Showing posts with label starbuck in my mind. Show all posts
Showing posts with label starbuck in my mind. Show all posts

Monday, 24 September 2012

Please don't crash my diet

"You're looks fat after Raya, eat a lots huh",,,..
"Eja, your cheek a little bit move up not like before, are you in happy mood?"

Now I only look for the Baju Kurung if only I was 10kg thinner....

I must do something, at least I can reduce 3kg for 2 months.  Starting from last week I already plan my own schedule for diet.  Yes, I have to.

Monday and Thursday : I want fasting just cover my replacement when PMS during Ramadhan.

Tuesday, Wednesday, Friday, Saturday and Sunday: 

Break first taking a nesvita just enough for me or nescafe

 Lunch i want porridge (just easier to buy at cafe) or small potion of rice with fish and stir fry vegetables only not more than that, or i will take a egg spaghetti that i can get at Daddy's kiosk. 

Tea time much better I take a biscuit and tea or coffee.

So, wish me luck okey.  Give me to 2 month to makes changes!!..




Tuesday, 31 January 2012

Health is Priceless

 Since cuti semester break, memang menggila jadinya, gila kepada foodfoodfood..Memang tidak dinafikan ramai girls memang suka cakap tentang food besides love story.  Kan, kan...beberapa hari ini I teringat banyak yang I dah makan macam, nasi minyak (wedding last week), steamboat dengan Zarul and his bff, yong tau fu dengan kakngah lepas pergi wedding, laksam, asam pedas ikan kembung, ayam masak merah, spaghetti bolognaise, batik cookies, nasi kerabu, mee bandung dan banyak lagi.  Itu semua foods yang sangat dekat di hati I.  Dalam pada yang sama, colestrol dalam badan mesti tengah bermaharaja lela.  Lepas tu, bila dah semput nak kejar buai untuk dapatkan turn untuk main, baru rasa nak bukak apa-apa website yang cakap pasal health.  Sampailah I baca dekat reader digest online tentang "20 Food Questions for Weight Loss and Better Health"

say no to bean sprout

Actually, bukan nak kejar kurus sangat, walaupun itu termasuk dalam wishlist 2012, yang paling penting kita nak tahu yang badan sentiasa dalam condition yang sihat, kau tak termengah-mengah nak naik tangga atau jalan-jalan dekat shopping mall, rasa gembira je nak pilih wages atau heels sebagai pilihan nak balik kampung (baru perasan selalu pakai flat palm or seliper penambah ketinggian), rasa jogging lebih best dari aerobic (ini tak setuju) atau  boleh tawaf 7 kali dengan menunggang basikal sekitar taman perumahan.

Okeylah, mari berterus terang, 

1.  Sup atau Salad?

     SALAD.  Of Course, sup jauh lebih sihat daripada salad.  Tetapi, secara amnya, salad sayur-sayuran yang bercampur dan sayuran mentah, ditampah pula dengan dressing yang ringan dan sihat.  Kita boleh dapat banyak serat, dan itu lebih banyak pengisian antioksidan yang terdapat dalam sayur-sayuran.  Sup memang sihat, tapi proses memasak boleh mengurangkan kebaikkan di dalamnya

2.  Kopi atau Teh?

Minum tea, but nak bau cofee.

     TEH.  Pilihlah black tea atau green tea.  Mereka berdua ini, lebih kaya dengan antioksidan untuk jantung sihat, serta menyumbang kepada arteri sihat, tak dilupakan Insya Allah berupaya mencegah kanser.  (Tapi I suka cofee, serius!.Lepas nih kena tukar)

3.  Serbuk bawang putih atau bawang putih segar?

     BAWANG PUTIH SEGAR.  For those yang rajin masak, bolehlah korang gunakan bawang putih yang segar dalam masakan, potong-potong, tumbuk-tumbuk masukan dalam masakan.  Benefit nya sama, tapi fresh adalah yang terbaik!.

4.  Buah yang fresh atau buah yang dikeringkan?

Menggoda seyh si strawberry

    BUAH YANG FRESH.  Air yang terkandung dalam buah meliputi lebih daripada 80%, ini bermakna large volume, buah nampak gebu dan mengiurkan dan semestinya kurang kalori.  Tapi, just in case kalau takda buah yang fresh untuk makan tengah lewat malam, makan dried fruit pon ok, macam plum sunsweet.

5.  Jus buah atau buah?

     BUAH.  Ini yang terbaik, kalau kita pergi kedai dan order jus, entah berapa sudu gula yang di letak untuk menyedapkan tekak customer yang macam kita.  Bukan je gula banyak, tapi banayk fiber dalam buah dah dilucutkan.  Lagi best, makan kerangupan buah kan.

Rasa tanggungjawab untuk share perkara yang baik lagi, korang bolehlah baca-baca kat sini atau sini atau sini

P/s: Petang tadi baru berangan nak bukak restoran yang jual makanan yang berkhasiat je.  Dah macam one of the list principles of health economics.


Wednesday, 20 July 2011

3 cup of coffee

Bak kata orang, bercinta biar satu, berkawan biar beribu...ku gengam erat pepatah ini, cinta hati, tentulah satu, dan cinta sejati untuk bersama sehingga ke akhir hayat....

Semester 1, main polisentri, memang tak matang

Walaupun, boyfriend kau orang yang boleh dipercayai di hati, cececey tapi still perlukan seseorang yang bergelar kawan di sisi, tak kiralah lelaki atau perempuan, semi lelaki atau semi perempuan....ahahha....sebab itulah kawan baik untuk selamanya.


Impian menjadi kenyataan, kata bercuti bersama..

The best shopping ever, huh tentulah dengan si perasan comel tuh (Amani) dan si lemah gemalai (Najwa). Dan saya, tak pernah terfikir akan ada kawan sejauh itu, jauh ke korang, ye Pahang memang jauh...

Si Manja 1 (Amani Khairunnisa binti Abu Hassan)Shoot, dimana sahaja

Mula-mula perkenalan, dia suka menyanyi, suara dia?? best ouuhhhh ingatkan memang penyanyi,...memang padahal, tak kenal pun masih selamber je muka dia menyanyi riang,...lagu paling dia suka nyanyi...ahahha..."Anak Punai,...Anak Merbah"...Dia peminat setia, gilalah dengan Allahyarham P.Ramlee, sampai time public speaking dia cerita tentang P.Ramlee...Ya!, dia memang unik.....

Power Puff Girls, Sitkom Putri, Charlie Angels

Selain itu kegemarannya adalah novel, dia takpelah tak shopping baju-bajuan, asalkan dia dapat beli sebuah, 2 buah, 3 buah novel idaman hati....punyalah kedekut nak bagi orang pinjam novel dia, ...tak dapat beb!!! dia simpan bawah bantal selalu....ahhaha....

Time main, main betul-betul, time study, study betul-betul

Bila final exam, orang semua mengelabah nak hafal complete semua note, but dia relax-relax sakan je,..baca buku teks sikit-sikit, lepas tu result dia tak macam gempak sehhhh....itu adalah bakat semulajadi yang Allah s.w.t dah bagi pada dia, so kita nih yang blurr kadang-kadang kenalah lebih berusaha....

Si Manja 2 (Liyana Najwa)

Black and Red Events, memang gila gambar

Buat Liyana Najwa binti Jamaludin pula, dia memang pendiam, kalau tak kenal mesti ingat dia nih sombong, tak campur masyarakat lah,..tapi bila dah kenal, huh boleh tahan jugak kepala dia boleh layan,....ahahha....

Night Islamic Events, kak Ain ada bersama

Dia antara saya dan Amani, tentulah paling lemah lembut, santun je,..cover ayu je selalu, kadang-kadang saya dan Amani mana behave, tapi dia still cool je...ahahha....

Melaka, melaka, melaka

Masalah boyfriend sentiasa menjadi tajuk utama kami, ahahah....harap-harap Yul (her boyfriend) tak bacalah entry nih, nak kutuk sikit boyfriend kau tuh....sorry Najwa,..kadang-kadang kitorang (aku dengan Aman) memang geram dengan boyfriend kau tuh, tapi apa boleh buat, perasaan cinta dan sayang hanya kamu berdua je rasa, but bila kau bersedih tempiasnya kami juga rasa....Cuma aku dan Amani harap kau bahagia dengan seseorang yang akan menyayangi kau sehingga akhir hayat nanti...Aku dengan Amani pun nak macam tuh jugak....ahahah..

Menyokong kempen pakai mask, sebab jerebu!!!





Sebelum meninggalkan kolej, buat selamanya...

Teringat masa semester 1, kita buat pillow talk sampai azan subuh, bercerita tentang Najwa, ahhaha, hanya kita-kita je tahu kandungan sepanjang malam ke pagi itu....

Betul orang cakap, sesuatu yang kita suka memang susah nak dapat, dan yang susah nak dapatlah yang kita sibuk nak untuk diri kita, memang bukan salah kita pun, kita cuma nak yang terbaik dalam hidup, tapi kita tak tahu benda yang terbaik itu dah berada di depan mata....
Masih dapat lucky draw..

Korang degree nanti dapat tempat sama, UiTM Jengka, aku sorang tercampak kat Puncak Alam, walaupun still banyak kawan kita yang further kat Puncak Alam, tapi still tak sama macam korang berdua,...




Akhirnya kami matang,,..matang? sikit...dah 21 okey....

Si Manja 3 (Noor Izzati binti Kamaruddin) akan datang.....

Sunday, 24 April 2011

Habit Sekarang

Sebelum masuk bilik air, atau bahasa ibunda rest room, dah prepare dah nak nyanyi lagu apa, studio itu memainkan lagu panas sahaja, mestilah lagu-lagu tengah hot masa itu, dan yang dari dulu sekarang dan selamanya hot, mestilah lagu Keabadian Cinta daripada seseorang jejaka yang patut digilai iaitu Anuar Zain.

Pernah waktu sekolah dulu kaklong tanya, "kenapa kau suka nyanyi dalam bilik air?" saya cakaplah, kalau saya nyanyi dalam bilik air, mana tahu Ajai (dulu komposer terkenal Ajai sebelum Taylor Swift eh) lalu belakang rumah, dengar suaraku yang enak merdu nih nyanyi, confirm terus nak jadikan artis rakaman, walaupunn saya tahu suara saya tak se power Mariah Carey tu.

