Saturday 16 July 2011

A bowl of Porridge

Hai readers semua, dah agak lama saya tidak update entry baru, sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan tapi, biasalah kita dah berkerjaya, so sibuk sikit...peace...Okeylah, kenapa title di atas itu,....kenapa????

Hari ini, dan buat julung kalinya saya faham, pepatah yang pernah saya, mungkin awak, dia, dan dia dengar yang berbunyi begini, "BUKAN SEMUA BENDA BOLEH BELI DENGAN DUIT DI DUNIA INI" dan hari ini dengan lebih jelas saya memahami....

Sebelum ini, kita semua faham hati dan perasaan bukan boleh dibeli dengan wang kertas atau wang syiling sekali pun, tak kisah lah kau ada, singapore dollar ke, U.S dollar ke, Euro, atau RM mahupun mana-mana currency yang bila di namanya duit yang boleh di gunakan untuk membeli sesuatu barang. (bukan hati dan perasaan eh, ini bukan berkaitan internal emotion.)

Customer: Can i get some porridge for my wife, because shes not eat gluten..
Me: Okey, but i need to ask kitchen staffs first, then i will let you know..
Customer: *no smile.

Di dapur

Me: Boy, boleh tak nak order bubur?
Boy (staf dapur): Huh, nak order bubur, mana ada nasi lagi pagi ini, kalau dia nak order kena beritahu awal-awal la. Sebab kita prepare untuk break first macam biasa.
Me: Okey.

Front House
Me: Sorry sir, if you want to order any items that not included in this break first, actually you need to inform earlier, so that we can prepare for that.
Customer: What? I CAN PAY FOR THAT.
Me: Okey sir, i ask them.

Di dapur
Me: dia nak jugaklah,...dia cakap dia boleh bayar.
Boy (staf dapur): Okeylah, cakap dengan dia 1jam.
Me: okey

Front House
Me: Excuse me sir, okey we can make it, but you need to wait for 1 hours.
Customer: Okey..ummm but for tomorrow.
Me: Alright. *smile

Di dapur
Me: Boy dia nak esok pagi.
Boy (staf dapur): bagusssssssssssssssssss....

Dari pada dialog di atas, akhirnya saya faham, customer memang macam-macam, jadi selepas ini, kalau kita jadi customer, janganlah cuba untuk menyusahkan pihak lain, walaupun kita mampu untuk membayar, fikir dulu adakah kita sahaja customer yang perlu mereka layan ....

Saya rasa, cukuplah coretan berat sebelah ini....



bubur ayam....sampai termimpi-mimpi...

1 comment: