Showing posts with label love carrier. Show all posts
Showing posts with label love carrier. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

Society of Sistas in Sea Gypsy Sibu Island Resort

Every girl is unique, which is why we created for fun, fresh and enjoy ourselves. Begitu juga saya, Kat, Kak E.J, Emily, Kak Yoyo, Kak Pai, Jila, Bak Nor, Santi, Akma dan juga Charlie..(eh charlie, baby boy lah, tak boleh join kita!!!)

Wallpaper handphone saya, gambar si comel ini, ada orang tanya ini anak saya kew, kadang saya ia kan aje...

Hari ini saya nak kenalkan girlfriend-girlfriend saya di Sea Gypsy, walaupun saya dah resign pada 1 september yang lalu, tapi bukan bermakna saya terus melupakan mereka, ouuhhh tidak sama sekali, tidak...mungkin kalau saya jatuh terhempap batu dan hilang ingatan baru saya lupa kot..ahaha..ishhh...apa lah cakap macam tuh...

Malam-malam selepas habis dinner,akan lebih bermakna dengan watching televison together dekat rumah Linda, ahahha....bermain game LIFE di bilik Boy, Affan dan juga Din. Tapi kebanyakkan society of sistas di sini memang tak cukup ahli, jadi sang jejaka turut serta menyertainya, so dah tak boleh letak tajuk itu sebenarnya...
Cuba teka siapa paling muda...muda..muda...

Bagi saya, first impression itu penting, macam saya mula-mula jumpa kak E.J, saya ingat dia sebaya-sebaya saya, wah awet muda sungguh dia!,...tapi dia sebenarnya dah dewasa...ehehhe..peace kak E.J...
Kak E.J tengah potong Ferrari nih sebenarnya..

Saya dan Santi pula, mempunyai minat yang sama, mungkin kamu juga, apa lagi cam whore la...suka berposing-posing di depan camera..ahahah..kan bagus abadikan kenanangan bersama..
Ouhh Santi, lepas ni kita nak pegi mana yeww, just pergi ambil gambar sahaja

Jadi sebagai perempuan-perempuan, memang suka describe orang, bukan yang buruk lahhhh....yang baik-baik dan positive, macam Jila dia seorang yang creative dan artsy, sebab apa saya cakap macam tu, sebab sebelum ni saya pernah tengok t-shirt painting kepunyaan kak Yoyo, cantik sangat, rupanya dia yang paint kan...
Jila

Inilah girlfriend pertama saya, yang saya rapat sangat di Sea Gypsy, dan dia juga adalah kawan minah salih saya!!!, Emily, best sangat dia nih, dan pendapat saya dia seorang yang active dan down to earth, suka berjemur di tengah panas semata-mata nak dapatkan kulit tan...
Emily, terror gila minah nih dance!!!!

Hanya perempuan yang memahami hati perempuan lain, semasa saya tertekan dengan kerja, yang si jejaka Amin-din, dan boy akan tanya jika muka saya dah macam pancake hangus, tapi saya cuma cakap okey jewwww, padahal tak okey pon..tapi bila Kat tanya, saya mudah untuk luahkan segalanya apa yang membuatkan saya stress itu,..See, girl power kan....
Kat, tempat luah perasaan, banyak habiskan masa bersama, kasih sayang dah terbahagi kepada si amoi ini...

Perempuan ini memang bermurah hati dan sentiasa me
njemput saya kerumahnya, siapa lagi kalau bukan Kak Yoyo, semamsa saya sedang dibelenggu masalah peribadi, dan kebetulan customer tak ramai, saya berpeluang tidur semalaman di rumah kak Yoyo, walaupun rumahnya kecik, tapi saya tenang di situ, melihat lembut-lembut, rambut saya melambai-lambai mengikut arus angin laut yang damai, hati saya sejuk, dan fikiran saya mula tenang dan rasa segala masalah yang meruncing di kepala ini hilang buat seketika...
pagi-pagi jalan dengan Kak yoyo, pon dah rasa tenang

Sebelum keluar melakukan tugas, dan kerja yang sedang menan
ti itu, Kak Pai akan kemaskan rambutnya dengan klip rambut, Kat pula, akan memastikan cermin matanya bersih dan terletak di tempatnya, Jila pula tak lupa untuk memakai eye liner, supaya tak nampak lesu, sepanjang hari, melainkan time dia demam.

2 cewek sinetron ...awwwww..


Bak Nor juga selesa meyepit rambut agar mudah melakukan tugasan mengemas bilik-bilik, Kak Yoyo berkerja di terik mentari memaksa dia memakai topi agar kurang sikit rasa terik sang mentari, akma anak kak Pai, saya suka tengok si comel tu pakai cekak rambut, dan saya...umm apa ya??? saya suka pakai deodoran dan lotion vaseline saya tuh, baru wangiiiii....

Segala kenangan terindah yang tercipta di Sea Gypsy Island
resort tak mungkin dapat saya lupakan...Friendly and always with a smile, love hang out with them, adalah kunci kepada kebahagiaan saya di sini. Dan sekarang try guess apa yang saya teringatkan? ummm tentulah ombak laut, keindahan bentangan pantai dan juga cantiknya keindahan yang Allah s.w.t jadikan...saya kagum sangat...


Saya dah ada sebuah keluarga di situ...T-T

Monday, 29 August 2011

Salam Perantauan saya

Assalamualaikum semua,

wah, sibuk dengan persiapan raya masing-masing ye,..baju raya, Check! Kasut raya, Check! Make up raya, Check! Rantai dan gelang raya, Check! Biskut raya almond london, tart, mama carie, suji, penuhkan semua dalam balang, Check!, Groceries semua cukup, untuk masak rendang ayam, ketupat, lodeh, ayam masak merah, Check! Langsir dah siap tukar, Check! Carpet kaki tenggelam dah siap bentang, Check! Agak-agak semua dah siap ke kat rumah tu ye...

Gembiranya, dengar bunyi merecun, walaupun memang agak memekakkan telinga tapi semangat hari raya tetap ada, nak marah tak boleh juga,.walaupun kat sini tak dengar bunyi merecun, dengar kelentang, klentung boy, amin (din) dengan abang hery masak jew tiap-tiap hari..

Bila nak raya apa yang paling di nantikan oleh sekalian kanak-kanak, ini Affan pun suka (my broommate, teammate, workmate, dan semua banyak lakukan bersama ini budak ,...ehem dah bukan kanak-kanak pun saya tetap menunggu yang satu ni, okey tentulah duit raya...kumpul banyak-banyak lepas tu habis buat beli bunga api, mercun mancis, mercun bawang dan segala mercun..

Tinggal hari ini jew puasa, Kat (office girl) pun berpuasa makan tau, air tak puasa makan jew.... esok dah raya dah nak bermaaf-maafan dan berharap agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi,

Buat umi dan abah saya yang tersayang Madam Aisyah Haji Omar dan Encik Md Razif bin Ahmad, dengan ini anakmu ingin memohon ampun dan maaf, andai terdapat kesilapan yang dilakukan, anakanda tak dapat pulang ke taman halaman kerana tuntutan kerja, Insya Allah raya ketiga, anakanda akan pulang. :)


Untuk korang para blogger semua pulak, saya nak juga menyusun 10 jari tangan dan jari kaki memohon ampun dan maaf keatas segala kesalahan yang tak pernah dibanggakan selama ini, andai ada terkasar bahasa, tak tekan nuffnagg korang, tak like post korang, tak like page korang, tak follow belog korang, tak setuju dengan entry korang, kutuk-kutuk entry korang, jadi stalker belog korang dan segala perkara negatif yang tak di banggakan itu haraplah dimaafkan..

