Monday, 11 January 2010

Kembara ke Cambodia bersama Eja Episod 5

Location: Wat Cheoung Ek Genocidal Center

Semasa dalam perjalanan ke sini Mr. Vanny our tour guide adalah ceritakan history tentang pemerintahan Pol pot dulu. Tapi I masih tak dapat gambarkan dengan awan-awan di minda serta tak terucap dengan kata-kata sehinggalah I sampai di kawasan ini.


Bukan seram, bukan takut, bukan teruja..tapi I rasa teramat sedih dengan history yang berlaku di sini. Semasa tiba di kawasan ini sifat curiosity setiap pelawat adalah mencapai tahap maximum tentang sejarah hitam yang berlaku di sini. Siapa sangka di sinilah tempat para ilmuan, diplomat, para cerdik pandai serta masyarakat setempat di bunuh kejam oleh manusia yang berhati binatang. Apabila pemerintah mendapat kuasa, masyarakatlah mangsanya. Tidak dinafikan memang sebagai manusia yang normal I memang sedih gila, nangis-nangis lagi tapi kawan I Eka sebelah selamba je tidur time Mr. Vanny bercerita di dalam bus tentang kehidupan orang Kemboja dulu.

Okay mula…Wat Cheoung Ek Genocidal Center atau lebih dikenali sebagai Killing Field terletak di sebuah bukit kecil di daerah Dangkar.

Pertama yang I lihat adalah sebuah bangunan tinggi seperti menara yang menempatkan berjuta-juta tengkorak manusia di dalam ruang berkaca, terdapat 10 tingkat tengkorak di susun dan di bawah sekali masih tersimpan pakaian mangsa-mangsa kekejaman.... Belum seram lagi ni....


Sambil mengenang kekejaman pemerintahan Pol pot dulu I sempat tinjau-tinjau suasana kawasan ini dan masih ada bau yang susah I nak terangkan. Bau seperti di dalam bilik mayat, bau darah dan sewaktu dengannya..

Gambar nie diambil di depan deretan demi deretan tengkorak manusia yang disusun bertingkat-tingkat. Ini adalah sebahagian daripada tengkorak mangsa pembunuhan yang ditemui dari mass grave di sini.

Sebenarnya kawasan ini adalah kawasan kubur lama dan tempat ini juga merupakan tempat pembunuhan mangsa yang dibawa dari penjara Tuol Sleng (tak pergi situ, di Toul Sleng adalah sebuah sekolah yang dijadikan markas para tahanan). Sayu sangat rasa hati bila pergi ke kawasan yang sunyi ini.

Paling menyedih bila berada di killing tree di sinilah, budak-budak kecil dipegang bahagian kakinya dan kemudian diayun dan badannya dihempas di batang pokok nie sampai mati. Lagi menyedihkan, bila pembunuhan tu dilakukan di hadapan ibu budak tu sendiri!!!

Lagi satu ialah Magic tree di mana kat situ disangkut pembesar suara yang memainkan bunyi yang kuat untuk mengelakkan jeritan mangsa semasa dibunuh didengari. Giler kan zaman Pol Pot dulu.


Selain itu juga terdapat banyak papan tanda pada setiap mass grave di tulis menunjukkan jumlah mangsa yang dikuburkan di situ. contohnya 100 kanak-kanak dan perempuan dikuburkan tanpa pakaian. Di tempat lain pula, di tulis baby di lemparkan ke udara dan di sambut dengan buluh tajam kemudian di campak ke tanah.

Mass grave ini pula terdapat 166 mangsa di letakkan kan di dalam lubang ini tanpa kepala dan sebahagiaanya ditutp matanya dan tangan terikat ke belakang. Begitulah, setiap mass grave menggambarkan kekejaman pemerintahan Pol pot ketika mengekploitasi mangsa.


Agak jauh I berjalan dengan penuh rasa ingin tahu yang mendalam,,...tiba-tiba our tour guide di sana menyuruh kami untuk melihat di permukaan tanah..,, pada mulanya I rasa tak da apa yang menarik pon nampak macam biasa je..but kami mula berasa hairan mengapa tanah tersebut terdapat putih-putih halus. Kami difahamkan itu adalah tulang belulang mangsa-mangsa kekejaman dahulu, tulang-tulang manusa di longgok-longgokkan dan sampai sekarang masih terdapat kesan.


Sebelum perjalanan kami berakhir terdapat tayangan video, dan sedikit ulasan tentang apa yang terjadi di situ dahulu. Di pintu keluar terdapat ramai pengemis yang menadahkan tangan kepada setiap pelancong yang ada, I serba salah jadinya..

Killing Field adalah tempat terakhir kawasan kekejaman dipimpin oleh Pol Pot yang memerintah Kamboja pada 1975-1979.

Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur dan menjadikan teladan dari kisah-kisah yang berlaku di sini.


1 comment:

  1. i've changed my blog's name to http://i-am-amir.blogspot.com/

    ReplyDelete