Tuesday 31 January 2012

Health is Priceless

 Since cuti semester break, memang menggila jadinya, gila kepada foodfoodfood..Memang tidak dinafikan ramai girls memang suka cakap tentang food besides love story.  Kan, kan...beberapa hari ini I teringat banyak yang I dah makan macam, nasi minyak (wedding last week), steamboat dengan Zarul and his bff, yong tau fu dengan kakngah lepas pergi wedding, laksam, asam pedas ikan kembung, ayam masak merah, spaghetti bolognaise, batik cookies, nasi kerabu, mee bandung dan banyak lagi.  Itu semua foods yang sangat dekat di hati I.  Dalam pada yang sama, colestrol dalam badan mesti tengah bermaharaja lela.  Lepas tu, bila dah semput nak kejar buai untuk dapatkan turn untuk main, baru rasa nak bukak apa-apa website yang cakap pasal health.  Sampailah I baca dekat reader digest online tentang "20 Food Questions for Weight Loss and Better Health"

say no to bean sprout

Actually, bukan nak kejar kurus sangat, walaupun itu termasuk dalam wishlist 2012, yang paling penting kita nak tahu yang badan sentiasa dalam condition yang sihat, kau tak termengah-mengah nak naik tangga atau jalan-jalan dekat shopping mall, rasa gembira je nak pilih wages atau heels sebagai pilihan nak balik kampung (baru perasan selalu pakai flat palm or seliper penambah ketinggian), rasa jogging lebih best dari aerobic (ini tak setuju) atau  boleh tawaf 7 kali dengan menunggang basikal sekitar taman perumahan.

Okeylah, mari berterus terang, 

1.  Sup atau Salad?

     SALAD.  Of Course, sup jauh lebih sihat daripada salad.  Tetapi, secara amnya, salad sayur-sayuran yang bercampur dan sayuran mentah, ditampah pula dengan dressing yang ringan dan sihat.  Kita boleh dapat banyak serat, dan itu lebih banyak pengisian antioksidan yang terdapat dalam sayur-sayuran.  Sup memang sihat, tapi proses memasak boleh mengurangkan kebaikkan di dalamnya

2.  Kopi atau Teh?

Minum tea, but nak bau cofee.

     TEH.  Pilihlah black tea atau green tea.  Mereka berdua ini, lebih kaya dengan antioksidan untuk jantung sihat, serta menyumbang kepada arteri sihat, tak dilupakan Insya Allah berupaya mencegah kanser.  (Tapi I suka cofee, serius!.Lepas nih kena tukar)

3.  Serbuk bawang putih atau bawang putih segar?

     BAWANG PUTIH SEGAR.  For those yang rajin masak, bolehlah korang gunakan bawang putih yang segar dalam masakan, potong-potong, tumbuk-tumbuk masukan dalam masakan.  Benefit nya sama, tapi fresh adalah yang terbaik!.

4.  Buah yang fresh atau buah yang dikeringkan?

Menggoda seyh si strawberry

    BUAH YANG FRESH.  Air yang terkandung dalam buah meliputi lebih daripada 80%, ini bermakna large volume, buah nampak gebu dan mengiurkan dan semestinya kurang kalori.  Tapi, just in case kalau takda buah yang fresh untuk makan tengah lewat malam, makan dried fruit pon ok, macam plum sunsweet.

5.  Jus buah atau buah?

     BUAH.  Ini yang terbaik, kalau kita pergi kedai dan order jus, entah berapa sudu gula yang di letak untuk menyedapkan tekak customer yang macam kita.  Bukan je gula banyak, tapi banayk fiber dalam buah dah dilucutkan.  Lagi best, makan kerangupan buah kan.

Rasa tanggungjawab untuk share perkara yang baik lagi, korang bolehlah baca-baca kat sini atau sini atau sini

P/s: Petang tadi baru berangan nak bukak restoran yang jual makanan yang berkhasiat je.  Dah macam one of the list principles of health economics.


21st Century Girl

Monday 30 January 2012

Awan Nano dah jadi favorite.

I knew it, Semua tahu atas kemenangan Hafiz menerusi lagu beliau Awan Nano, sebelum ni rasa lagu dia macam tak best, tapi lepas tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) malam tadi, wah aura lagu tu, memang terus rasa Hafiz ni memang ada harapanlah nak menang.

Memandangkan semalam dia menang, so mesti korang semua perasan apa pakaian dia semalam...ahaha just t-shirt dengan tract je.  Ingatkan lepas persembahan mesti dia tukarlah nak pakai cantik-cantik, sekali rileks je dia...

