Bila bercuti hampir 2 minggu atau lebih, time nak balik semula ke hostel atau rumah sewa mesti rasa malas gila. Apatah lagi lepas cuti raya macam baru-baru ini. Harapan-harapan di dalam diri setiap pelajar agar ada kuasa magika datang dan hantar text macam ini,
"sila informkan kepada yang lain, hari ini kelas _ _ _ pada jam _ _ _ _ am/pm di batalkan"
Huh betulkan, maaflah harapan tinggal harapan, kelas tetap kelas, wajib datang juga. Dah la dapat cuti awal, lagi ada hati nak cancel kelas lagi.
Tapi itu semua bila kita berada di semester 1 dan 2, masih muda setahun jagung, mentah, tak masak lagi, dan sok-sok suci. Tapi sekarang dah semester 5 pun, nak tak datang kelas pun malu, silap-silap jadi wanted dekat board sebelah HES tu, nanti tak dapat nak grad on time.
Hari ini, kelas saya bermula pukul 10:00 pagi bermula dengan kelas BEL 312, tak belajar pun cuma kitaorang teruskan dengan group assessment iaitu Role Play. Lepas habis, kita teruskan perbincangan isu semasa yang tengah hot,panas lagi meletup tentang Datuk Sosilawati.
12:00 tengah hari hingga 2:00 petang. OMG! perut dah lapar je time masuk kelas waktu-waktu macam ini. Lagi-lagi bulan tak puasa macam ini. Kelas ETR 300, ulas balik syllabus yang dah belajar before cuti hari raya, tapi nampaknya majority dah lupa sebab banyak sangat makan ketupat semut, rendang semut, air semut masa hari raya hari tu. huhhu lupa da...
Miss yang risau kitorang nak Mid term this weekend.
Pukul 3:00 petang kelas AOM atau bahasa sanskritnya OMT 351, syllabus dah habis belajar, tinggal nak habiskan quiz 3 dan completekan past year paper.
Hari ini tak de lah padat sangat, okay la suam-suam kuku lagi. Yela baru naik cuti, jadi fikiran, hati dan perasaan masih lagi di rumah di samping keluarga dan sahabat handai.
Okay lah apa-apa pun selamat kembali ke Kolej, Universiti, Kolej Universiti, Sekolah, Madrasah dan semua institusi pengajian.
Good Luck..;')
No comments:
Post a Comment