Showing posts with label i love allah. Show all posts
Showing posts with label i love allah. Show all posts

Monday, 31 December 2012

A new year begins...

Ya Allah...I cant believe its been a year! I still remember during January 2012, i take my first semester examination for my degree session..now on 8th January 2013 i will take for the second last semester examination before i left for industrial training. Wow!...

Terlalu banyak cabaran dan perubahan dialami pada tahun nih, so for the next year, which is tomorrow, lebih banyak lagi cabaran dan perubahan harus kita tempuh...Are you ready? me ready? So, I guessed it been a good year....I must say yes!!!

Actually I am so blessed with so much love, so much kindness and goodness around me, that i can only hope 2013 will be as equally generous.  Its time to me to prepare for a brand new year...such as to make decisions, to stick on resolutions and loads of exciting possibilities to look forward to.  I must be totally ready.  

Jadi, bila I imbas balik perkara yang I buat during the rest of this year, terlalu banyak...banyak..suka, duka, seronok, sedih, gembira, merajuk, sakit, mengantuk, ketawa, malu, marah, bangga, kelaparan, menyampah, excited, blurr, lost, terkejut, teruja, terkesima, kepenatan...dan banyak-banyak lagi..

Salah satu moment yang I tak boleh lupa, pada awal tahun yang lalu. I dilantik untuk jadi ketua program untuk satu program kebajikan, I memang tak layak actually, sebab I rasa ramai lagi yang sesuai, tapi bila think about responsibilities, if peoples choose you, and majority choose you, you must hold it until be a arang, senang cakap macam genggam bara api biar jadi arang lahhh, Alhamdulillah event itu berjaya atas sokongan semua.  Bagi I itu satu pencapaian pada tahun ini.

Kemudian, ada lagi satu, tentang program lawatan ke Penang, pada permulaan rasa seronok, pertengahan dah nampak goyah, dan akhirnya bergoncang, until now, bagi I, personally kes ini tetap tak habis lagi.  Dan I harap sangat tahun 2013, akan mengembalikan kawan-kawan kelas I yang macam dulu...yang macam event kebajikan dulu...helping each other, kerjasama, sepakat membawa berkat dan lain-lain, tapi bagi I kawan-kawan kelas I tetap the best, cuma biasa la, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...apa-apa pun...the truth is, I love my classmate!

Dan hari ini, I tak sangka sangat, A datang jugak JB, setelah 6 tahun kami berkawan, he meet my mom...I ingat kita dah tak ada apa lagi, lepas 2weeks yang lalu, this ones, kejutan yang paling besar dalam hidup I, because, seriously A ni macam tak gentleman sangat, dia suka gila pada games, dia macam anti perempuan (macam orang frust), dia macam anti-sosial, sedangkan dah nak masuk tahun (2013) ke 7  berkawan, i still macam tak kenal dia... ahahah...Apa-apa pun, i appreciate sangat dia datang sini,..mungkin ada kisah seterusnya... jeng..jeng..jeng...i just wish all the best for this new year coming...

Last but not least, I harapkan yang baik-baik untuk tahun 2013 yang akan datang esok, doakan yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, family, guru-guru dan pensyarah, kawan,kawan dan semua sekali. In shaaa Allah.

"New year begins with new stories of every one's life, so..ouhh my dear "New Year", Please write my love story :D


Saturday, 29 December 2012

Lagu-lagu Cinta Melayu

Cinta ini, kupersembahkan setulus hati kasih, kepadamu....seandainya..engkau mengerti, hanya kau yang ku miliki, dalam hidupku- Misha Omar...One of my favorite love songs, tak berapa ingat tajuk lagu, tapi seriously I suka...sebab ingatkan I pada A. (dah macam filem Istanbul aku datang).

Cinta terpisah ruang waktu..tetap cinta bersatu dalam hatiku. walau raga tak mungkin bersama..kuyakini hati kan tetap setia-Siti Nurhaliza & Hafiz
(lagu bermain diminda, novel adam dan hawa pun bermain diminda)

Cintaku bukan diatas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa, tak perlu dicari, kerna kuyakin ada jawapnya...-Siti Nurhaliza.(teringat masa zaman sekolah, habis kertas kajang buat surat cinta, letak habuk kapur banyak-banyak)...

