Showing posts with label heart2heart. Show all posts
Showing posts with label heart2heart. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Wordless Wednesday

Thursday, 7 March 2013

Me

Based on the meaningful lyrics "me"

i am not the person who is singing
i am  actually the silent one inside
i am not the one who laughs at people's jokes
i just pacify their egos



Monday, 25 February 2013

I sure do love them

Bukannya susah nak cerita pada orang sana sini, yang kita sayang, cinta, kasih pada seseorang, lirikan mata, first impression, feeling, excited bila ketemu, all of behavior kita, boleh lihat dan nampak dengan clear.  Kadang-kadang I sendiri tak dapat control benda tuh.  Tak semestinya kita hanya suka pada sesama insan yang kita saling menyukai, macam girlfriend dengan boyfreind aje, tapi macam kita dengan our pets, yes,..I tak da la take care sangat dengan ikan dalam aquarium dengan dekat dalam pasu dekat rumah I tuh, kadang-kadang tak perasan pun kewujudan mereka, tapi bila dah terpandang tu, terdetik dalam hati peri-kehaiwanan I, "Alololo kesian dia ye, tak makan lagi, meh bagi makan sikit"...dah bagi, terus jalan tak ingat lagi mereka sampai esok.

Bila tengok pada kasut dan baju-baju yang banyak dan menimbun, baru terperasan i haven wear that in ages, bila mak-mak kita  sibuk cakap, sedekahkan je lah baju-baju tu dekat orang, no no no no, semua nih ada sentimental value tau, tengok baju sejuk pink tuh, teringat pada A, dia yang bagi, walaupun Malaysia tak ada snow, dan memang tak sesuai langsung kalau I pakai baju tuh kalau hari hujan pun, tapi dia still kena duduk dalam wardrobe nih, only my mom bila tengok wayang malam, shes willing to wear it, tapi this one, tak boleh buang, atau kasi orang.

Magazine tu banyak lagi, ada dalam kotak, tak sempat nak selongkar, tunjukkan..ewwaahhh..ahaha..
Dalam gambar tak da sweater pink, nanti i tunjuk okay, terselit pulak dia. Ni wardorbe baju biasa-biasa, sentiasa jadi kesayangan.

Majalah-majalah lama dekat rumah, i still remember masa my family nak move to this house, my mom pesan, jual je lah majalah-majalah tuh dekat "tin tin, surat khabar lama, besi lama, bla..bla..bla.." tuh, tapi sayang ouhhh, ini la harta I, ada majalah Mangga, URTV, Hai, tuh nak update issue artis Malaysia, ada lagi Majalah ongputih macam  Galaxy, dulu memang menjadi pujaan la, bila dah baca tuh konon-konon rasa jiwa ongputih la, rasa lebih Hollywood, but still ada beli majalah macam Remaja, Klik, Bintang Kecil, Yezz, Reader's Digest, Nur, Dara.com, Asuh, Cosmopolitan.  Tak lupa juga my mom's favorite Mastika, ahahah, I pun tumpang sekaki la baca, sama-sama hobi membaca la katakan...but now tiap-tiap bulan I menjadi pembaca tetap majalah CLEO, kadang-kadang terbeli jugak Remaja, Rapi atau Cosmopolitan sekali.  Makanya sekarang, majalah kat rumah I ni bertambah banyak, mak I sendiri tak sanggup nak legokan dia punya Mastika, apatah lagi I, nih semua kesayangan ouuuuhhh...

Bila tengok high heels nih pulak, teringat i berhempas pulas mengumpul duit, semata-mata nak beli kasut macam Katy Perry, time tuh dia pakai brand Chanel, mana I mampu nak beli, adorable je tengok lambang chanel tergantung cantik dekat kaki milik Katy Perry, kebetulan I nak pergi dinner tema  Black and Red, 2 and half years ago, ternampak kasut nih, Fabiano Ricco and ada jugak accessories macam kasut idaman I, terus i grab it, but until now, boleh dikira pakai jari berapa kali je I pakai. No no no, i cant sewenang-wenangnya bagi orang, nak pinjam je boleh. Its Fabiano ricco but still item kesayangan.

I ada satu lagi high heels hitam dalam laci bilik adik I, tak boleh nak snap, kang I ambil kasut tuh, terjaga pulak dia...kasut tuh 1kali sahaja I pakai..

Buku-buku novel I, still ada yang I masih tak habis baca, but I suka baca review novel yang baru nak release, ataupun dah lama release tapi ramai orang cakap best, I pun beli, tak pun bila I pergi book store, tengok buku-buku novel tersusun cantik, bila cover novel hati dah tertarik, synopsis kena dengan jiwa, terus I beli, kadang-kadang I tak beli pun at the first time, kalau malam I mimpi, I mesti beli esoknya atau lusanya macam novel nih... "To catch a Prince by Gillian Mcknight, seriously, macam budak-budak punya tajuk, but i do loved it.  Cari dan  menang, mana novel tuh di bawah?


Dekat tempat novel pun ada dictionery, ahahah yelah, nanti ada words tak faham bila baca novel english, senang nak google..eh..senang nak search terus..Ada lagi novel dekat rak bahagian bawah meja, masa I nak snap picture gelap sangat, so tak nampak apa-apa..tak pe lah, nanti kalau you guys datang rumah I, I tunjuk, kasi angkat murah-murah pada you all okays..


Banyak jugak benda yang I sayang kat dunia ni, my mom, my dad sudah tentu mereka yang utama, my family,my niece (allysa sofea),  my siblings tentulah, luar cakap tak sayang, bergaduh, berentem (bahasa indonesia, cuti banyak nonton senetron) dalam hati saaaayaaang sangat.  

Tak lupa jugak budak gumuk, tembam nih, jantung hati saya, macam boyfriend nih, sikit-sikit tengok picture dia...bila jumpa geram sokmo.

so, apa pulak kesayangan korang???

p/s: barang-barang tu I dah ready kot nak let it go, cuma budak kecik tu je tak...:D


Saturday, 9 February 2013

Dah february, tapi tak pe..

Sebelum ini, I ada bagitahu nak share antara azam tahun baru 2013, memandangkan dah February, baru I nak cerita, alhamdulillah ada yang dah terlaksana, ada yang belum.  

I had the most fabulous 2012.  The year ended out well. In fact, lepas seminggu meninggalkan tahun lama hari tuh (masa busy nak exam tuhh) barulah I am in such a good mood i am going to start 2013 with a fresh list of the new year resolutions! Here goes...

1.  Transformation.  Tahun nih I nekad, I rasa betul-betul ready nak wearing hijab, but i not sure when, tapi still this year, at that times, I belum lagi cuma terdetik, and i wrote in my diary.  Today alhamdulillah, I dah pakai hijab, I learned many+new thing, bila kita ikhlas dengan apa yang kita nak buat, semuanya menjadi mudah (tiba-tiba macam lagu Wonder pet).  Jadi Mission I yang pertama dah tercapai, but i still need guide and always istiqomah dengan apa yang hendah dibuat. InshaAllah.

