, siap sempat watching Istanbul Aku Datang untuk kali ke tiga.  Haha, mestilah I kan peminat setia Lisa Surihani!

Okay bukan masanya untuk tidur, lagipun I  tak mengantuk sangat pun, jadi I rasa dah tiba masanya untuk I adakan segment baru, ewaaaaah yelah tak kan, nak cerita tentang kisah diri sendiri je, orang pun tak suka nak baca, I must do something different, yang I boleh share dengan you all.

Buat pengetahuan korang, I dah baca novel nih 3 kali, dah lama dah I beli, cuma you know, sebagai student memang tak sempat nak baca, pulak tuh in English, bila tak faham je, kau akan stop sekejap, then continue baca, bila nak baca je for the next chapter, teringat buku-buku academic belum habis baca, terus rasa bersalah, lepas tu stop lagi, then, bila nak mula baca, nak baca balik dari mula.  Jadi, kesimpulanya, bila I dah betul-betul faham dan rasa I need to share something yang baik pada korang, terhasil lah novel review nih.  


Tajuk:  The Particular Sadness of Lemon Cake
Penulis:  Aimee Bender
Harga: RM 35.90 (MPH Bookstore)

Summary:  Rose Edelstein, seorang kanak-kanak yang menyambut hari jadinya yang ke sembilan telah merasa kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun dia mendapati, dia dapat merasakan emosi dan perasaan ibunya selepas dia memakan sepotong kek tersebut.  

Semuanya perasaan, hati, naluri, citarasa, kesedihan dan emosi ibunya Rose dapat rasa.  Perkara ini berlaku dengan tiba-tiba dan mungkin sepanjang hidupnya.  Dan dia merasakan makanan adalah sesuatu yang berbahaya, makanan mempunyai perasaan itulah yang Rose rasakan, dan setiap hidangan mendedahkan sesuatu emosi.

Namun begitu, perasaan aneh tersebut membuatkan Rose untuk bertindak dan memaksa dirinya untuk berhadapan dengan kebenaran disebalik emosi yang ditunjukkan.  Contohnya kesedihan ibunya, sikap bapanya dan abangnya yang pelik (clash with the world).  Walaubagaimanapun, Rose semakin membesar dan dia belajar untuk tahu terdapat beberapa rahsia keluarganya, namun masih ada rahsia yang deria rasanya masih tidak dapat mengenal pasti.

Secara general, I boleh simpulkan kat sini, novel The Particular Sadness of Lemon Cake adalah tentang perasaan  orang yang kita sayang, yang kita kenal, yang kita rapat, kita tahu rahsia emosinya, lagi-lagi setiap orang itu adalah part of our family.  Kejujuran, keikhlasan, keresahan semuanya Rose dapat tahu selepas memakan sesuatu makanan., bermulanya dengan makan kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun begitu, novel ini , bagi pendapat I, ada kelakar, ada sedih, ada gembira dan yang paling penting novel ni lebih menunjukkan kisah-kisah kebiasaan yang kita lakukan, dan tanpa kita sendiri duga.

So, novel nih best sangat, mudah faham selepas baca tiga kali, dan penulisan yang kemas dan ayat yang digunakan memang cantik dan indah, sebab you akan rasa nak makan kek lepas tuh, Haha.  I rasa ada jugak e-novel online untuk novel nih, but tak best lah kalau just tengok your lappy and read words by words, lepas tu sakit mata dan kepala, tapi apa kata, kalau you hold this novel sendiri, lagi rasa seronok dan puas.  

Bila baca buat kali ketiga lagi faham.  So, Selamat Membaca.

p/s:  Nanti jangan lupa dapatkan novel Kenangan di Puncak by Pepol, I dah read online, cuma I belum cukup tabung lagi nak beli yang tangible tuh.  Next time okay.  :)

Friday, 23 November 2012

Morning Message

Assalamualaikum, hai, selamat pagi semua.  Macam mana hari semalam lebih baik tak dengan hari yang sebelumnya?, dan hari sebelumnya tuh, baik tak dengan hari-hari yang sebelumnya lagi....