Macam ini baru puas hati!!

Dan habit ini berpanjangan sampai masuk kolej, mula-mula segan, ouhhh nak nyanyi dalam bilik air, nyanyi pun slow2 je, lagu pohon beringin bawang merah bawang putih, atau pun lagu pilihan Amani (Anak Punai) ,bila cecah 2 minggu nyanyi sekuat hati dalam bilik air, pulak tu, housemate roomate sporting, siap buat duet dan berkumpulan, bukan di atas pentas bilik air je, malah dari depan bilik, lorong bilik turut menjadi pentas kami beraksi.

Sekarang dah habis belajar, jadi dah full time kat rumah, bangun pagi-pagi nak mandi pun, nak nyanyi, baru rasa feel, hilang daki-daki semua, mandi memang puas hatilah, nyanyi dalam bilik air, tak payah pakai microfon pon, satu bilik air dengar.

Sampai suatu hari umi saya menegur,

Umi: Kenapa suka nyanyi dalam bilik air nih tak elok nanti gigi rosak?
Saya: Apa kena mengena gigi rosak dengan menyanyi? tak paham la
Umi: Betul (hikayat merong mahawangsamaju, dah start) ada nenek tu gigi dia cantik sangat, walaupun umur dah tua, semua orang tanya macam mana gigi dia boleh cantik dan putih bersih,
Orang tua tu cakap jangan buka mulut dalam bilik air
Saya: Yeke tak cayalah
Umi: betul ni cerita betul kotoran-kotoran dari dalam bilik air tu boleh merosakkan gigi tau
Saya: UmmmMemang takut jumpa doktor gigi kan


Sejak dari itu, saya dah tak nyanyi dah, takut la gigi rosak kaklong baru umur 26 dah tampal gigi sana sini, duit lagi keluar ish ish tak nak, tak nak

So lepas ni tak yah nyanyi la ek dalam toilet, tapi..

Bila saya masuk bilik air mandi, dah sunyi dengar bunyi air je keluar..


Rupanya dia nih yang nyanyi

Wednesday, 30 March 2011

Anugerah 1


Perjalanan yang sejuk dan sunyi...

Matahari membuka mata, dan kita tidak mampu membalas renungan si mentari...

Perjalanan yang laju...dan membelasah di segenap sisi jalan raya...

Hidung berair kerana flu pagi yang meruncing....

singgah di Petronas berdekatan untuk keluarkan sekeping not...

Turunan langkah di mulakan dengan kaki kiri...

Terus menuju kedai makan untuk mengisi kekosongan perut di waktu pagi...
Duduk seketika...

Berdiri dan menyahut seruan perut untuk menyenduk apa yang diingini oleh tekak..

Campuran mee hoon dan mee besar menjadi pilihan hati...

Menyuap kemulut dan mendapat panggilan electronic device..

Terusan di sapa ke mulut sehingga habis....

Limau suap yang hangat dihirup hingga habis dan habis..


Wednesday, 23 March 2011

Princess Never Quitters

Sejak bakal extend lepas praktikal di sini, makin busy saya dibuatnya...semuanya mesti di lakukan dengan jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, itulah prinsip saya, bukan Polis Diraja Malaysia je ada, tapi setiap orang perlu ada. Barulah, rasa seronok, best dan bahagia bila saya berhadapan dengan invoice, payment voucher, ledger, journal dan sekutu degannya.
Boleh ke saya nak pegang matahari...

Dah 55 hari pun saya praktikal di sini, pejam celik, pejam celik... So, ini bermakna tinggal 17 hari je lagi untuk saya habis praktikal dan saya perlu ada presentation dan cuti selama 3minggu sebelum saya masuk berkerja di tempat praktikal saya ni semula...Tak sabar nak habis Diploma, lepastu Degree, lepastu lagi Master, lepastu lagi PHD,...Indahnya kalau dapat belajar hingga ke tahap itu...Tak pe lah slow-slow kayuh ye Eja....

Time sekolah dulu saya memang tak suka belajar subjek mengira..Mathematic lah tu,...saya memang mengakulah, memang worst subject tersebut...Kalau Add Math pulak dapat jawab satu soalan pun rasa dah bahagia sangat...Padahal member sebalah dah habis jawab sampai soalan yang nombor 5...
Time nak examlah sibuk study camnih..

Bukan saya nak cakap saya benci pada nombor, bukan...tapi mungkin otak kanan saya kurang berkerja lalau sukar untuk saya faham konsep kira-mengira nih...rasa saya lah..Awak rasa macam mana?

Saya memang naive, saya ingat bila dah masuk kolej atau Uni, dah tak payah belajar dah subject kira mengira nih, tapi i totally wrong,..still ada ma....Alhamdulilah sekali lagi, dengan jayanya saya dapat grade yang baik dan dekat every semester pon dapat pointer yang baik-baik untuk Business Mathematic, Economy dan Accounting. Masa belajar rasa susah sangat, sebab as i told you just now, saya memang tak di anugerahkan dengan kebijaksanaan yang maksimum, tapi saya jugak mampu buat yang terbaik pada final exam. Kadang-kadang saya rasa Allah s.w.t memang nak tolong saya, sebab saya still ingat kesalahan yang saya buat time exam.

