Sunday, 26 December 2010

wajahku dalam kenangan dia

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, apa maksud title hari ini.....suspen seyh ..Putus cinta ke dengan mamat satu sekolah dulu-dulu?...tiba-tiba wajah saya jadi kenangan mamat ngetop banget di SMK Indahpura 1.

Eh tak lah, actually hari ini, saya dapat kawan baru di fesbuk...alah muka buku tu. Cantik sangat ke muka kau sampai orang nak jadi kawan dengan kau. Ngeh..ngeh,,ngeh...cantik tu tak de lah..Lisa Surihani tu lagi cantik tapi manis tu adalah...Angkat bakul sendiri nampak...

Okeylah..bila ada orang dah add dalam fesbuk ke, myspace ke, friendster ke dan sebagainya..atau pun, tak payah pakai teknologi moden...orang nak kenalkan kita dengan seseorang ke..mestilah kita, nak usha dulu orang tu macam mana...

pelanduk 1

pelanduk 2

Firstly, handsome ke kurang handsome, muda ke tua, gagah ke kurang gagah, ber spec mata atau ber contact lens...dan lain-lain lagi..senang cakap mesti nak tengok fizikal dulu (yelah yang nampaknye fizikal), lepas tu baru buat pertimbangan confirm atau ignore atau not now..amik kau 3 pilihan boleh pilih...

So, pada pendapat saya, if this guys betul-betul nak kawan, mesti dia massage, after that i can confirm him...bhaHAHHA...buat-buat suara Jin...Then, tak lama lepas tu, ada seorang hamba Allah ni message, dia kata mula-mula... belajar kat instedt ae?
Yes of course, dah tentu-tentu tertera kt info i...ini tactics ngoratlah tu...jual mahal...jual mahal...

Mulalah tanya pasal kita punya study...okeylah sebab saya suka if orang tak kenal, tanya pasal study than, personal matters kan.. Lama jugaklah borak dengan dia , berbalas message...disebabkan saya jarang online.. amik kau tunggu lama baru aku reply.

Sampailah ke hari ini, akhirnya dia beritahu saya yang wajah, tak mahulah wajah skema!...okey muka..muka saya macam muka arwah girlfriend dia...Ya Allah rasa berdosanya aku menyombong-nyombong dengan orang ini...After that, baru selesa nak borak dengan stranger macam dia nih. Sebab Fadilah Kamsah ada cakap, orang yang nak berkenalan dengan kita nih, selalunya ada 2 tujuan, satu tujuan baik..satu lagi tujuan tak baik...So, selepas di soal selidik, niat baiklah dia nih...

Walau bagaimanapun, muka saya selalu orang cakap familiar, macam pernah nampak, macam kawan sekolah aku (ecah cakap), macam Mak Ara masa kecik, tak terkecuali ada seorang budak lelaki time saya sekolah rendah pun muka sama macam saya (sampai sekarang gaduh, still tak ngam sebab orang cakap muka sama) dan macam, macam, macam...

Dulu tak suka sangat, orang cakap muka macam..muka macam..muka macam...sekarang dah matured..matured lagi...tehheeh...so take as positive...Apa salahnya sama kan..tapi tak serupa...

so, korang pulak..ada tak sama muka dengan sape-sape...kembar tak main aehh...


Nilah pelanduk yang sebenar...sama ke? tak kan...

Kenapa saya suka pergi kenduri kawin

Zaman sekolah dulu, umur masih belasan tahun, perangai macam budak baru nak naik, saya kurang suka pergi jemputan kawin. Sampai umi pujuk, ada sedikit nada merayu, barulah lembut hati saya nak ikut. Dulu pendapat kunonya, orang tua-tua je pergi majlis kawin ni.."i still teenage, no need lah" selalu bermain di kotak minda nih. Biarlah wakilkan mak-mak yang pergi.