For this morning I dah plankan sesuatu untuk diri I, supaya I tak wasting my time, dengan benda-benda yang tak berfaedah. harapanya begitulah.  Wish me all the best okay.

Actually hari ini I ada seminar Keusahawanan dekat my campus, but I tak dapat join sebab I malas.  Tapi itu bukanya alasan, alasannya, kenapa dia buat hari jumaat? pulak tuh, hari jumaat kami memang tak da kelas,so hari untuk berehat adalah hari Jumaat...Kenapa event nih buat dari pagi sampai ke petang?, kalau sampai tengahari, mungkin akan dipertimbangkan,..Tapi kan, you as a student, this is your responsibility, your university just want the best for their students, maksudnya bukanya belajar semata-mata di dalam class and follows syllabus then, you can graduate simply.


Bukan itu maksud I tak nak pergi Seminar, tapi, we now, just around the corner, at the end of this semester, so, tahu tak, banyak assignment, note, visit to company, and tutorial tak complete lagi.  Tapi tu kan event untuk student, student kena take this opportunity  so nanti bila dah kerja, you dah tak payah pergi dah event macam nih lagi, bersama kawan-kawan you. 

 Tapi kan, I penat sangat, tidur tak cukup tau, I dah lama beli mag cleo, sampai sekarang I tak habis baca lagi, my novel, my motivation books and  semua macam tak complete lagi.Tapi,  kalau you duduk rumah pun, bukannya you tidur sangat pun, you online, watching television and makan je kan,,...

Eh, I online I buat assignment lah...lagipun bukan I seorang je tak pergi event nih, might be all my classmate tak pergi pon, tak kan la I nak pergi, nanti semua cakap I nerdy...Tak payah ekot orang, kalau you rasa apa yang you buat tu betul, just go ahead.  

Tapi kan I cakap I banyak benda nak buat hari ini, so, tomorrow boleh la I focus buat assignment, What kerja yang you penting sangat nak kena buat?, I nak update belog, hari ini I kena pasang banner untuk event, lepas tu, I nak kemas rumah, sapu, mop lantai, susun kasut, basuh baju, lipat baju, kemas kain baju dalam almari, susun my stuffs yang dah tak tersusun tuh, dan online dan dan dan banyak lagi.  Lagi satu, it is compulsory to join Seminar Keusahawanan but, selalunya cakap je, tanpa tindakan.  This is first time, I tak nak pergi academic event sebegitu, tak pe lah kan, please,please.

Sebenarnya, I rasa jugak bersalah tak pergi academic event macam nih, bukan nak cakap I ni, student yang baik sangat, rajin sesangat, dan semua la sangat-sangat, tapi bila dah ada name list, mengatakan event tuh, kita kena datang, pihak organizer dah prepare food, name tag, chair, speaker dah bayar mahal, maybe some goodies and everything for participant.

Moreover, we know very well, if says the academic, it is all about knowledge, but student macam I selalu melengah-lengahkan.  So, hopefully, event sebegini, perlu betul-betul attract student untuk minat gila-gila untuk pergi event mereka.

Lagi, I believe, semua student pernah ada assignment kena buat event sebegini, jadi participant, jadi organizer, jadi usher, jadi mc and more, so, hanya you and I, dua dua faham kan.


*Sorry sangat-sangat tak pergi event Seminar Keusahawanan nih, actually I pun ada assignment group yang kena buat event minggu nih, so, kena doa banyak-banyak supaya event nih berjaya dengan cemerlang.

Tuesday, 11 September 2012

Kawan Cemburu

Hello, hai, assalamualaikum,...

Hari ini hari pertama new semester, dah semester 4 youuuu....kejap je rasa sampai kat Palam nih...By the way, memang tak banyak kerja, serius wa cakap lu, so I pon apa lagi, menghapdate la belog nih...Actually hari ini sebenarnya tak da niat pon nak buruk-burukan kawan-kawan I, mereka semua okey, yang tak okey pon kau buat-buat okey lah jugak, kalau tak okey kamu yang bermasalah, but I just nak bagi nasihat pada diri sendiri jugak yang sentiasa tanpa sedar dan sedar (sengaja lah tu) buat kawan's or kawan-kawan cemburu.