Cinta itu boleh diumpakan bagai makan sambal belancan can can can...walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua..-Saiful Apek & Yusry 
(lagu cinta yang funny...mesti tergelak bila tengok)..

Cintaku bukan kerana harta, cintaku tidak kerana paras rupa, sedarilah kasih....,cintaku harap hingga ke syurga, bersama-samamu-Siti Nurhaliza (dibesarkan dengan hidangan lagu-lagu Siti, memang dekat sangat dengan jiwa I)

Cinta ini membunuhku,...bagaimana caranya untuk, meruntuhkan kerasnya hatimu, kusedari ku tak sempurna, ku tak seperti yang kau inginkan....-D'masive (suka dengar lagu macam nih, tapi bahaya sampai membunuh)

Cintaku...tak pernah memandang siapa kamu, tak pernah menginginkan kamu lebih, dari apa adanya dirimu...selalu....-Vanessa Angle & Nicky Tirta (love songs favorite tahun 2012)...


Terlalu kuat penangan Cinta, tapi jaganlah terpedaya.



Tuesday, 28 August 2012

I am fail.

Hari ini gagal dalam test. Esok entah gagal dalam apa pulak, memang semangat dah luntuh dohh, percayalah... Tapi memang salah sendiri pon, tak boleh salahkan orang lain, tak fokus, tak tajam, tak  mantap...Bukan ku malas nak berusaha, bukan ku segan nak bertanya, tapi segalanya tak menjadi, tak menepati, semacam apa yang ku usahakan hanya sia-sia, tiada hasil.

Tapi Eja, ingatlah..

"Thomas Edison gagal 1000+ kali. Muhammad SAW gagal memujuk bapak saudaranya untuk memeluk Islam. Steve Jobs dipecat dari syarikat yang diasaskannya sendiri. Imam Malik gagal menarik minat anaknya sendiri ke arah ilmunya. Henry Ford gagal sebanyak 5 kali sebelum mengasaskan Syarikat Motor Ford. Nabi Nuh gagal berdakwah kepada isteri dan anaknya. Walt Disney dipecat oleh seorang editor sebuah akhbar kerana dikatakan "kurang imaginasi dan takde idea yang best". Nabi Luth gagal menghalang perbuatan homoseksual isterinya."

ini orang-orang gagal yang berjaya.

dan sebab itu,
gagal ni gunanya untuk bangkit.



Thursday, 12 April 2012

Gembira Dalam Masa 14 Hari

Lately nih, kadang-kadang I rasa sangat-sangat gembira dan kadang-kadang boleh jadi sakit otak...bukan gila eh, tapi agak stress sikit lah...no no actually eustress (kata my lecturer kalau kita stress untuk benda positive) but then, I still take it as a stress too.  Jadi, I cari sesuatu yang lawak that can make me happy, laughing in a day, such a watching, more than 10 times Maharaja Lawak Mega Osbon (minggu ke 7), Edisi Khas, and youtube funniest video.  Cara macam tu, boleh buat I lega.  Onemore, Twitter pon sama, mostly rasa lawak baca tweet orang....

Then, I baca artical tentang "A Happier You in 2 Weeks" from Lucy Danziger.  
I nak sangat nampak gembira, dan memang rasa benar-benar gembira.  Yes, sometimes kita kena rasa sedih, just simpan sedih tu dalam bilik, jangan tunjuk sangat pada orang okey.  Jom kita cuba.

 Day 1
Makan manisan pada makan tengahhari dan makan malam.  Lepas tu tengok benda yang kita suka. Macam dalam article ni dia suggest CuteOverload.com.  Tapi I suka tengok gambar anak sedara I, dia dah cukup cute dah..
 
shes so cute "overload cute"
Day 2
Bersenam-senam.  Rumah I tingkat atas sekali, hari-hari kena naik tangga sampai tingkat 6, kelas I tinggi hari-hari naik tingkat 10, but it is not a problem untuk tidak bersenam, lately nih, I ada hobby baru, main badminton, woooaahhhh love it,  Effa buat I terjebak dengan kancah sihat sebegitu...1 kali seminggu rasa tak cukup, mencurah peluh dari atas kepala sampai hujung kaki. best sangat.