Tapi sekarang, sejak umur cecah 19-20, fikiran dah matured sikit cececey, belum ajak lagi dah beria-ria nak pergi majlis kawin, siap offer diri lagi.."Siti nak ikut.."Aha....itulah perubahan yang ketara, ini perubahan yang baik nih, mesti diteruskan ni...Antara sebab saya suka pergi kenduri kawin nih calon-calonya adalah..

1. Makanan
kenyang sampai esok.

Tentulah tak lain tak bukan makanan, baik lelaki ataupun perempuan, mesti fikir pasal menu apa yang special kat majlis kawin tu mesti gempak. Kalau girlfriend dengan boyfriend nak pergi dating pulak perancangannya pulak macam ni, ," U, minggu ni Shaliza kawin, so nanti kita lunch date terus kat sana okey, next week, Tariq pulak buat
kenduri, kita lunch sana pulaklah. Dah jimat duit poket girlfriend dan boyfriend budget ini.

2. Cuci Mata
cara-cara cuci mata

Untuk yang masih single, sesuai sangatlah pergi majlis kawin ni, saya masih percaya teori ini, nak tahu apa?..Okey saya beritahu, orang kata kalau kita jumpa jodoh kita di majlis perkahwinan, Insya Allah jodohnya akan berkekalan. Tak tahulah pulak saya keberkesananya teori ini. So, boys and girls yang masih single pakai cun-cun dan lawa-lawa nak pergi majlis kawin ni, boleh ambil berkat pengantin sekali...Ngeh..ngeh...ngeh..

3. Tema
nak colour inilah kawin nanti..

Nowadays, ramai yang kawin, bukan main canggih manggih dorang punya pelamin, warna warna tema diorang macam kita tak pernah lihat, pernah lihat pun dalam hati "eh, cantik jugak gabungan hijau dan merah" . Tambahan pula, pelamin sekarang macam-macam pattern, yang terbaru, Syeikh Muzaffar Syukur dan isterinya punya pelamin, aero angkasa lepas, bukan main. So, sambil makan, cuci mata, bolehlah korang tengok sekali style kawin pada masa kini, tak payah dah, lagi sebulan nak kawin, sibuk google sana sini.

4. Persahabatan
ni bukan tangan pak saya..

Bila pergi majlis kawin, barulah jumpa kawan-kawan lama, jiran-jiran lama, kekasih lama, saudara jauh dan dekat lama, owh yang ini bukan lama,,,..saudara mara jauh dan dekat sahaja. Inilah untung pergi majlis kawin...Ini biasanya orang tua lah, ayah saya tadi baru jumpa kawan sekolah rendah dia masa standart 3 and standard 4, hampir 35 tahun taw tak jumpa, sekali pergi majlis kawin kawan dia, dah jodoh jumpa di situ pula...Nanti tah bila nak terserempak lagi, so sambil menyelam jangan lupa minum air sekali.

5. Berkat/goodies beg
mintak 1 bungkus lagi boleh?

mewah zaman sekarang

Kali ini, bukan kelepet-kelepet punya berkat, atau era baru ni, di panggil goodies beg, bermakna beg yang orang pergi kenduri kawin, then, dorang dapat bawak balik sesuatu untuk seisi atau untuk diri sendiri. Contohnya sekarang ni yang famous if kat town, bagi a bunch of gula-gula taw, beraneka warna dan jenis gula-gula diorang bagi, selain tu, mug, sapu tangan, kipas, sudu dan garfu, alas pinggan, dan yang paling latest (tadilah) saya dapat beg, macam beg sembahyang with sejadah. wow, dasyatlah orang sekarang. Suka, suka, suka...pergi majlis kawin...

Selain tu banyak lagi sebenarnya benefits pergi majlis kawin ni..contohnya, mengelakkan budaya yang tidak sihat, itu pun boleh termasuk dalam senarai taw. Contonya, yang boys pergi tolong basuh pinggan, main kompang dan jadi jurufoto dan yang girls pula, tolong bagi telur, cedokkan nasi untuk tetamu dan sambut tetamu yang datang...Eh ni dah salah tajuklah...

