Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Wordless Wednesday

Sunday, 6 May 2012

Bahaya Leptospirosis Dasar Bakteria

Semuanya bermula bila I dan classmate dapat satu assignment berkaitan dengan penyakit Leptospirosis.  Biasalah student macam I, industry lingo yang digunakan berkaitan dengan medical language, my field of study not totally in medical, agak susah untuk kau faham, so mari google and pick the trusted information.  Apakah, Mengapakah, Bagaimanakah, Dimanakah,  bertalu-talu diajukan kepada my Mr Right (Google).  So, after my assignment siap, bolehlah I share dengan semua.  

Apakah Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Apakah penyebab Leptospirosis?

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira.  Leptospira pertama kali dikenal pasti sebab penyebab penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas perlombong arang batu.  Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia.  Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.  SERIUS.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi pembawa utama bagi bakteria genus (bukan genius eh) Leptospira ini.  Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan.  Terdapat juga kes yang dilaporlan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembeskan bakteria tersebut.  Malah, haiwan yang telah dapat di ubati juga boeleh merembeskan bakteria itu melalui air kencingnya.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan juga membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Manusia juga boleh dijangkiti melalui air mani haiwan yang dijangkiti.  Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
 
Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.  Ia boleh menjadi lebih kronik seperti kegagalan ginjal, sakit kuning  dan pendaraha pada kulit dan selaput lendir.  Leptospirosis juga boleh membawa maut.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin.  Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu.  Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis.  Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan dimulakan awal.

kesian kamu, dijadikan bahan ujikaji untuk hasilkan ubat, sakit tak?
Source : kencing tikus 
 

Monday, 16 April 2012

MARI MEMBELA MISKIN

Gaji RM1000 dan ke bawah, warga emas yang perlukan perhatian dan kasih sayang, gelandangan, orang kurang upaya, kanak-kanak terbiar, tiada pakaian yang cantik, tiada rumah yang sempurna, kurang pendidikan dan terlalu banyak lagi kekurangan dalam menempuh hidup seharian sebagai warga kota tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebuah NGO tampil memberikan khidmat PERCUMA kepada golongan miskin bandar, antara servis yang ditawarkan adalah makanan percuma, pakaian percuma, tuisyen percuma, dan lain-lain lagi demi membantu golongan yang kurang bernasib baik di sini.

For those interested to give some donation/ to be a volunteer  please do contact :

PERTUBUHAN MEMBELA MISKIN TEGAR MALAYSIA
NO. 6, JALAN SEMPADAN 16/7
SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM,
SELANGOR.

Khairunnisa binti Khairrudin: 014-2720122
Omar Syafiq bin Mohamad Sauffi: 017-2600829

Be part of their life

Saturday, 17 March 2012

Why moms can't stop worrying about


Current Issue Jewwww. 

Dari kecil lagi, I memang tahu, walaupun my mom sangat busy dengan kerja dari dulu sampai sekarang, tapi dia tak pernah berhenti untuk bimbang tentang kami adik-beradik, especially bila satu keputusan yang dibuat oleh anak-anak tanpa melibatkan dirinya.  Contohnya, balik lambat, lepas hang out sampai dah nak senja, bila dah nak malam baru sempai ke rumah, padahal, kita cuma balik lambat sebab, bus yang lambat, but bukan salah kita, tapi mangsa bebelan bukanlah bus itu, tetapi adalah kita.  Di sini adalah shortlist kenapa mak-mak kita sangat risaukan kita masa kita kecik-kecik dulu.

Makanan.
Yes, pasal makan pun boleh jadi issue beb.  Masa kecik kita rasa seronok nak cuba pelbagai jenis makanan, pedas, manis, masam, pahit,...tapi ada juga geng yang jenis bukan kaki makan, so mereka akan stay healthy disitu.  But for me, kalau kami adik-beradik memang jenis tummy yummy, lagi-lagi Taufiq masa kecik kuat makan but then, dia akan muntah selepas itu.  Umi risau dia makan bayak, tapi dia still benarkan taufiq makan dengan banyak-banyak, tak pernah kata stop, sebab tak sampai hati tengok anak makan.

Playdate Pressure.
Kadang-kadang kita memang tak faham, kenapa mak kita sungguh tak berkenan dengan playdate kita tuh.  Lagi-lagi time kecik-kecik.  Padahal we just want having fun together and making friends. Mom akan cakap  "Jangan selalu main kat rumah dialah", "mak dia marah nanti", but kita tengok mak dia okey jew,  Now, when we were teenage, our parents didn't oversee our social lives and we generally did just fine.  Cuma kadang-kadanglah, kalau ada boyfriend yang mencurigakan tuh, mesti mak-mak akan tanya. kann..

