Tuesday, 1 February 2011

Menangis sampai banjir


Actually nak update semalam, tapi semalam kena buat kerja luar, so tak sempat nak sajikan untuk anda semua, so hari ini 1 Februari 2011, saya akan men"saji"kan anda dengan cerita yang menarik..kot..kot...

okeylah semua maklum, hujan tak henti-henti menyimbah muka warga Johor, oopppss..bukan-bukan ..menyimbah tanah di negeri Johor...jadi di sini, saya sebagai warga Johor Rock, terpanggil untuk share kepada anda tentang kehujanan di sini...tak sama macam entri aritu eh....

okeyla, go to serious part,

hari ini saya polish sikit, fikiran kita semua yang dah berkarat tu, termasuk saya, awak dan anda semua...tentang

Apa itu Hujan?

Hujan adalah air yang jatuh daripada langit, atau secara sintifiknya hujan merupakan
satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan jga kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. so, hujan di sini bukan lah HUJAN band okey, jangan nak memandai...

Ada Apa Dengan Hujan (AADH)?
Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terluap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai...macam kitar semula kan....

So, korang yang terpaksa meredah banjir dalam hujan untuk pergi kerja, atau rumah korang ditimpa banjir kerana hujan lebat, kasut dan baju basah kerana hujan tak berhenti dan tak happy bila hujan turun, adalah kerana Allah s.w.t nak uji kita sebagai manusia. Semuanya ada hikmah di sebaliknya...

kepada tuan punya video, saya dah minta izin nak amik video awak ni..halalkan ya...

5 comments:

  1. ada juga member kat johor
    rumah dia banjir...

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah umah sy xbnjir..tp bilik sy slalu bnjir....

    ReplyDelete
  3. eazy:tu la..johor ni sering berlaku banjir jugak...ada kawasan2 nye..
    wawa: aha...itu aku tawu...heheh

    ReplyDelete