Wednesday, 28 September 2011

short update masuk semester baru, campus baru, course baru

Hye semua, saya tak dapat nak meralisasikan janji saya untuk update detail-detail sebab yelah, saya dah jadi student, busy sangat, macam-macam nak settle kan tauuu, yelah kita student baru, PTPTN nya, register course nya, pendaftaran pelajar barunya, buat kad matrik nya, berkenalan dengan kawan-kawan baru nya, dengan lecturer-lecturer baru nya, sesi jelajah campus lagi, rumah sewa kemas-kemas, rumah sewa barang-barang dan macam-macam lagi...Huhhh percaya tak!!!!

Okeylah, Ini dah masuk tiga minggu hari rabu, tapi dah busy dengan quiz dan juga nak buat nota-nota, kau nak ke buat nota time-time dah nak final nanti..ini degree dah tak boleh buat macam diploma dahhh percayalah....

Disamping itu, meh sini, nak bisik, best jugak cerita dalam TV3 pukul 7 tu from Monday to Friday, cerita Tizz, Tizz, Tizz eh bukan Sofiyya...best ouhhh, ni la yang tak boleh belah!!!, lepas je masuk rumah sewa ada tv, so masa sikit kena la di bahagi kepada tv sekali...korang suka tak tengok cerita tu? by the way, jangan lupa solat maghrib time iklan yew..

Lagi satu, time update nih, saya sambil-sambil tu tengah masak makaroni goreng, yelah dah jadi student kena lah jimat-jimat sikit, bukan sahaja untuk menajamkan skill masak-memasak tapi untuk limit kan duit yang dikeluarkan dari wallet juga...

Okeylah, short update je kan...bye, jumpa di lain episod...

Monday, 12 September 2011

Budget Buys

Saya memang suka shopping, apatah lagi bila time Mega Sale!!! Biasa la, saya perempuan-perempuan, dan setiap perempuan-perempuan mesti suka shopping... Namun begitu, saya percaya ada juga perempuan-perempuan yang tak suka shopping, tapi saya suka...Okeylah, memandangkan saya dah jadi student balik, so haruslah berjimat-cermatkan, semua mesti under budget, dan ada limit...

Sekarang saya dah ada kat UiTM Puncak Alam tau, "phewwww, besaqnya Universiti, Mak datuq, besaqqqq...." ahahha memang jakun, bagai minah kampung masuk bandar, ahahah, yup mestilah sebelum ni, diploma kat kolej jew, bangunan pon tak da lah besar-besar macam nih, dari satu block ke block yang lain, memang mencabar kekuatan fizikal saya dan kami-kami semua, tapi sikit pon tak mematahkan semangat!!! So, if you guys study atau duduk kat Puncak Alam juga, sila beri tunjuk ajar (sambil tunduk)...

Okeylah, next time punya entry saya cerita tentang Puncak Alam nih, untuk entry kali ini nak share tentang persiapan riang ria masuk University..best tak tajuk dia, okey fine tak best!!!..

1. Strawberry cicah Chocolate

Ini tentulah barang makanan, makanan dan makanan. Stock makanan penting!!! mestilah, kalau perut dah menyanyi-nyayi tengah malam, siapa pulak nak tolong!!!, kat sini lah fungsi dia, so korang boleh la beli, biskut, oat (pilihan sihat!!!), maggie tak sihat, tapi pilihan student, cepat dan mudah, sedap..., susu perisa chocolate, jajan-jajan dan chocolate...
tengok, pentingkan makanan

2. Gwen Stefani Harajuku, Wicked Style Music


Yang ini pulak, wangi-wangian, bukan perfume jew lah tapi kita ada pencuci muka, shampoo rambut, shampoo badan, shampoo kaki, conditioner, sabun basuh kain, softener, ubat gigi, berus gigi, cotton bud, cotton face, deodorant, lotion dan banyak-banyak lagi, saya suka beli barang- barang macam nih,,,
sabun-sabunan, wangikan

3. Pencil Kontot

Kalau shopping yang ini, lama duduk kat book store, macam-macam saya nak, magic pen, highlight, pen hitam biru merah, macam nak tanda buku anak murid pulak nak pakai pen merah, A4 paper, foolscap paper, clip paper, buku nota, colour paper, dan semua lah, penuh satu pencil case isi.. Lepas tu bila dah alang-alang pergi book store tak sah nak tengok Cleo magazine dan novel-novel, tak salahkan....

