Monday, 16 April 2012

MARI MEMBELA MISKIN

Gaji RM1000 dan ke bawah, warga emas yang perlukan perhatian dan kasih sayang, gelandangan, orang kurang upaya, kanak-kanak terbiar, tiada pakaian yang cantik, tiada rumah yang sempurna, kurang pendidikan dan terlalu banyak lagi kekurangan dalam menempuh hidup seharian sebagai warga kota tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebuah NGO tampil memberikan khidmat PERCUMA kepada golongan miskin bandar, antara servis yang ditawarkan adalah makanan percuma, pakaian percuma, tuisyen percuma, dan lain-lain lagi demi membantu golongan yang kurang bernasib baik di sini.

For those interested to give some donation/ to be a volunteer  please do contact :

PERTUBUHAN MEMBELA MISKIN TEGAR MALAYSIA
NO. 6, JALAN SEMPADAN 16/7
SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM,
SELANGOR.

Khairunnisa binti Khairrudin: 014-2720122
Omar Syafiq bin Mohamad Sauffi: 017-2600829

Be part of their life

Thursday, 12 April 2012

Gembira Dalam Masa 14 Hari

Lately nih, kadang-kadang I rasa sangat-sangat gembira dan kadang-kadang boleh jadi sakit otak...bukan gila eh, tapi agak stress sikit lah...no no actually eustress (kata my lecturer kalau kita stress untuk benda positive) but then, I still take it as a stress too.  Jadi, I cari sesuatu yang lawak that can make me happy, laughing in a day, such a watching, more than 10 times Maharaja Lawak Mega Osbon (minggu ke 7), Edisi Khas, and youtube funniest video.  Cara macam tu, boleh buat I lega.  Onemore, Twitter pon sama, mostly rasa lawak baca tweet orang....

Then, I baca artical tentang "A Happier You in 2 Weeks" from Lucy Danziger.  
I nak sangat nampak gembira, dan memang rasa benar-benar gembira.  Yes, sometimes kita kena rasa sedih, just simpan sedih tu dalam bilik, jangan tunjuk sangat pada orang okey.  Jom kita cuba.

 Day 1
Makan manisan pada makan tengahhari dan makan malam.  Lepas tu tengok benda yang kita suka. Macam dalam article ni dia suggest CuteOverload.com.  Tapi I suka tengok gambar anak sedara I, dia dah cukup cute dah..
 
shes so cute "overload cute"
Day 2
Bersenam-senam.  Rumah I tingkat atas sekali, hari-hari kena naik tangga sampai tingkat 6, kelas I tinggi hari-hari naik tingkat 10, but it is not a problem untuk tidak bersenam, lately nih, I ada hobby baru, main badminton, woooaahhhh love it,  Effa buat I terjebak dengan kancah sihat sebegitu...1 kali seminggu rasa tak cukup, mencurah peluh dari atas kepala sampai hujung kaki. best sangat.

Day 3
Fikir positif.  Hari-hari berhasrat untuk senyum kepada semua orang yang kita jumpa, semangat nak jumpa dengan our crush walaupun dia tak pandang langsung pon kat kita, bawak beg berat macam batu bata pon still happy dengan diri sendiri.

Day 4
Maafkan orang.  Ada orang susah nak maafkan orang dan ada orang sangat mudah untuk maafkan orang lain. So, mana satu yang lebih positif?

Day 5
Bagi semangat pada orang lain.  Beri kata-kata positif dengan orang lain.  Puji kawan-kawan dengan ikhlas.

Day 6
Cari potensi diri, apa talent yang kita ada, adakah kita nih creative atau kita ada bakat hias buku nota ke...ouhh itu saya.

Day 7
Tukar fikiran kita dalam masa 4 minit.  Contohnya, ok masalah proposal I lah, genap 2minggu I hantar proposal, tapi still tak approve, bagi I, I memang jenis tak suka dengar alasan, boleh cakap boleh, tak boleh cakap tak boleh...To make me cool down dengan sikap kepala angin macam tuh, I nak try lah take four..lama sikit, selalunya I take two je, dah natural balik..ahahha....Kenalah tunjuk yang kau tu professional walaupun kadang-kadang tidak.

Day 8
Malam sebelum tidur, jot down beberapa perkara tentang keluarga yang kita cinta.  Esok pula, bangun pagi, tulis pula tentang kebaikan kawan-kawan baik kita,  Lusa pula, tulis pula tentang betapa indahnya dunia ketika belajar.  Dengan cara-cara macam nih, boleh buat kita rasa lebih gembira.

