Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

Not fairy tale anymore

Kad kahwin,

wedding gown by Sarah Burton (Alexander McQueen),


saat bapa melepaskan tanggungjawab kepada si jejaka,


jejaka yang segak bergaya,

Selepas saya lihat sendiri upacara Royal Wedding antara Prince William dan Kate Middleton semalam... Wow!!! sangat teruja, penuh dengan adat istiadat diraja dan totally superb. Umi saya kata, dulu Princess Diana kahwin dengan Prince Charles juga begitu. Yakah?, Apalagi saya yahoo segala maklumat di sini dan di siniCincin yang sama,



tersenyum menuju bahagia,

berjalan keluar gereja,

Loceng-loceng berdering, orang ramai bersorak , malah matahari menujukan rupa yang berseri, Putera William muncul dari Westminster Abbey dengan pengantin perempuan bersamanya.


Prince and Princess,

Mempamerkan senyuman kepada jutaan manusia, cincin perkahwinan Wartski emas Wales dan gaun gading dengan tampal hias renda, Kate Middleton – kini Her Royal Highness Duchess of Cambridge – berganding The Firm di tengah-tengah kegemilangan dan gilang-gemilang Britain.

Budak-budak penyeri Majlis,

Pippa's gown was designed by Sarah Burton at Alexander McQueen juga,


Tiada lagi kisah dongeng untuk Kate, segalanya menjadi kenyataan selepas Prince William menyarung cincin ke jari Kate, segalanya berjalan lancar dan penuh protoko.l

William segak berbaju merah cerah seragam ala seorang kolonel Guards Ireland , berbisik: "You look incredible, beautiful," kepada Kate setelah tiba di sebelahya di hadapan High Altar. Lalu mereka membalas senyuman dan kerlingan sepanjang majlis berlangsung.

Pasangan itu, berada dalam kereta kuda tahun 1902 kerajaan, untuk menuju ke Buckingham Palace yang telah padat dengan orang ramai untuk mengucapkan tahniah kepada mereka.
Dan seketika itu yang sering dilakukan pasangan barat untuk bercium di balkoni istana sambil disaksikan berjuta-juta orang.



menaiki coach idamanku-kate-william,

Kenangan lama,


Cake,

Ia mungkin protokol semasa Prince William tabik kepada rakyat, Princess Kate akan tunduk,



Beckham dan Victoria pun datang,

Dan akhirnya, mereka hidup aman dan gembira seluruh rakyat jelata turut meraikanya

Dah habis....


Thursday, 24 February 2011

Tak sokong perkara tak baik yang dia buat

Kalau pelakon lelaki saya suka Ashraf Muslim. Kalau hollywood pulak, saya addicted dengan Taylor Swift, tapi kalau pelakon perempuan Malaysia saya suka banyak seperti Lisa Surihani, Nora Danish, Diana Danielle dan Nur Fazura. Kadang-kadang bukan mutu lakonan mereka je yang kita suka, tapi sikap, pembawakan diri, personaliti serta peribadi yang membuatkan saya suka dan minat kepada mereka. Lalu mereka menjadi ikon kepada saya dalam cara mengekspresikan diri agar lebih setanding macam artis. Cewah....geli je...

Bahhaha....okeylah, bukan nak bagi kontroversi tapi nak berkongsi, kalau certia pasal Lisa Surihani, semua orang suka...minat owhhh...mana ada orang tak minat,...kelab suami orang pun minat sama dia tau....Kalau Nora Danish yang comel tu pulak, seorang ibu tunggal yang tabah, pulak tu Nora Danish amat manja...Mana kau tahu dia manja?...
So, hari ini saya nak share sikit pasal Nur Fazura, atau kak Faz, saya ada jugak comment dekat FB dia,...selalu jugak menjadi orang terpantas. Lepas tu dia punya post mesti camni "Selamat pagi cinta"..."Selamat pagi cinta"...macam tulah,,,..

Semua lakonan dia saya dah tengok, walaupun dia seksi, harap-harap tak lama lagi dah tak seksi la....tapi saya suka tengok cara dia cakap...macam bahasa baku sikit,...sikit je!...Nampak dia jujur dan tak hipokrit, Insya Allah,...kalau dah suka dengan minat, memang positif je la kan...mestilah!...
Eh, eh..kebetulan pula,..saya dah tulis dalam draft sikit benda nih, sekali pagi tadi saya bukak myMetro pun ada cerita pasal Fazura. Macam tahu-tahu je...Ni saya ambil di myMetro so korang boleh tengok info tentang Cik Fazura ini...

Biodata Fazura

NAMA : Nur Fazura Sharifuddin (Nama betul tau nih, bukan tipu-tipu)
TARIKH LAHIR : 27 September 1983 (owh birthday kita tak sama)
USIA : 28 tahun (Dah boleh kawin la kak Faz)
STATUS : Bujang (Cepat-cepat cari jodoh)
FILEM : Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak (Paling suka ten
gok Gol & Gincu dengan Pisau Cukur)
DRAMA : Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Menantu, Ezora, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta (Paling suka Rendang untuk Mertua, sedih owhhh..)
PROGRAM TV : Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc (MTV Jus!, jus, jus..)
PENCAPAIAN : Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM17 dan Pelakon Pembantu Wanita Filem Anugerah Skrin (2010) , (menang di hati saya)
DUTA : Avon, Lux, Nutox dan Hairdreams .( Saya baru pakai Nutox, camnelah muka saya nanti...ada macam Fazura tak?)

Okeylah ini je saya nak share untuk kali kali, sampai kita berjumpa lagi di lain episod ,...bye....






Monday, 24 January 2011

Warkah buat dia yang bernama Nadia Afiqah


Hari ini saya nak guna aku, sebab saya rapat dengan dia...lebih close dengan dia..so untuk entry kali ini..saya akan guna aku..Korang jangan nak buat-buat terkezut eh...

Pertama kali kau text aku, ajak aku..aku memang tak nak pergi pon, sebab aku dah malas asik cancel je....tapi kau merayu kat aku...takut exboyfriend kau nampak kau jalan dan datang dengan lelaki...

Nad: Eja nk ikt x? P kol 11 kt uma aku r, kwn aku bwk?

Aku: xpe la nad. ak xekot. btw thanks.tc.

Nad: Eja, jom la, liza xle g plak, aku xnk g bdua je ngn kwn aku, akem ad kt sne, t ktrg amek kw.

(aku bila orang da offer nk amik, aku ok lah kan..)

Aku: balik kol bpe?

Nad: Pas sanding blek r, kol 2 lbh ke..

Aku: owh..bole la cian ko. kol bpe nk g? ko tawu x jaln g dwn tmpt kwn miss?

Nad: dwan je tw, jaln xtw, t kol 11.30 aku amek kw, tgu kt pgr ea.

...................................................................................................................................................................

Tak lama lepas tu sambil aku siap dia kol, tanya pasal hadiah pulak..

aku cakap beli je nanti kau claim kat aku....dia mintak aku tong-tong duit minyak aku cakap ok je...mula-mula dia mintak rm10 tapi dia rasa macam tak cukup, dia cakap rm30..aku cakap ok lagi....

Pastu dalam kereta aku terus hulurkan rm20 dia pulangkan rm5 pada aku....untuk isi minyak...dalam kereta aku tanya Nad hadiah berapa, dia kata rm 14, dengan sampul rm15 la, aku sambung...

niat dalam hati aku, takpelah nanti balik sebelum aku kuar kereta, aku bagi rm10 pada dia...sebab dia dah susah payah ajak aku macam nih...

setibalah aku di sana....excited kat sana(tak behave), yelah jumpa lecturer-lecturer aku, nak tanya pasal praktikal...jumpa, zarul, olin, aten, jam n nadia...jumpa lagi nell...kak wawa, fami..banyak lagilah..
lepas makan aku terus cakap dengan nad nak pergi join dorang...
Aku: Nad jom g kat diorang...

Nad: jom..

aku dan nad beriringan ke sana

lepas jumpa ape lagi..borak la..pasal praktikal masing-masing...

nad: aku nak g kt boby (nama si jejaka y bwk ktorg) la cian dia...

aku: ok...

pastu sambil borak-borak kita amik la gambar...

tiba-tiba aku dapat text dari nad

nad: amek gmbr xajak

aku: dtg la sini

Tak lama lepas tu dia datang...ada satu pukulan kasar siggah di bahu aku ya...aiii lain macam je..

tapi time tu kitorang da tak amik gambar lagi...

Nad: cepatlah amik gambar..

aku dan kawan-kawan-kawan lain terdiam...tak tahu nak cakap apa...macam speechless...

yang lain pun bercerita la pasal itu ini...pastu dia pun duduk tempat dia, balik di hujung meja sana...

tak lama lepas tu aku tengok jam da pukul 2 suku..jam g nak balik...aku pun pergi tmpat nad dan dengan harapan nak ajak dia amik gambar sekali..sebab sume dah nak balik..

aku: nad jomlah amik gambar degan miss...kat ats pelamin...

nad: ingatkan ko da xtahu ke pangkal jalan, ke pangkuan jalan..gitu lah..yang penting ada jalan...

aku: (segih jela) jomlah amik gambar sana...

nad: tak nak lah aku...(sambil borak dengan adik akem)

pergilah aku mengambil gambar di sana...bersama kawan-kawan kelas aku...

tepat 2.30...sume dah nak balik....aku pun pergi tempat nadia..aku ajak balik....

aku: jomlah nak balik tak, da 2.30...ramai dah nak balik...

Nad: ok jomlah...(degan muka dia aku xreti nak gambarkan..)

terus dia bangun...dalam hati aku..dia merajuk kot...sebab aku tinggalkn dia...tapi aku dah ajak...lagipun kan ada boby sebelah dia...tapi xkan lah...

pastu kitorang baliklah....dalam kereta dia text aku

nad: Nk shre wet hdiah x?

aku tak replylah yela, dalam kereta..cakap jelah...tak pyah nak text2...nak segan apakan...

aku terus hulur rm10...pastu dia bagi balik rm5....

aku: eh rm8 kan...

nad: nah la... (dia bg aku rm 5)

aku tengok dia lain macam aku amik je lah...

pastu aku sampai ke rumah dengan selamat...

aku ingat dah habis sampai situ....

Malam jam 7.25mlm..waktu magrib...

aku dapat text dari seseorang...

txt: eja kw ikt si gdx 2 td?

aku: a ah la.cian weh die. hu3...2 la ko xnk ekot.

txt: wey ko jgn ckp ngn ndia, jp aku snd msg die td.

msg nadia 1

"pg ngn bobby bes, g ngn eja xbes, huhh! Nsb bek adk akem ngn aku, lw x, bosn"

msg nadia 2

"kw tw x, da r nk claim wet hdiah wt2 bodo j, g ngn ktrg, pas mkn trs ngn geng aten, aku tga bual ngn adk akem tbe2 dtg trs ajk blk, pkse2 tkjot aku, wt muke la"

So inilah yang aku dapat......
anda di luar sana..fikir2kanlah...
bukan nak cakap aku ni baik, kau jahat, tapi aku nak cakap..aku memang bodo sebab aku ekot ko...dan aku terlalu cakap "OK" dengan kau....

aku tak nak serang kau, tapi aku nak kau tahu benda nih...kalau aku silap aku mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki...

Sekian buat Nadia Afiqah.


Nak panggil "Miss" jugak

kredit gambar daripada Hakim OM

sama cantik, sama padan, sama comel

Baru-baru ini atau semalam telah berlangsungnya perkahwinan yang gilang-gemilang lecturer saya yang bernama Miss Hazeniza. Madamlah..

Nak pergi sana pun plan tak berapa nak betul, banyak sangat tak jadi daripada jadi pergi...but at the end, still dapat pergi jugak menyaksikan persandingan Miss Hazeniza dengan suaminya. Madamlah...
Tengok Miss macam tengok artis atas pelamin tu...Madamlah..
sorry picture takda credit daripada saya, kerana handphone nih memory card buat hal...tak boleh nak baca,..virus agaknya...

miss melayan kerenah murid
mak eiiih...mcm kenal ..yang hujung sana...nampak pipi je...

Takpelah..nanti saya amik dari facebook siapa-siapa k...

meriah dan sangat meriah, tentulah separuh dewan je ahli kerabat kolej (INSTEDT), daripada para lecturer, staff dan jugak student...gamat satu dewan tuh...
miss niza dan suami yang bahagia...