Day 3
Fikir positif.  Hari-hari berhasrat untuk senyum kepada semua orang yang kita jumpa, semangat nak jumpa dengan our crush walaupun dia tak pandang langsung pon kat kita, bawak beg berat macam batu bata pon still happy dengan diri sendiri.

Day 4
Maafkan orang.  Ada orang susah nak maafkan orang dan ada orang sangat mudah untuk maafkan orang lain. So, mana satu yang lebih positif?

Day 5
Bagi semangat pada orang lain.  Beri kata-kata positif dengan orang lain.  Puji kawan-kawan dengan ikhlas.

Day 6
Cari potensi diri, apa talent yang kita ada, adakah kita nih creative atau kita ada bakat hias buku nota ke...ouhh itu saya.

Day 7
Tukar fikiran kita dalam masa 4 minit.  Contohnya, ok masalah proposal I lah, genap 2minggu I hantar proposal, tapi still tak approve, bagi I, I memang jenis tak suka dengar alasan, boleh cakap boleh, tak boleh cakap tak boleh...To make me cool down dengan sikap kepala angin macam tuh, I nak try lah take four..lama sikit, selalunya I take two je, dah natural balik..ahahha....Kenalah tunjuk yang kau tu professional walaupun kadang-kadang tidak.

Day 8
Malam sebelum tidur, jot down beberapa perkara tentang keluarga yang kita cinta.  Esok pula, bangun pagi, tulis pula tentang kebaikan kawan-kawan baik kita,  Lusa pula, tulis pula tentang betapa indahnya dunia ketika belajar.  Dengan cara-cara macam nih, boleh buat kita rasa lebih gembira.

Day9
Senyum selalu walaupun tengah sedih.  Even though your smile is fake.  Letakkan kegembiraan dalam diri.  Senyum ni pon adalah senaman muka, wah I nak try lah.  Plus, senyum tu sedekah, dapat pahala free jew...

Day 10
Get your best friend ajak tengok wayang ke, karoke ke, since Izzati kat JB and I dekat PA ym dengan facebooklah yang menghubungkan kami..tapi bila I balik JB dapatlah tengok wayang sama-sama.


Day11
Help the local economy.  Belilah dan makanlah buah-buahan tempatan,  pilihlah barang-barang buatan Malayia.  Sejujurnya, I ni suka branded punya barang, I suka tentang quality pada barang tersebut, tapi I akan beli, bila I betul-betul have enough money to buy all those things.  Then, bila I tak cukup duit untuk beli yang mahal, I akan beli yang murah, tapi ada quality, dan akan rasa bahagia bila mengayakan sesuatu tuh dengan duit yang kita ada tuh.

Kumpul duit beli guess
Day 12
Catitkan apa yang kita suka buat, rancang sebelum buat sesuatu.  Set jam nak bangun pukul berapa, drafkan apa yang perlu dibuat pada keesokkan harinya.  Make it organize.

Day 13
Put cherry on the top.  Bila kena lakukan seuatu yang anda memang tak nak buat, contohnya macam I nak pergi jumpa En. A tanya tentang proposal, dalam hati Ya Allah memang takut jugak, takut pakaian tak sesuai, takut tersalah cakap, takut yang sengaja di buat takut, so just tinggalkan takut-takut tuh kat depan pintu sebelum masuk ke dalam untuk buat perbincangan dengan En. A.  

Day 14
Read novel cinta yang bahagia, then relate pada diri sendiri...wah memang rasa diri sangat bahagia...yang ini I dah over sangat..selalu berangan lebih.

Cukup 14 hari cubaan untuk gembira.  Tak tinggal solat pun dah cukup buat kita gembira sepanjang hari...Jom kita try ni sama-sama, untuk jadi lebih gembira dalam masa 2 minggu  dan hari-hari yang mendatang.