Hari ini banyak benda I nak cerita, ada kelakar, ada sedih, ada marah, ada detik mencemaskan...tapi 17 September memang akan I ingat sampai bila-bila.
Mula-mula ceritanya begini memang dah menjadi kebiasaan I untuk on the spot beli tiket, so memang tak jadi masalah bila-bila masa nak balik, sebab I pernah beli tiket awal, tapi tak sempat nak naik bus, so sebagai play save, time nak balik Puncak atau nak balik JB, baru beli. Sampailah hari Isnin 17 September tuh, seperti kebiasaan I akan sampai kat tiket kaunter Sri Putri Skudai beli tiket Klang, dengan harapan ada tiket antara pukul 11 pagi, so I agak, I akan sampai dalam pukul 4 atau 5 petang di Klang. Sebab I terpaksa ambil 2 lagi bus rapid untuk sampai kat rumah sewa. Pakcik kaunter cakap bus pergi Klang dah full ada pun 7 malam. Isshhh risau seyhhh time tuh...tiba-tiba I dengar dari jauh orang cakap "TBS, Shah Alam, Klang, TBS, Shah Alam, Klang,". Bagai pucuk mencita, ulam mendatang kan...I tahu mesti punya ada rezeki untuk I, rasa diri ada luck hari ini pon ada.
I: Klang ada lagi tak?
Orang Kaunter: Ada-ada (sambil kira duit)
I: Berapa?
Orang Kaunter: 45 hari ini public holiday
I: Ouh Ok
Sambil hulur not RM50 dia pulang kan RM5 jew, yelah I faham sangat bila public holiday tiket bus mesti mark up harga, tapi I still okey jewww...(macam ayat Amyza Adnan dalam cerekarama) ahahah, padahal salah sendiri tak beli tiket awal, terdesak punya pasal, sebat je apa yang ada.
Okey then, I naik bas warna purple, dari jauh memang dah nampak purple tuh,dari dekat I nampak logo PLKN, I check ticket balik, tulis kat situ bas tambahan.Okey I faham, tak da lah teruk sangat, bolehlah I kenang-kenang balik masa I pergi PLKN dulu dekat Kem Warisan...I naik je, waahh full ini bas, ada la seat kosong, tapi kena duduk sebelah orang, tengok yang depan sekali double seat kosong, meh la I duduk situ, I suka duduk tepi tingkap, suka tengok pemandangan, then, kalau tertidur pon, air liur terkeluar pon boleh cover menghadap ke tepi tingkap...ahahah....
Tak sampai 5 minit I duduk ada Chinese guy nak duduk sebelah I, NAK duduk sebab "dia tanya I dulu boleh tak duduk sebelah I, ada orang tak?" itu sebab dia NAK duduk sebelah I...Nampak tak miang di situ. I pon "ouh sure, tak da orang kat sini"...Tak lama lepas tu bas pon jalan,..fasih si dia berbahasa melayu...borak dengan dia, I rasa macam we are know each other very much...
Dia, seorang engineer, 5 tahun dia berkerja under orang, tapi sekarang dah 2 tahun buka syarikat sendiri dengan alasan, dia boleh buat keputusan sendiri, in term of kalau nak cuti, sebab bila kerja stress, bila stress perlukan cuti, bila ambil cuti nak lama, so better dia cakap kerja lah 2bulan tanpa cuti, then ambil 2minggu cuti untuk pergi travel, kan seronok tuh, waah pemikiran dia seronok, lepas tu, dia sebulan sekali turun JB sebab jumpa girlfriend dia kat Perling, dia pakai kereta Swift, dia nasihatkan I lagi kalau nak ambil kereta buat full loan, dia cerita lagi dia pergi Bali 2 tahun lepas dengan 7 tahun lepas harga hotel beza sangat, lepas tu dia selalu be a backpacker and travel alone, pernah dia cakap dia duduk sebulan dekat Langkawi seorang diri, paling dia suka pergi Sabah naik Gunung Kinabalu, dia memang suggests kan I untuk pergi sana,(tiba-tiba I teringat cerita yang Tiz Zakiah berlakon tuh)..Lepas tu dia cerita lagi, dia nak pergi Mongolia, dekat dengan Tibet, sebelum ni negara yang dah dia pergi macam Thailand, Vietnam, Cambodia (banyak negara Asia dia dah pergi). I tanya, suka tak pergi theme park ke, macam Universal Studios, Legoland dengan at least Genting la paling dekat, dia cakap, dia kurang sikit pergi tempat macam tuh, ouhh dia cakap dia pon dah berumur, apa yang I estimate umur dia awal 30-an lah...See, macam dah bertahun-tahun I kenal you lah apek, but lastly kita lupa nak tanya nama.
