Wednesday 25 January 2012

Tahun Ini

Huh..Okey serius lama gila tak update belog, dari tahun lepas sampai membawa ke tahun ini, dah nak hampir setahun, eh sebulan je la...Okey lah, untuk edisi tahun baru ini, sebenarnya I banyak sangat nak share dan diluahkan dalam belog ini, antaranya azam tahun baru I, senarai kesyukuran I (apa yang di sarankan oleh Hanis Zalikha), wish list I, lagu-lagu favorite I, impian sepanjang zaman I, destinasi percutian idaman I, business semasa belajar yang I nak cuba, dan banyak lagi yang terbuku dalam minda I, dan ada la 1, 2 dah I rangkakan untuk di muat turun di dalam belog ini.

Sejak exam fever hari itu, memang I langsung tak update belog, konon-konon nak concentrate untuk study sahaja, sampai time study week jew, I dah hantar balik si Iskandar ni kat JB, but bila tengok kawan I online, and bila dia free jew, I terus mengendeng nak update facebook and tweeter jew, langsung tak sentuh sikit pon pada belog.  Sebab, I rasa tak selesa sangat nak update belog kalau bukan dekat hero I sorang ni (Iskandar) dah lama tak panggil lappy I, Iskandar...ahahhaha...but pada tahun baru yang mulia ini, dengan penuh azam baru, I ingat nak tukar nama lappy I lah, nanti I fikirkan nama yang lebih macho sikit...

Exam pon dah selesai, cuti semester pon dah start, chinese new year pon dah nak berakhir, so I hope sangat, I boleh update and share dengan you guys perkara-perkara yang berfaedah dan manfaat pada kita semua, I ingat lagi kata Oprah Winfrey dalam show dia, dia cakap "perkara yang baik harus di kongsi" *actually dia cakap dalam bahasa inggeris.   Yes!, I tak mampu nak jadi seperti beliau, yang boleh memberi kesenangan kepada yang susah, yang boleh memberi inspirasi kepada ribuan dan jutaan peminatnya, dan juga menegakkan keadilan  kepada setiap individu yang dianggap bersalah. Tapi I percaya, sikat positif ada pada setiap diri kita.

By the way, untuk kali ini, I rasa belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baru Cina.

No comments:

Post a Comment