Monday, 21 February 2011

Kecemasan, Mari kita tolong!!


Hari ini jugak, ya hari ini mesti update benda ini, ya mesti update benda ini, lupakan dulu untuk entri akan datang menaikkan layang-layang pada hari sabtu, tapi ini lagi penting, sangat penting,...Okey apa dia?...tentang CPR, ape tu? sejenis otak komputer ke? gula? atau chocolate,....owh..anda semua lagi bijak....

CPR adalah... “cardio pulmonary resuscitation” adalah gabu
ngan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.

Tapi kenapa saya buat entri pasal ini, padahal pernah menyertai dan pelajari sebelum ini tapi kenapa, baru sekarang tak lokek untuk memberitahu pada anda semua, kenapa? kerana sekarang banyak kes baby tersedak susu, orang lemas di pantai, tersedak gula-gula, dan macam-macam kes di laporkan..tapi kita buat derk je,....tahu ke tak tahu...tahu tak? Okey berbincang pada topik ini....

Mari kita lihat bagaimana melakukan CPR...Mari kita ikut kaedah DR-ABC

D:Danger (Bahaya).- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.
- Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan.
• R: Response (Tindakbalas).
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan “ awak ok ke?”.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999).Periksa nadi mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.

A: Airways (Laluan udara)
Gunakan kaedah“HEAD TILT CHIN LIFT (angkat dagu dan dongak kepala” Angkat dagu dongakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.Buka mulut mangsa, periksa
bendasing dan keluarkandengan jari kelengking anda.

B: Breathing (Pernafasan).- Posisikan pipi dekat dengan hidung dan
mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
- Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama 5 hingga 10 saat.
- Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan.

C: Circulation (Peredaran darah).
- Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit
mulakan tekanan di dada.
- Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100 kali seminit. Dengan kiraan Dan Satu, DanDua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
- Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.


Beri pernafasan melalui beg udara ini, tapi sebenarnya kalau dah suntuk, contoh kat tepi pantai orang lemas, dah tak da plihan dah...korang kena jugak hembuskan udara dari mulut ke mulut...


Okey, turn saya untuk mencuba..

apa la yang patung ni makan semalam....

3 beradik menyertainya......

anda bila lagi?

4 comments:

  1. okay..alief dah dapat cara2 dia..ahha..lepas ni kalau eja perlukan bantuan CPR,,alief buat..hahah..gurau je eja..

    ReplyDelete
  2. wey eja kan ko pena wat cpr kt event kak wan kan ? hahaha cpr laen tade ke ? huhu teringin gak aku. btw cun seh baju islamik tu

    ReplyDelete
  3. alief: heheh bgus2..kalau da jd kes da xleh kira orang dah....lelki ke prempuan ke...aha...mulut berbau ke...
    aman: dulu aku xbuat..aku tgk je..kali ni bru aku uat..aha....heheh..tu bju tadika mak aku..

    ReplyDelete
  4. okay...tunggu eja pengsan,alief akan dtg buat CPR.. "hello eja,,are u okay?? someone call 999 and get an AED.." exam alief ari tu masuk ni la..FYI,,alief study medic.ehehehe

    ReplyDelete