Sampai je dekat perhentian Nilai, bas ni dah lain macam, sebab I duduk depan, apek nih tahu lah apa punca dia, dia cakap tuh macah minyak clutch dah habis, boleh gerak, boleh tukar gear tapi slow la bas, lagi satu bila nak mulakan perjalanan macam naik kuda sikit. Lepas berhenti dalam 20 minit kat perhentian ni macam-macam I dengar orang cakap dalam telefon "bas rosak lahh, lambat lagi sampai", "alamak saya nak balik Teluk Intan ni", "Dah la I bayar RM50 dapat bas macam ni, dissapointed", banyak lagi rungutan, baby menangis lagi,. passanger dah mengutuk bas sesama senrdiri, tak kurang jugak yang decide nak turun kat TBS walaupun diorang beli tiket pergi Klang dan Shah Alam.
Kecoh jugak lah, tak lama lepas tu bas pon jalan sikit-sikit, then bas ni mintak bantuan dari bas lain, mungkin ada la signal dia, hanya bas-bas bersekutu je tahu, lepas tu bas tuh berhenti, kesian tengok uncle bas ni, terkedek-kedek lari ke bas depan, yelah tepi highway kauu, banyak kereta, lori, semua tengah laju...lepas tu uncle bas cakap "TBS boleh naik bas depan, maaf ye" sambil senyum kepada semua penumpang. I tengok mak aiiihhh ramainya turun naik bas depan tuh, kurang daripada 10 orang je yang tinggal, apek dah tentu tinggalkan I, tapi sebelum dia tinggalkan I dia pesan "you take care okey", actually dia ajak I turun TBS sekali, pastu dia cakap baru lah naik bas Klang, tapi I ingat, mungkin bas ni akan carikan bas lain kot, sebab I tak risau sangat ada jugak student UITM kat sini.
I tengok bas yang tumpangkan tu pun penuh, yelah dari bas ni je lebih 20 orang turun,, tengah orang ramai sibuk dekat bas bantuan tuh, tiba-tiba ada 2 orang lelaki cina dan melayu turun, I ingat dia nak tolong angkat barang ke atau ambil apa-apa dari bas nih, yang I pelik dia pergi belakang bas yang rosak ni pastu dia cari pokok-pokok yang kat tepi jalan, sebelah nih kebun UPM Serdang kot, diorang ambil sorang satu pokok yang besar, rupanya pergi buang hajat...Ahahah..
Konon-konon legalah lepas buang hajat, tiba-tiba tengok-tengok bas depan dah gerak, diorang apa lagi lari lah nak kejar bas, manalah sempat, nasib baik lah bas rosak ni boleh jalan sikit-sikit, uncle bas suruh masuk, dia pon kejar bas kat depan, pengajaranya "lain kali nak turun, bagitahu driver bas" nanti kena tinggal. Nasib baik sempat kejar bas dekat perhentian berikut, 2 orang lelaki pon turun.
Lepas Tol Sungai Besi, bas ni singgah Petronas, ada la hero-hero sampai bagi pertolongan, dah siap beli minyak clutch lagi. I pon pergi toilet, beli roti, pastu borak-borak lah dengan passengers yang tinggal. Kan I pernah cakap kalau naik bas je, mesti jumpa kawan baru, macam-macam kita borak, memang lah lama wehhh 2jam tunggu bas bantuan berikutnya, akhirnya I text Wani mintak tolong dia ambil I dekat Klang, Alhamdulillah, I turun je bas Wani dengan Pijo dah datang ambil I, time tu pon dah pukul 9 malam, gitu gini sampai rumah pukul 10 malam.
Sampai rumah sewa, waaahhh memang I penat sangat, mandi,solat, tidur tak sedarkan diri....:)