Memilih baju berona emas, memang menjadi pilihan pada masa kini, nampaknya miss bijak memilih pakaian yang sesuai buat hari bersejarah, serta berkonsepkan garden di dalam dewan cukup menaikkan seri raja sehari itu...Di sebelah sudut kanan dewan terdapat pondok kecil dihiasi dengan bunga dan daun untuk acara memotong kek...(cara cakap nak macam wartawan nona)...sorry gambar tak da...bayangkan eh...

Okeylah, kesipulannya, miss (madamlah) bukan sahaja menjadi raja sehari tetapi artis sehari juga kerana, para paparazi dan mamarazi sibuk nak ambil gambar serta menemu ramah beliau...

Akhir sekali saya ingin mengucapka
n...

Selamat Pengantin baru kepada Miss Hazeniza dan suami, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...Madamlah...

update dulu nanti isi gambar k...



pelajar yang cun-cun

Sunday, 26 December 2010

Kenapa saya suka pergi kenduri kawin

Zaman sekolah dulu, umur masih belasan tahun, perangai macam budak baru nak naik, saya kurang suka pergi jemputan kawin. Sampai umi pujuk, ada sedikit nada merayu, barulah lembut hati saya nak ikut. Dulu pendapat kunonya, orang tua-tua je pergi majlis kawin ni.."i still teenage, no need lah" selalu bermain di kotak minda nih. Biarlah wakilkan mak-mak yang pergi.

Tapi sekarang, sejak umur cecah 19-20, fikiran dah matured sikit cececey, belum ajak lagi dah beria-ria nak pergi majlis kawin, siap offer diri lagi.."Siti nak ikut.."Aha....itulah perubahan yang ketara, ini perubahan yang baik nih, mesti diteruskan ni...Antara sebab saya suka pergi kenduri kawin nih calon-calonya adalah..

1. Makanan
kenyang sampai esok.

Tentulah tak lain tak bukan makanan, baik lelaki ataupun perempuan, mesti fikir pasal menu apa yang special kat majlis kawin tu mesti gempak. Kalau girlfriend dengan boyfriend nak pergi dating pulak perancangannya pulak macam ni, ," U, minggu ni Shaliza kawin, so nanti kita lunch date terus kat sana okey, next week, Tariq pulak buat
kenduri, kita lunch sana pulaklah. Dah jimat duit poket girlfriend dan boyfriend budget ini.

2. Cuci Mata
cara-cara cuci mata

Untuk yang masih single, sesuai sangatlah pergi majlis kawin ni, saya masih percaya teori ini, nak tahu apa?..Okey saya beritahu, orang kata kalau kita jumpa jodoh kita di majlis perkahwinan, Insya Allah jodohnya akan berkekalan. Tak tahulah pulak saya keberkesananya teori ini. So, boys and girls yang masih single pakai cun-cun dan lawa-lawa nak pergi majlis kawin ni, boleh ambil berkat pengantin sekali...Ngeh..ngeh...ngeh..

3. Tema
nak colour inilah kawin nanti..

Nowadays, ramai yang kawin, bukan main canggih manggih dorang punya pelamin, warna warna tema diorang macam kita tak pernah lihat, pernah lihat pun dalam hati "eh, cantik jugak gabungan hijau dan merah" . Tambahan pula, pelamin sekarang macam-macam pattern, yang terbaru, Syeikh Muzaffar Syukur dan isterinya punya pelamin, aero angkasa lepas, bukan main. So, sambil makan, cuci mata, bolehlah korang tengok sekali style kawin pada masa kini, tak payah dah, lagi sebulan nak kawin, sibuk google sana sini.

4. Persahabatan
ni bukan tangan pak saya..

Bila pergi majlis kawin, barulah jumpa kawan-kawan lama, jiran-jiran lama, kekasih lama, saudara jauh dan dekat lama, owh yang ini bukan lama,,,..saudara mara jauh dan dekat sahaja. Inilah untung pergi majlis kawin...Ini biasanya orang tua lah, ayah saya tadi baru jumpa kawan sekolah rendah dia masa standart 3 and standard 4, hampir 35 tahun taw tak jumpa, sekali pergi majlis kawin kawan dia, dah jodoh jumpa di situ pula...Nanti tah bila nak terserempak lagi, so sambil menyelam jangan lupa minum air sekali.