Jadi sampai di sini saja. Dah penat saya berceloteh kalau korang still berdegil, dan still tak mahu join mak pak korang pergi kenduri kawin, huh nanti korang
kawin tak da orang nak datang baru tahu!...okeylah, bye korang, dah malam nih...perut kenyang hati riang...

Wassalam

Saturday, 25 December 2010

kenduri kawin adalah open house


Hey, Morning...salah satu kesukaan saya adalah pergi rumah orang kawin...ahahha... okey nanti saya cerita sebab apa...

Friday, 24 December 2010

Cecair di Muka

On the way 2011, azam baru juga tengah di fikir-fikirkan dan di senaraikan apalagi impian yang belum makbul dan serta mahu dikabulkan. Dalam banyak-banyak senarai hitam yang tak dapat dipenuhi tahun lalu, akhirnya dapat dikabulkan hari ini...kebetulan kita berada di hujung tanduk 2010.

Mungkin saya adalah gadis biasa, perempuan biasa dan juga tak lama lagi menjadi wanita biasa. Ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.. Mungkin bagi anda gadis di luar sana, sudah biasa mencuba ini, tapi ini saya first..Selalunya pakai bedak jenama Miami keluaran Cosway atau pun uncle Johnson punya keluaran produk, so kali ini nak try AVON pula ideal shade liquid foundation...Cantik tak cantik lain cerita so sekarang mau cuba ini...

cecair ajaib ini!!!

oke babai...;')

Thursday, 23 December 2010

Idea dari tempat favorite saya!

Assalamualaikum, untuk yang nak exam tu bolehlah baca entri ini. Mesti korang pun tengah google cara-cara nak study, tempat-tempat study, doa-doa untuk study/berjaya dan sebagainya yang berkaitanlah dengan study. Walaupun exam saya dah pun lepas, tapi rasa penat lelah menghafal subject itu seperti semalam lagi..Aha..Okey..So mari kita ikuti kisah ini...

"O.M.G! Exam..Tak boleh jadi ni. Hari ni nak quorintine 10 jam dalam bilik Kak Meq, minum nescafe 3 in 1 (pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali, malam dua kali) huh gilo apa! and nak pastikan saya mesti dah ingat dan dah faham lagi satu dah hafal 6 bab hari ini jugak dan selebihnya untuk esok." Gila kau punya study, orang yang dapat AD stiap semester pun tak study cam kau. hahhah..tapi itulah Eja Razif. So yang ini jangan ikut, korang cool je time study, sudeh...

Kelam-kabutkan?..Teruk sangat pengurusan untuk diri sendiri untuk pelajar yang ambil jurusan Pengurusan dan Teknologi Pejabat ini. Actually inilah one of the cara belajar yang saya praktikkan dari semester 1. Selepas terbaca keburukan meminum air nescafe 3 in 1 barulah terasa badan ini lain macam...

Tapi itu semua bukan ada kena mengena pun dengan title new post di atas, yang lebih mustahaknya disini adalah dimana tempat yang membuatkan saya dapat ingat..Huh mungkin korang atas katil, pokok, tepi kolam, tepi taman tapi me.....Aiiisshhh malu pulak nak cakap...Nak cakap ke...sambung kat entri esoklah ek.....

-
--
---
----
-----
------
-------
Ish tak boleh kesian korang...Okey sebenarnya saya ingat formula, hafal nota ni..., dekat... TOILET ...REST ROOM lah sopan sikit bunyinye..dulu Jaya Jusco kat rest room dia ada sofa taw...tapi kalau bilik air kau nak letak sofa, memang kalah orang putihlah...kau lagi advance..