Selalu saya keluar je dewan exam time tulah segala formula, nota dan jawapan yang saya sibuk cari time exam keluar dan saya boleh ingat sebijik-sebijik kadang-kadang...

Saya ingat lagi, saya balik exam Economy saya menangis macam nak apa, saya text Abah saya untuk mendapatkan kekuatan, nak makan nasi lemak ayam dah terbantut,...sampai tak rasa lapar langsung sedih punya pasal...mesti kena repeat nih,...itu je yang saya fikir, takut risau...nota semua saya simpan elok-elok....Tapi alhamdulilah, saya bersyukur sebab saya lulus, dan saya dapat anugerah Dekan untuk semester tersebut...

Saya percaya kepada keajaiban dan kekuasan Allah s.w.t. Ini bukan nasib, tapi adalah usaha dan tawakal jadi kita akan dapa keajiaban itu...Percayalah...
Saya masih mencari hala tujuan saya..


Sekarang tugas saya di bahagian akaun, saya dah mula be
rcinta dengan nombor...bila saya fikir balik, kenapalah saya tak ambil course akaun dulu..aha....



Friday, 11 March 2011

Perkara yang tak di sangka

Time sekolah dulu kena tidur awal, yelah esok pagi-pagi dah kena bangun 5 pagi...Mana taknya, bas sekolah datang 6.30 pagi..Girl macam saya, memang nak mandi wangi-wangi,..kalau tak mandi nanti kat sekolah pengsan,....solat subuh dan mesti nak minum air yang sexy tu...(air jarang)..
Jangan kejutkan, rasa bahagia sangat...

Bila masuk kolej pulak, untung dapat bangun pukul 6 pagi..tapi still boleh snooze sampai 6.30...sebab kelas start pukul 8.30, masa semester 1 hingga 3, naik semester 4 dan 5, 8 pagi, tapi bukan halangan bagi kami untuk bangun lambat...Owh, hampir terlupa pula, siapa kami tu,..tentulah my housemate@roomate Boneka jalan-jalan dengan Miss Strawberry....Tambahan pula Instedt dah maju...bas setangah jam sekali ada....setakat kelas Sir Juju lambat 10-15 minit okey lagi, bagi je alasan cirit beret...kadang-kadang cirit beret betul-betul taw, yelah..waktu pagi....stomach ache itu biasa....

Datang pula time praktikal,..bangun 6.30 pagi...nampak sangat subuh gajah....Padahal tidur cantik je pukul 9 malam, Tapi..still rasa tak cukup tidur...

Di waktu praktikal suraunya jauh sikit, kena keluar bangunan,...sikit je, tak delah jauh benor....Jadi bila sembahyang mestilah ambil air sembahyang semua, sembahyang, lepas sembahyang solek sini sana sikit.....ambil masa dekat 20 minit....

Satu hari tu, tengah-tengah sembahyang, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya, takut jugak saya, yela atap dia zinc je,..buatnya terjatuh atas saya yang tengah sembahyang, dah mati syahid saya, tapi amalan masih tak cukup....nampak sangat kau sembahyang tak kusyuk kan...mana nak kusyuk, memang lebatlah hujan tu...

jadi lepas sembahyang, saya ambil keputusan untuk duduk dululah dalam surau, sebab hujan ni lebat, .....sambil tu, baring-baring pulaklah....saya tak tidur pun,..just baring-baring je....

Tiba-tiba saya pejam mata, lepas tu saya bukak balik, dah dekat 1jam setangah saya ada dalam surau, biar betul....apa lagi kelam kabut la, saya naik office...tapi still cool je....macam tak da apa yang berlaku....Nasib baik supervisor saya pergi bank, lepas tu time tu dia baru balik, jadi dia tak perasanlah....

Baru je nak duduk, kakak engineer sebelah saya dia kata,.."Eja lamanya solat,...Tido ehhh..?"
tersengih je la....sambil jari telunjuk di bibir......


Nak tidur sangat, nah tidur sampai tua....takda putera yang datang....

Thursday, 10 February 2011

Contest: Comelnye berbaju kurung


Hye salam sejahtera, firstly terima kasih kepada cik Popolita kerana tag eja untuk contest baju kurung comel nih, sebenarnya sebelum ni Cik Siti Khadijah pun ada tag eja, juga..tapi gambar dalam folder eja dah kena virus, so, hilang semua gambar...sedih oooo....

Okeylah hari ini tak nak cerita pasal sedih, tapi nak tengok gambar eja dan Amani Ashraff pakai baju kurung sehingga nampak comel...Walaubagaimanapun, ada satu picture eja pakai baju kurung, amik kau baju kurung UITM lagi...Aha...

Si pemakai baju kurung untuk baju kurung yang comel lote..