5. Berkat/goodies beg
mintak 1 bungkus lagi boleh?

mewah zaman sekarang

Kali ini, bukan kelepet-kelepet punya berkat, atau era baru ni, di panggil goodies beg, bermakna beg yang orang pergi kenduri kawin, then, dorang dapat bawak balik sesuatu untuk seisi atau untuk diri sendiri. Contohnya sekarang ni yang famous if kat town, bagi a bunch of gula-gula taw, beraneka warna dan jenis gula-gula diorang bagi, selain tu, mug, sapu tangan, kipas, sudu dan garfu, alas pinggan, dan yang paling latest (tadilah) saya dapat beg, macam beg sembahyang with sejadah. wow, dasyatlah orang sekarang. Suka, suka, suka...pergi majlis kawin...

Selain tu banyak lagi sebenarnya benefits pergi majlis kawin ni..contohnya, mengelakkan budaya yang tidak sihat, itu pun boleh termasuk dalam senarai taw. Contonya, yang boys pergi tolong basuh pinggan, main kompang dan jadi jurufoto dan yang girls pula, tolong bagi telur, cedokkan nasi untuk tetamu dan sambut tetamu yang datang...Eh ni dah salah tajuklah...

Jadi sampai di sini saja. Dah penat saya berceloteh kalau korang still berdegil, dan still tak mahu join mak pak korang pergi kenduri kawin, huh nanti korang
kawin tak da orang nak datang baru tahu!...okeylah, bye korang, dah malam nih...perut kenyang hati riang...

Wassalam

Saturday, 25 December 2010

kenduri kawin adalah open house


Hey, Morning...salah satu kesukaan saya adalah pergi rumah orang kawin...ahahha... okey nanti saya cerita sebab apa...

Monday, 13 December 2010

Mengadakan Majlis Perkahwinan

Hello assalamualaikum semua, apa khabar? saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, Alahmadulilah semuanya berjalan lancar walaupun ada hujan sekejap di tengahari semasa kakak saya berarak. Hari ini sebenarnya saya nak follow up pasal hari bersejarah kakak kedua saya, tapi disebabkan picture yang saya ambil tak banyak (biasalah tuan rumah, oh no tuan dewan) so, ada sikit jadilah, sebelum tamat tempoh broadband saya ini.

Bila ada ahli keluarga yang kawin, ahli keluarga yang tak kahwin ni selalu la kena usik-mengusik dengan kenalan ahli keluarga yang sudah berkahwin.

Makcik: Yang ini bila pulak? (menunjuk ke arah saya) Kakak dah, awak bila pulak?

Dalam hati panas je kan, tapi maniskan muka jugak,

Saya: Lambat lagi, belajar pon tak habis lagi...hehehe...

Banyak kali juga terkena, huiiishhh..rimas ada, bosan pon ada, dalam hati punya dialog (aku nih tua sangat ke dah nak kena kawin)...

Actually, memang bab kahwin la, selalu dielakkan oleh saya. Bukan apa, saya suka tengok orang kawin, tapi untuk saya nantilah.. Belum masanya lagi..

Okey jom tengok beberapa keping gambar yang saya sempat... Ni rangka nak uat pelamin, sebenarnya kakngan nak warna silver hijau, tapi tah macam mana Mak Andam nya (Mak Andam juga di salahkan) Nak komplain pon dah tak sempat, siap jam 3 pagi waktu Malaysia.


sebelum terjadi,.selepas, kredit dari my kazen, Ayu



Abang Fairuz dan Kakngah, Semoga berbahgia ke anak cucu, cicit,..

saya, kaklong dan Sofea, bergamabr di luar dewan...Kaklong yang kepenatan, kaklong sebenarnya demam sehari sebelum kakngan kawin..


Sofea muka penat dan memang dia penat..Tak lama lepas tu anak sedara saya yang seorang ni ekot nenek belah ayah dia balik...Tidur agaknya dia lepas tu...



Kamilah yang masih bujang dalam keluarga ini. Adik-beradik sikit, jadi 2 dah kawin 2 lagi belum. Time ni lah rasa untungnya kalau ada adik -beradik ramai. Apa-apa pun bersyukur Majlis berjalan dengan sempurna. Nanti saya update lagi k.. Tengah nak cari-cari picture dari orang lain.. Next week belah abah pula. So, ends of the story, tuan rumah cepat-cepat sedia ambil gambar.. Bye...;')