2.  Balance work and personal time.  Student lah paling banyak masa untuk diri sendiri, pergi class, balik class, makan, buat assignment, tidur.  So, lepas ni, I must make it a point to spend more time with my family and close friends.  Mengaku 3 minggu sekali I balik JB, kalau mood rajin dah datang, 2 minggu sekali pn I akan balik, cuma bila dah ada di rumah, bukan semua anggota keluarga ada, I still duduk seorang jugak, so I hope this year, I lebih close dengan family, communication and hang out with them, eh, tak lupa juga dengan my close friends, Faizah and Azira, I already meet them after examination hari tu in January, sekarang I plan nak meet Izzaty pula, Amani and Najwa tak pasti bila, Azura pulak I ingat nak meet masa wedding dia nanti, Tariq dia busy sekarang dan Zarul pulak selalu nak jumpa dan selalu jugak tak jadi. WhatsApp, text, bbm and calling buat rasa rapat dengan mereka.

3.  Fight the bulge.  Every wishlist mesti nak listkan yang ini, yup! mestilah! I ate so much bila nampak makanan yang sedap-sedap dihadapan mata, boleh cair ouhh tengok, padahal, sebelum nak makan tuh, selalu remind my self, behave time makan, kunyah 40 kali, jangan ambil nasi dan lauk banyak-banyak, but i can't handle myself.  Tapi tak pe, I will make sure to aerobic every Sunday, sapu slimming lotion selepas mandi dan kawal pemakanan. :)

4.  Save money money money!.  I need to start now to save money for a house, car and holidays!  Tahun ini, I nak kurangkan activity shopping! Tak nak dah beli barangan berjenama, Yes! Macam tak percaya but hopefully I berjaya, tapi actually I baru plan nak beli purse Gucci dekat JPO bila dapat part time salary nanti.  T-T. 

5.  Eat healthier foods. I dah try amalkan beberapa makanan tambahan, dah nak masuk usia 23 tahun ni, ketinggian still tak bertambah, but sel tissue dalam badan, immune system semua dah menginjak usia, so sekarang I try ambil collagen dan Vitamin C.  Dah macam jadi satu keperluan sekarang.  So nak kulit cantik, nak sentiasa segar, nak sentiasa sihat, kena jugak lah amalkan benda-benda perempuan macam nih. Eh! ahahah..:)

6.  Climb Bukit Broga.  Since studying in Selangor, why not I take this opportunity.  Setahun lagi nak habis, hopefully adalah kenangan I boleh bawak balik nanti, takkan nak bawa kenangan mendaki Tangga Batu Cave dekat Uitm Palam tuh.

7.  Find materials that can enhance my skills.  Sekarang nih, pengetahuan am tuh penting, so kena rajin baca magazine yang boleh menjana minda macam Reader Digest tuh, tapi mahal sangat bagi I, I cuma beli, bila betul-betul ada duit lebih untuk beli magazine tuh, so I still choose CLEO as my favorite english magazine, but now I dah start beli Dara.com tau and baru-baru nih I ada baca magazine Solusi, kalau rasa nak kenal diri sendiri, try baca magazine tuh, sebab ayat dia sungguh cantik.  Dalam bulan January hari tu, hampir 5 majalah I beli, sebab issue awal tahun, banyak idea baru kan, sayang rasanya kalau tak beli.  Kesimpulanya I love reading, lepas ni kalau tak sempat nak beli semua magazine tuh, I read online je lah. :)

8.  Baking cake and masak-masak. Disebabkan penulis belog merupakan seorang yang pemakan, dia juga perlu pandai memasak.  I love baking, cuma belum ada banyak masa, dan belum ada banyak bahan yang cukup untuk buat cake.  Cuti semester nih, sempat buat satu Chocolate Cake, lepas ni I nak buat Rainbow cake pula, cuma belum tahu bila.  Masak lauk-lauk I belum expert lagi, banyak perlu belajar, So esok nak masak apa yer?

9.  Business.  I macam dah fikir nak buat business, at least nak tambah duit pocket sebelum I melangkah ke alam perkerjaan (ewaah melangkah).  Apa nak jual ye? I macam nak jual my pre-loved items, macam barang bundle, I banyak baju-baju yang I nak jual, ada yang I belum pakai pun nak jual, sebab kat kedai rasa cantik, bila dah beli rasa tak berkenan pula, terus keep the baju sampai sekarang.  Lagi satu, I nak try jual product Rumpai Laut Collagen.  Tapi tu semua still dalam perancangan I.

Actually ada banyaklah I punyak wishlist 2013 nih, nak cerita pun sampai esok pun tak habis, I harap 9, benda yang terpenting antara yang penting-penting lagi tuh boleh lah terlaksana dan tercapai dengan mudah.  InshaaAllah Amin....

Tuesday, 1 January 2013

New Year New You

Assalamualaikum pembuka kata tahun 2013.  Tahun yang dinanti, selepas tahun 2012 yang penuh dengan kontroversi, mulakan tahun ini, hari ini, dengan setiap hari yang indah dan sentiasa akan diingati.

Everyone feels like a fresh start at times, a renewed focus on getting the most out of life, enjoying the simple things and clearing the way for a calmer, less stress routine. Pembukaan 2013, buat I happy sangat sebab A datang jugak jumpa I, setelah sekian lama I menanti.  Jadi hari ini memang I akan ingat, sampai bila-bila.  In shaa Allah.  Wish me luck for the next episode okay..:)

As a Malay and Islamic adult I used to regard the celebration for any festival should be moderate not to extravagant happening, actually we just should and have to be appreciate what we have today, and always advice to appreciate for everything that gifted comes in our life from our creator (Allah s.w.t).

Berbalik pada misi tahun 2013, I want to be a good student, berfikiran positif in every situations dan sentiasa sihat dengan menjaga kesihatan, eat right, so brain can function well., minum banyak-banyak air yang jarang, bersenam, minum susu, makan collagen, makan multivitamin, arrange balik jadual, arrange balik susunan dalam our hard disc, plan balik apa yang kita nak dalam hidup...

For this new year, i realize there is a huge gap between the rulers and the ruled.  The ruled are material for exploitation.  I kata begitu sebab diri kita sendiri kena set our ruled. Peraturan, kita bina peraturan yang baik-baik untuk diri sendiri, demi masa depan sendiri.  Contohnya, peraturan, jauhi dadah, arak dan semua benda yang boleh merosakkan diri sendiri.  Contoh peraturan yang I buat, untuk diri, jangan dating with ex-boyfriend kawan sendiri.  Dan sampai tahun 2013, I masih pegang lagi my own ruled tuh..Ahahha...

I nak listkan azam tahun baru dalam diary, tak sempat lagi nak buat...for the next entry mungkin I nak share disini..good night, have a nice first January...

P/s : Tomorrow schooling get started, Selamat Kembali ke Sekolah...:)


Monday, 31 December 2012

A new year begins...

