Assalamualaikum. sekarang I rasa lega sementara...Ye sementara je, sebab sekarang nih dah nak dekat final exam, so memang banyak sangat assignment dan presentation, and also i never ever forget tentang common test juga...Tapi next week ada lagi, test dan juga presentation yang mesti di langsaikan sebelum study week. Itulah kerjaya sebagai seorang pelajar dan gajinya bila dapat PTPTN.
Okeylah, I tak nak sesakkan fikiran korang-korang semua tu dengan masalah belajar I ni, sebab hari ini I nak share sikit tentang social responsibilities atau bahasa kebangsaan "tanggungjawab sosial"..Memang dari last week, lagi benda nih memang dalam kepala I, nak sangat share dengan korang.,..Yelah last week, I pergi lawatan ke Hospital Putrajaya..then, firstly before kita pergi dengan classmate semua, adalah sedikit discussion sikit dengan staff Putrajaya tuh. Kitaorang sibuk tanya, apa social responsibilities yang hospital ni buat huh? Sibuk tanyakan...
Now, we think together..apa yang kita, awak, korang, diorang, mereka, adik-beradik kita sendiri buat pada tanggungjawab sosial, so bagi pendapat I, tanggungjawab sosial pada I macam nih...
1). Senyum
Memang I suka senyum, tapi kadang-kadang kalau kepala tengah serabut weeehhhh memang tak sempat nak senyum, kalau tengok I masam cepat-cepatlah tegur.."wehhh kau apesal serabut nih?"..then cepat-cepat kau control cool kan...
Situation: Last week I balik JB naik bus, yelah sejak kereta dah kena hantar balik, I memang mesti berdiri dengan kaki sendiri, nak bus, turun bus, kejar bus, gaduh dengan ulat tiket bus, I memang dah biasa dah..ewwwaaahhh...seriously..then, of course I dah sampai dekat Puncak Alam memang dah petang, so, it is taken too much time to wait for the bus,...yang student UITM Puncak Alam, memang faham sangat dengan perangai bus tuh...I sempat update status dekat facebook lagi, konon-konon nak mintak simpati orang, untuk pick up I dekat situ, tapi Allah Maha besar, I dapat wifi free, kawan baru dan sekali gus bus pon sampai....I nampak bus, terus bangun, semangat nak balik rumah sewa lah kan, driver bus tanya, "Lama tak tunggu?" "Ahahah, tak lama lah pakcik"...so, pakcik tu pon legalah, dan tak lahrasa serba salah tengok I dah senyum lebar sangat...tapi sebenarnya dekat 1jam dah I tunggu bus!
2) Make a friends
Ni pun cerita ada kena mengena dengan bus, terminal bus lah, yelah best friend I sekarang adalah bus, bus, and bus...I memang macam kepoh...eh bukan, memang I kepoh, I memang tak suka first move but I have to. I dah banyak kawan terminal bus taw,..Ceritanya macam nih, I estimate, I akan sampai Klang pada petang dalam pukul 6:15 petang macam tuh, so I rasa, I akan naik bus ke Puncak Alam mesti dalam pukul 7malam, but, bus Maju tu baik, pukul 5:10 petang, I dah sampai dekat Terminal Klang, so, I pon decide, nak explore terminal nih, dah lah keseorangan, umm I duduk lah pulak, mula-mula I duduk tempat lain, lepas tu dah rasa tak best, tukar tempat lain pulak, but dari jauh I dah ushar seseorang...bukan lelaki eh...ingat I ni gatal sangat ke...mestilah perempuan, then, I pergi kat dia, konon-konon tanya, "awak balik Puncak Alam juga ke?" (padahal dah tahu) dia cakap, "A ah, sama eh?". Angguk je lah, I kan pemalu...then lepas tu, perbualan makin lama, makin rancak, I rasa dah ngam jugaklah, dari perbualan, I rasa dia tua dari I, tapi tak bestlah panggil kakak, so I panggil nama je lah...then, lepas tu, kalau jumpa kat campus, mesti kita bertegur sapa..so, lepas ni, kalau naik bus, tak lah rasa sunyi sangat, sebab dah ada rakan seangkatan.
I suka naik bus, sebab I boleh naik dengan ramaiiii orang ~poyo kan...time I diploma I tak panggil bus, I panggi limo.
