Monday, 29 August 2011

Salam Perantauan saya

Assalamualaikum semua,

wah, sibuk dengan persiapan raya masing-masing ye,..baju raya, Check! Kasut raya, Check! Make up raya, Check! Rantai dan gelang raya, Check! Biskut raya almond london, tart, mama carie, suji, penuhkan semua dalam balang, Check!, Groceries semua cukup, untuk masak rendang ayam, ketupat, lodeh, ayam masak merah, Check! Langsir dah siap tukar, Check! Carpet kaki tenggelam dah siap bentang, Check! Agak-agak semua dah siap ke kat rumah tu ye...

Gembiranya, dengar bunyi merecun, walaupun memang agak memekakkan telinga tapi semangat hari raya tetap ada, nak marah tak boleh juga,.walaupun kat sini tak dengar bunyi merecun, dengar kelentang, klentung boy, amin (din) dengan abang hery masak jew tiap-tiap hari..

Bila nak raya apa yang paling di nantikan oleh sekalian kanak-kanak, ini Affan pun suka (my broommate, teammate, workmate, dan semua banyak lakukan bersama ini budak ,...ehem dah bukan kanak-kanak pun saya tetap menunggu yang satu ni, okey tentulah duit raya...kumpul banyak-banyak lepas tu habis buat beli bunga api, mercun mancis, mercun bawang dan segala mercun..

Tinggal hari ini jew puasa, Kat (office girl) pun berpuasa makan tau, air tak puasa makan jew.... esok dah raya dah nak bermaaf-maafan dan berharap agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi,

Buat umi dan abah saya yang tersayang Madam Aisyah Haji Omar dan Encik Md Razif bin Ahmad, dengan ini anakmu ingin memohon ampun dan maaf, andai terdapat kesilapan yang dilakukan, anakanda tak dapat pulang ke taman halaman kerana tuntutan kerja, Insya Allah raya ketiga, anakanda akan pulang. :)


Untuk korang para blogger semua pulak, saya nak juga menyusun 10 jari tangan dan jari kaki memohon ampun dan maaf keatas segala kesalahan yang tak pernah dibanggakan selama ini, andai ada terkasar bahasa, tak tekan nuffnagg korang, tak like post korang, tak like page korang, tak follow belog korang, tak setuju dengan entry korang, kutuk-kutuk entry korang, jadi stalker belog korang dan segala perkara negatif yang tak di banggakan itu haraplah dimaafkan..

Salam lebaran dari saya dan keluarga dari Universiti of Sea Gypsy Village Resort, Sibu Island..:D

salam lebaran, 2011

Friday, 12 August 2011

Typing di petang hari

Indah, cukup indah...
bunga raya itu..merah, merah jambu,
sikit pun tiada cacat celanya,.

dapat terasa angin yang bertiup,
tapi di mana angin itu,
i can't see but, i can feel it,
bertiup di rambut bahagian hadapan ku,
cukup membuatkan ku tenang,

Merdunya kicauan burung,
entah apa yang di cakapkan, atau dibualkan, atau di jeritkan
saya tak tahu,
yang pasti saya terasa tenang mendengarnya,

Nyamuk, si pengangu..
maaf, bukan saya tak suka kamu, tapi
kamu tak baik dengan saya...
kamu gigit saya, hisap darah saya,..
tapi kamu tetap pelengkap kehidupan di sini
nyamuk..

Pasir mutiara,
cantiknya..
putih, berseri semuanya
saya suka lihat awak pasir,
awak sexy di mata saya,
awak lembut
awak mendamaikan




Monday, 8 August 2011

ini Sahur Story


Assalamualaikum semua readers, dah lama pulak tak beri salam semasa mengupdate entry ye...okeylah buat mereka, saya dan saya yang sukar sangat nak bangun sahur ataupun bersarapan pagi-pagi di bulan yang mulia ini, saya ingin kongsikan sikit, apakah kebaikkan bersahur, jadi lepas nih, fikir dua kali, tiga kali dan empat kali, untuk tidur semula jika alarm anda menjerit di telinga untuk kejutkan anda bersahur.