Perempuan pakai baju kurung Cantik+Comel?
Memang sangat cantik, manis, ayu, lawa dan bergaya. Cantik boleh didifinisikan sebagai, sedap mata memandang, selesa dan sopan. Senang cakap semua suka je tengok. Takda sakit-sakit mata la....contoh: tengok gambar di atas...sakit mata tak? tak kan...Memang nampak cute, perempuan pakai baju kurung ni..tanya budak lelaki...saya perempuan, saya tengok kaum sejenis saya pakai pon saya kata cute...ikhlas ae...bukan auta....aha...

Apa perasaan pakai baju kurung di atas?
Saya berperasaan, selesa, senang bergerak dan...rasa lawa lawa...cececey....Sebenarnya baju kurung itu dipakai kerana, saya dan Amani Ashraff sedang menghadiri kuliah. Tambahan pula, di kolej kami, untuk course uitm, di nasihatkan supaya pakai uniform tu setiap hari isnin. Yang Amani Ashraff pulak dia tak pakai sebab...sebab...sebab...kain dia dah terbakar kena iron...peace geng....wa menang contest ni hadiah half-half aeh...aha....

Guys pon nak tunjukkan ke omel comelan dan kecantikan anda memakai baju kurung nih, okey boleh-boleh.....link terus kat sini...
Paling penting Due date contest: 20 Februari 2011

Sempat lagi nih...apa loe....

Nak tag dia nih la, comel je pakai baju kurung

Monday, 24 January 2011

Warkah buat dia yang bernama Nadia Afiqah


Hari ini saya nak guna aku, sebab saya rapat dengan dia...lebih close dengan dia..so untuk entry kali ini..saya akan guna aku..Korang jangan nak buat-buat terkezut eh...

Pertama kali kau text aku, ajak aku..aku memang tak nak pergi pon, sebab aku dah malas asik cancel je....tapi kau merayu kat aku...takut exboyfriend kau nampak kau jalan dan datang dengan lelaki...

Nad: Eja nk ikt x? P kol 11 kt uma aku r, kwn aku bwk?

Aku: xpe la nad. ak xekot. btw thanks.tc.

Nad: Eja, jom la, liza xle g plak, aku xnk g bdua je ngn kwn aku, akem ad kt sne, t ktrg amek kw.

(aku bila orang da offer nk amik, aku ok lah kan..)

Aku: balik kol bpe?

Nad: Pas sanding blek r, kol 2 lbh ke..

Aku: owh..bole la cian ko. kol bpe nk g? ko tawu x jaln g dwn tmpt kwn miss?

Nad: dwan je tw, jaln xtw, t kol 11.30 aku amek kw, tgu kt pgr ea.

...................................................................................................................................................................

Tak lama lepas tu sambil aku siap dia kol, tanya pasal hadiah pulak..

aku cakap beli je nanti kau claim kat aku....dia mintak aku tong-tong duit minyak aku cakap ok je...mula-mula dia mintak rm10 tapi dia rasa macam tak cukup, dia cakap rm30..aku cakap ok lagi....

Pastu dalam kereta aku terus hulurkan rm20 dia pulangkan rm5 pada aku....untuk isi minyak...dalam kereta aku tanya Nad hadiah berapa, dia kata rm 14, dengan sampul rm15 la, aku sambung...

niat dalam hati aku, takpelah nanti balik sebelum aku kuar kereta, aku bagi rm10 pada dia...sebab dia dah susah payah ajak aku macam nih...

setibalah aku di sana....excited kat sana(tak behave), yelah jumpa lecturer-lecturer aku, nak tanya pasal praktikal...jumpa, zarul, olin, aten, jam n nadia...jumpa lagi nell...kak wawa, fami..banyak lagilah..
lepas makan aku terus cakap dengan nad nak pergi join dorang...
Aku: Nad jom g kat diorang...

Nad: jom..

aku dan nad beriringan ke sana

lepas jumpa ape lagi..borak la..pasal praktikal masing-masing...

nad: aku nak g kt boby (nama si jejaka y bwk ktorg) la cian dia...

aku: ok...

pastu sambil borak-borak kita amik la gambar...

tiba-tiba aku dapat text dari nad

nad: amek gmbr xajak

aku: dtg la sini

Tak lama lepas tu dia datang...ada satu pukulan kasar siggah di bahu aku ya...aiii lain macam je..

tapi time tu kitorang da tak amik gambar lagi...

Nad: cepatlah amik gambar..

aku dan kawan-kawan-kawan lain terdiam...tak tahu nak cakap apa...macam speechless...

yang lain pun bercerita la pasal itu ini...pastu dia pun duduk tempat dia, balik di hujung meja sana...

tak lama lepas tu aku tengok jam da pukul 2 suku..jam g nak balik...aku pun pergi tmpat nad dan dengan harapan nak ajak dia amik gambar sekali..sebab sume dah nak balik..

aku: nad jomlah amik gambar degan miss...kat ats pelamin...

nad: ingatkan ko da xtahu ke pangkal jalan, ke pangkuan jalan..gitu lah..yang penting ada jalan...

aku: (segih jela) jomlah amik gambar sana...

nad: tak nak lah aku...(sambil borak dengan adik akem)

pergilah aku mengambil gambar di sana...bersama kawan-kawan kelas aku...

tepat 2.30...sume dah nak balik....aku pun pergi tempat nadia..aku ajak balik....

aku: jomlah nak balik tak, da 2.30...ramai dah nak balik...