Kawan-kawan zaman sekarang

Apa sebab nak cemburu nih? Cemburu boleh jadi dengki, saaaangat bahaya okeyyyy....

SENGAJA

1.  Dia mai kelas, dia tayang beg Gucci, dia pakai handphone blackberry paling latest, dia pakai jam guess, dia pakai wedges Nose, dia pandu kereta  Swift ..memang buat I cemburu, untuk semua tu kalau student macam I nih,,,..Apaaaa, amaaaaa nak itu macam ......kesian mak bapak...

2.  Dia belikan Si A cup cakes, untuk Si B dan Si C tak belikan pon, dengan selamba kau cakap " I sengaja belikan you cup cakes ni, I tahu ni favorite you kan" pehh memang cari pasal.  I memang tak okey jewww...

3.  Bila dia berborak, sikit pon tak nak bertentang mata, "I bertentang mata dengan orang yang sekepala jew, orang yang sakitkan hati I hari ini, I tak nak pandang mata you, sebab you potong line I masa naik bus pagi tadi..."

4.  Dia ambil berat terlebih pada Si A,  siap buatkan cekodok untuk dia bila balik dari kelas, Si B dengan Si C kau buat tak tahu jew, padahal hari-hari makan sama-sama, lepak sama-sama, memang tidak hadilll...

5.  Dia beli handphone atau broadband, sikit pon tak nak cerita dengan housemate, duduk online sorang-sorang dalam bilik, then, bila cukup bulan, pergi bayar bill sama-sama, handphone canggih terkeluar dengan alasan yang tak munasabah kau cakap "eh, belum tahu lagi ehh, ingat korang dah tahu, ehehehhe"

Kawan-kawan zaman sekolah
TAK SENGAJA

1.  Duduk sebelah menyebelah tempat duduk dalam kelas, sebelah menyebelah bilik, sebelah menyebelah tempat duduk dalam bas, sebelah menyebelah tengok movie, dia sengaja bagi message pada Si A "Jap gi kita pergi toilet sama-sama nak" padahal bukanya dia tak boleh nak bagitahu jew, tak payah la nak guna technology sangat wehhhh....Boleh jadi misunderstanding tahuuuu...

2.  Bila dia pergi holiday, beli 1 mug je untuk si A sebagai souvenir, pastu cakap " korang sorry lah, duit yang I bawak, cukup-cukup untuk beli satu mug jew"...

3.  Then bila kejut solat subuh, dia kejutkan Si A jew, Si B dengan Si C kau tak kejut dengan alasan " Tak sampai hati lah nak kejut, sebab tengok korang tidur syok sangat", pastu kau sampai hati tengok aku masuk nerakakan...WTH???



Kawan-kawan zaman diploma

So far, ini antara pengalaman I dan jugak kawan-kawan I yang dikongsikan, kadang-kadang kita tak sedar pon kita berlaku tak adil pada kawan-kawan kita, kita rasa diri kita, tindakan kita betul je sentiasa, so lepas ni, ingat-ingat lah ye, tak best kalau dah kecikkan hati kawan.  Lagi satu, sebagai kawan, tak payah la kita nak sensitif sangat atau negatif sangat buat sakit kepala je kan... Relax and cheer up okey, so I harap, I pon tak macam perrghhhanngaiii di atas tuh...

Friday, 16 December 2011

Tanggungjawab Sosial

Assalamualaikum. sekarang I rasa lega sementara...Ye sementara je, sebab sekarang nih dah nak dekat final exam, so memang banyak sangat assignment dan presentation, and also i never ever forget tentang common test juga...Tapi next week ada lagi, test dan juga presentation yang mesti di langsaikan sebelum study week. Itulah kerjaya sebagai seorang pelajar dan gajinya bila dapat PTPTN.

Okeylah, I tak nak sesakkan fikiran korang-korang semua tu dengan masalah belajar I ni, sebab hari ini I nak share sikit tentang social responsibilities atau bahasa kebangsaan "tanggungjawab sosial"..Memang dari last week, lagi benda nih memang dalam kepala I, nak sangat share dengan korang.,..Yelah last week, I pergi lawatan ke Hospital Putrajaya..then, firstly before kita pergi dengan classmate semua, adalah sedikit discussion sikit dengan staff Putrajaya tuh. Kitaorang sibuk tanya, apa social responsibilities yang hospital ni buat huh? Sibuk tanyakan...

