Sunday 24 April 2011

Habit Sekarang

Sebelum masuk bilik air, atau bahasa ibunda rest room, dah prepare dah nak nyanyi lagu apa, studio itu memainkan lagu panas sahaja, mestilah lagu-lagu tengah hot masa itu, dan yang dari dulu sekarang dan selamanya hot, mestilah lagu Keabadian Cinta daripada seseorang jejaka yang patut digilai iaitu Anuar Zain.

Pernah waktu sekolah dulu kaklong tanya, "kenapa kau suka nyanyi dalam bilik air?" saya cakaplah, kalau saya nyanyi dalam bilik air, mana tahu Ajai (dulu komposer terkenal Ajai sebelum Taylor Swift eh) lalu belakang rumah, dengar suaraku yang enak merdu nih nyanyi, confirm terus nak jadikan artis rakaman, walaupunn saya tahu suara saya tak se power Mariah Carey tu.

Macam ini baru puas hati!!

Dan habit ini berpanjangan sampai masuk kolej, mula-mula segan, ouhhh nak nyanyi dalam bilik air, nyanyi pun slow2 je, lagu pohon beringin bawang merah bawang putih, atau pun lagu pilihan Amani (Anak Punai) ,bila cecah 2 minggu nyanyi sekuat hati dalam bilik air, pulak tu, housemate roomate sporting, siap buat duet dan berkumpulan, bukan di atas pentas bilik air je, malah dari depan bilik, lorong bilik turut menjadi pentas kami beraksi.

Sekarang dah habis belajar, jadi dah full time kat rumah, bangun pagi-pagi nak mandi pun, nak nyanyi, baru rasa feel, hilang daki-daki semua, mandi memang puas hatilah, nyanyi dalam bilik air, tak payah pakai microfon pon, satu bilik air dengar.

Sampai suatu hari umi saya menegur,

Umi: Kenapa suka nyanyi dalam bilik air nih tak elok nanti gigi rosak?
Saya: Apa kena mengena gigi rosak dengan menyanyi? tak paham la
Umi: Betul (hikayat merong mahawangsamaju, dah start) ada nenek tu gigi dia cantik sangat, walaupun umur dah tua, semua orang tanya macam mana gigi dia boleh cantik dan putih bersih,
Orang tua tu cakap jangan buka mulut dalam bilik air
Saya: Yeke tak cayalah
Umi: betul ni cerita betul kotoran-kotoran dari dalam bilik air tu boleh merosakkan gigi tau
Saya: UmmmMemang takut jumpa doktor gigi kan


Sejak dari itu, saya dah tak nyanyi dah, takut la gigi rosak kaklong baru umur 26 dah tampal gigi sana sini, duit lagi keluar ish ish tak nak, tak nak

So lepas ni tak yah nyanyi la ek dalam toilet, tapi..

Bila saya masuk bilik air mandi, dah sunyi dengar bunyi air je keluar..


Rupanya dia nih yang nyanyi

3 comments:

  1. ehe rindu seh nak buat konsert kat rumah dengan kat kelas T.T

    ReplyDelete
  2. Asal aku tak boleh komen kat shoutbox ko ? btw komen sket novel yang aku buat nie. aku rasa macam overdose jiwang la =.="

    My Lady is a Boy

    ReplyDelete
  3. aman: tawu xpe mmg rindu sem 1 sorry ak xlink kt ko nnt ak link eh...mmg jiwang doh ak bc pon sengih je cm tak caya ko y tulis cm tu tp ko kan Amani Jiwang Aku!!!!

    ReplyDelete