3) Caring
I dah lah sangat penat travel from JB to Puncak Alam, sampai je rumah sewa, mesti maghrib dah nak habislah, time tu lah, nak qada balik solat Zohor dan Asar sekali. But, sebenarnya korang still dalam bus, perut pun dah lapar sangat, sebab last makan, just take a bite of chocolate dengan makan buah time berhenti kat R&R. Tiba-tiba, housemate message "Eja, nak makan apa?, kitorang kat luar nih?" wah...walaupun, just tanya macam tuh, wink..wink..wink...baiknya korang, sayangnya pada korang...
Dalam kes lain pulak, dah tentu-tentu banyak student duduk dekat apartment macam I, selain kosnya lebih murah dan memang banyak lah rumah dalam block kat Puncak Alam nih, nak disewakan kepada student, tapi untuk meningkatkan keselamat, ada guard kat depan pintu masuk, korang pergi class jumpa, guard, balik class jumpa guard, nak keluar outing jumpa guard, nak balik outing jumpa guard, nak pergi beli roti canai jumpa guard, so, secara langsungnya, nak keluar dari penjara nih, mesti jumpa guard dulu, so, sama jugak pergi pasar malam, mesti jumpa guard kan, belikan lah guard, apam balik ke,..taufu fa ke, pisang goreng ke, atau favorite I oreo,..itu tak da kat pasar malam lahh.....then, sampai bila-bila dia ingat pada korang, dia jaga korang, korang tak keluar dia mesti pelik, geng pergi class tak cukup geng dia mesti tanya...then, kalau ada apa-apa masalah korang jugak senang nak mintak pertolongan...bodek ke? tak lahh...just try to be nice..
Malaysian favorite!
Sekarang nih, I addicted dengan benda nih, habis duit I...
4)Suka Sampah
I ingat lagi, masa I kecik-kecik kalau I dengan adik-beradik buang sampah merata-rata, abah I mesti paksa kutip balik, punyalah kitorang buat muka paling comel, tetap abah kitorang paksa kutip balik sampah walaupun dah dalam longkang. Then, bila I pergi sekolah rendah, tong sampah kelas memang jauh kat belakang, punyalah pemalas, I korek je pensil dalam beg, asalkan I tak buang sampah sepah-sepah, nak buang je sampah sepah-sepah teringat muka abah I, yang tiba-tiba akan jadi bengis. Then, bila I duduk dalam bus, (okey bus lagi), I tengok ada topup punya kad, dekat tempat duduk sebelah, dalam kepala, maxis pulak tuh, agaknya terjatuh kot orang punya kad nih, mesti tak gores lagi nih, I pun ambil lah tengok, sekali caiiiittt dah gores, I terus ambil masuk dalam beg, I nak ambil sebab, itukan sampah, so, I akan buang di tempat yang betul dan orang lain pun tak tertipu macam I, lepas tu, bus ini pun akan jadi bersih..ting..ting...tingg...
Sebab itu, I anti betul dengan orang yang suka buang sampah sepah-sepah nih.
pheww..topup, bahagialah kalau jumpa...tapi sebenarnya seminggu rm10 pon belum tentu habis
5) Kasut Manik blink blink
I memang suka kalau, kasut dan baju atau gelang atau apa-apalah yang blink-blink, sakitkan mata tengok, but i love it..I adalah beberapa pasang kasut I mesti ada manik-manik, lepas tu kilat-kilat sikit, sebab menarik perhatian I, tak tahulah menarik perhatian orang lain ke tak, tapi suka hati I lah, kenapa I kaitkan dengan tanggungjawab sosial adalah, kadang-kadang balik malam memang bahaya, lampu jalan dekat tepi nak masuk apartment I bukannya ada, so bila I pakai kasut atau benda yang blink-blink dia akan ada pantulan cahaya, lepas tu, kadang-kadang, kita tak sedar, kita pakai complete suit hitam jew..lepas tu kulit kita, bukanlah cerah sangat, kereta tak perasan kita, bila lampu dia pantul dekat kasut atau barang blink-blink kita dia akan perasan ouh ada orang, nasib baik tak terlanggar...So, pakailah baju yang striking sikit, kasut yang pantul cahaya ke..ahahahah...
So, setakat ini, I rasa itu tanggungjawab sosial I...So, korang pulak macam mana? Apa tanggungjawab sosial korang pulak?
By the way, salah satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Hospital Putrajaya adalah setiap kelahiran di hospital itu, mereka akan tanam pokok di sekitar Hospital Putrajaya. Sweetkan hospital nih...
p/s: sorry I tak da gambar yang di tangkap sepanjang I buat tanggungjawab sosial tuh, sebab handphone I memang tak bertanggungjawab sekarang. Dia derhaka dengan I.