Ya Allah...I cant believe its been a year! I still remember during January 2012, i take my first semester examination for my degree session..now on 8th January 2013 i will take for the second last semester examination before i left for industrial training. Wow!...

Terlalu banyak cabaran dan perubahan dialami pada tahun nih, so for the next year, which is tomorrow, lebih banyak lagi cabaran dan perubahan harus kita tempuh...Are you ready? me ready? So, I guessed it been a good year....I must say yes!!!

Actually I am so blessed with so much love, so much kindness and goodness around me, that i can only hope 2013 will be as equally generous.  Its time to me to prepare for a brand new year...such as to make decisions, to stick on resolutions and loads of exciting possibilities to look forward to.  I must be totally ready.  

Jadi, bila I imbas balik perkara yang I buat during the rest of this year, terlalu banyak...banyak..suka, duka, seronok, sedih, gembira, merajuk, sakit, mengantuk, ketawa, malu, marah, bangga, kelaparan, menyampah, excited, blurr, lost, terkejut, teruja, terkesima, kepenatan...dan banyak-banyak lagi..

Salah satu moment yang I tak boleh lupa, pada awal tahun yang lalu. I dilantik untuk jadi ketua program untuk satu program kebajikan, I memang tak layak actually, sebab I rasa ramai lagi yang sesuai, tapi bila think about responsibilities, if peoples choose you, and majority choose you, you must hold it until be a arang, senang cakap macam genggam bara api biar jadi arang lahhh, Alhamdulillah event itu berjaya atas sokongan semua.  Bagi I itu satu pencapaian pada tahun ini.

Kemudian, ada lagi satu, tentang program lawatan ke Penang, pada permulaan rasa seronok, pertengahan dah nampak goyah, dan akhirnya bergoncang, until now, bagi I, personally kes ini tetap tak habis lagi.  Dan I harap sangat tahun 2013, akan mengembalikan kawan-kawan kelas I yang macam dulu...yang macam event kebajikan dulu...helping each other, kerjasama, sepakat membawa berkat dan lain-lain, tapi bagi I kawan-kawan kelas I tetap the best, cuma biasa la, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...apa-apa pun...the truth is, I love my classmate!

Dan hari ini, I tak sangka sangat, A datang jugak JB, setelah 6 tahun kami berkawan, he meet my mom...I ingat kita dah tak ada apa lagi, lepas 2weeks yang lalu, this ones, kejutan yang paling besar dalam hidup I, because, seriously A ni macam tak gentleman sangat, dia suka gila pada games, dia macam anti perempuan (macam orang frust), dia macam anti-sosial, sedangkan dah nak masuk tahun (2013) ke 7  berkawan, i still macam tak kenal dia... ahahah...Apa-apa pun, i appreciate sangat dia datang sini,..mungkin ada kisah seterusnya... jeng..jeng..jeng...i just wish all the best for this new year coming...

Last but not least, I harapkan yang baik-baik untuk tahun 2013 yang akan datang esok, doakan yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, family, guru-guru dan pensyarah, kawan,kawan dan semua sekali. In shaaa Allah.

"New year begins with new stories of every one's life, so..ouhh my dear "New Year", Please write my love story :D


Saturday, 29 December 2012

Lagu-lagu Cinta Melayu

Cinta ini, kupersembahkan setulus hati kasih, kepadamu....seandainya..engkau mengerti, hanya kau yang ku miliki, dalam hidupku- Misha Omar...One of my favorite love songs, tak berapa ingat tajuk lagu, tapi seriously I suka...sebab ingatkan I pada A. (dah macam filem Istanbul aku datang).

Cinta terpisah ruang waktu..tetap cinta bersatu dalam hatiku. walau raga tak mungkin bersama..kuyakini hati kan tetap setia-Siti Nurhaliza & Hafiz
(lagu bermain diminda, novel adam dan hawa pun bermain diminda)

Cintaku bukan diatas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa, tak perlu dicari, kerna kuyakin ada jawapnya...-Siti Nurhaliza.(teringat masa zaman sekolah, habis kertas kajang buat surat cinta, letak habuk kapur banyak-banyak)...

Cinta itu boleh diumpakan bagai makan sambal belancan can can can...walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua..-Saiful Apek & Yusry 
(lagu cinta yang funny...mesti tergelak bila tengok)..

Cintaku bukan kerana harta, cintaku tidak kerana paras rupa, sedarilah kasih....,cintaku harap hingga ke syurga, bersama-samamu-Siti Nurhaliza (dibesarkan dengan hidangan lagu-lagu Siti, memang dekat sangat dengan jiwa I)

Cinta ini membunuhku,...bagaimana caranya untuk, meruntuhkan kerasnya hatimu, kusedari ku tak sempurna, ku tak seperti yang kau inginkan....-D'masive (suka dengar lagu macam nih, tapi bahaya sampai membunuh)

Cintaku...tak pernah memandang siapa kamu, tak pernah menginginkan kamu lebih, dari apa adanya dirimu...selalu....-Vanessa Angle & Nicky Tirta (love songs favorite tahun 2012)...


Terlalu kuat penangan Cinta, tapi jaganlah terpedaya.



Tuesday, 4 December 2012

Novel Review: The Particular Sadness of Lemon Cake

Hello, Assalamualaikum semua, waaaah bestnya hari ini, sebab class hanya ada 1 je, nih pun I dah selamat sampai rumah, siap dah lunch, siap sempat watching Istanbul Aku Datang untuk kali ke tiga.  Haha, mestilah I kan peminat setia Lisa Surihani!

Okay bukan masanya untuk tidur, lagipun I  tak mengantuk sangat pun, jadi I rasa dah tiba masanya untuk I adakan segment baru, ewaaaaah yelah tak kan, nak cerita tentang kisah diri sendiri je, orang pun tak suka nak baca, I must do something different, yang I boleh share dengan you all.

Buat pengetahuan korang, I dah baca novel nih 3 kali, dah lama dah I beli, cuma you know, sebagai student memang tak sempat nak baca, pulak tuh in English, bila tak faham je, kau akan stop sekejap, then continue baca, bila nak baca je for the next chapter, teringat buku-buku academic belum habis baca, terus rasa bersalah, lepas tu stop lagi, then, bila nak mula baca, nak baca balik dari mula.  Jadi, kesimpulanya, bila I dah betul-betul faham dan rasa I need to share something yang baik pada korang, terhasil lah novel review nih.  


Tajuk:  The Particular Sadness of Lemon Cake
Penulis:  Aimee Bender
Harga: RM 35.90 (MPH Bookstore)

Summary:  Rose Edelstein, seorang kanak-kanak yang menyambut hari jadinya yang ke sembilan telah merasa kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun dia mendapati, dia dapat merasakan emosi dan perasaan ibunya selepas dia memakan sepotong kek tersebut.  

Semuanya perasaan, hati, naluri, citarasa, kesedihan dan emosi ibunya Rose dapat rasa.  Perkara ini berlaku dengan tiba-tiba dan mungkin sepanjang hidupnya.  Dan dia merasakan makanan adalah sesuatu yang berbahaya, makanan mempunyai perasaan itulah yang Rose rasakan, dan setiap hidangan mendedahkan sesuatu emosi.

Namun begitu, perasaan aneh tersebut membuatkan Rose untuk bertindak dan memaksa dirinya untuk berhadapan dengan kebenaran disebalik emosi yang ditunjukkan.  Contohnya kesedihan ibunya, sikap bapanya dan abangnya yang pelik (clash with the world).  Walaubagaimanapun, Rose semakin membesar dan dia belajar untuk tahu terdapat beberapa rahsia keluarganya, namun masih ada rahsia yang deria rasanya masih tidak dapat mengenal pasti.

Secara general, I boleh simpulkan kat sini, novel The Particular Sadness of Lemon Cake adalah tentang perasaan  orang yang kita sayang, yang kita kenal, yang kita rapat, kita tahu rahsia emosinya, lagi-lagi setiap orang itu adalah part of our family.  Kejujuran, keikhlasan, keresahan semuanya Rose dapat tahu selepas memakan sesuatu makanan., bermulanya dengan makan kek chocolate lemon buatan ibunya.  Namun begitu, novel ini , bagi pendapat I, ada kelakar, ada sedih, ada gembira dan yang paling penting novel ni lebih menunjukkan kisah-kisah kebiasaan yang kita lakukan, dan tanpa kita sendiri duga.

So, novel nih best sangat, mudah faham selepas baca tiga kali, dan penulisan yang kemas dan ayat yang digunakan memang cantik dan indah, sebab you akan rasa nak makan kek lepas tuh, Haha.  I rasa ada jugak e-novel online untuk novel nih, but tak best lah kalau just tengok your lappy and read words by words, lepas tu sakit mata dan kepala, tapi apa kata, kalau you hold this novel sendiri, lagi rasa seronok dan puas.  

Bila baca buat kali ketiga lagi faham.  So, Selamat Membaca.

p/s:  Nanti jangan lupa dapatkan novel Kenangan di Puncak by Pepol, I dah read online, cuma I belum cukup tabung lagi nak beli yang tangible tuh.  Next time okay.  :)

Friday, 23 November 2012

Morning Message

Assalamualaikum, hai, selamat pagi semua.  Macam mana hari semalam lebih baik tak dengan hari yang sebelumnya?, dan hari sebelumnya tuh, baik tak dengan hari-hari yang sebelumnya lagi....

For this morning I dah plankan sesuatu untuk diri I, supaya I tak wasting my time, dengan benda-benda yang tak berfaedah. harapanya begitulah.  Wish me all the best okay.

Actually hari ini I ada seminar Keusahawanan dekat my campus, but I tak dapat join sebab I malas.  Tapi itu bukanya alasan, alasannya, kenapa dia buat hari jumaat? pulak tuh, hari jumaat kami memang tak da kelas,so hari untuk berehat adalah hari Jumaat...Kenapa event nih buat dari pagi sampai ke petang?, kalau sampai tengahari, mungkin akan dipertimbangkan,..Tapi kan, you as a student, this is your responsibility, your university just want the best for their students, maksudnya bukanya belajar semata-mata di dalam class and follows syllabus then, you can graduate simply.


Bukan itu maksud I tak nak pergi Seminar, tapi, we now, just around the corner, at the end of this semester, so, tahu tak, banyak assignment, note, visit to company, and tutorial tak complete lagi.  Tapi tu kan event untuk student, student kena take this opportunity  so nanti bila dah kerja, you dah tak payah pergi dah event macam nih lagi, bersama kawan-kawan you. 

 Tapi kan, I penat sangat, tidur tak cukup tau, I dah lama beli mag cleo, sampai sekarang I tak habis baca lagi, my novel, my motivation books and  semua macam tak complete lagi.Tapi,  kalau you duduk rumah pun, bukannya you tidur sangat pun, you online, watching television and makan je kan,,...

Eh, I online I buat assignment lah...lagipun bukan I seorang je tak pergi event nih, might be all my classmate tak pergi pon, tak kan la I nak pergi, nanti semua cakap I nerdy...Tak payah ekot orang, kalau you rasa apa yang you buat tu betul, just go ahead.  

Tapi kan I cakap I banyak benda nak buat hari ini, so, tomorrow boleh la I focus buat assignment, What kerja yang you penting sangat nak kena buat?, I nak update belog, hari ini I kena pasang banner untuk event, lepas tu, I nak kemas rumah, sapu, mop lantai, susun kasut, basuh baju, lipat baju, kemas kain baju dalam almari, susun my stuffs yang dah tak tersusun tuh, dan online dan dan dan banyak lagi.  Lagi satu, it is compulsory to join Seminar Keusahawanan but, selalunya cakap je, tanpa tindakan.  This is first time, I tak nak pergi academic event sebegitu, tak pe lah kan, please,please.

Sebenarnya, I rasa jugak bersalah tak pergi academic event macam nih, bukan nak cakap I ni, student yang baik sangat, rajin sesangat, dan semua la sangat-sangat, tapi bila dah ada name list, mengatakan event tuh, kita kena datang, pihak organizer dah prepare food, name tag, chair, speaker dah bayar mahal, maybe some goodies and everything for participant.

Moreover, we know very well, if says the academic, it is all about knowledge, but student macam I selalu melengah-lengahkan.  So, hopefully, event sebegini, perlu betul-betul attract student untuk minat gila-gila untuk pergi event mereka.

Lagi, I believe, semua student pernah ada assignment kena buat event sebegini, jadi participant, jadi organizer, jadi usher, jadi mc and more, so, hanya you and I, dua dua faham kan.


*Sorry sangat-sangat tak pergi event Seminar Keusahawanan nih, actually I pun ada assignment group yang kena buat event minggu nih, so, kena doa banyak-banyak supaya event nih berjaya dengan cemerlang.

Wednesday, 21 November 2012

Hari Penuh Keriangan

Assalamualaikum, hai semua, apa khabar? sihat tak? Di harap korang semua sihat, sebab cuaca sekarang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, macam tuh jugak dengan I, sekejap flu, tsk, tsk, sedut hingus, hembung hingus, sekejap my body pulak rasa macam dedar, lepas tu, sore throat pulak.  Memang macam-macam penyakit, kalau kita sendiri tak jaga diri kita, but kadang-kadang terlalu jaga sangat pun, boleh dapat infections juga.  So, semua itu ketentuan Allah s.w.t kepada kita.  Kita just boleh elakkan dari perkara itu berlaku.

Okay lah hari ini I happy sangat, actually semalam lagi happy, hari ini dah kurang sikit, sebab tadi I ada Quiz for Health Marketing Subject, waaaallaaaahhh...questions dia, memang challenging lah..tak sangka pun macam tu punya soalan,..yelah sebab itu just subject baca-baca kan...Question banyak tanya, deeper and deeper, bukannya di gigi air sahaja.  Eh apa dah merepek nih, tak pe lah, I dah berusaha, tawakal dan sekarang banyak-banyaklah berdoa.