Day9
Senyum selalu walaupun tengah sedih.  Even though your smile is fake.  Letakkan kegembiraan dalam diri.  Senyum ni pon adalah senaman muka, wah I nak try lah.  Plus, senyum tu sedekah, dapat pahala free jew...

Day 10
Get your best friend ajak tengok wayang ke, karoke ke, since Izzati kat JB and I dekat PA ym dengan facebooklah yang menghubungkan kami..tapi bila I balik JB dapatlah tengok wayang sama-sama.


Day11
Help the local economy.  Belilah dan makanlah buah-buahan tempatan,  pilihlah barang-barang buatan Malayia.  Sejujurnya, I ni suka branded punya barang, I suka tentang quality pada barang tersebut, tapi I akan beli, bila I betul-betul have enough money to buy all those things.  Then, bila I tak cukup duit untuk beli yang mahal, I akan beli yang murah, tapi ada quality, dan akan rasa bahagia bila mengayakan sesuatu tuh dengan duit yang kita ada tuh.

Kumpul duit beli guess
Day 12
Catitkan apa yang kita suka buat, rancang sebelum buat sesuatu.  Set jam nak bangun pukul berapa, drafkan apa yang perlu dibuat pada keesokkan harinya.  Make it organize.

Day 13
Put cherry on the top.  Bila kena lakukan seuatu yang anda memang tak nak buat, contohnya macam I nak pergi jumpa En. A tanya tentang proposal, dalam hati Ya Allah memang takut jugak, takut pakaian tak sesuai, takut tersalah cakap, takut yang sengaja di buat takut, so just tinggalkan takut-takut tuh kat depan pintu sebelum masuk ke dalam untuk buat perbincangan dengan En. A.  

Day 14
Read novel cinta yang bahagia, then relate pada diri sendiri...wah memang rasa diri sangat bahagia...yang ini I dah over sangat..selalu berangan lebih.

Cukup 14 hari cubaan untuk gembira.  Tak tinggal solat pun dah cukup buat kita gembira sepanjang hari...Jom kita try ni sama-sama, untuk jadi lebih gembira dalam masa 2 minggu  dan hari-hari yang mendatang.

Tuesday, 10 April 2012

Its holeeee holeee Day.....

Semuanya berlaku bila I dengan seorang kawan India (tapi I tak pasti tu kawan India yang mana), lalu di kawasan macam pinggir hutan.  Tiba-tiba I dengan kawan India nih, ternampak seorang baby yang comel di tepi semak, tapi I tak berani nak ambil, I just teringat dia punya tulang mesti "osteoblast" mengikut buku teks Medical Terminology, dan apa yang telah I belajar baru-baru ini.  Tiba-tiba I pusing belakang, nak tengok baby tuh, kawan India I cakap, baby tuh dah kena bunuh.  Lepas tu, I terus, teruskan perjalan sampai ke persimpangan.  Tiba-tiba I nampak Non (staff mak I), eh apasal dia kat sini, pakai T-shirt tempat kerja lama I pulak tuh. (Sea Gypsy).  Lepas tuh, I tanya dia, kenapa dia ada kat sini...Lepas tu terus hilang macam tuh je...I pon pelik...

Then, I rasa ada dekat kampus, lepas tu I ingatkan Sir Nasir (lecturer BEL masa diploma), tapi sebenarnya bukan, dia berjanggut, bersongkok, tapi dia macam sangat friendly but at the same time, dia menakutkan.  Tiba-tiba I dengar kuat sangat orang menyanyi-nyanyi lagu Selena Gomez-Love you like love song...


Bila I buka mata, tepat pukul 6:00am, I tengok buku Medical Terminology bersepah dengan nota account,  I just thinking,  apa kaitan mimpi nih semua, I just tidur sekejap je, boleh dapat mimpi sepanjang itu, siap ada kronologi..Baru niat nak study dari pukul 3:00pagi sampai subuh, tapi memang tak larat...

Lastly I simpulkan, Pertama, might be, hari tu Sea Gypsy advertise dalam magazine CLEO, I belum sempat update dekat facebook lagi, niat di hati nak hebahkan kepada staff Sea Gypsy.  Kedua, pasal Non, hari tuh umi ada cakap dia nak berhenti kerja, then, I boleh termimpi macam tuh pulak, but ada rasional jugak.  Ketiga, I ada bestfriend Cina, Katrina, but why indian, and I totally dont know whose she is?, Keempat, Memang I baru lepas belajar osteoblast, lepas tu tadi dalam quiz langsung takda tanya pasal tuh.  Kelima, I baru jumpa En. A (nama dirahsiakan, nanti student Puncak Alam tahu), tanya pasal proposol event, but still tak approve, dan I sangatlah bengang semalam, the due is just around, because of this such things our event is supposed to be drag.  Tapi semua ada hikmah.  Sabar je lah.

