Check in di Hotel ini...Ya disini.....Walaupun Hotel ini nampak biasa-biasa je..Tapi ramai pelancong dari Malaysia menginap di Hotel ini kerana Hotel ini kepunyaan orang Islam dan pemiliknya adalah berasal dari Malaysia ...Jadi amatlah mudah untuk mendapatkan makanan halal dan tak lupa pada sambal belacan...
Beri kami masa 30 minit untuk kami mempersiapkan diri untuk melawat tempat bersejarah.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Location: Royal Palace/Grand Palace
First time masuk dalam rasa macam dalam alam kayangan...bangunannya besar-besar dan indah-indah U guys tak percaya? See....Masing-masing mengedikkan diri time tu kalau boleh semua nak snap...
Marilah kita belajar sejarah yang kita sering rasa mengantuk dan bosan yang teramat…kau lah tu..…
Untuk pengatahuan semua Kemboja merupakan Negara berbentuk pemerintahan kerajaan Konstitusi iaitu raja merupakan Ketua Negara dan pemerintahnya adalah seorang Perdana Menteri.
Royal Palace ini kali pertama dibina pada tahun 1886.
Bangunan yang u guys boleh tengok di atas adalah THRONE HALLS. Sebenarnya diperbuat daripada kayu. Walaubagaimanapun, telah diubahah suai pada tahun1919. Dalam bangunan yang besar inilah tempat para kerabat diraja menerima tetamu-tetamu dan juga melakukan upacara keagamaan bersama para kerabat diraja dan para pendeta Buddha.
Grand Palace ini juga merupakan istana raja Cambodia dan masih digunakan hingga ke hari ini. Macam Istana Negara laaaa.. cuma kat Malaysia kita tidak boleh masuk.
Di sini kita boleh melawat hingga ke dewan pertabalan (balairung seri) tetapi fotografi tidak dibenarkan dalam dewan tu.
Putri and I lagi...for our report
Untuk pengetahuan umum juga, Silver Pagoda yang u’ol lihat ini merupakan tempat penyimpanan beberapa barang hak milik Istana contohnya patung Buddha yang di perbuat dari batu jade yang asli. Tambahan pula, terdapat souvenir dari ketua Negara asing yang diberikan kepada Raja Kemboja. Ada lagi, Silver pagoda ini turut menyimpan peralatan sembahyang serta pemujaan dalam emas berkilau…dasyat….
So, why we call it as Silver Pagoda???
Nah ini jawapanya…
Sebabnya lantai pada Pagoda ini berjumlah 5.229. semuanya dari perak.!!! Bukan Perak, Malaysia la….PERAK is SILVER…aha;’)
Perjalanan dengan cuaca yang panas dan ketika musim-musim cuti ini memang memenatkan lagi-lagi apabila kita tak biasa dengan masa dan perubahan cuaca, akhirnya perjalanan menyusuri Istana dan sekitarnya berakhir ketika sampai di pintu keluar yang sangat berhampiran dengan Silver pagoda tadi.
Sebelum terlupa ada satu kisah yang amat menarik minat I iaitu berhampiran dengan pintu keluar terdapat sebuah monumen atau stupa diletakkan abu mayat dari Her Royal Highness Princess Kantha Bopha yang merupakan anak kesayangan Norodom Sihanouk(raja) yang telah meninggal pada umur 4 tahun kerana blood cancer. Sihanouk pernah berkata jika beliau meninggal nanti beliau mahu abunya disatukan dengan abu anaknya itu…Awak tahu kenapa saya cerita di atas memberikan impak yang mendalam pada saya????
Sebab cerita itu ada relation dengan kisah family, anak-anak dan sebgainya. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak meraka tapi adakah kita sebagai anak sanggup berkorban untuknya???? Please....tiba-tiba I ter'emo' pulak ya...aha;')
No comments:
Post a Comment