Kan I pernah cakap kalau terlalu happy, I akan update belog, semalam I tak sempat, so I replace hari ini.  So, I dah list kan perkara yang I lalui, dan yang semestinya perkara yang membuatkan I gembira.  
Ha Ha Ha  Ha. 

1)  Konvokesyen

Masa I konvo time diploma tahun lepas, memang rasa seronok sangat, sebab segala efforts dan penat lelah kita semasa belajar terbayar, terus hilang rasa tension masa belajar, hilang rasa nak balas dendam sebab tak cukup berhibur (ewwaah berhibur), terus hilang rasa sakit hati pada subject-subject yang tak faham, yelah dah habis belajar kan...I nak konvo you...tak kisah la pointer tinggi ke rendah ke, memang hari ini hari diri ku berkonvo, yang penting sejuk hati, bila tengok ibu dan ayah, ahli keluarga, saudara-mara gembira dengan pencapaian kita.  

2)  Bila tahu kelas cancel

Disebabkan kita nih student, when turn tu morning class, lagi-lagi Monday morning, pulak tu, memang cun dapat text from one of my friends awal-awal pagi, pukul 6, tentang class pagi dibatalkan.  Memang sambung tidur lah,  student memang kuat tidur, inilah sesuatu yang tak spoilkan mood student, but bila cakap tentang replacement class, itu yang paling tak suka.

3)  Dapat text from secret admirer

Wah bagitahu I siapa tak senyum melebar bila dapat text macam tuh,  "I nak kenal dengan you lah", lagi-lagi for those yang memang single, memang tunggu si jejaka nak approach, memang indah sungguh hari  anda.  Lepas tu, every morning and night mesti wish, "good morning", "good night", "good morning", "good night", then, tidur pun you akan senyum jew,,,,lepas tu lagi best....

Cair ke, I rock tak kan cair punya lahhhh. :p

4)  Dapat offer pergi luar negara

I pernah dapat offer pergi Cambodia masa I diploma, sebenarnya bukan bercuti eh, actually pergi Leadership Seminar selama seminggu di sana, makan, pakai, hotel, ticket flight, duit belanja, ditanggung oleh organizer, gila kau cakap tak best, memang best, pakai tu I tipu ehhh..ahahha...Tapi apa-apa pun, kena ingat objective pergi sana, enjoy-enjoy jugak.  Alhamdulilah sangat, now I still tunggu jugak offer dari mana-mana.
Cambodia

5) Berat badan turun

Bagi gadis-gadis yang rasa diri mereka tak kurus, macam I nih, memang lah happy sangat bila timbang, berat turun, paling best kalau turun 3kg, rasa dah cukup kurus dah tuh,...happy sangat, lepas tu terus plan nak pergi makan dekat Seoul Garden atau pun nak lebih Johorean sikit kat Rawa (Steamboat Restaurant), yelah sebab dah turun 3kg, lepas je makan, terus naik 5kg, tapi tetap maafkan diri sendiri sebab steamboat punya pasal, dan berjanji esok dah tak buat lagi.  Okay, kesimpulanya memang I happy sangat kalau berat badan turun. :D


Time nih, I rasa kurus sikit, 49kg je...sekarang....adoooiiii...

Okay dah Maghrib, marilah menuju kejayaan kawan-kawan.  Banyak lagi I nak update.  Nanti ya.


Tuesday, 13 November 2012

Di Kepala

Sejak masuk  tahun 2012, I sebenarnya dah tak sabar sangat nak tukar heading, bosan sehhh tengok heading yang sama, I rasa hampir 2 tahun kot I pakai heading tuh, entah, I pon tak sure dah berapa lama, yang penting memang dah lama, dari rambut I panjang, I dah potong pendek, sekarang dah nak panjang balik,  nak buat heading itu pon I hired orang untuk buatkan, but I memang dah tak boleh tahan tengok belog sendiri nih.  Then, bila I dapat tahu je, quiz Billing & Insurance esok di cancal kan, weeee hoooooo seronok, terus switch on my laptop and facebooking, twittering, blog walking, tagged-ting and macam-macam lagi lah, tak kan nak bagitahu semua apa I buat.

Eh lagi satu, filem tamil tadi best, jugak!, Tahniah buat filem tamil, tak jemu, tak serik, tak rasa buang masa pon tengok, walaupun, I tengok cerita tuh sambil menduakan dia dengan searching online entah apa-apa.

Lepas habis filem tamil, I duduk-duduk, terus I draf kan heading macam mana yang I nak, I nak heading yang menggambarkan diri I lah, takkan diri you all pulak kan, apa I suka, siapa I minat, I suka buat apa, serba-serbi tentang diri I, wahhhhh gila kuasa, yelah belog I kan...No wonder lahhhh...


One of them yang I rasa cantik, yang I rasa ehhh...yang ini, sebab dia simple jew, yang lain I buat, aiiiishhhh malu sangat nak tunjuk, camnih okay kot, I kan dah besar, tak nak lah, letak picture gedabak dah kat depan, orang tengok belog, terkejut tengok muka kita, lagi-lagi yang pakai handphone yang comel-comel macam I, bukak-bukak nampak muka kau dulu....Ahahhah...So, I dah 22, buat la cara matang sikit, sikit jew, ...

Ni I just main lukis-lukis je, memang secara semulajadinya pon memang I tak reti and tidak ada bakat pun dalam seni lukis,...kalau seni kreatif, Insya Allah....so....nanti I nak mintak tolong one of my friends la buat kan, nanti I suap lah diorang dengan top up....ahahhahaha

Tungggu.....

Saturday, 10 November 2012

Hidup Umpama Artis

Bila terlalu happy I akan update blog, bila terlalu sedih I akan update blog, bila terlalu excited I akan update blog dan bila I ada coverage untuk online  I akan update blog. As a general, ones of the reason that i stated is because of i update my blog today.

Berbalik pada entry diatas, hidup I umpama artis, yes I am, tapi bukan sebab pakai barang-barang branded, bukan dapat makan di restoran-restoran mewah, bukan dapat pakai tinted cermin kereta dan bukan jugak I dapat 1juta followers tapi when it comes to musibah yang hadir dalam hidup, it really hurt, but artis still boleh comes in TV with nothing has happened.  See, mereka memang kuat, so i should and must and probably like them. Kan, jangan muntah lagi okay.

Semuanya bila salah faham berlaku, and manipulated cerita, tu yang I cakap hidup umpama artis, contoh macam Syila Amzah, dulu time beliau baru nak naik dalam industry walaupun dia dah lama dilatih oleh ayah dia, orang cakap suara dia tak best lah, tak ada aura lah, famous sebab ayah dia lah, but now shes a Winner for Asian Wave, dia bukak mata semua orang yang pernah kutuk beliau.  

