Saturday, 17 March 2012

Why moms can't stop worrying about


Current Issue Jewwww. 

Dari kecil lagi, I memang tahu, walaupun my mom sangat busy dengan kerja dari dulu sampai sekarang, tapi dia tak pernah berhenti untuk bimbang tentang kami adik-beradik, especially bila satu keputusan yang dibuat oleh anak-anak tanpa melibatkan dirinya.  Contohnya, balik lambat, lepas hang out sampai dah nak senja, bila dah nak malam baru sempai ke rumah, padahal, kita cuma balik lambat sebab, bus yang lambat, but bukan salah kita, tapi mangsa bebelan bukanlah bus itu, tetapi adalah kita.  Di sini adalah shortlist kenapa mak-mak kita sangat risaukan kita masa kita kecik-kecik dulu.

Makanan.
Yes, pasal makan pun boleh jadi issue beb.  Masa kecik kita rasa seronok nak cuba pelbagai jenis makanan, pedas, manis, masam, pahit,...tapi ada juga geng yang jenis bukan kaki makan, so mereka akan stay healthy disitu.  But for me, kalau kami adik-beradik memang jenis tummy yummy, lagi-lagi Taufiq masa kecik kuat makan but then, dia akan muntah selepas itu.  Umi risau dia makan bayak, tapi dia still benarkan taufiq makan dengan banyak-banyak, tak pernah kata stop, sebab tak sampai hati tengok anak makan.

Playdate Pressure.
Kadang-kadang kita memang tak faham, kenapa mak kita sungguh tak berkenan dengan playdate kita tuh.  Lagi-lagi time kecik-kecik.  Padahal we just want having fun together and making friends. Mom akan cakap  "Jangan selalu main kat rumah dialah", "mak dia marah nanti", but kita tengok mak dia okey jew,  Now, when we were teenage, our parents didn't oversee our social lives and we generally did just fine.  Cuma kadang-kadanglah, kalau ada boyfriend yang mencurigakan tuh, mesti mak-mak akan tanya. kann..

Report Card.
Bila dapat report card sekolah, bukan je mak kita sibuk bimbang, tapi kita pun sibuk risau, macam manalah reaksi mak, tapi kita just chill and cool je datang sekolah dengan mak,..Redha je dengan takdir nanti, padahal dalam hati Allah je tahu.  Lagi-lagi untuk yang banyak pen merah macam I.  Balik, dalam perjalanan menuju ke kereta, atau masuk je dalam perut kereta, sesi tazkirah terus bermula.

Baju Kotor.
Baju sekolah putih, letak marker dalam kocek baju depan, peluk kawan sebelum pulang, tak perasan ink marker pen dah tumpah di dalam, lalu kawan pun dapat setepek sama ink marker pen yang tumpah.  Ingat tak iklan tuh, tapi ending dalam iklan tuh, mak dia cuma senyum, amik detergent tonyoh-tonyoh dekat kocek yang kena marker then, tuang selebihnya dalam mesin, dah wahhhh baju putih berseri kembali.  Tapi bagi I, time sekolah baju kalau kotor sangat,  bila sekolah rendah dapat bebelan dahulu, bila dah masuk sekolah menengah, banyak cantik punya muka, nak mak atau kaklong yang beruskan, kena berus sendirilah, lagi-lagi daki yang celah poket.  Lepas tu bila makan, kau sedap hirup mee kari, tak sedar tudung kena celup dengan kuah kari, rasa best je kan time tuh.  Balik mak akan tengok, "wah anak aku nih pergi sekolah ke, pergi memancah?."..
Nak berjiwang dengan Mak

Tak Nak Mandi.
Dah mandi pukul 5petang, sebelum pergi main dengan playdate, then lepas balik, mak suruh jugak pergi mandi, padahal kau rasa badan dah penat sangat, rasa nak makan dan tidur je terus.  Tapi mak tetap suruh mandi.  Bagi budak-budak suka mandi tuh, nak dapatkan tidur yang berkualiti, sanggup mandi,  bagi budak yang malas, rasa waste time and water je mandi, baik tidur je terus.  Tapi mak tetap rasa kusut kalau tengok anak dia, busuk bau peluh, terus-terus nak membutakan mata je, bawah ketiak mak pulak tuh...Memang masalah.

No Ice Cream for Dinner.
Masa kecik-kecik mengenget nak ice cream, kalau my mom, memang tak da harapanlah nak bagi waktu malam, Now, je bila dah besar bukak ice box, wah ice cream, terus makan dengan jayanya tanpa barriers yang mendatang.  Kau dah besar, faham-faham sendirilah kenapa mak tak bagi makan ice cream waktu malam, lepas tu akan miss out gosok gigi, lepas tu tidur, lepas tu mak tak suka tengok anak-anaknya kecik-kecik gigi dah hitam-hitam lompong.

Ajuk bukan Merajuk
Kalau merajuk, kadang-kadang mak malas nak layan.  but kalau mengajuk, dalam kamus dewan mendifinasikan sebagai melakonkan, mengatakan, membuat semula geri-geri atau percakapan seseorang.  Lagi-lagi kalau sikap itu, adalah negatif bagi mak.  Itu memang mak-mak pantang.  Mana taknya entah siapa yang ajar dah pandai cakap bodoh, babi, bila naik angin atau bergaduh-gaduh.  Lepas tuh, tengok cerita-cerita mat rempit, sibuk nak up basikal dia macam mat rempit buat.  Sakit dada mak tengok nak.

Namun risau mak sangat sweet, mak memang sayang kita bila risau, tapi mak selalu cakap 
"Janganlah buat mak risau".  

I love my Umi-  Hajah Aisyah Haji Omar.



No comments:

Post a Comment