Pagi-pagi dah nak bukak facebook, terus tengok Hot Fm , atas kememangan Hafiz, diorang pon sibuk pakai t-shirt dengan tract bottom je. Check this..Team Am Krew.

Pagi-pagi dah mengoogle.  Dapat yang ini okey lah.

Saturday 28 January 2012

Dimana semua lelaki?

Pertama sekali semasa saya bersekolah, many of us adalah perempuan bila berbaris di tapak perhimpunan, barisan yang paling panjang, of course perempuan dan yang pendek-pendek adalah barisan lelaki.  

Then, bila berada di diploma, hanya ada 3 orang budak lelaki dapat habiskan sampai last semester.  Malangnya 2 daripada mereka sudah berpunya, harapan hanya 1 lelaki, didalam kelas untuk menjamu mata, namun sahihkah dia juga single??? I'm no Idea!...

Namun begitu, kawan-kawan yang sekolah dulu ada juga yang still together sampai hari ini.  Its good for them!.. Ahahha kadang-kadang saya terfikir juga, maybe kat sekolah adalah tempat yang berjaya untuk make relationship...

Ouhh No!.  Im kidding., Tapi betul, ada juga kawan-kawan semasa diploma yang in relationship sampai ke degree, betullah, tempat belajar sesuai untuk cari jodoh.  Bunga-bunga keserasian akan terbang antara, sesi suai kenal, pandang-pandangan, dan bila ada peluang itu adalah satu advantage!.No?

Ahem! Bragelina! Diorang mendapat keserasian apa bila berlakon bersama, lalu meneruskan perhubungan di luar film.  Kata kunci adalah KESERASIAN.  So, learn in same classes, buat study group dekat library, stay back for extra classes, in facts they're "dating".

So you see, tempat belajar is fair dating game for anyone.  Just think, kamu boleh berkenalan dengan cute dude  yang selalu terserempak dekat cafe tuh...Oh wait, Itu macam iklan Ponds, ingat tak, alah yang ada Melissa Maureen dan last sekali dia pergi tengok wayang.  Okey I mean, might be it could happen to you too..  Pertama sekali check si dia single ke tak.

Lastly, jatuh cinta tak semestinya hanya antara lelaki dan perempuan tetapi ia membabitkan hubungan kekeluargaan, persahabatan, minat dan mungkin juga kerja bagi sestengah orang.




Wednesday 25 January 2012

Tahun Ini

Huh..Okey serius lama gila tak update belog, dari tahun lepas sampai membawa ke tahun ini, dah nak hampir setahun, eh sebulan je la...Okey lah, untuk edisi tahun baru ini, sebenarnya I banyak sangat nak share dan diluahkan dalam belog ini, antaranya azam tahun baru I, senarai kesyukuran I (apa yang di sarankan oleh Hanis Zalikha), wish list I, lagu-lagu favorite I, impian sepanjang zaman I, destinasi percutian idaman I, business semasa belajar yang I nak cuba, dan banyak lagi yang terbuku dalam minda I, dan ada la 1, 2 dah I rangkakan untuk di muat turun di dalam belog ini.

Sejak exam fever hari itu, memang I langsung tak update belog, konon-konon nak concentrate untuk study sahaja, sampai time study week jew, I dah hantar balik si Iskandar ni kat JB, but bila tengok kawan I online, and bila dia free jew, I terus mengendeng nak update facebook and tweeter jew, langsung tak sentuh sikit pon pada belog.  Sebab, I rasa tak selesa sangat nak update belog kalau bukan dekat hero I sorang ni (Iskandar) dah lama tak panggil lappy I, Iskandar...ahahhaha...but pada tahun baru yang mulia ini, dengan penuh azam baru, I ingat nak tukar nama lappy I lah, nanti I fikirkan nama yang lebih macho sikit...

Exam pon dah selesai, cuti semester pon dah start, chinese new year pon dah nak berakhir, so I hope sangat, I boleh update and share dengan you guys perkara-perkara yang berfaedah dan manfaat pada kita semua, I ingat lagi kata Oprah Winfrey dalam show dia, dia cakap "perkara yang baik harus di kongsi" *actually dia cakap dalam bahasa inggeris.   Yes!, I tak mampu nak jadi seperti beliau, yang boleh memberi kesenangan kepada yang susah, yang boleh memberi inspirasi kepada ribuan dan jutaan peminatnya, dan juga menegakkan keadilan  kepada setiap individu yang dianggap bersalah. Tapi I percaya, sikat positif ada pada setiap diri kita.

By the way, untuk kali ini, I rasa belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baru Cina.