Sunday, 19 September 2010

Percutian pada setiap AHAD


Dulu masa saya kecik-kecik setiap hari ahad abah mesti bawa saya, kaklong, kakngah dan adik jalan-jalan sekitar bandaraya Johor. Memang every weekend saya memang tunggu hari ahad. Hutan Bandar, Tasik Layang-layang Pasir Gudang, Angsana, Main Bowling, pergi Batu Pahat semata-mata nak makan Asam Pedas paling sedap di alam semesta, Jusco, Kota raya, mandi air terjun, dan macam-macam lagi tempat yang kami sering lepak-lepak dan jalan-jalan..

Tapi sekarang adik-beradik saya semua dah besar-besar, Kaklong dah kawin, Kakngah hujung tahun ini kawin, saya pula belajar, adik pula dah besar, jadi kami tak tak dapat luangkan masa bersama abah lagi. Abah pun dah sibuk sekarang. Bila sekarang saya ingat balik seronoknya jadi budak kecik macam dulu.

Sekarang, saya habiskan masa dengan hangout bersama kawan-kawan, tapi hari ini, Ahad saya di habiskan di asrama untuk buat preparation untuk hari esok, kerana esok saya dah start kelas. Its okay, segalanya berjalan lancar.


No comments:

Post a Comment