Hey guys, esok cuti umum sempena Perabalan Agong, I nak hangout with my cousin.  Nak off sementara segala benda bagai...  You'all pulak nak pergi mana esok?  

Sunday, 1 April 2012

Hidangan tinggi protein untuk atlet di rumah.

I'm just wondering, if I can cook such a menu full of protein inside morninglunch menu.
Semuanya berlaku bila I beli majalah iSIHAT last weekend yang I still tak habis baca, terus bukak section menu sihat, disebabkan busy yang melanda lately,  dengan class, proposal, note, ready for every shock test and more.  I'm such a busy wonder woman.  

Demi mengisi perut yang lapar saturday morning, I teringat time Abah datang last Tuesday, I ada beli yee mee dekat Econsave, dalam kepala memang nak diet tanpa nasi, tapi nasi sangat sexy bila I datang PSB time lunch hours, I cant stop myself to eat them, dan lauk sangat menawan, dan makcik yang menjual amat memberi galakkan untuk beli dan meyakinkan lauk itu sangat marvellous, it motivate my confident level untuk makan dan makan.  But today it is not school day, I beranikan diri untuk masak, actually the menu is Yee Mee Ayam Panggang dalam magazine "i-sihat you".  But, I think more easier I change with fish, sebab I ada frozen fish tanpa tulang dan tanpa kepala dan sedia untuk basuh dan potong serta terus boleh diletak di dalam apa jua jenis menu.

So bermulalah journey memasak.  I ikut step pertama. I just twist with ikan...actually dia panggang tapi I change jugak kepada goreng.  Sebab sini tak da microwave untuk panggang memanggang.

Yee Mee Ikan Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Ikan goreng tepung
Ikan frozen
Tepung gandum

Bahan-bahan:
Kuah Mee
Yee Mee
4 ulas bawang merah
2 ulas bawah putih
1cm halia (dihiris)
sos tiram
fish cake
garam
gula
1 biji telur (tak suka telur tak payah letak, I tak suka telur, so tak payah letak).
lada sulah
sedikit minyak.

Cara Penyediaan

Ikan salut tepung
1.  Cuci ikan dan potong kecil-kecil.
2.  Gaulkan dengan tepung gandum dan terus goreng diatas kuali panas sehingga garing.(jadi ikan goreng tepung), tak payah letak air dalam tepung sebab ikan tu dah basah.
3.  Angkat dan toskan.

Kuah Yee Mee
1.  Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak masak, satu sudu je,( minyak tak elok banyak-banyak).
2.  Tumis bawang putih, bawang merah, sos tiram dan halia yang dah ditumbuk sehingga garing.
3.  Masukkan fish cake dan air tepung gandung (sebab takda tepung jagung atau ubi) supaya kuah likat.
4.  Letakkan perasa (gula dan garam) dan pecahkan telur.  Biarkan dia mendidih.  Padamkan api.
5.  Letakkan yee mee di dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang masih panas ke atas yee mee.
6.  Letak ikan goreng tepung diatas yee mee dan hidangkan.
7.  Sedia di makan.

I tolong you all bayangkan dekat google eh. 
 Bezanya tak da sayur, dan ayam dengan mashroom tuh, i gantikan dengan fishcake dan ikan bersalut tepung.

Seriously semalam, I makan banyak sangat protein, sampai malam I tak rasa lapar, so sehari sekali je I makan benda berat, but petang mulut still kunyang-kunyah chikedis.  Memang I rasa kenyang.  Korang boleh tambah sayur, I tak letak sayur sebab sayur tak da, sebab kalau I simpan nanti layu pulak, student macam I jarang nak masak.

Korang yang duduk bukan dengan famili bolehlah cuba resepi yang sangat modesty nih, bahan murah, cepat dan sedap (bolehlah).  Tak payah beli sizzling mee, masak sendiri dan letaklah shitaki mashroom sendiri. 

 I tak dapat nak upload gambar yang I dah snap semalam (sabotage punya handphone), but you all, bolehlah  bayang macam sizzling mee yang korang beli kat food republic, bila makan ye.

Selamat Mencuba.