Nad: ok jomlah...(degan muka dia aku xreti nak gambarkan..)

terus dia bangun...dalam hati aku..dia merajuk kot...sebab aku tinggalkn dia...tapi aku dah ajak...lagipun kan ada boby sebelah dia...tapi xkan lah...

pastu kitorang baliklah....dalam kereta dia text aku

nad: Nk shre wet hdiah x?

aku tak replylah yela, dalam kereta..cakap jelah...tak pyah nak text2...nak segan apakan...

aku terus hulur rm10...pastu dia bagi balik rm5....

aku: eh rm8 kan...

nad: nah la... (dia bg aku rm 5)

aku tengok dia lain macam aku amik je lah...

pastu aku sampai ke rumah dengan selamat...

aku ingat dah habis sampai situ....

Malam jam 7.25mlm..waktu magrib...

aku dapat text dari seseorang...

txt: eja kw ikt si gdx 2 td?

aku: a ah la.cian weh die. hu3...2 la ko xnk ekot.

txt: wey ko jgn ckp ngn ndia, jp aku snd msg die td.

msg nadia 1

"pg ngn bobby bes, g ngn eja xbes, huhh! Nsb bek adk akem ngn aku, lw x, bosn"

msg nadia 2

"kw tw x, da r nk claim wet hdiah wt2 bodo j, g ngn ktrg, pas mkn trs ngn geng aten, aku tga bual ngn adk akem tbe2 dtg trs ajk blk, pkse2 tkjot aku, wt muke la"

So inilah yang aku dapat......
anda di luar sana..fikir2kanlah...
bukan nak cakap aku ni baik, kau jahat, tapi aku nak cakap..aku memang bodo sebab aku ekot ko...dan aku terlalu cakap "OK" dengan kau....

aku tak nak serang kau, tapi aku nak kau tahu benda nih...kalau aku silap aku mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki...

Sekian buat Nadia Afiqah.


Nak panggil "Miss" jugak

kredit gambar daripada Hakim OM

sama cantik, sama padan, sama comel

Baru-baru ini atau semalam telah berlangsungnya perkahwinan yang gilang-gemilang lecturer saya yang bernama Miss Hazeniza. Madamlah..

Nak pergi sana pun plan tak berapa nak betul, banyak sangat tak jadi daripada jadi pergi...but at the end, still dapat pergi jugak menyaksikan persandingan Miss Hazeniza dengan suaminya. Madamlah...
Tengok Miss macam tengok artis atas pelamin tu...Madamlah..
sorry picture takda credit daripada saya, kerana handphone nih memory card buat hal...tak boleh nak baca,..virus agaknya...

miss melayan kerenah murid
mak eiiih...mcm kenal ..yang hujung sana...nampak pipi je...

Takpelah..nanti saya amik dari facebook siapa-siapa k...

meriah dan sangat meriah, tentulah separuh dewan je ahli kerabat kolej (INSTEDT), daripada para lecturer, staff dan jugak student...gamat satu dewan tuh...
miss niza dan suami yang bahagia...

Memilih baju berona emas, memang menjadi pilihan pada masa kini, nampaknya miss bijak memilih pakaian yang sesuai buat hari bersejarah, serta berkonsepkan garden di dalam dewan cukup menaikkan seri raja sehari itu...Di sebelah sudut kanan dewan terdapat pondok kecil dihiasi dengan bunga dan daun untuk acara memotong kek...(cara cakap nak macam wartawan nona)...sorry gambar tak da...bayangkan eh...

Okeylah, kesipulannya, miss (madamlah) bukan sahaja menjadi raja sehari tetapi artis sehari juga kerana, para paparazi dan mamarazi sibuk nak ambil gambar serta menemu ramah beliau...

Akhir sekali saya ingin mengucapka
n...

Selamat Pengantin baru kepada Miss Hazeniza dan suami, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...Madamlah...

update dulu nanti isi gambar k...



pelajar yang cun-cun

Friday, 21 January 2011

Contest: Picture hitam putih paling cool


Hari-hari nak join contest yea...dah macam tak ada kerja lain..Takpelah belog gue, sekati gue lah... Ok menang kalah belakang cerita, yang penting, saya nak join contest nih...Okeylah contest nih telah di tag, oleh si suraya tuh..siapa lagi member 1 college and 1 course..nih picit nih...

Okeylah saya mempertaruhkan gambar nih, amik kau, sayang-sayang saya sume join sekali...


okey ni picture kelas saya...

Di sebalik gambar yang tersenyum gembira tu, sebenarnya ada juga terselit cerita suka dan duka, ada yang gaduh satu kelas, tak bertegur sapa, pentingkan diri sendiri,belagak, gila kuasa, tak boleh bertolak ansur, cemburu dan lain-lain...

tapi..
yang positifnya, semua bersatu hati time buat keputusan nak decide siapa nak nyanyi untuk MPG, tolong-menolong semasa nak buat event, kerjasama menyiapkan nota AOM (admininstrative office mgt), bantu-membantu mengajar subject killer tu (account), sopan santun bila belajar dalam kelas, mendengar kata lecturer, ketika lecturer mengajar, tak bising dalam kelas, yang ada kereta sanggup ambil kawan pergi kelas, sebab hujan, dan last sekali, siap tolong hantarkan assignment kawan selepas di pinjam untuk meniru....heheheh...biasalah students...