Syila Amzah Anugerah Asian Wave

Selain tuh jugak macam Siti Nurhaliza, beliau kahwin dengan Dato' K, orang pertikaikan kawin dengan orang tua, dia pakai baju hip hop during her performance, orang cakap tak sesuai, dia belum ada anak orang cakap dia mandul,...semuanya berkaitan dengan orang lain, not herself, everything she made decision actually not effect others but people outside there feel threaten.


Siti Nurhaliza Anugerah-anugerah (bukan produk Anugerah eh)

Macam I, dulu I nak sangat jadi artis, hidup glamour lah konon-kononnya, tak dapat jadi artis menyanyi atau pelakon dapat jadi artis pengacara TV pon okay, tak dapat jadi artis pengacara TV, I dapat jadi artis dekat belog pon okay, bila tak dapat jadi artis dekat belog, jadi artis kat kampus pon okay, then orang pulak meluat tengok kita, ke hulu ke hilir to exposed our self.  Berangan nak jadi top student and get ANC bila grad nanti, dan nak jadi orang yang berpengaruh dalam kelas.  Bila tanya pada seorang-seorang manusia yang normal, kata mereka "gila kau tak nak" then kalau orang yang dapat title macam tuh "itu rezeki masing-masing".  Kalau nak kena lah usaha ke arah itu.  Nak CGPA tinggi kenalah rajin-rajin study, nak hangout dengan kawan-kawan kenalah ada transport sendiri, nak pergi London macam my mom hari ini, simpanlah duit banyak-banyak dari sekarang, nak jadi Pilot, kenalah ambil course tuh, bukan amik Health Admins macam I nih, kalau nak orang suka kat kita, tak pandang buruk tentang kita, tunjuk la perangai yang senonoh.  Semua nih I point to myself and kalau you all rasa macam ada persamaan je, take it as memang hidup umpama artis kan.


Bila kawan yang kita boleh main tarik-tarik rambut, tak tegur kita, yang boleh bergurau-gurau, menjeling kita, bila kawan yang kita pernah minum secawan, makan sepinggan and hangout bersama caci kita, kepercayaan hilang sekelip mata, because of the mistakes and choices that not we made but we in the situation.  Mulalah buka cerita lain, caci dan kutuk kita. but I ada prinsip a clean heart won't let your mouth speak dirty. What I can do, just be a good person and succeed in the future rather than mess up now and destroy my future.  Bila mereka faham, mereka akan datang semula pada kita.  Insya Allah.  I miss my friends, my old friends.

Last but not least, semua keputusan yang kita buat, pilihan yang kita pilih, statement yang kita cakap, perangai yang kita tunjukkan, cara kita memandang dan body language yang kita gunakan, semuanya akan dipertikaikan oleh orang.  Pilihan yang kita buat tu, ada sebab yang tersendiri, bila mereka tak tahu kisah sebenar, mereka salah faham, even though ada yang faham but still pura-pura tak faham and rasa mereka betul, apa yang berlaku semalam disebabkan oleh salah faham, usually people not try to understand or solve the problems, they tend to comments and judged the situations.   "Think positive, doakan baik-baik untuk orang, doakan ibu bapa kita dan jadilah orang yang baik untuk orang lain"-Lisa Surihani.

I, my lovely mum with my awards.  Sekarang boleh muntah.

Tuesday, 28 August 2012

I am fail.

Hari ini gagal dalam test. Esok entah gagal dalam apa pulak, memang semangat dah luntuh dohh, percayalah... Tapi memang salah sendiri pon, tak boleh salahkan orang lain, tak fokus, tak tajam, tak  mantap...Bukan ku malas nak berusaha, bukan ku segan nak bertanya, tapi segalanya tak menjadi, tak menepati, semacam apa yang ku usahakan hanya sia-sia, tiada hasil.

Tapi Eja, ingatlah..

"Thomas Edison gagal 1000+ kali. Muhammad SAW gagal memujuk bapak saudaranya untuk memeluk Islam. Steve Jobs dipecat dari syarikat yang diasaskannya sendiri. Imam Malik gagal menarik minat anaknya sendiri ke arah ilmunya. Henry Ford gagal sebanyak 5 kali sebelum mengasaskan Syarikat Motor Ford. Nabi Nuh gagal berdakwah kepada isteri dan anaknya. Walt Disney dipecat oleh seorang editor sebuah akhbar kerana dikatakan "kurang imaginasi dan takde idea yang best". Nabi Luth gagal menghalang perbuatan homoseksual isterinya."

ini orang-orang gagal yang berjaya.

dan sebab itu,
gagal ni gunanya untuk bangkit.



Monday, 30 July 2012

Hari Ini

Hidup memang indah kalau happy je memanjang, memang bertambah bahagia bila semua orang suka pada kita, suka perangai kita, suka tindakan kita, suka keputusan kita.  Tapi hakikatnya, kira rasa diri kita disenangi, tapi sebenarnya takda lah sangat...kottt...

Hari ini, hari yang bahagia, hari ini I rasa, I patut berubah, berubah untuk menjadi kawan yang lebih baik, kawan yang tak memilih kawan, kawan yang sentiasa memberi sokongan, kawan yang menjadi cheers bila kawan kita sedih, kawan yang betul-betul hargai kawan lahhh...


Thursday, 12 April 2012

Gembira Dalam Masa 14 Hari

Lately nih, kadang-kadang I rasa sangat-sangat gembira dan kadang-kadang boleh jadi sakit otak...bukan gila eh, tapi agak stress sikit lah...no no actually eustress (kata my lecturer kalau kita stress untuk benda positive) but then, I still take it as a stress too.  Jadi, I cari sesuatu yang lawak that can make me happy, laughing in a day, such a watching, more than 10 times Maharaja Lawak Mega Osbon (minggu ke 7), Edisi Khas, and youtube funniest video.  Cara macam tu, boleh buat I lega.  Onemore, Twitter pon sama, mostly rasa lawak baca tweet orang....

Then, I baca artical tentang "A Happier You in 2 Weeks" from Lucy Danziger.  
I nak sangat nampak gembira, dan memang rasa benar-benar gembira.  Yes, sometimes kita kena rasa sedih, just simpan sedih tu dalam bilik, jangan tunjuk sangat pada orang okey.  Jom kita cuba.

 Day 1
Makan manisan pada makan tengahhari dan makan malam.  Lepas tu tengok benda yang kita suka. Macam dalam article ni dia suggest CuteOverload.com.  Tapi I suka tengok gambar anak sedara I, dia dah cukup cute dah..
 
shes so cute "overload cute"
Day 2
Bersenam-senam.  Rumah I tingkat atas sekali, hari-hari kena naik tangga sampai tingkat 6, kelas I tinggi hari-hari naik tingkat 10, but it is not a problem untuk tidak bersenam, lately nih, I ada hobby baru, main badminton, woooaahhhh love it,  Effa buat I terjebak dengan kancah sihat sebegitu...1 kali seminggu rasa tak cukup, mencurah peluh dari atas kepala sampai hujung kaki. best sangat.