Report Card.
Bila dapat report card sekolah, bukan je mak kita sibuk bimbang, tapi kita pun sibuk risau, macam manalah reaksi mak, tapi kita just chill and cool je datang sekolah dengan mak,..Redha je dengan takdir nanti, padahal dalam hati Allah je tahu.  Lagi-lagi untuk yang banyak pen merah macam I.  Balik, dalam perjalanan menuju ke kereta, atau masuk je dalam perut kereta, sesi tazkirah terus bermula.

Baju Kotor.
Baju sekolah putih, letak marker dalam kocek baju depan, peluk kawan sebelum pulang, tak perasan ink marker pen dah tumpah di dalam, lalu kawan pun dapat setepek sama ink marker pen yang tumpah.  Ingat tak iklan tuh, tapi ending dalam iklan tuh, mak dia cuma senyum, amik detergent tonyoh-tonyoh dekat kocek yang kena marker then, tuang selebihnya dalam mesin, dah wahhhh baju putih berseri kembali.  Tapi bagi I, time sekolah baju kalau kotor sangat,  bila sekolah rendah dapat bebelan dahulu, bila dah masuk sekolah menengah, banyak cantik punya muka, nak mak atau kaklong yang beruskan, kena berus sendirilah, lagi-lagi daki yang celah poket.  Lepas tu bila makan, kau sedap hirup mee kari, tak sedar tudung kena celup dengan kuah kari, rasa best je kan time tuh.  Balik mak akan tengok, "wah anak aku nih pergi sekolah ke, pergi memancah?."..
Nak berjiwang dengan Mak

Tak Nak Mandi.
Dah mandi pukul 5petang, sebelum pergi main dengan playdate, then lepas balik, mak suruh jugak pergi mandi, padahal kau rasa badan dah penat sangat, rasa nak makan dan tidur je terus.  Tapi mak tetap suruh mandi.  Bagi budak-budak suka mandi tuh, nak dapatkan tidur yang berkualiti, sanggup mandi,  bagi budak yang malas, rasa waste time and water je mandi, baik tidur je terus.  Tapi mak tetap rasa kusut kalau tengok anak dia, busuk bau peluh, terus-terus nak membutakan mata je, bawah ketiak mak pulak tuh...Memang masalah.

No Ice Cream for Dinner.
Masa kecik-kecik mengenget nak ice cream, kalau my mom, memang tak da harapanlah nak bagi waktu malam, Now, je bila dah besar bukak ice box, wah ice cream, terus makan dengan jayanya tanpa barriers yang mendatang.  Kau dah besar, faham-faham sendirilah kenapa mak tak bagi makan ice cream waktu malam, lepas tu akan miss out gosok gigi, lepas tu tidur, lepas tu mak tak suka tengok anak-anaknya kecik-kecik gigi dah hitam-hitam lompong.

Ajuk bukan Merajuk
Kalau merajuk, kadang-kadang mak malas nak layan.  but kalau mengajuk, dalam kamus dewan mendifinasikan sebagai melakonkan, mengatakan, membuat semula geri-geri atau percakapan seseorang.  Lagi-lagi kalau sikap itu, adalah negatif bagi mak.  Itu memang mak-mak pantang.  Mana taknya entah siapa yang ajar dah pandai cakap bodoh, babi, bila naik angin atau bergaduh-gaduh.  Lepas tuh, tengok cerita-cerita mat rempit, sibuk nak up basikal dia macam mat rempit buat.  Sakit dada mak tengok nak.

Namun risau mak sangat sweet, mak memang sayang kita bila risau, tapi mak selalu cakap 
"Janganlah buat mak risau".  

I love my Umi-  Hajah Aisyah Haji Omar.



Monday, 30 January 2012

Awan Nano dah jadi favorite.

I knew it, Semua tahu atas kemenangan Hafiz menerusi lagu beliau Awan Nano, sebelum ni rasa lagu dia macam tak best, tapi lepas tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) malam tadi, wah aura lagu tu, memang terus rasa Hafiz ni memang ada harapanlah nak menang.

Memandangkan semalam dia menang, so mesti korang semua perasan apa pakaian dia semalam...ahaha just t-shirt dengan tract je.  Ingatkan lepas persembahan mesti dia tukarlah nak pakai cantik-cantik, sekali rileks je dia...