Okeylah kalaulah ye, picture saya terpilih untuk mendapat sesuatu yang berharga RM100 itu, saya nak gunakan duit tu ajak kawan-kawan saya buat reunion makan kat kfc,...

Okeylah itu saja, untuk para pembaca di luar sana nak join sila ikut syarat dan peraturan ya...

1. Macam biasa, mesti jadi follower admin, nak menang
2. Letak banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berlangsung dan link kat belog admin.
3. Buat entry pasal contest, dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau menang RM100? ayat mesti simple...

contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !

4. tag lima orang kawan, yang betol2 korang rasa nak join contest nih.
5. Tarikh tutup : 1 March 2011

Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus berhubung di sini...

lihat siapa yang kena

1. Hitam putih kehidupan Iris
2.Hitam putih kehidupan abg long
3. Hitam putih kehidupan chieyda
4. Hitam putih kehidupan yaya
5. Hitam putih kehidupan angah


Friday, 7 January 2011

1st GA by HEZE SUZE

GA?Giveaway? Hadiah percuma...Siapa nak bagi..macam mana nak bagi?then, macam manak pulak nak dapat...best..best..Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada Sis Momoy kita, kerana telah mengtag saya. Thanks kak, baru berkenalan semalam...luv u lah...

Okey, GA? pe benda tuh..untuk orang yang macam saya jarang berblogger walaupun dah lama mendaftar untuk ahli kelab blogspot.com..

Pang pUng Pangg...Alexender...Tahu jugak..oh giveaway!..Sis Momoy ni saje uji taw...Ni nak bagi hadiah pada awak-awak yang sukakan hadiah..macam saya..saya suka...!

Hadiah, mestilah free..tapi bukan free memvavi buta je taw, mestilah ada kredit sikit...Salah satunya meminta awak-awak untuk buat karangan berkaitan dengan GA tuh..Nak hadiah kan...

Okey ini ceritanya....

I love wedges. bukan cheesy wedges..dan juga, bukan wages yang korang dapat every month tu...jangan nak memandai eh...wedges yang nak saya cerita nih adalah kasut tebal dan tinggi lah...

Ni wedges..sedapppp...

Saya kenal wedges time masuk kolej, semester 1...Miss Hazeniza yang mula-mula sebut pasal benda alah itu...Miss Niza lecturer Personality development saya, dia cakap macam ni "Freshie, tak dibenarkan pakai wedges, snickers, flat, flat pam, dan yang sekutu denganya".
plus minus macam tulah...Dalam apa yang Miss katakan tu, ada satu perkataan saja yang saya tak faham ..apa itu wedges? cheesy wedges kah ia..? Mengapa mesti pakai..bukan makan...dok usha-usha dengan senior dan bertanya, apakah itu wedges? dia kata kasutlah...owh barulah tahu...
Ni pun wedges jugak? bestttt....

Eleh, siapa nak pakai kasut macam tu...makcik-makcik je pakai...I never ever wearing that kind of shoes okey!...cececey....zaman baru nak naik katakan....

Amik kau, naik semester 3..fuyooo..cantik seh, lawa seh..nampak gedik seh...nak try..nak try...dalam hati "dapat PT akan ku beli wedges itu"...

Lepas dapat dan mengenakanya di kaki..wow rasa lebih gediks, lebih bahagia, lebih yakin dan lebih keunggulan ...

Manalah tahu lepas ni saya dapat wedges baru...free pulak tuh....Huh korang pulak nak cerita macam mana nak dapat GA pulak keyh.

So, sila baca term & condition di bawah...Join jangan tak join.




Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:-

1. Cam bese haruss menjadi follower http://hezesuze.blogspot.com & penaja bersama http://justprettystore.blogspot.com
2. Opkos kene wat 1 enty about this GA ye...
3. Letakkan BANNER di sidebar uols dan link back ke entry ni ye.
4. TAG 2 rakan uols..lebih pun takpe tapi jangan kurang haha.
5. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan komen di entry ni & juga email uols ok.
6. Undian akan dibuat melalui random.org ye harap maklum...


Nak tahu lebih details contact this mahu dapat wedges!

Okey lihat siapa yang kena....

1. suraya
2. Amani
3. Najwa

Thursday, 23 December 2010

Idea dari tempat favorite saya!

Assalamualaikum, untuk yang nak exam tu bolehlah baca entri ini. Mesti korang pun tengah google cara-cara nak study, tempat-tempat study, doa-doa untuk study/berjaya dan sebagainya yang berkaitanlah dengan study. Walaupun exam saya dah pun lepas, tapi rasa penat lelah menghafal subject itu seperti semalam lagi..Aha..Okey..So mari kita ikuti kisah ini...