Day 3
Fikir positif.  Hari-hari berhasrat untuk senyum kepada semua orang yang kita jumpa, semangat nak jumpa dengan our crush walaupun dia tak pandang langsung pon kat kita, bawak beg berat macam batu bata pon still happy dengan diri sendiri.

Day 4
Maafkan orang.  Ada orang susah nak maafkan orang dan ada orang sangat mudah untuk maafkan orang lain. So, mana satu yang lebih positif?

Day 5
Bagi semangat pada orang lain.  Beri kata-kata positif dengan orang lain.  Puji kawan-kawan dengan ikhlas.

Day 6
Cari potensi diri, apa talent yang kita ada, adakah kita nih creative atau kita ada bakat hias buku nota ke...ouhh itu saya.

Day 7
Tukar fikiran kita dalam masa 4 minit.  Contohnya, ok masalah proposal I lah, genap 2minggu I hantar proposal, tapi still tak approve, bagi I, I memang jenis tak suka dengar alasan, boleh cakap boleh, tak boleh cakap tak boleh...To make me cool down dengan sikap kepala angin macam tuh, I nak try lah take four..lama sikit, selalunya I take two je, dah natural balik..ahahha....Kenalah tunjuk yang kau tu professional walaupun kadang-kadang tidak.

Day 8
Malam sebelum tidur, jot down beberapa perkara tentang keluarga yang kita cinta.  Esok pula, bangun pagi, tulis pula tentang kebaikan kawan-kawan baik kita,  Lusa pula, tulis pula tentang betapa indahnya dunia ketika belajar.  Dengan cara-cara macam nih, boleh buat kita rasa lebih gembira.

Day9
Senyum selalu walaupun tengah sedih.  Even though your smile is fake.  Letakkan kegembiraan dalam diri.  Senyum ni pon adalah senaman muka, wah I nak try lah.  Plus, senyum tu sedekah, dapat pahala free jew...

Day 10
Get your best friend ajak tengok wayang ke, karoke ke, since Izzati kat JB and I dekat PA ym dengan facebooklah yang menghubungkan kami..tapi bila I balik JB dapatlah tengok wayang sama-sama.


Day11
Help the local economy.  Belilah dan makanlah buah-buahan tempatan,  pilihlah barang-barang buatan Malayia.  Sejujurnya, I ni suka branded punya barang, I suka tentang quality pada barang tersebut, tapi I akan beli, bila I betul-betul have enough money to buy all those things.  Then, bila I tak cukup duit untuk beli yang mahal, I akan beli yang murah, tapi ada quality, dan akan rasa bahagia bila mengayakan sesuatu tuh dengan duit yang kita ada tuh.

Kumpul duit beli guess
Day 12
Catitkan apa yang kita suka buat, rancang sebelum buat sesuatu.  Set jam nak bangun pukul berapa, drafkan apa yang perlu dibuat pada keesokkan harinya.  Make it organize.

Day 13
Put cherry on the top.  Bila kena lakukan seuatu yang anda memang tak nak buat, contohnya macam I nak pergi jumpa En. A tanya tentang proposal, dalam hati Ya Allah memang takut jugak, takut pakaian tak sesuai, takut tersalah cakap, takut yang sengaja di buat takut, so just tinggalkan takut-takut tuh kat depan pintu sebelum masuk ke dalam untuk buat perbincangan dengan En. A.  

Day 14
Read novel cinta yang bahagia, then relate pada diri sendiri...wah memang rasa diri sangat bahagia...yang ini I dah over sangat..selalu berangan lebih.

Cukup 14 hari cubaan untuk gembira.  Tak tinggal solat pun dah cukup buat kita gembira sepanjang hari...Jom kita try ni sama-sama, untuk jadi lebih gembira dalam masa 2 minggu  dan hari-hari yang mendatang.

Saturday, 17 March 2012

Why moms can't stop worrying about


Current Issue Jewwww. 

Dari kecil lagi, I memang tahu, walaupun my mom sangat busy dengan kerja dari dulu sampai sekarang, tapi dia tak pernah berhenti untuk bimbang tentang kami adik-beradik, especially bila satu keputusan yang dibuat oleh anak-anak tanpa melibatkan dirinya.  Contohnya, balik lambat, lepas hang out sampai dah nak senja, bila dah nak malam baru sempai ke rumah, padahal, kita cuma balik lambat sebab, bus yang lambat, but bukan salah kita, tapi mangsa bebelan bukanlah bus itu, tetapi adalah kita.  Di sini adalah shortlist kenapa mak-mak kita sangat risaukan kita masa kita kecik-kecik dulu.

Makanan.
Yes, pasal makan pun boleh jadi issue beb.  Masa kecik kita rasa seronok nak cuba pelbagai jenis makanan, pedas, manis, masam, pahit,...tapi ada juga geng yang jenis bukan kaki makan, so mereka akan stay healthy disitu.  But for me, kalau kami adik-beradik memang jenis tummy yummy, lagi-lagi Taufiq masa kecik kuat makan but then, dia akan muntah selepas itu.  Umi risau dia makan bayak, tapi dia still benarkan taufiq makan dengan banyak-banyak, tak pernah kata stop, sebab tak sampai hati tengok anak makan.

Playdate Pressure.
Kadang-kadang kita memang tak faham, kenapa mak kita sungguh tak berkenan dengan playdate kita tuh.  Lagi-lagi time kecik-kecik.  Padahal we just want having fun together and making friends. Mom akan cakap  "Jangan selalu main kat rumah dialah", "mak dia marah nanti", but kita tengok mak dia okey jew,  Now, when we were teenage, our parents didn't oversee our social lives and we generally did just fine.  Cuma kadang-kadanglah, kalau ada boyfriend yang mencurigakan tuh, mesti mak-mak akan tanya. kann..

Report Card.
Bila dapat report card sekolah, bukan je mak kita sibuk bimbang, tapi kita pun sibuk risau, macam manalah reaksi mak, tapi kita just chill and cool je datang sekolah dengan mak,..Redha je dengan takdir nanti, padahal dalam hati Allah je tahu.  Lagi-lagi untuk yang banyak pen merah macam I.  Balik, dalam perjalanan menuju ke kereta, atau masuk je dalam perut kereta, sesi tazkirah terus bermula.