Pagi-pagi dah nak bukak facebook, terus tengok Hot Fm , atas kememangan Hafiz, diorang pon sibuk pakai t-shirt dengan tract bottom je. Check this..Team Am Krew.

Pagi-pagi dah mengoogle.  Dapat yang ini okey lah.

Wednesday, 25 January 2012

Tahun Ini

Huh..Okey serius lama gila tak update belog, dari tahun lepas sampai membawa ke tahun ini, dah nak hampir setahun, eh sebulan je la...Okey lah, untuk edisi tahun baru ini, sebenarnya I banyak sangat nak share dan diluahkan dalam belog ini, antaranya azam tahun baru I, senarai kesyukuran I (apa yang di sarankan oleh Hanis Zalikha), wish list I, lagu-lagu favorite I, impian sepanjang zaman I, destinasi percutian idaman I, business semasa belajar yang I nak cuba, dan banyak lagi yang terbuku dalam minda I, dan ada la 1, 2 dah I rangkakan untuk di muat turun di dalam belog ini.

Sejak exam fever hari itu, memang I langsung tak update belog, konon-konon nak concentrate untuk study sahaja, sampai time study week jew, I dah hantar balik si Iskandar ni kat JB, but bila tengok kawan I online, and bila dia free jew, I terus mengendeng nak update facebook and tweeter jew, langsung tak sentuh sikit pon pada belog.  Sebab, I rasa tak selesa sangat nak update belog kalau bukan dekat hero I sorang ni (Iskandar) dah lama tak panggil lappy I, Iskandar...ahahhaha...but pada tahun baru yang mulia ini, dengan penuh azam baru, I ingat nak tukar nama lappy I lah, nanti I fikirkan nama yang lebih macho sikit...

Exam pon dah selesai, cuti semester pon dah start, chinese new year pon dah nak berakhir, so I hope sangat, I boleh update and share dengan you guys perkara-perkara yang berfaedah dan manfaat pada kita semua, I ingat lagi kata Oprah Winfrey dalam show dia, dia cakap "perkara yang baik harus di kongsi" *actually dia cakap dalam bahasa inggeris.   Yes!, I tak mampu nak jadi seperti beliau, yang boleh memberi kesenangan kepada yang susah, yang boleh memberi inspirasi kepada ribuan dan jutaan peminatnya, dan juga menegakkan keadilan  kepada setiap individu yang dianggap bersalah. Tapi I percaya, sikat positif ada pada setiap diri kita.

By the way, untuk kali ini, I rasa belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baru Cina.

Thursday, 24 February 2011

Tak sokong perkara tak baik yang dia buat

Kalau pelakon lelaki saya suka Ashraf Muslim. Kalau hollywood pulak, saya addicted dengan Taylor Swift, tapi kalau pelakon perempuan Malaysia saya suka banyak seperti Lisa Surihani, Nora Danish, Diana Danielle dan Nur Fazura. Kadang-kadang bukan mutu lakonan mereka je yang kita suka, tapi sikap, pembawakan diri, personaliti serta peribadi yang membuatkan saya suka dan minat kepada mereka. Lalu mereka menjadi ikon kepada saya dalam cara mengekspresikan diri agar lebih setanding macam artis. Cewah....geli je...

Bahhaha....okeylah, bukan nak bagi kontroversi tapi nak berkongsi, kalau certia pasal Lisa Surihani, semua orang suka...minat owhhh...mana ada orang tak minat,...kelab suami orang pun minat sama dia tau....Kalau Nora Danish yang comel tu pulak, seorang ibu tunggal yang tabah, pulak tu Nora Danish amat manja...Mana kau tahu dia manja?...
So, hari ini saya nak share sikit pasal Nur Fazura, atau kak Faz, saya ada jugak comment dekat FB dia,...selalu jugak menjadi orang terpantas. Lepas tu dia punya post mesti camni "Selamat pagi cinta"..."Selamat pagi cinta"...macam tulah,,,..

Semua lakonan dia saya dah tengok, walaupun dia seksi, harap-harap tak lama lagi dah tak seksi la....tapi saya suka tengok cara dia cakap...macam bahasa baku sikit,...sikit je!...Nampak dia jujur dan tak hipokrit, Insya Allah,...kalau dah suka dengan minat, memang positif je la kan...mestilah!...
Eh, eh..kebetulan pula,..saya dah tulis dalam draft sikit benda nih, sekali pagi tadi saya bukak myMetro pun ada cerita pasal Fazura. Macam tahu-tahu je...Ni saya ambil di myMetro so korang boleh tengok info tentang Cik Fazura ini...

