Thursday 12 May 2011

Semester Holiday

memandangkan acara ke Genting highlang bersama classmate terpaksa dibatalkan, saya cuba mengiburkan diri dengan kerja di kedai ayah...okey itu bukan menghiburkan T-T.

Demi mengisi masa lapang bersama keluarga dan mengeratkan ikatan persaudaraan, antara atok, anak-anaknya, cucunya, cicit-cicitnya dan anak dia punya menantu (tak tahu pangkat apa) pakat mengadakan "Hari Keluarga".1st, sampai kat hotel,

Bila sekali-sekala buat family day memang seronok, semua keluarga memberi kerjasama yang baik, dimulakan dengan Mak Andak dan Pak Andak yang telah menaja penginapan yang sangat selesa kepada kami semua di Ancasa Resort dan Spa Port Dickson.

Keluarga Mak Long pula, sampai di Hotel terus bersiap sedia dengan juadah tengah hari yang telah di bawa dari rumah, ...

Tak lupa juga, buat Mak Usu a.k.a Mak Arra yang baru pulang dari London tu, tapi bukan datang untuk holiday berehat santai semata-mata, tapi ada thesis yang perlu di lakukan. ambil peluang bergossip dengan Mak Arra tentang conditions, hospitality dan macam-macam yang ada di London dan tidak ada di Malaysia. Pergi London pon termasuk list impian saya.

Bukan untuk bersuka ria sahaja buat family day nih tetapi dapat di selitkan dengan majlis ilmu, sembahyang berjemaah dan bacaan yassin. Apa guna mempunyai accommodation yang selesa tetapi tidak menggunakan sebaik mungkin. Memang worth it, satu pakej yang lengkap.
sebab apa kat tepi pintu, sebab lambat..

Dan yang pastinya, barbecue wajib dilaksanakan atas permintaan semua. Ada chicken wing yang telah marinate oleh keluarga mak long, satay yang di bawa khas daripada batu pahat, udang, sotong, kuah kacang, buah mangga yang di bawa oleh keluarga Pak Andak yang segar dari Ladang. Walaubagaimanapun, still berlaku perkara yang tak diingini seperti kuah kacang tertumpah dalam kereta Mak Ita, yang pastinya tertatoo di dalam hati dan sanubari semua.chicken wing with sataysemua busy, busy nak makan

Bukan buat family day untuk tambah darah, tambah berat badan dan mengagalkan diet anda sahaja, tetapi di sertai dengan sukan beraneka, dan yang pastinya, sukan-sukan ini tidak sama sekali dan mustahil masuk ke acara sukan dunia seperti Music box, tiup gula dalam tepung, tarik upih (upih di import dari batu pahat), jalan atas tempurung (permintaan orang London), balingan kasih sayang, tarik tali dan bermacam-macam lagi. Absolutely semua sporting dan enjoy.balingan kasih sayanglari ikat kaki berpasangan kanak-kanakjoget twiiiss..untuk yang terkena music box.tarik tali lelakitarik tali wanita1st winner lucky draw.

So, lepas ni kalau pergi Port Dickson tak naik banana boat memang rugi, jadi kami yang perempuan-perempuan sempat naik banana boat, memang best sebab dia bawak jauh-jauh dan tidak jatuhkan kami...Pesanan pembawa boat, kalau boat ke kanan, badan pon mesti condong ke kanan dan begitulah sebaliknya.

Belum terlambat lagi untuk anda buat pilihan yang bijak untuk pergi bercuti dan menghadirkan diri dengan family day.



family day with family members.

No comments:

Post a Comment