4. Fabric

Pakai lingerie yang baru, pergi ke kelas baru, berpakaian baru, kasut baru, memang rasa lebih bersemangat, yelah hari pertama pergi sekolah, Mestilah!!!, beli la sehelai dua baju baru, beg baru, dan kasut baru. Tapi kali ini saya tak beli pun, beg dan kasut baru, yelah baru lepas Adil Fitri kan, jadi dalam budget buys kali ini, apa kata, pakai je yang hari raya punya...

5. Plastic product
saya tak pakai banyak pon, sikit-sikit jewww

Ini barang pembantu macam hanger, penting nih tau, kalau tak da dia, tak macam tak da pelengkap. Lagi, plastic sampah, sepit baju, baldi (yang ini saya tak beli ponn), bakul kecik-kecik, boleh letak make-up semua....

See, banyak kan barang yang dah beli, itu yang telah di senarai, yang tak, yang sampingan, yang kehendak,...dan sekarang lepas dah kemas-kemas semua, masih ada lagi yang tak cukup. Macam hanger, shower net, dan jajan-jajan...

So, apa korang beli, untuk persiapan belajar nih? cukup tak???

Friday, 9 September 2011

Vanessa Hudgens Potong Rambut!!!!

Tiba-tiba nak buat short updates lepas geram....

Okey, fine, sejujurnya i memang tak suka tengok rambut dia dah pendek. Of courselah, i peminat no satu beliau, suka tengok dia menyanyi, gelak-gelak sopan, dance dan beromentik dalam High School Musical, tengok cute dan feminin sangat dengan penampilan rambut panjang beliau. Tup, tup dah potong rambut...Phewwwww...hampa, kecewa...

Lets i refresh kat you all, picture-picture dia yang cun dulu,...




pink! ada hairband lagi, pink juga!., i like!!!


curly hair, nice sangat, cute!!!!

nih, time dia baru nak naik, cun jew rambut paras-paras bahu, macam nih,..


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

i tak suka lah rambut dia dah pendek, umm i tak suka lah...

rambut baru, beberapa jam yang lalu, gambar nih diambil semasa Fashion week semalam...

But, i percaya tak lama lagi Vanessa akan kembali dengan rambut dia yang panjang balik...Ini pendapat i tentang Vanessa Hudgens yang telah berambut pendek. Sekian, terima kasih..

The Single Jean

It used to be that when I buy jeans, I tackle it as though I'm buying an DKNY bag for example must be hard wearing and to keep forever. Like a marriage proposition, there is an exhaustive check list: Does it fit well? Does it flatter a lot? Can it transition from day to night? Is it too dowdy? Is it too trendy? Can I breath in it?

So, this is my mix and match with my fun jeans!!!..


Cool jeans ever!!



wearing jeans while dating!!!! Phewwww...

wearing jeans holiday with family

the important things is, i look slim wearing this jeans!! Euwwwwww..

Wednesday, 7 September 2011

Society of Sistas in Sea Gypsy Sibu Island Resort

Every girl is unique, which is why we created for fun, fresh and enjoy ourselves. Begitu juga saya, Kat, Kak E.J, Emily, Kak Yoyo, Kak Pai, Jila, Bak Nor, Santi, Akma dan juga Charlie..(eh charlie, baby boy lah, tak boleh join kita!!!)

Wallpaper handphone saya, gambar si comel ini, ada orang tanya ini anak saya kew, kadang saya ia kan aje...

Hari ini saya nak kenalkan girlfriend-girlfriend saya di Sea Gypsy, walaupun saya dah resign pada 1 september yang lalu, tapi bukan bermakna saya terus melupakan mereka, ouuhhh tidak sama sekali, tidak...mungkin kalau saya jatuh terhempap batu dan hilang ingatan baru saya lupa kot..ahaha..ishhh...apa lah cakap macam tuh...

Malam-malam selepas habis dinner,akan lebih bermakna dengan watching televison together dekat rumah Linda, ahahha....bermain game LIFE di bilik Boy, Affan dan juga Din. Tapi kebanyakkan society of sistas di sini memang tak cukup ahli, jadi sang jejaka turut serta menyertainya, so dah tak boleh letak tajuk itu sebenarnya...
Cuba teka siapa paling muda...muda..muda...

Bagi saya, first impression itu penting, macam saya mula-mula jumpa kak E.J, saya ingat dia sebaya-sebaya saya, wah awet muda sungguh dia!,...tapi dia sebenarnya dah dewasa...ehehhe..peace kak E.J...
Kak E.J tengah potong Ferrari nih sebenarnya..

Saya dan Santi pula, mempunyai minat yang sama, mungkin kamu juga, apa lagi cam whore la...suka berposing-posing di depan camera..ahahah..kan bagus abadikan kenanangan bersama..
Ouhh Santi, lepas ni kita nak pegi mana yeww, just pergi ambil gambar sahaja

Jadi sebagai perempuan-perempuan, memang suka describe orang, bukan yang buruk lahhhh....yang baik-baik dan positive, macam Jila dia seorang yang creative dan artsy, sebab apa saya cakap macam tu, sebab sebelum ni saya pernah tengok t-shirt painting kepunyaan kak Yoyo, cantik sangat, rupanya dia yang paint kan...
Jila

Inilah girlfriend pertama saya, yang saya rapat sangat di Sea Gypsy, dan dia juga adalah kawan minah salih saya!!!, Emily, best sangat dia nih, dan pendapat saya dia seorang yang active dan down to earth, suka berjemur di tengah panas semata-mata nak dapatkan kulit tan...
Emily, terror gila minah nih dance!!!!

Hanya perempuan yang memahami hati perempuan lain, semasa saya tertekan dengan kerja, yang si jejaka Amin-din, dan boy akan tanya jika muka saya dah macam pancake hangus, tapi saya cuma cakap okey jewwww, padahal tak okey pon..tapi bila Kat tanya, saya mudah untuk luahkan segalanya apa yang membuatkan saya stress itu,..See, girl power kan....
Kat, tempat luah perasaan, banyak habiskan masa bersama, kasih sayang dah terbahagi kepada si amoi ini...

Perempuan ini memang bermurah hati dan sentiasa me
njemput saya kerumahnya, siapa lagi kalau bukan Kak Yoyo, semamsa saya sedang dibelenggu masalah peribadi, dan kebetulan customer tak ramai, saya berpeluang tidur semalaman di rumah kak Yoyo, walaupun rumahnya kecik, tapi saya tenang di situ, melihat lembut-lembut, rambut saya melambai-lambai mengikut arus angin laut yang damai, hati saya sejuk, dan fikiran saya mula tenang dan rasa segala masalah yang meruncing di kepala ini hilang buat seketika...
pagi-pagi jalan dengan Kak yoyo, pon dah rasa tenang

Sebelum keluar melakukan tugas, dan kerja yang sedang menan
ti itu, Kak Pai akan kemaskan rambutnya dengan klip rambut, Kat pula, akan memastikan cermin matanya bersih dan terletak di tempatnya, Jila pula tak lupa untuk memakai eye liner, supaya tak nampak lesu, sepanjang hari, melainkan time dia demam.

2 cewek sinetron ...awwwww..


Bak Nor juga selesa meyepit rambut agar mudah melakukan tugasan mengemas bilik-bilik, Kak Yoyo berkerja di terik mentari memaksa dia memakai topi agar kurang sikit rasa terik sang mentari, akma anak kak Pai, saya suka tengok si comel tu pakai cekak rambut, dan saya...umm apa ya??? saya suka pakai deodoran dan lotion vaseline saya tuh, baru wangiiiii....

Segala kenangan terindah yang tercipta di Sea Gypsy Island
resort tak mungkin dapat saya lupakan...Friendly and always with a smile, love hang out with them, adalah kunci kepada kebahagiaan saya di sini. Dan sekarang try guess apa yang saya teringatkan? ummm tentulah ombak laut, keindahan bentangan pantai dan juga cantiknya keindahan yang Allah s.w.t jadikan...saya kagum sangat...


Saya dah ada sebuah keluarga di situ...T-T