Salam lebaran dari saya dan keluarga dari Universiti of Sea Gypsy Village Resort, Sibu Island..:D

salam lebaran, 2011

Friday, 12 August 2011

Typing di petang hari

Indah, cukup indah...
bunga raya itu..merah, merah jambu,
sikit pun tiada cacat celanya,.

dapat terasa angin yang bertiup,
tapi di mana angin itu,
i can't see but, i can feel it,
bertiup di rambut bahagian hadapan ku,
cukup membuatkan ku tenang,

Merdunya kicauan burung,
entah apa yang di cakapkan, atau dibualkan, atau di jeritkan
saya tak tahu,
yang pasti saya terasa tenang mendengarnya,

Nyamuk, si pengangu..
maaf, bukan saya tak suka kamu, tapi
kamu tak baik dengan saya...
kamu gigit saya, hisap darah saya,..
tapi kamu tetap pelengkap kehidupan di sini
nyamuk..

Pasir mutiara,
cantiknya..
putih, berseri semuanya
saya suka lihat awak pasir,
awak sexy di mata saya,
awak lembut
awak mendamaikan




Monday, 8 August 2011

ini Sahur Story


Assalamualaikum semua readers, dah lama pulak tak beri salam semasa mengupdate entry ye...okeylah buat mereka, saya dan saya yang sukar sangat nak bangun sahur ataupun bersarapan pagi-pagi di bulan yang mulia ini, saya ingin kongsikan sikit, apakah kebaikkan bersahur, jadi lepas nih, fikir dua kali, tiga kali dan empat kali, untuk tidur semula jika alarm anda menjerit di telinga untuk kejutkan anda bersahur.


Huh, nampak macam senangkan nak bangun sahur, "Okey jangan lupakan kejutkan kita okey"..."Umi, jangan lupa kejutkan siti sahur esok tauuu...," "please kejutkan i sahur,,,.." itulah contoh-contah dialog korang bila nak mintak kejutkan sahur...

Ganjaran, lebih ganjaran

1. Untuk memberikan kecergasan. Lepas bersahur, tak delah saya, saya, saya dan korang semua baru pukul lapan pagi dah mengeluh...arrhhhh lapooooo,...pukul sepuluh....ahhh lapoooo

2. Memperbaharui niat untuk keesokkan harinya. I memang jenis kaki tak bangun sahur, so, i awal-awal dah niat sebulan terus, tapi kan lebih elok memperbaharui niat....tak gitu....T-T...

3. Amalan bersahur, membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi. Bukan sahaja solat membezakan Muslim dengan agama lain tetapi juga berpuasa...

4. Orang yang bersahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan keberkatan dalam hidupunya dan inilah kelebihan bagi orang yang bersahur. T-T


Amik kau, sedih tak, sebelum nih, selalu bermalas-malasan bangun sahur...bila orang kejut, tak nak bangun, bila pagi tanya "Apsal tak kejut i...?" "Umi kenapa tak kejutkan siti sahur?" "kau asal tak kejut aku?" Memang mintak di bebelkanlah lepas tu..

Macam tuh lah cerita dia...


pssstt....tadi i sahur makan roti 2 keping dengan segelas susu, dengan segallen air...;') dan mesti umi terharu anakmu ini bangun sahur...


Sunday, 7 August 2011

Supergirl

Bila kita tak suka sesuatu, kita tak mampu nak luahkan dengan berkata-kata dengan suara yang lantang macam " Wey, aku tak sukalah"....Wey, wey, wey...Jika kau kata macam tuh, orang semua akan boikot kau, geng-geng dah tak nak berkawan-kawan dengan kau lagi,...padahal, padahal ye, niat kau ikhlas, nak cakap apa yang terbuku di hati...kau tak nak cakap belakang, kutuk belakang dan tikam belakang....


kalau dapat jadi supergirl, i nak macam KP...ngeh, ngeh, ngeh..

Kalau boleh, kita memang nak sedapkan hati orang dengan behavior kita nih, kita kadang-kadang rasa, kita dah cukup bagus, dah cukup matang untuk menangani apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang, kita juga kadang-kadang rasa, "weyy, wey, aku mampulah nak buat semua tuh" sambil petik jari yang tak bunyi ini, namun kita tetap rasa cool bila berbuat demikian....Lalu, kita pun buat dengan penuh super dan power di dalam diri sehingga, bila kita rasa bar power kita dah tinggal satu, apakah tanda itu??? ouhh makin lemah...makin lemah...makin lemah, dan kita tak mampu nak sorokannya, walaupun di segenap penjuru rumah dan juga di mana-mana penjuru...Lalu emosi yang tidak sihat akan menguasai tubuh kita...
i tengah tension nih, i nak makan ice cream banyak-banyak, lepas tu i gemuk, padan muka i...

