Monday 8 August 2011

ini Sahur Story


Assalamualaikum semua readers, dah lama pulak tak beri salam semasa mengupdate entry ye...okeylah buat mereka, saya dan saya yang sukar sangat nak bangun sahur ataupun bersarapan pagi-pagi di bulan yang mulia ini, saya ingin kongsikan sikit, apakah kebaikkan bersahur, jadi lepas nih, fikir dua kali, tiga kali dan empat kali, untuk tidur semula jika alarm anda menjerit di telinga untuk kejutkan anda bersahur.


Huh, nampak macam senangkan nak bangun sahur, "Okey jangan lupakan kejutkan kita okey"..."Umi, jangan lupa kejutkan siti sahur esok tauuu...," "please kejutkan i sahur,,,.." itulah contoh-contah dialog korang bila nak mintak kejutkan sahur...

Ganjaran, lebih ganjaran

1. Untuk memberikan kecergasan. Lepas bersahur, tak delah saya, saya, saya dan korang semua baru pukul lapan pagi dah mengeluh...arrhhhh lapooooo,...pukul sepuluh....ahhh lapoooo

2. Memperbaharui niat untuk keesokkan harinya. I memang jenis kaki tak bangun sahur, so, i awal-awal dah niat sebulan terus, tapi kan lebih elok memperbaharui niat....tak gitu....T-T...

3. Amalan bersahur, membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi. Bukan sahaja solat membezakan Muslim dengan agama lain tetapi juga berpuasa...

4. Orang yang bersahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan keberkatan dalam hidupunya dan inilah kelebihan bagi orang yang bersahur. T-T


Amik kau, sedih tak, sebelum nih, selalu bermalas-malasan bangun sahur...bila orang kejut, tak nak bangun, bila pagi tanya "Apsal tak kejut i...?" "Umi kenapa tak kejutkan siti sahur?" "kau asal tak kejut aku?" Memang mintak di bebelkanlah lepas tu..

Macam tuh lah cerita dia...


pssstt....tadi i sahur makan roti 2 keping dengan segelas susu, dengan segallen air...;') dan mesti umi terharu anakmu ini bangun sahur...


1 comment: