Monday, 25 February 2013

I sure do love them

Bukannya susah nak cerita pada orang sana sini, yang kita sayang, cinta, kasih pada seseorang, lirikan mata, first impression, feeling, excited bila ketemu, all of behavior kita, boleh lihat dan nampak dengan clear.  Kadang-kadang I sendiri tak dapat control benda tuh.  Tak semestinya kita hanya suka pada sesama insan yang kita saling menyukai, macam girlfriend dengan boyfreind aje, tapi macam kita dengan our pets, yes,..I tak da la take care sangat dengan ikan dalam aquarium dengan dekat dalam pasu dekat rumah I tuh, kadang-kadang tak perasan pun kewujudan mereka, tapi bila dah terpandang tu, terdetik dalam hati peri-kehaiwanan I, "Alololo kesian dia ye, tak makan lagi, meh bagi makan sikit"...dah bagi, terus jalan tak ingat lagi mereka sampai esok.

Bila tengok pada kasut dan baju-baju yang banyak dan menimbun, baru terperasan i haven wear that in ages, bila mak-mak kita  sibuk cakap, sedekahkan je lah baju-baju tu dekat orang, no no no no, semua nih ada sentimental value tau, tengok baju sejuk pink tuh, teringat pada A, dia yang bagi, walaupun Malaysia tak ada snow, dan memang tak sesuai langsung kalau I pakai baju tuh kalau hari hujan pun, tapi dia still kena duduk dalam wardrobe nih, only my mom bila tengok wayang malam, shes willing to wear it, tapi this one, tak boleh buang, atau kasi orang.

Magazine tu banyak lagi, ada dalam kotak, tak sempat nak selongkar, tunjukkan..ewwaahhh..ahaha..
Dalam gambar tak da sweater pink, nanti i tunjuk okay, terselit pulak dia. Ni wardorbe baju biasa-biasa, sentiasa jadi kesayangan.

Majalah-majalah lama dekat rumah, i still remember masa my family nak move to this house, my mom pesan, jual je lah majalah-majalah tuh dekat "tin tin, surat khabar lama, besi lama, bla..bla..bla.." tuh, tapi sayang ouhhh, ini la harta I, ada majalah Mangga, URTV, Hai, tuh nak update issue artis Malaysia, ada lagi Majalah ongputih macam  Galaxy, dulu memang menjadi pujaan la, bila dah baca tuh konon-konon rasa jiwa ongputih la, rasa lebih Hollywood, but still ada beli majalah macam Remaja, Klik, Bintang Kecil, Yezz, Reader's Digest, Nur, Dara.com, Asuh, Cosmopolitan.  Tak lupa juga my mom's favorite Mastika, ahahah, I pun tumpang sekaki la baca, sama-sama hobi membaca la katakan...but now tiap-tiap bulan I menjadi pembaca tetap majalah CLEO, kadang-kadang terbeli jugak Remaja, Rapi atau Cosmopolitan sekali.  Makanya sekarang, majalah kat rumah I ni bertambah banyak, mak I sendiri tak sanggup nak legokan dia punya Mastika, apatah lagi I, nih semua kesayangan ouuuuhhh...

Bila tengok high heels nih pulak, teringat i berhempas pulas mengumpul duit, semata-mata nak beli kasut macam Katy Perry, time tuh dia pakai brand Chanel, mana I mampu nak beli, adorable je tengok lambang chanel tergantung cantik dekat kaki milik Katy Perry, kebetulan I nak pergi dinner tema  Black and Red, 2 and half years ago, ternampak kasut nih, Fabiano Ricco and ada jugak accessories macam kasut idaman I, terus i grab it, but until now, boleh dikira pakai jari berapa kali je I pakai. No no no, i cant sewenang-wenangnya bagi orang, nak pinjam je boleh. Its Fabiano ricco but still item kesayangan.

I ada satu lagi high heels hitam dalam laci bilik adik I, tak boleh nak snap, kang I ambil kasut tuh, terjaga pulak dia...kasut tuh 1kali sahaja I pakai..

Buku-buku novel I, still ada yang I masih tak habis baca, but I suka baca review novel yang baru nak release, ataupun dah lama release tapi ramai orang cakap best, I pun beli, tak pun bila I pergi book store, tengok buku-buku novel tersusun cantik, bila cover novel hati dah tertarik, synopsis kena dengan jiwa, terus I beli, kadang-kadang I tak beli pun at the first time, kalau malam I mimpi, I mesti beli esoknya atau lusanya macam novel nih... "To catch a Prince by Gillian Mcknight, seriously, macam budak-budak punya tajuk, but i do loved it.  Cari dan  menang, mana novel tuh di bawah?


Dekat tempat novel pun ada dictionery, ahahah yelah, nanti ada words tak faham bila baca novel english, senang nak google..eh..senang nak search terus..Ada lagi novel dekat rak bahagian bawah meja, masa I nak snap picture gelap sangat, so tak nampak apa-apa..tak pe lah, nanti kalau you guys datang rumah I, I tunjuk, kasi angkat murah-murah pada you all okays..


Banyak jugak benda yang I sayang kat dunia ni, my mom, my dad sudah tentu mereka yang utama, my family,my niece (allysa sofea),  my siblings tentulah, luar cakap tak sayang, bergaduh, berentem (bahasa indonesia, cuti banyak nonton senetron) dalam hati saaaayaaang sangat.  

Tak lupa jugak budak gumuk, tembam nih, jantung hati saya, macam boyfriend nih, sikit-sikit tengok picture dia...bila jumpa geram sokmo.

so, apa pulak kesayangan korang???

p/s: barang-barang tu I dah ready kot nak let it go, cuma budak kecik tu je tak...:D


1 comment: