Hey selamat pagi semua, hari ini saya nak cakap sikit tentang event-event yang ada kat Kolej, Universiti atau Kolej Universiti korang. Bila budak-budak OM buat event berlambak-lambak event korang boleh pilih mana satu yang korang nak pergi dan melaburkan duit. Seperti semester lalu, even saya (event kita orang) adalah "Wear a Ribbon" ini event tentang kesedaran tentang penyakit-penyakit yang kita selalu pandang ringan. Ribbon pula menyimbolkan sebagai peace kepada penyakit tersebut. Contoh penyakit-penyakit itu adalah breast cancer, aids dan HIV, dan banyak lagi. Tu lah siapa suruh korang tak pergi....
Okay back to normal baru-baru ini di Kolej saya dari Persatuan kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah mengadakan event berbentuk amal samalah dengan "Wear a Ribbon" . Okay stop promosi. Majlis tersebut diberi nama Minggu Al-Quds. Anda tahu maknanya, saya tak tahu, so saya tanya dengan uncle Google apa itu Al-Quds? Ok anda boleh baca di sini . Sekarang saya sudah tahu.
*pic tak berkaitan
Antara aktiviti yang di adakan selama seminggu di sini adalah, Pertandingan nasyid, sajak, melukis* menulis cerpen, ada jual-jual untuk kutipan amal dan banyak lagi tak lupa juga anda turut melakukan amal degan bersedekah. Saya tulis cerpen ini malam sebelum nak dihantar,
Silakan baca..
ESEI: DOA UNTUK PALESTIN
Sudah menjadi rutin setiap hari selepas pulang kelas aku pasti singgah ke kedai Makcik Timah untuk membeli surat khabar kegemaranku, Harian Metro. Pulang ke hostel, aku terlihat Siti dan Intan anak makcik café, bermain di bawah pokok dengan wajah yang ceria. Teringat pula aku sewaktu kecil seperti mereka. Selepas melambai dan tersenyum kepada mereka aku terus menuju ke “dorm” ku.
Sedang aku membelek-belek surat khabar yang baruku beli, entah kenapa semasa aku meneliti satu persatu muka surat di sudut GLOBAL hatiku menjadi sebak,aku terasa sangat sedih, tidak semena-mena air mataku mengalir tanpa aku sedari. Manakan tidak, hatiku menjadi pilu melihat mayat kanak-kanak yang masih kecil itu dipenuhi darah disekeliling kepalanya. Aku tahu, itu tentu kesan tembakan yang amat dasyat atau mungkin tembakan pada jarak dekat. Gambar lain pula menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan sekelilingnya. Dibadannya pula terdapat lebam di sana sini, luka amat jelas kelihatan di badannya, tangannya dan juga kakinya. Kepalanya dibenamkan, ada yang di heret dengan tentera beruniform, ada pula yang turut dibakar, ada juga ibu yang mengendong anaknya dengan kain kafan. Terlalu banyak persoalan di hatiku sehingga aku sendiri sesak untuk menjawabnya. Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Hampir 800 orang sudah dibunuh, 300 daripadanya adalah kanak-kanak yang masih kecil dan wanita. Wajah mereka sudah cukup untuk mempamerkan kesengsaraan yang di alami. Anak siapakah ini? Ibu siapakah ini? Dimanakah ibu dan bapanya? Dimanakah keluarganya?... Ya Allah.. Ini bumi Palestin Ya Allah…Apakah tindakan yang perlu aku lakukan Ya Allah? Mereka saudara-saudara kita wahai umat Islam, rakan-rakanku! Adik-adikku! Ibu bapaku!.. Anak-anak kecil ini ketakutan wahai saudara-saudaraku, sedang kita di sini berasa aman.
Aku merayu serta berdoa kepada Allah s.w.t agar kekejaman yang berlaku di Palestin di hentikan. Walaupun aku jauh di Malaysia, aku merasakan kesedihan yang begitu mendalam, lebih-lebih lagi terpandang wajah kanak-kanak yang tidak berdosa terbujur kaku berlumuran darah. Dimanakah kamu Khalifah-khalifah kami? Hati ini selalu berdoa semoga nama Islam terbela dari fitnah dunia.
Aku kembali menyeka air mataku yang deras mengalir, ku lihat ke luar jendela, Siti dan Intan masih bermain dengan lekanya. Suara gelak ketawa mereka kedengaran, burung-burung berkicauan terbang bebas di awan. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t aku masih berada di kawasan yang aman dan damai. Terima kasih Ya Allah. Aku terus berdoa untuk suadara-saudaraku di Palestin agar mereka juga akan tersenyum satu hari nanti. Insya-Allah.
(383 patah perkataan)
Puas dapat buat satu cerpen setelah sekian lama tidak menulis se formal itu. Last buat esei macam tu adalah semasa tingkatan 5, Korang pon sama kan. Jujur jelah weyh...