Sebab kat tempat yang tak hina tulah saya mudah ingat, sebelum ini lecturer saya ada cakap cara dia belajar macam tu, sebagai student kita kenalah variasikan cara belajar, then try yang ini pulaklah ... Sekali memang serasi dengan cara ini so apalagi... teruskanlah..teruskanlah...okey next entri saya ceritakan bagaimana caranya k.....balik ru
mah pikir dulu...
Study Account memang macam ini....
tengah kira-kira...candid by Azura
Ouhhh..macam ini...candid by Azura..

Okey yes dah dapat jawapan...candid by Azura..

Hum macam itulah...selain di library time exam memang muka ini je pergi library.... ulang balik..time exam...,lagi taman bunga, memang ikut saranan Dr. Haji Fadzilah Kamsah bukan Cometome Okey!!! Beliau sarankan tempat ini, kerana persekitaran yang nyaman, pandangan yang cantik, boleh hafal suara kuat-kuat...tapi
kalau kawan sebelah agak-agaklah ae...,boleh berkumpulan Amirul, Amani dan Najwa pendatang lama dan pendatang baru Azura yang mengikuti group study budak cool ni..tak mau budak nerd!!, lagi satu memang tak bosan kat taman bunga/tasik nih, sebab korang akan berbual, kadang-kadang terberangan, yelah bila dah tengok bunga-bunga, tasik layu di tasik lagilah teringat cerita Hindustan
lagu Chori Chori Chupke Chupke, Prity Zinta dengan Salman Khan.,,,...
Hafal kat bilik air lagi senang...

Macam-macam..so korang pulak cara study macam mana? Mungkin saya boleh try pulak? Beritahulah...;')




Discussion for presentation lah tu...

Accounting tak boleh belajar sorang-sorang..Okey...Banyak kawan-kawan yang power mintak dorang sumbangkan power dorang pada korang...


Monday, 13 December 2010

Mengadakan Majlis Perkahwinan

Hello assalamualaikum semua, apa khabar? saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, Alahmadulilah semuanya berjalan lancar walaupun ada hujan sekejap di tengahari semasa kakak saya berarak. Hari ini sebenarnya saya nak follow up pasal hari bersejarah kakak kedua saya, tapi disebabkan picture yang saya ambil tak banyak (biasalah tuan rumah, oh no tuan dewan) so, ada sikit jadilah, sebelum tamat tempoh broadband saya ini.

Bila ada ahli keluarga yang kawin, ahli keluarga yang tak kahwin ni selalu la kena usik-mengusik dengan kenalan ahli keluarga yang sudah berkahwin.

Makcik: Yang ini bila pulak? (menunjuk ke arah saya) Kakak dah, awak bila pulak?

Dalam hati panas je kan, tapi maniskan muka jugak,

Saya: Lambat lagi, belajar pon tak habis lagi...hehehe...

Banyak kali juga terkena, huiiishhh..rimas ada, bosan pon ada, dalam hati punya dialog (aku nih tua sangat ke dah nak kena kawin)...

Actually, memang bab kahwin la, selalu dielakkan oleh saya. Bukan apa, saya suka tengok orang kawin, tapi untuk saya nantilah.. Belum masanya lagi..

Okey jom tengok beberapa keping gambar yang saya sempat... Ni rangka nak uat pelamin, sebenarnya kakngan nak warna silver hijau, tapi tah macam mana Mak Andam nya (Mak Andam juga di salahkan) Nak komplain pon dah tak sempat, siap jam 3 pagi waktu Malaysia.


sebelum terjadi,.selepas, kredit dari my kazen, Ayu



Abang Fairuz dan Kakngah, Semoga berbahgia ke anak cucu, cicit,..

saya, kaklong dan Sofea, bergamabr di luar dewan...Kaklong yang kepenatan, kaklong sebenarnya demam sehari sebelum kakngan kawin..


