Sunday 26 December 2010

Kenapa saya suka pergi kenduri kawin

Zaman sekolah dulu, umur masih belasan tahun, perangai macam budak baru nak naik, saya kurang suka pergi jemputan kawin. Sampai umi pujuk, ada sedikit nada merayu, barulah lembut hati saya nak ikut. Dulu pendapat kunonya, orang tua-tua je pergi majlis kawin ni.."i still teenage, no need lah" selalu bermain di kotak minda nih. Biarlah wakilkan mak-mak yang pergi.

Tapi sekarang, sejak umur cecah 19-20, fikiran dah matured sikit cececey, belum ajak lagi dah beria-ria nak pergi majlis kawin, siap offer diri lagi.."Siti nak ikut.."Aha....itulah perubahan yang ketara, ini perubahan yang baik nih, mesti diteruskan ni...Antara sebab saya suka pergi kenduri kawin nih calon-calonya adalah..

1. Makanan
kenyang sampai esok.

Tentulah tak lain tak bukan makanan, baik lelaki ataupun perempuan, mesti fikir pasal menu apa yang special kat majlis kawin tu mesti gempak. Kalau girlfriend dengan boyfriend nak pergi dating pulak perancangannya pulak macam ni, ," U, minggu ni Shaliza kawin, so nanti kita lunch date terus kat sana okey, next week, Tariq pulak buat
kenduri, kita lunch sana pulaklah. Dah jimat duit poket girlfriend dan boyfriend budget ini.

2. Cuci Mata
cara-cara cuci mata

Untuk yang masih single, sesuai sangatlah pergi majlis kawin ni, saya masih percaya teori ini, nak tahu apa?..Okey saya beritahu, orang kata kalau kita jumpa jodoh kita di majlis perkahwinan, Insya Allah jodohnya akan berkekalan. Tak tahulah pulak saya keberkesananya teori ini. So, boys and girls yang masih single pakai cun-cun dan lawa-lawa nak pergi majlis kawin ni, boleh ambil berkat pengantin sekali...Ngeh..ngeh...ngeh..

3. Tema
nak colour inilah kawin nanti..

Nowadays, ramai yang kawin, bukan main canggih manggih dorang punya pelamin, warna warna tema diorang macam kita tak pernah lihat, pernah lihat pun dalam hati "eh, cantik jugak gabungan hijau dan merah" . Tambahan pula, pelamin sekarang macam-macam pattern, yang terbaru, Syeikh Muzaffar Syukur dan isterinya punya pelamin, aero angkasa lepas, bukan main. So, sambil makan, cuci mata, bolehlah korang tengok sekali style kawin pada masa kini, tak payah dah, lagi sebulan nak kawin, sibuk google sana sini.

4. Persahabatan
ni bukan tangan pak saya..

Bila pergi majlis kawin, barulah jumpa kawan-kawan lama, jiran-jiran lama, kekasih lama, saudara jauh dan dekat lama, owh yang ini bukan lama,,,..saudara mara jauh dan dekat sahaja. Inilah untung pergi majlis kawin...Ini biasanya orang tua lah, ayah saya tadi baru jumpa kawan sekolah rendah dia masa standart 3 and standard 4, hampir 35 tahun taw tak jumpa, sekali pergi majlis kawin kawan dia, dah jodoh jumpa di situ pula...Nanti tah bila nak terserempak lagi, so sambil menyelam jangan lupa minum air sekali.

5. Berkat/goodies beg
mintak 1 bungkus lagi boleh?

mewah zaman sekarang

Kali ini, bukan kelepet-kelepet punya berkat, atau era baru ni, di panggil goodies beg, bermakna beg yang orang pergi kenduri kawin, then, dorang dapat bawak balik sesuatu untuk seisi atau untuk diri sendiri. Contohnya sekarang ni yang famous if kat town, bagi a bunch of gula-gula taw, beraneka warna dan jenis gula-gula diorang bagi, selain tu, mug, sapu tangan, kipas, sudu dan garfu, alas pinggan, dan yang paling latest (tadilah) saya dapat beg, macam beg sembahyang with sejadah. wow, dasyatlah orang sekarang. Suka, suka, suka...pergi majlis kawin...

Selain tu banyak lagi sebenarnya benefits pergi majlis kawin ni..contohnya, mengelakkan budaya yang tidak sihat, itu pun boleh termasuk dalam senarai taw. Contonya, yang boys pergi tolong basuh pinggan, main kompang dan jadi jurufoto dan yang girls pula, tolong bagi telur, cedokkan nasi untuk tetamu dan sambut tetamu yang datang...Eh ni dah salah tajuklah...

Jadi sampai di sini saja. Dah penat saya berceloteh kalau korang still berdegil, dan still tak mahu join mak pak korang pergi kenduri kawin, huh nanti korang
kawin tak da orang nak datang baru tahu!...okeylah, bye korang, dah malam nih...perut kenyang hati riang...

Wassalam

5 comments:

  1. tggu aku kawen nnti. aku mmg x sbr sgt dah. haha

    ReplyDelete
  2. tau takpe. best kan g mjlis kahwin. dapat cuci mata tu penting. hehe ;)

    ReplyDelete
  3. amani: okey2...i like...
    suraya: heheh..nakal jugak ae si suraya nih....

    ReplyDelete
  4. ruha: sy lagi..lagi..lagi..suka..;') thanks comment

    ReplyDelete