Now, we think together..apa yang kita, awak, korang, diorang, mereka, adik-beradik kita sendiri buat pada tanggungjawab sosial, so bagi pendapat I, tanggungjawab sosial pada I macam nih...

1). Senyum
Memang I suka senyum, tapi kadang-kadang kalau kepala tengah serabut weeehhhh memang tak sempat nak senyum, kalau tengok I masam cepat-cepatlah tegur.."wehhh kau apesal serabut nih?"..then cepat-cepat kau control cool kan...

Situation: Last week I balik JB naik bus, yelah sejak kereta dah kena hantar balik, I memang mesti berdiri dengan kaki sendiri, nak bus, turun bus, kejar bus, gaduh dengan ulat tiket bus, I memang dah biasa dah..ewwwaaahhh...seriously..then, of course I dah sampai dekat Puncak Alam memang dah petang, so, it is taken too much time to wait for the bus,...yang student UITM Puncak Alam, memang faham sangat dengan perangai bus tuh...I sempat update status dekat facebook lagi, konon-konon nak mintak simpati orang, untuk pick up I dekat situ, tapi Allah Maha besar, I dapat wifi free, kawan baru dan sekali gus bus pon sampai....I nampak bus, terus bangun, semangat nak balik rumah sewa lah kan, driver bus tanya, "Lama tak tunggu?" "Ahahah, tak lama lah pakcik"...so, pakcik tu pon legalah, dan tak lahrasa serba salah tengok I dah senyum lebar sangat...tapi sebenarnya dekat 1jam dah I tunggu bus!


2) Make a friends
Ni pun cerita ada kena mengena dengan bus, terminal bus lah, yelah best friend I sekarang adalah bus, bus, and bus...I memang macam kepoh...eh bukan, memang I kepoh, I memang tak suka first move but I have to. I dah banyak kawan terminal bus taw,..Ceritanya macam nih, I estimate, I akan sampai Klang pada petang dalam pukul 6:15 petang macam tuh, so I rasa, I akan naik bus ke Puncak Alam mesti dalam pukul 7malam, but, bus Maju tu baik, pukul 5:10 petang, I dah sampai dekat Terminal Klang, so, I pon decide, nak explore terminal nih, dah lah keseorangan, umm I duduk lah pulak, mula-mula I duduk tempat lain, lepas tu dah rasa tak best, tukar tempat lain pulak, but dari jauh I dah ushar seseorang...bukan lelaki eh...ingat I ni gatal sangat ke...mestilah perempuan, then, I pergi kat dia, konon-konon tanya, "awak balik Puncak Alam juga ke?" (padahal dah tahu) dia cakap, "A ah, sama eh?". Angguk je lah, I kan pemalu...then lepas tu, perbualan makin lama, makin rancak, I rasa dah ngam jugaklah, dari perbualan, I rasa dia tua dari I, tapi tak bestlah panggil kakak, so I panggil nama je lah...then, lepas tu, kalau jumpa kat campus, mesti kita bertegur sapa..so, lepas ni, kalau naik bus, tak lah rasa sunyi sangat, sebab dah ada rakan seangkatan.


I suka naik bus, sebab I boleh naik dengan ramaiiii orang ~poyo kan...time I diploma I tak panggil bus, I panggi limo.