Sofea muka penat dan memang dia penat..Tak lama lepas tu anak sedara saya yang seorang ni ekot nenek belah ayah dia balik...Tidur agaknya dia lepas tu...



Kamilah yang masih bujang dalam keluarga ini. Adik-beradik sikit, jadi 2 dah kawin 2 lagi belum. Time ni lah rasa untungnya kalau ada adik -beradik ramai. Apa-apa pun bersyukur Majlis berjalan dengan sempurna. Nanti saya update lagi k.. Tengah nak cari-cari picture dari orang lain.. Next week belah abah pula. So, ends of the story, tuan rumah cepat-cepat sedia ambil gambar.. Bye...;')















Friday, 10 December 2010

Gempak Lah -Entri Khas RESULT-

Alhamdulilah, Syukur kepada Allah s.w.t. saya mendapat result yang lulus dan baik, yang penting tak da repeat paper dan.. saya akan dengan riang ria dan gembira untuk memikirkan pula tentang praktikal saya. Kepada student uitm yang belum check korang punya result apa lagi check la cepat....Semoga berjaya...

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan dan galakkan kepada saya, tanpa mereka siapalah saya...terima kasih umi, umi, umi dan abah...


kepada adik-beradik yang tercinta tak lupa juga, walaupun banyak kritik yang negatif daripada positifnya...peace...


Kepada warga bijak pandai dan terhormat, iaitu pensyarah-pensyarah yang bersusah payah bersama-sama, memberikan pelajaran dan pembelajaran supaya pelajar anda ini faham dan berharap setiap pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang.

1. Miss Norhidayah binti Mohd Rashid ( Administrative Office Mgt-OMT351)

2. Miss Rahaini binti Mohamed (Accounting-ACC100)



3. Miss Nurul Hidayah Salleh (Behavior in Organization-OMT360)



4. Miss Norfaizah (Fundamentals of Entrepreneurship-ETR300)



5. Miss Faridah Hanim binti Jaffri (Principles of Corporate Compliance-OMT340)

tak dapat kredit daripada mana-mana sumber..



6. Sir Nasiruddin bin Mohd Fazali (English for Occupational Proposes-BEL312)

Thanks to all my lecturers...Jasa anda besar kepada saya serta anak bangsa...Eh ada lagi satu, tak lupa juga kepada penasihat Fakulti Office Management and Technology iaitu Madam Nurul Hafizah binti Md Nor.


Kepada kawan-kawan semua terima kasih juga...i love you guys..


Ends of semester 5...Bye, T-T...


Thursday, 9 December 2010

Hati is Heart

Hati...oh..hati...saya sakit hati?...tak lah.. mane ada saya sakit hati...umm...saya tak sakit hati..Tapi hati saya risau, degupan dup dap dup dap...Hati dan perasaan saya, keruan sangat..Tak senang duduk pon ada sebenarnya, tapi saya boleh tahan lagi ni, lepas baca doa pelembut hati..

Saya risau, saya takut tak pass pon ada jugak, lagi-lagi ini semester terakhir sebelum saya keluar praktikal dan sekaligus menghabiskan diploma saya.


Okay ini semua gara-gara esok result exam saya keluar esok...10 disember 2010 adalah tarikh keramatnya, yang bakal menentukan masa depan saya..

Saya risau, saya takut tak pass pon ada jugak, lagi-lagi ini semester terakhir sebelum saya keluar praktikal dan sekaligus menghabiskan diploma saya.

Ohwww.... serius ni tau, saya tak main-main. Tapi saya percaya apa pun keputusanya,Insya Allah saya akan terimanya dengan redha, sebab saya umat islam yang percaya kepada qadha dan qadar...

Ya Allah ya tuhanku berikanlah aku dan rakan-rakan seperjuanganku keputusan yang cemerlang. Amin.