Baju Kotor.
Baju sekolah putih, letak marker dalam kocek baju depan, peluk kawan sebelum pulang, tak perasan ink marker pen dah tumpah di dalam, lalu kawan pun dapat setepek sama ink marker pen yang tumpah.  Ingat tak iklan tuh, tapi ending dalam iklan tuh, mak dia cuma senyum, amik detergent tonyoh-tonyoh dekat kocek yang kena marker then, tuang selebihnya dalam mesin, dah wahhhh baju putih berseri kembali.  Tapi bagi I, time sekolah baju kalau kotor sangat,  bila sekolah rendah dapat bebelan dahulu, bila dah masuk sekolah menengah, banyak cantik punya muka, nak mak atau kaklong yang beruskan, kena berus sendirilah, lagi-lagi daki yang celah poket.  Lepas tu bila makan, kau sedap hirup mee kari, tak sedar tudung kena celup dengan kuah kari, rasa best je kan time tuh.  Balik mak akan tengok, "wah anak aku nih pergi sekolah ke, pergi memancah?."..
Nak berjiwang dengan Mak

Tak Nak Mandi.
Dah mandi pukul 5petang, sebelum pergi main dengan playdate, then lepas balik, mak suruh jugak pergi mandi, padahal kau rasa badan dah penat sangat, rasa nak makan dan tidur je terus.  Tapi mak tetap suruh mandi.  Bagi budak-budak suka mandi tuh, nak dapatkan tidur yang berkualiti, sanggup mandi,  bagi budak yang malas, rasa waste time and water je mandi, baik tidur je terus.  Tapi mak tetap rasa kusut kalau tengok anak dia, busuk bau peluh, terus-terus nak membutakan mata je, bawah ketiak mak pulak tuh...Memang masalah.

No Ice Cream for Dinner.
Masa kecik-kecik mengenget nak ice cream, kalau my mom, memang tak da harapanlah nak bagi waktu malam, Now, je bila dah besar bukak ice box, wah ice cream, terus makan dengan jayanya tanpa barriers yang mendatang.  Kau dah besar, faham-faham sendirilah kenapa mak tak bagi makan ice cream waktu malam, lepas tu akan miss out gosok gigi, lepas tu tidur, lepas tu mak tak suka tengok anak-anaknya kecik-kecik gigi dah hitam-hitam lompong.

Ajuk bukan Merajuk
Kalau merajuk, kadang-kadang mak malas nak layan.  but kalau mengajuk, dalam kamus dewan mendifinasikan sebagai melakonkan, mengatakan, membuat semula geri-geri atau percakapan seseorang.  Lagi-lagi kalau sikap itu, adalah negatif bagi mak.  Itu memang mak-mak pantang.  Mana taknya entah siapa yang ajar dah pandai cakap bodoh, babi, bila naik angin atau bergaduh-gaduh.  Lepas tuh, tengok cerita-cerita mat rempit, sibuk nak up basikal dia macam mat rempit buat.  Sakit dada mak tengok nak.

Namun risau mak sangat sweet, mak memang sayang kita bila risau, tapi mak selalu cakap 
"Janganlah buat mak risau".  

I love my Umi-  Hajah Aisyah Haji Omar.



Saturday, 28 January 2012

Dimana semua lelaki?

Pertama sekali semasa saya bersekolah, many of us adalah perempuan bila berbaris di tapak perhimpunan, barisan yang paling panjang, of course perempuan dan yang pendek-pendek adalah barisan lelaki.  

Then, bila berada di diploma, hanya ada 3 orang budak lelaki dapat habiskan sampai last semester.  Malangnya 2 daripada mereka sudah berpunya, harapan hanya 1 lelaki, didalam kelas untuk menjamu mata, namun sahihkah dia juga single??? I'm no Idea!...

Namun begitu, kawan-kawan yang sekolah dulu ada juga yang still together sampai hari ini.  Its good for them!.. Ahahha kadang-kadang saya terfikir juga, maybe kat sekolah adalah tempat yang berjaya untuk make relationship...

Ouhh No!.  Im kidding., Tapi betul, ada juga kawan-kawan semasa diploma yang in relationship sampai ke degree, betullah, tempat belajar sesuai untuk cari jodoh.  Bunga-bunga keserasian akan terbang antara, sesi suai kenal, pandang-pandangan, dan bila ada peluang itu adalah satu advantage!.No?

Ahem! Bragelina! Diorang mendapat keserasian apa bila berlakon bersama, lalu meneruskan perhubungan di luar film.  Kata kunci adalah KESERASIAN.  So, learn in same classes, buat study group dekat library, stay back for extra classes, in facts they're "dating".

So you see, tempat belajar is fair dating game for anyone.  Just think, kamu boleh berkenalan dengan cute dude  yang selalu terserempak dekat cafe tuh...Oh wait, Itu macam iklan Ponds, ingat tak, alah yang ada Melissa Maureen dan last sekali dia pergi tengok wayang.  Okey I mean, might be it could happen to you too..  Pertama sekali check si dia single ke tak.

Lastly, jatuh cinta tak semestinya hanya antara lelaki dan perempuan tetapi ia membabitkan hubungan kekeluargaan, persahabatan, minat dan mungkin juga kerja bagi sestengah orang.




Friday, 25 November 2011

Sincerely to Life

Hey peeps, good morning and good night for all of you, by the way, i baru balik dari lepas watching movie dekat Jusco Klang cerita Aku bukan tomboy, yeah plot of the story, emm interesting but for me at the end, i tak sukalah...i boleh bagi 3bintang untuk movie ini...Okeylah tak nak review panjang-panjang, sebab dah banyak kot orang buat review tentang filem-filem. So, kali ini i nak buat sesi meluah perasaan...
Perasan tak kadang-kandang kita selalu puji diri kita, kita selalu cakap pada kawan-kawan terdekat kita tentang kebaikkan kita,...kita cakap kita baiklah, mudah nak maafkan orang, tak sensitive sangatlah, suka tengok orang bahagia, suka tolong orang, cakap dengan suara yang baik, hormat orang tua, cakap korang tak cakap benda yang merepek, cakap korang nih tak sosial sangat, cakap korang mudah kecik hati, cakap korang mudah kena pijak kepala (sebab baik sangat), tak suka menyusahkan orang, tak suka kecikkan hati orang, cepat mengalah dan banyak lagilah perkara yang korang anggap baik, dan beritahu pada orang lain...

I pun tak lari dari semua tu, kadang-kadang atau pun slalu jugak puji diri sendiri tanpa kita sedar, dan kawan kita akan cakap "Wow, bagusnya.." wow, baiknya" wow..." wow... Korang pun rasa sikit bangga eh tak bangga tapi lega sebab bagi korang, bila dah bagi tahu, diorang iaitu kawan korang akan tahu behavior korang ni macam mana, apa yang korang suka, dan apa yang korang tak suka.. Itulah sebenarnya harapan korang...

But, apa yang lebih penting adalah sikap i sendiri, i sepatutnya lebih ikhlas pada diri sendiri, dan ikhlas kepada kehidupan yang i jalani sekarang nih,...So, apa kaitan dengan apa yang i dah membebel di atas adalah...disebabkan sifat i kadang-kadang yang tak ikhlas nih, Contohnya bila ada class ganti yang kena buat, hati tetap cakap mesti pergi tapi mulut kadang-kadang/selalu merungut dan akhirnya perasaan tidak ikhlas muncul...bukakah korang pernah cakap pada kawan korang tentang sifat-sifat positif korang tadi...?

Sekarang nih, kita kena ikhlas dan lahirkan fikiran yang positif...i sebenarnya nak jadi lebih pendiam...

Ikhlas dalam apa jua, Insya Allah, i akan cuba...:)