3) Caring
I dah lah sangat penat travel from JB to Puncak Alam, sampai je rumah sewa, mesti maghrib dah nak habislah, time tu lah, nak qada balik solat Zohor dan Asar sekali. But, sebenarnya korang still dalam bus, perut pun dah lapar sangat, sebab last makan, just take a bite of chocolate dengan makan buah time berhenti kat R&R. Tiba-tiba, housemate message "Eja, nak makan apa?, kitorang kat luar nih?" wah...walaupun, just tanya macam tuh, wink..wink..wink...baiknya korang, sayangnya pada korang...
Dalam kes lain pulak, dah tentu-tentu banyak student duduk dekat apartment macam I, selain kosnya lebih murah dan memang banyak lah rumah dalam block kat Puncak Alam nih, nak disewakan kepada student, tapi untuk meningkatkan keselamat, ada guard kat depan pintu masuk, korang pergi class jumpa, guard, balik class jumpa guard, nak keluar outing jumpa guard, nak balik outing jumpa guard, nak pergi beli roti canai jumpa guard, so, secara langsungnya, nak keluar dari penjara nih, mesti jumpa guard dulu, so, sama jugak pergi pasar malam, mesti jumpa guard kan, belikan lah guard, apam balik ke,..taufu fa ke, pisang goreng ke, atau favorite I oreo,..itu tak da kat pasar malam lahh.....then, sampai bila-bila dia ingat pada korang, dia jaga korang, korang tak keluar dia mesti pelik, geng pergi class tak cukup geng dia mesti tanya...then, kalau ada apa-apa masalah korang jugak senang nak mintak pertolongan...bodek ke? tak lahh...just try to be nice..

Malaysian favorite!

Sekarang nih, I addicted dengan benda nih, habis duit I...

4)Suka Sampah
I ingat lagi, masa I kecik-kecik kalau I dengan adik-beradik buang sampah merata-rata, abah I mesti paksa kutip balik, punyalah kitorang buat muka paling comel, tetap abah kitorang paksa kutip balik sampah walaupun dah dalam longkang. Then, bila I pergi sekolah rendah, tong sampah kelas memang jauh kat belakang, punyalah pemalas, I korek je pensil dalam beg, asalkan I tak buang sampah sepah-sepah, nak buang je sampah sepah-sepah teringat muka abah I, yang tiba-tiba akan jadi bengis. Then, bila I duduk dalam bus, (okey bus lagi), I tengok ada topup punya kad, dekat tempat duduk sebelah, dalam kepala, maxis pulak tuh, agaknya terjatuh kot orang punya kad nih, mesti tak gores lagi nih, I pun ambil lah tengok, sekali caiiiittt dah gores, I terus ambil masuk dalam beg, I nak ambil sebab, itukan sampah, so, I akan buang di tempat yang betul dan orang lain pun tak tertipu macam I, lepas tu, bus ini pun akan jadi bersih..ting..ting...tingg...
Sebab itu, I anti betul dengan orang yang suka buang sampah sepah-sepah nih.


pheww..topup, bahagialah kalau jumpa...tapi sebenarnya seminggu rm10 pon belum tentu habis

5) Kasut Manik blink blink
I memang suka kalau, kasut dan baju atau gelang atau apa-apalah yang blink-blink, sakitkan mata tengok, but i love it..I adalah beberapa pasang kasut I mesti ada manik-manik, lepas tu kilat-kilat sikit, sebab menarik perhatian I, tak tahulah menarik perhatian orang lain ke tak, tapi suka hati I lah, kenapa I kaitkan dengan tanggungjawab sosial adalah, kadang-kadang balik malam memang bahaya, lampu jalan dekat tepi nak masuk apartment I bukannya ada, so bila I pakai kasut atau benda yang blink-blink dia akan ada pantulan cahaya, lepas tu, kadang-kadang, kita tak sedar, kita pakai complete suit hitam jew..lepas tu kulit kita, bukanlah cerah sangat, kereta tak perasan kita, bila lampu dia pantul dekat kasut atau barang blink-blink kita dia akan perasan ouh ada orang, nasib baik tak terlanggar...So, pakailah baju yang striking sikit, kasut yang pantul cahaya ke..ahahahah...

So, setakat ini, I rasa itu tanggungjawab sosial I...So, korang pulak macam mana? Apa tanggungjawab sosial korang pulak?

By the way, salah satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Hospital Putrajaya adalah setiap kelahiran di hospital itu, mereka akan tanam pokok di sekitar Hospital Putrajaya. Sweetkan hospital nih...

p/s: sorry I tak da gambar yang di tangkap sepanjang I buat tanggungjawab sosial tuh, sebab handphone I memang tak bertanggungjawab sekarang. Dia derhaka dengan I.