Huh, nampak macam senangkan nak bangun sahur, "Okey jangan lupakan kejutkan kita okey"..."Umi, jangan lupa kejutkan siti sahur esok tauuu...," "please kejutkan i sahur,,,.." itulah contoh-contah dialog korang bila nak mintak kejutkan sahur...

Ganjaran, lebih ganjaran

1. Untuk memberikan kecergasan. Lepas bersahur, tak delah saya, saya, saya dan korang semua baru pukul lapan pagi dah mengeluh...arrhhhh lapooooo,...pukul sepuluh....ahhh lapoooo

2. Memperbaharui niat untuk keesokkan harinya. I memang jenis kaki tak bangun sahur, so, i awal-awal dah niat sebulan terus, tapi kan lebih elok memperbaharui niat....tak gitu....T-T...

3. Amalan bersahur, membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi. Bukan sahaja solat membezakan Muslim dengan agama lain tetapi juga berpuasa...

4. Orang yang bersahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan keberkatan dalam hidupunya dan inilah kelebihan bagi orang yang bersahur. T-T


Amik kau, sedih tak, sebelum nih, selalu bermalas-malasan bangun sahur...bila orang kejut, tak nak bangun, bila pagi tanya "Apsal tak kejut i...?" "Umi kenapa tak kejutkan siti sahur?" "kau asal tak kejut aku?" Memang mintak di bebelkanlah lepas tu..

Macam tuh lah cerita dia...


pssstt....tadi i sahur makan roti 2 keping dengan segelas susu, dengan segallen air...;') dan mesti umi terharu anakmu ini bangun sahur...


Sunday, 7 August 2011

Supergirl

Bila kita tak suka sesuatu, kita tak mampu nak luahkan dengan berkata-kata dengan suara yang lantang macam " Wey, aku tak sukalah"....Wey, wey, wey...Jika kau kata macam tuh, orang semua akan boikot kau, geng-geng dah tak nak berkawan-kawan dengan kau lagi,...padahal, padahal ye, niat kau ikhlas, nak cakap apa yang terbuku di hati...kau tak nak cakap belakang, kutuk belakang dan tikam belakang....


kalau dapat jadi supergirl, i nak macam KP...ngeh, ngeh, ngeh..

Kalau boleh, kita memang nak sedapkan hati orang dengan behavior kita nih, kita kadang-kadang rasa, kita dah cukup bagus, dah cukup matang untuk menangani apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang, kita juga kadang-kadang rasa, "weyy, wey, aku mampulah nak buat semua tuh" sambil petik jari yang tak bunyi ini, namun kita tetap rasa cool bila berbuat demikian....Lalu, kita pun buat dengan penuh super dan power di dalam diri sehingga, bila kita rasa bar power kita dah tinggal satu, apakah tanda itu??? ouhh makin lemah...makin lemah...makin lemah, dan kita tak mampu nak sorokannya, walaupun di segenap penjuru rumah dan juga di mana-mana penjuru...Lalu emosi yang tidak sihat akan menguasai tubuh kita...
i tengah tension nih, i nak makan ice cream banyak-banyak, lepas tu i gemuk, padan muka i...

Emosi, kau suka bermain dengan emosi? pendapat saya, tidak suka...kadang-kadang, kadang-kadang lagi ya, saya tak dapat kawal emosi saya...Tipu dan "bo ong" belaka, bila muka dah macam pancake hangus dan kawan kau tanya " Are you okey Eja?" dan Eja akan menjawab "Yes, I'm fine". Padahal, muka pancake hangus yang terpamer di situ adalah jawapan kepada "Are you okey Eja?" tadi...

So, you get what i means....??

Super girl dalam diri anda belum cukup, kalau Nasha Aziz dalam cerita Supermak, wow, memang cool dengan kuasa yang dia ada, tapi Eja belum cukup, dan belum ada power lagi untuk menangani emosi itu...

"but, i still wants to be Super Girl...." kata, Eja, dengan penuh gedik..

Control your emotion Eja, ....

Walaupun baru tengok sekali, tapi ini kategori cerita family yang terbaik..;')