Monday, 13 December 2010

Mengadakan Majlis Perkahwinan

Hello assalamualaikum semua, apa khabar? saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, Alahmadulilah semuanya berjalan lancar walaupun ada hujan sekejap di tengahari semasa kakak saya berarak. Hari ini sebenarnya saya nak follow up pasal hari bersejarah kakak kedua saya, tapi disebabkan picture yang saya ambil tak banyak (biasalah tuan rumah, oh no tuan dewan) so, ada sikit jadilah, sebelum tamat tempoh broadband saya ini.

Bila ada ahli keluarga yang kawin, ahli keluarga yang tak kahwin ni selalu la kena usik-mengusik dengan kenalan ahli keluarga yang sudah berkahwin.

Makcik: Yang ini bila pulak? (menunjuk ke arah saya) Kakak dah, awak bila pulak?

Dalam hati panas je kan, tapi maniskan muka jugak,

Saya: Lambat lagi, belajar pon tak habis lagi...hehehe...

Banyak kali juga terkena, huiiishhh..rimas ada, bosan pon ada, dalam hati punya dialog (aku nih tua sangat ke dah nak kena kawin)...

Actually, memang bab kahwin la, selalu dielakkan oleh saya. Bukan apa, saya suka tengok orang kawin, tapi untuk saya nantilah.. Belum masanya lagi..

Okey jom tengok beberapa keping gambar yang saya sempat... Ni rangka nak uat pelamin, sebenarnya kakngan nak warna silver hijau, tapi tah macam mana Mak Andam nya (Mak Andam juga di salahkan) Nak komplain pon dah tak sempat, siap jam 3 pagi waktu Malaysia.


sebelum terjadi,.selepas, kredit dari my kazen, Ayu



Abang Fairuz dan Kakngah, Semoga berbahgia ke anak cucu, cicit,..

saya, kaklong dan Sofea, bergamabr di luar dewan...Kaklong yang kepenatan, kaklong sebenarnya demam sehari sebelum kakngan kawin..


Sofea muka penat dan memang dia penat..Tak lama lepas tu anak sedara saya yang seorang ni ekot nenek belah ayah dia balik...Tidur agaknya dia lepas tu...



Kamilah yang masih bujang dalam keluarga ini. Adik-beradik sikit, jadi 2 dah kawin 2 lagi belum. Time ni lah rasa untungnya kalau ada adik -beradik ramai. Apa-apa pun bersyukur Majlis berjalan dengan sempurna. Nanti saya update lagi k.. Tengah nak cari-cari picture dari orang lain.. Next week belah abah pula. So, ends of the story, tuan rumah cepat-cepat sedia ambil gambar.. Bye...;')















No comments:

Post a Comment