Tuesday, 22 November 2011

Mari kita belajar bahasa Arab


Sekejap lagi i ada test lisan bahasa Arab...Inilah gamaknya, dari dulu belajar bahasa Arab tapi banyak belajar sikit yang masuk, alasanya adalah kita tidak mempraktiskan bahasa Arab dengan sebaiknya, baca quran tak tengok terjemahan dan dalam perbualan terus mengetepikan bahasa Arab, dan sekarang tinggal 4jam nak test bahasa Arab baru nak terkial-kial sana sini...

Okeylah kita mulakan dengan
Alayna an- Kita mesti
Bi al-tawfiq wa al-najah- Moga berjaya
Imtihan-Peperiksaan
Yabda-Bermula
Yantahi- Berakhir
Nasta'idd-Kita bersedia
Sa'batt-Sukar
Sahlatt-Mudah

Al-ihsaiyyatt-Statistik
Al-handasatt-Kejuruteraan
Al-riyadiyyat-Matematik
Al-iqtisad-Ekonomi
Idaratt al-a'mal- Pengurusan Perniagaan
'Ilm al-nafs-Psikologi

Uraji-Saya mengulangkaji
Ushahid-Saya menonton
Al-midhya-Radio
Atasaffah al-intarnit-Melayari internat
Unaqish-Saya berbincang
Ahull-Saya menyelesaikan

Al-shita-Musim sejuk
Al-rabi-Musim bunga
Al-sayf-Musim panas
Al-kharif-Musim Luruh

Al-munazaratt bi al-lughatt al-arabiyyatt- Debat bahasa Arab
Imadatt shuun al-talabatt- Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Ka's mudir al-jamilatt- Piala Naib Canselor
Rusul al-musharakatt-Yuran Penyertaan
Majanan-Hadiah
Al-shahadat al-taqdiriyyatt-Sijil Penghargaan
Al-faiz-Pemenang

Mushtaqatt ila- Rindu Kepada
Tattasilin-Awak menghubungi (f)
Fi al-tariq-Dalam perjalanan
Ta'alay ma'an-Marilah bersama saya
La ba's- Tidak mengapa

So, inilah serba sedikit yang nak i kongsi, untuk peringatan buat diri sendiri, yang ini baru bab pertama, ada lagi dua bab...ini baru makna certain ayat sahaja...sebenarnya banyak lagi...Kepada diri sendiri sila baca berulang kali ye...

Nak ambil mood belajar punya pasal...



time macam nih baru nak bercinta dengan bahasa Arab..T-T

Wednesday, 28 September 2011

short update masuk semester baru, campus baru, course baru

Hye semua, saya tak dapat nak meralisasikan janji saya untuk update detail-detail sebab yelah, saya dah jadi student, busy sangat, macam-macam nak settle kan tauuu, yelah kita student baru, PTPTN nya, register course nya, pendaftaran pelajar barunya, buat kad matrik nya, berkenalan dengan kawan-kawan baru nya, dengan lecturer-lecturer baru nya, sesi jelajah campus lagi, rumah sewa kemas-kemas, rumah sewa barang-barang dan macam-macam lagi...Huhhh percaya tak!!!!

Okeylah, Ini dah masuk tiga minggu hari rabu, tapi dah busy dengan quiz dan juga nak buat nota-nota, kau nak ke buat nota time-time dah nak final nanti..ini degree dah tak boleh buat macam diploma dahhh percayalah....

Disamping itu, meh sini, nak bisik, best jugak cerita dalam TV3 pukul 7 tu from Monday to Friday, cerita Tizz, Tizz, Tizz eh bukan Sofiyya...best ouhhh, ni la yang tak boleh belah!!!, lepas je masuk rumah sewa ada tv, so masa sikit kena la di bahagi kepada tv sekali...korang suka tak tengok cerita tu? by the way, jangan lupa solat maghrib time iklan yew..

Lagi satu, time update nih, saya sambil-sambil tu tengah masak makaroni goreng, yelah dah jadi student kena lah jimat-jimat sikit, bukan sahaja untuk menajamkan skill masak-memasak tapi untuk limit kan duit yang dikeluarkan dari wallet juga...

Okeylah, short update je kan...bye, jumpa di lain episod...