Wednesday, 8 December 2010

Ku bahagia

Indahnya dunia bila jadi macam Giselle dalam filem Enchanted dapat bercakap dengan binatang seperti, kucing, ikan, arnab, hamster,burung dan... yang terbaru KATAK,eh eh, katak bukan cerita Enchanted la...katak dalam cerita drama tv3 pukul 4.30 petang tu...Nak tahu, ini pula cerita seorang gadis yang sangat sayang pada binatang . Huhuhuh ni semua penangan cerita di tv3 tu lah....cerita Putera Katak. Apatah lagi actress favorite saya yang berlakon, tak lain tak bukan Nora Danish. Cantiknya dia...

Kakngah sesuai la jadi macam Tina (Nora Danish) dalam cerita Putera Katak tu, sebab kakngah suka sangat dengan binatang. Macam-macam binatang kakngah pernah bela dari dulu macam kucing, hamster dan sekarang arnab. Pada pendapat saya kakngah suka binatang berbulu. Kakngah selalu pelok-pelok, cium-cium, timang-timang arnab dia tu...Seronok sangat agaknya...Macam tengok dia timang baby pula...huhuhu

Saya? ohho ho..saya? Saya takut sikit...sikit je..dengan kucing..umm.. kalau kucing tu manja..saya manje la jugak..if kucing tu tengok jeling-jeling je dengan saya, dia pulak dah tunjunk taring...takut oooowwwhhh..hehehe...Ikan saya suka juga..Insya Allah kalau saya masuk Universiti nanti saya nak bela ikan..Macam ikan emas Tina (Nora Danish) nama dia Upin dan Ipin tu...Ikan Emas boleh teman saya nanti bila jauh dengan family..tinggi impian saya tu..heheh..

Hamster pula, dulu saya pernah bela, tapi hamster susah sikit, sebab rumit penjagaan dia, kena tukar habuk dan bersihkan dia seminggu 3 kali, ada air ubat dia lagi, lagi satu saya asthma, dan allergic dengan benda yang berhabuk dan berbulu, so saya amik keputusan untuk tidak terlalu rapat...rapat..rapat...dengan beliau...hehhe..

Walaupun begitu ingin saya menegaskan binatang-binatang itu sangat comel dan tidak berdosa, jaganlah ada manusia yang tiada perasaan memukul dan membunuh mereka..
tapi saya suka pegang2 jugak arnab kakngah tu..bulu dia lembut sangat.....lagi sebab binatang ciptaan tuhan itu, cutee.. sangat....

Ada lagi, ikan dalam aquarium tu milik umi dan taufiq, kesayangan mereka berdua tu...Saya pulak belum ada lagi...Anda pula, apa binatang kesayangan anda?, kenapa anda sayang sangat dengan mereka? dan mengapa dia?...ceritalah...


Wednesday, 1 December 2010

Bulan Kahwin

Musim sekolah dan musim perkahwinan tiba lagi. Bulan November dan Disember tentulah purnamanya. Musim orang kahwin diadakan hujung tahun seperti pesta yang akan melanda seluruh negara. Apabila musim perkahwinan, setiap rumah akan menerima lebih dari satu jemputan seminggu, sehingga sukar untuk memilih undangan mana yang harus didahulukan. Waktu tu lah kita dapat berjumpa dengan jiran tetangga, keluarga terdekat, sahabat handai yang mungkin bertahun-tahun tidak berjumpa.

Berikut adalah perkahwinan artis yang di adakan hujung tahun.

1. Marion Counter dan SM Nasarudin


2. Elyana Emrizal dan Khairul Anuar


3.Raja Farah dan Megat Qhuyum


Tahniah daripada saya kepada semua pengantin dan bakal pengantin baru yang akan mengakhiri kehidupan bujang. Cinta yang terbina akhirnya disatukan jua dalam ikatan pernikahan yang suci. Jika perasaan rindu sering membara ketika bercinta, biarkan perasaan rindu itu kekal ke akhir hayat. Ouh terlebih suda..