Biodata Fazura

NAMA : Nur Fazura Sharifuddin (Nama betul tau nih, bukan tipu-tipu)
TARIKH LAHIR : 27 September 1983 (owh birthday kita tak sama)
USIA : 28 tahun (Dah boleh kawin la kak Faz)
STATUS : Bujang (Cepat-cepat cari jodoh)
FILEM : Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak (Paling suka ten
gok Gol & Gincu dengan Pisau Cukur)
DRAMA : Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Menantu, Ezora, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta (Paling suka Rendang untuk Mertua, sedih owhhh..)
PROGRAM TV : Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc (MTV Jus!, jus, jus..)
PENCAPAIAN : Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM17 dan Pelakon Pembantu Wanita Filem Anugerah Skrin (2010) , (menang di hati saya)
DUTA : Avon, Lux, Nutox dan Hairdreams .( Saya baru pakai Nutox, camnelah muka saya nanti...ada macam Fazura tak?)

Okeylah ini je saya nak share untuk kali kali, sampai kita berjumpa lagi di lain episod ,...bye....






Monday, 21 February 2011

Kecemasan, Mari kita tolong!!


Hari ini jugak, ya hari ini mesti update benda ini, ya mesti update benda ini, lupakan dulu untuk entri akan datang menaikkan layang-layang pada hari sabtu, tapi ini lagi penting, sangat penting,...Okey apa dia?...tentang CPR, ape tu? sejenis otak komputer ke? gula? atau chocolate,....owh..anda semua lagi bijak....

CPR adalah... “cardio pulmonary resuscitation” adalah gabu
ngan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.

Tapi kenapa saya buat entri pasal ini, padahal pernah menyertai dan pelajari sebelum ini tapi kenapa, baru sekarang tak lokek untuk memberitahu pada anda semua, kenapa? kerana sekarang banyak kes baby tersedak susu, orang lemas di pantai, tersedak gula-gula, dan macam-macam kes di laporkan..tapi kita buat derk je,....tahu ke tak tahu...tahu tak? Okey berbincang pada topik ini....

Mari kita lihat bagaimana melakukan CPR...Mari kita ikut kaedah DR-ABC

D:Danger (Bahaya).- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.
- Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan.
• R: Response (Tindakbalas).
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan “ awak ok ke?”.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999).Periksa nadi mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.

A: Airways (Laluan udara)
Gunakan kaedah“HEAD TILT CHIN LIFT (angkat dagu dan dongak kepala” Angkat dagu dongakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.Buka mulut mangsa, periksa
bendasing dan keluarkandengan jari kelengking anda.

B: Breathing (Pernafasan).- Posisikan pipi dekat dengan hidung dan
mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
- Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama 5 hingga 10 saat.
- Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan.

C: Circulation (Peredaran darah).
- Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit
mulakan tekanan di dada.
- Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100 kali seminit. Dengan kiraan Dan Satu, DanDua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
- Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.


Beri pernafasan melalui beg udara ini, tapi sebenarnya kalau dah suntuk, contoh kat tepi pantai orang lemas, dah tak da plihan dah...korang kena jugak hembuskan udara dari mulut ke mulut...


Okey, turn saya untuk mencuba..

apa la yang patung ni makan semalam....

3 beradik menyertainya......

anda bila lagi?

Friday, 11 February 2011

Beliau orang penting


Siapa-siapa yang pakai google chrome, mungkin pelik kenapa hari ini je, (esok confirm tak) page google kuar benda nih,....
Lepas saya kelik kat gambar yang tak menarik tu, keluarlah pautan tentang Thomas Alva Edison nih,...Siapakah beliau? Tak kenal pun? huh, dia bukan siapa-siapa pun dalam hidup kau..kenapa kau sibuk-sibuk nak amik tahu....kenapa?

Sebenarnya, awak, saya, kamu-kamu semua nak tahu tak?, Thomas Alva Edison yang dilahirkan pada (11 Februari,1874– 18 Oktober, 1931) ialah satupencipta Amerika, saintis , dan ahli perniagaan yang membangunkan banyak alat yang sangat mempengaruhi hidup seluruh dunia, termasuk peti nyanyi, kamera wayang gambar , dan satu mentol elektrik praktikal yang tahan lama. Wow, wow...