"O.M.G! Exam..Tak boleh jadi ni. Hari ni nak quorintine 10 jam dalam bilik Kak Meq, minum nescafe 3 in 1 (pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali, malam dua kali) huh gilo apa! and nak pastikan saya mesti dah ingat dan dah faham lagi satu dah hafal 6 bab hari ini jugak dan selebihnya untuk esok." Gila kau punya study, orang yang dapat AD stiap semester pun tak study cam kau. hahhah..tapi itulah Eja Razif. So yang ini jangan ikut, korang cool je time study, sudeh...

Kelam-kabutkan?..Teruk sangat pengurusan untuk diri sendiri untuk pelajar yang ambil jurusan Pengurusan dan Teknologi Pejabat ini. Actually inilah one of the cara belajar yang saya praktikkan dari semester 1. Selepas terbaca keburukan meminum air nescafe 3 in 1 barulah terasa badan ini lain macam...

Tapi itu semua bukan ada kena mengena pun dengan title new post di atas, yang lebih mustahaknya disini adalah dimana tempat yang membuatkan saya dapat ingat..Huh mungkin korang atas katil, pokok, tepi kolam, tepi taman tapi me.....Aiiisshhh malu pulak nak cakap...Nak cakap ke...sambung kat entri esoklah ek.....

-
--
---
----
-----
------
-------
Ish tak boleh kesian korang...Okey sebenarnya saya ingat formula, hafal nota ni..., dekat... TOILET ...REST ROOM lah sopan sikit bunyinye..dulu Jaya Jusco kat rest room dia ada sofa taw...tapi kalau bilik air kau nak letak sofa, memang kalah orang putihlah...kau lagi advance..

Sebab kat tempat yang tak hina tulah saya mudah ingat, sebelum ini lecturer saya ada cakap cara dia belajar macam tu, sebagai student kita kenalah variasikan cara belajar, then try yang ini pulaklah ... Sekali memang serasi dengan cara ini so apalagi... teruskanlah..teruskanlah...okey next entri saya ceritakan bagaimana caranya k.....balik ru
mah pikir dulu...
Study Account memang macam ini....
tengah kira-kira...candid by Azura
Ouhhh..macam ini...candid by Azura..

Okey yes dah dapat jawapan...candid by Azura..

Hum macam itulah...selain di library time exam memang muka ini je pergi library.... ulang balik..time exam...,lagi taman bunga, memang ikut saranan Dr. Haji Fadzilah Kamsah bukan Cometome Okey!!! Beliau sarankan tempat ini, kerana persekitaran yang nyaman, pandangan yang cantik, boleh hafal suara kuat-kuat...tapi
kalau kawan sebelah agak-agaklah ae...,boleh berkumpulan Amirul, Amani dan Najwa pendatang lama dan pendatang baru Azura yang mengikuti group study budak cool ni..tak mau budak nerd!!, lagi satu memang tak bosan kat taman bunga/tasik nih, sebab korang akan berbual, kadang-kadang terberangan, yelah bila dah tengok bunga-bunga, tasik layu di tasik lagilah teringat cerita Hindustan
lagu Chori Chori Chupke Chupke, Prity Zinta dengan Salman Khan.,,,...
Hafal kat bilik air lagi senang...

Macam-macam..so korang pulak cara study macam mana? Mungkin saya boleh try pulak? Beritahulah...;')




Discussion for presentation lah tu...

Accounting tak boleh belajar sorang-sorang..Okey...Banyak kawan-kawan yang power mintak dorang sumbangkan power dorang pada korang...


Friday, 10 December 2010

Gempak Lah -Entri Khas RESULT-

Alhamdulilah, Syukur kepada Allah s.w.t. saya mendapat result yang lulus dan baik, yang penting tak da repeat paper dan.. saya akan dengan riang ria dan gembira untuk memikirkan pula tentang praktikal saya. Kepada student uitm yang belum check korang punya result apa lagi check la cepat....Semoga berjaya...

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan dan galakkan kepada saya, tanpa mereka siapalah saya...terima kasih umi, umi, umi dan abah...


kepada adik-beradik yang tercinta tak lupa juga, walaupun banyak kritik yang negatif daripada positifnya...peace...


Kepada warga bijak pandai dan terhormat, iaitu pensyarah-pensyarah yang bersusah payah bersama-sama, memberikan pelajaran dan pembelajaran supaya pelajar anda ini faham dan berharap setiap pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang.

1. Miss Norhidayah binti Mohd Rashid ( Administrative Office Mgt-OMT351)

2. Miss Rahaini binti Mohamed (Accounting-ACC100)



3. Miss Nurul Hidayah Salleh (Behavior in Organization-OMT360)



4. Miss Norfaizah (Fundamentals of Entrepreneurship-ETR300)



5. Miss Faridah Hanim binti Jaffri (Principles of Corporate Compliance-OMT340)

tak dapat kredit daripada mana-mana sumber..



6. Sir Nasiruddin bin Mohd Fazali (English for Occupational Proposes-BEL312)

Thanks to all my lecturers...Jasa anda besar kepada saya serta anak bangsa...Eh ada lagi satu, tak lupa juga kepada penasihat Fakulti Office Management and Technology iaitu Madam Nurul Hafizah binti Md Nor.


Kepada kawan-kawan semua terima kasih juga...i love you guys..


Ends of semester 5...Bye, T-T...