Monday 17 January 2011

Buta Lukis

Loceng menjerit-jerit memanggil pelajar supaya berhenti makan sekarang,..Kring!..kring!...kring!....Masa rehat dah tamat, dan selepas ini saya ada 2 masa seni, maksudnya 4o minit + 40 minit = 80 minit untuk subjek PS iaitu Pendidikan Seni, atau lebih tepat lagi "Play Station"...

Station that can playing. Itulah zaman budak sekolah saya. Ada kau panggil abang sekolah, kakak sekolah, remaja sekolah, dewasa sekolah, tak da kan...tapi anda dan saya semua suka panggil zaman kegemilangan itu, adalah "budak sekolah".

Time kelas ini memang best, memang cool, memang ditunggu-tunggu sekalian murid...sebab, ini satu-satunya subject yang kau dan aku, boleh, tak payah fikir banyak-banyak, fikir sikit-sikit sudeh..., tak payah bawak buku dan nota tebal-tebal..nipis-nipis sudeh...., belajar tak payah fokus banyak-banyak.... fokus sikit-sikit sudeh.... dan time nih memang enjoy, untuk orang yang minat kerja-kerja seni..tiru macam saya!

Time form 1 dan form 2 je kot subject ini amat di kuat kuasakan di sekolah, kenapa saya berkata demikian, kerana, ingat lagi time form 3, masa pendidikan seni atau bahasa best masa play station, cikgu yang mengajar subjek teras akan mengambil kelas itu, so, kelas ps sudah di matikan untuk beri laluan kepada pelajar, untuk memberi sepenuh perhatian untuk subject teras. Yelah time PMR mana kau ambil pendidikan seni.

Time pendidikan seni je, suka saya untuk duduk mengendeng dengan cikgu favorite saya, iaitu Cikgu Misri, beliau juga adalah cikgu bahagian pentadbiran, orangnya berkarisma, segak, tegas dan cool.

Cikgu saya, suka buat contoh macam mana nak lukis pada murid-muridnya dulu, so, seperti biasa, saya dengan baiknya meng"offer" kertas lukisan saya untuk menjadi bahan experiment beliau.

Dengan yakin dan confidentnya..

'Cikgu, pakailah saya punya lukisan dan pensil ni..."

Cikgu dalam hatinya berkata.."baiknya student aku nih.."

Okey lepas tu cikgu pun mula melukis, sambil diperhatikan oleh murid-murid..hari ini cikgu lukis gambar buah-buahan tempatan dalam bakul, ada durian, rambutan, manggis, betik dan nenas. wow..conteng-conteng dah siap..itulah cikgu yang mempunyai seni dan mengajar subject seni. Rasa kagum pada setiap murid-murid memaksa murid-murid membuka mulut secara automatik.

Cikgu: "Okey semua, boleh buat lukisan macam ini?"

Murid: " Boooo...Leh Cikgu.."

Owh bahagia, saya memang yakin dan confidentnya lagi, seperti biasa mesti cikgu bagi lukisan yang telah siap pada saya (yelah dah kertas aku), lepas ni durian tu nak colour dengan hijau + kuning sikitlah, manggis tu pakai purple tua...isi dia putih...best..best....

Cikgu pun berlalu meninggalkan kertas lukisan di atas meja saya itu, baru nak membancuh warna, tiba-tiba.....

"Cikgu mana aci...Kathy, cikgu buatkan... dia tinggal colour jek,,..." Mak aeiihh..suara busuk siapalah tu...

Cikgu pun datang balik ke meja saya "Saya ambil lukisan ni ya...,"
Saya: "Its okey cikgu"...senyuman manis saya hadiahkan...

Erk..erk...OMG...what the Chicken punye budak...kuar pagar nanti siap r kau.....

Kring!...kring!...Habis masa,..

"Okey murid-murid esok hantar pada ketua kelas..." suara cikgu

"Bangun kelas...Terima kasih Cikgu.." ketua kelas

"Terima kasih cikgu..." suara murid-murid

Memang tak di nafikan buta lukis memang dah sebati dengan saya, kalau lukis je saya lemah betul...memang tak memuaskan hatilah senang cakap..tapi kalau mewarna memang saya suka..So siapa ada buta lukis macam saya?

goggle punye*
Nanti saya tunjukan lukisan saya yang paling saya rasa cantik...yang saya rasa...memang satu pencapaianlah..nanti eh...

6 comments:

  1. jemput jemput la datang singgah blog ijat
    http://ijatasni.blogspot.com

    ^____________________^

    ReplyDelete
  2. ijat:...orait...eja akn ke blog kamu...
    meuzangelo: heheh...tp bukn lukisn sy...sy buat mst lg xcntik..aha...;')

    ReplyDelete
  3. Eja... Actually, Ur drawing not bad... In Art, we called it Naive Art... 'José Rodríguez Fuster' is 1 person using this Style... ;) He3...

    ReplyDelete