Hansome jugak Abang Thomas ni,....I masih single,..gedik*

Menggelar "The Wizard of Menlo Park" (kini Edison, New Jersey) oleh satu wartawan akhbar, beliau merupakan satu satu daripada pencipta-pencipta pertama untuk memohon prinsip-prinsip pengeluaran besar-besaran dan kerja berpasukan besar bagi proses ciptaan , dan oleh itu sering dikreditkan dengan penciptaan makmal penyelidikan perindustrian pertama. Bab camni, dah blurrr kan..kan....

So, lepas ni kalau, kawan-kawan, adik-beradik, pakwe, makwe korang tanya soalan IQ, Siapakah Thomas Alva Edison?, korang mesti dah tahu okey...

Pakcik ni Thomas Edison ke?
Ya, pakcik la cipta mentol, yang korang guna sampai hari ini,....

Wednesday, 2 February 2011

Malam Raya Cina

Seperti kebiasaan kita yang beragama Islam, mestilah nak sambut Hari raya aidilfitri sangat meriah, ialah raya kita, tapi hari ini, malam ni, samalah untuk mereka yang merayakan Tahun Baru Cina.

So,malam ni, saya nak share persamaan hari raya aidilfitri dengan hari raya Cina.

1. Dam, dam dum bunyi mercun dan bunga api, sama jugak dengan nak hari raya aidilfitri.
2. Makanan-makanan tradisi, orang melayu dan orang cina, sebelum raya dah semasa meraikan hari raya.

3. Ziarah-menziarahi, sanak-saudara dan jiran tetangga, samalah dengan aidilfitri dan raya cina.
4. Ini paling best untuk mereka yang belum kawin, dapat duit raya atau ang pow....
5. Dan last sekali, kita berada di atas negara yang sama, Malaysia....
Untuk yang berbangsa India jangan kecil hati ya, nanti saya cerita lagi persamaan kita 1 Malaysia..

Jadi, bersyukurlah kita dengan nikmat yang kita kecapi selama ini...Happy Chinese New Year.





Rakyat Malaysia di Mesir

Semalam saya balik rumah, yelah sepanjang praktikal ni, saya tumpang rumah maklong saya, di kampung pasir tu, so bila weekend je atau cuti raya cina ni, tibalah masa untuk kembali ke rumah, bestnye rumah...Eh, eh bukan cakap rumah maklong tak best, tapi, yelah beza sangat duduk rumah sendiri dengan rumah orang kan...

Okeylah, ni nak bagitahu ni, tentang apa yang berlaku di Mesir sekarang nih, korang semua tahu, dah tahu, dan tahu sangat, so sayalah yang baru tahu ni...

Takpelah bagi yang tak tahu macam saya, saya terpanggil untuk share dengan korang pulak tentang tunjuk perasaan di Mesir tu, makin terukkan, saya risau dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana, macam manalah mereka...

"Beratus penunjuk perasaan anti-kerajaan di Kaherah, Mesir membanjiri jalan raya dan menyerang pasukan keselamatan, beberapa jam selepas Presiden Hosni Mubarak menjanjikan pembaharuan."info

"Mengapa keadaan ini berlaku? Rakyat Mesir tidak berpuas hati dengan pentadbiran presiden, Hosni Mubarak yang mana keadaan ekonomi terutamanya kemiskinan, penganguran dan corruption berlaku setelah Hosni Mubarak memerintah lebih dari 30 tahun."info

lagi info

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, apa yang kita perlu lakukan?, apakah tindakan yang wajar kita ambil?, dan apa iktibar yang kita dapat, dengan apa yang berlaku di luar sana?. Fikirlah semua...
pada siapa lagi nak tahu isu ni, sila dapatkan di sini juga
Jadi, macam mana keadaan kawan-kawan kita di negara orang??

Tuesday, 1 February 2011

Menangis sampai banjir


Actually nak update semalam, tapi semalam kena buat kerja luar, so tak sempat nak sajikan untuk anda semua, so hari ini 1 Februari 2011, saya akan men"saji"kan anda dengan cerita yang menarik..kot..kot...

okeylah semua maklum, hujan tak henti-henti menyimbah muka warga Johor, oopppss..bukan-bukan ..menyimbah tanah di negeri Johor...jadi di sini, saya sebagai warga Johor Rock, terpanggil untuk share kepada anda tentang kehujanan di sini...tak sama macam entri aritu eh....

okeyla, go to serious part,

hari ini saya polish sikit, fikiran kita semua yang dah berkarat tu, termasuk saya, awak dan anda semua...tentang

Apa itu Hujan?

Hujan adalah air yang jatuh daripada langit, atau secara sintifiknya hujan merupakan
satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan jga kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. so, hujan di sini bukan lah HUJAN band okey, jangan nak memandai...

Ada Apa Dengan Hujan (AADH)?
Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terluap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai...macam kitar semula kan....

So, korang yang terpaksa meredah banjir dalam hujan untuk pergi kerja, atau rumah korang ditimpa banjir kerana hujan lebat, kasut dan baju basah kerana hujan tak berhenti dan tak happy bila hujan turun, adalah kerana Allah s.w.t nak uji kita sebagai manusia. Semuanya ada hikmah di sebaliknya...

kepada tuan punya video, saya dah minta izin nak amik video awak ni..halalkan ya...

Wednesday, 26 January 2011

Raining

Hujan batu dan hujan emas,

Kat luar hujan selebatnya (lokasi, Nusajaya) nama best je..Teringat umi cakap, laporan kaji cuaca kata, cuaca tak berapa sihat sampai bulan mac ni. Saya kat sini menahan sejuk sampai gigil-gigil lutut bila berdiri..tapi kena still bersyukur tak mati dalam kepanasan...

hujan batu di negeri sendiri

Cakap pasal hujan, time sekolah dulu famous dengan pepatah ini " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri" lebih baik di negeri sendiri, pakar bahasa punjangga...tolonglah fahamkan saya....kenapa bukan negeri kita yang emas, kenapa negeri orang lain, ..kenapa?..kenapa?
hujan emas di negeri orang, mestilah nak emas!

Dalam pada itu, saya mempunyai satu impian, tapi saya tak tahu boleh tercapai atau tak...50%-50%...iaitu saya nak sangat belajar sampai ke negeri/negara orang, saya nak kerja kat sana, dan nak cuba menetapkan sana, dalam beberapa tahun, saya nak sangat pergi negeri/negara orang yang ada hujan emas tu....

cerita lain pula,
dulu saya tak minat sangat dengan kumpulan HUJAN...yelah adik saya suka nyanyi lagu kumpulan HUJAN kuat-kuat, kalau suara best tak pelah.... ni so so...lepas tu saya tengok Siti Nurhaliza nyanyi dengan Noh HUJAN time hari raya, sejak tu saya terus layan lagu HUJAN...selain tu jugak, lepas Mizz Nina dengan Noh HUJAN tunang, bertambah-tambah la suka....
HUJAN, noh dan mizz nina

Kan seronok suka, atas kegembiraan orang lain...

Hujan masih lebat di luar sana....

Lepas hujan ni, ada pelangi tak?


Wednesday, 12 January 2011

3 tahun kena dera


Ni cerita untuk semalam punya cerita, tapi saya tak kira nak cerita jugak....

Start serius okey..ini cerita serius...
saya akan mulakan dengan entri yang ceria, gembira tapi pada hari ini ditambah pula dengan cuaca yang sejuk mengigit tulang. Dalam perjalanan ke tempat kerja, sambil dengar Kak Engku berceloteh, ada hot news tentang kanak-kanak berumur 3 tahun kena dera degan ibu tirinya hingga meniggal dunia.

Mak tiri Cinderella..

Pasal budak yang meninggal tulah saya teringat pada masa saya kecil.

Firstly, saya bersyukur tak menjadi mangasa pembunuhan, kalau jadi blog ini pon tak da...

Firstly juga, saya tak nak mengaibkan sesiapa, tapi just untuk luahan hati saya, pendapat saya dan juga tindakan saya. anda yang menilai.

Jujur saya ingin menyatakan saya mempunyai step mother. Macam budak yang kena dera sampai mati tu. Mungkin ada anda-anda yang ada.. Kalau tak da, Alhamdulilah...Masukkan dalam list kesyukuran.Dah lama dah lebih 10 tahun dan mungkin juga lebih 15 tahun.

Entah di mana silapnya, saya dengan adik-beradik pernah duduk dengan abah...tentulah bersama step mother...tengok bahagia..gembira...tapi...ada kisah di sebalik senyuman itu...ada duka, ada pahit dan ada juga rasa di hina. Tapi...Abah tak tahu semua tu...

Kini saya dah 20 tahun...Alhamdulilah hubungan kami adik beradik sangat baik tapi dengan perempuan yang meragut kebahagiaan kami still tak okey.

Tapi sebagai insan saya terima dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t ..Mak saya,adik-beradik saya, kawan-kawan saya..sering memberi motivasi dan semangat..

Dalam pada itu, saya masih percaya ada mak tiri yang baik di luar sana.

Just think positive..;')