Emosi, kau suka bermain dengan emosi? pendapat saya, tidak suka...kadang-kadang, kadang-kadang lagi ya, saya tak dapat kawal emosi saya...Tipu dan "bo ong" belaka, bila muka dah macam pancake hangus dan kawan kau tanya " Are you okey Eja?" dan Eja akan menjawab "Yes, I'm fine". Padahal, muka pancake hangus yang terpamer di situ adalah jawapan kepada "Are you okey Eja?" tadi...

So, you get what i means....??

Super girl dalam diri anda belum cukup, kalau Nasha Aziz dalam cerita Supermak, wow, memang cool dengan kuasa yang dia ada, tapi Eja belum cukup, dan belum ada power lagi untuk menangani emosi itu...

"but, i still wants to be Super Girl...." kata, Eja, dengan penuh gedik..

Control your emotion Eja, ....

Walaupun baru tengok sekali, tapi ini kategori cerita family yang terbaik..;')




Saturday, 16 July 2011

List dessert best ever in my heart

Bila cakap tentang makanan manis, macam-macam menjelma di minda, tentu banyak, tak kiralah makanan manis buatan local mahupun antarabangsa. Seperti kebiasaannaya, kita, awak dan kamu semua akan ambil makanan manis pada waktu bila? time rasa nak makan, lepas makan, sebelum makan, atau bila candle lit dinner bersama si dia sahaja baru nak makan dengan penuh manja. Untuk saya, tidak, bila sudah berada di depan mata, ouhhh manisan itu amat sexy dan mengiurkan, lets grab our dessert!!!

Okeylah, di sini ingin saya menyenaraikan manisan kegemaran saya...

1. Buah-buahan. Fruits, tentulah menjadi tangga teratas, manisan daripada buah amat baik untuk tubuh berbanding dengan manisan buatan atau gula tambahan. Tentu sahaja, watermelon amat berguna untuk sistem penghadaman yang lancar....uewwwww..
Buah-buahan tempatan menjadi pilihan, sokong kerajaan.

2. Triffle. Nah, limpahan kastard yang enak dan terbaik dari ladang buatan Din atau pun Boy, dah membuatkan saya jatuh hati denganya...Ehem, bukan mereka tapi dengan triffle nya. Sebenarnya, triffle banyak jenis, dan sekarang baru saya tahu nama dia triffle, sebelum ni saya panggil dessert je, i orang kampung. aha..Din dengan Boy, buat trifle tak macam nih pun, tapi sedappp...

3. Dove Chocolate. Ini memang sedap, gara-gara iklan Cik Hanis Zalikha, saya cuba juga untuk mencari dan akhirnya temui. Memang sedap, tapi susah nak cari ouuuhhhh..
Namamu, selembut diri mu...

4. Chocolate Cake Indulgence. Ini kalau pergi Secret Receipt, bagilah Cheese Cake, brownies mahupun tiramisu, I tetap setia dengan ini Chocolate Cake Indulgence, terbaik pilihan saya dan keluarga.
Nih la birthday cake kitewwww...

5. Brownies Sea Gypsy. Sea Gypsy tempat kerja, brownies kat sini memang sedap hasil tangan Santi dari No. 4 (alamat kilang, aha)..Inilah brownies terbaik daripada pulauuuuu.
Nampak macam tak selera, tapi bila dah masuk mulut...

5. Chocholate Chips Cookies. Afternoon tea, akan lebih bermakna jika makan chocolate chips cookies dengan susu segar, sambil menikmati panorama tepi pantai.Semakin banyak chocolate chip, makin sedap...

6. Ferero Rocher. Bulat-bulat bersama kilauan emas ini, sambil makan pasti mengigatkan saya dengan iklanya,..chocolate cair di dalam mulut, memang rasa bahagia.
Hantaran nak ni ea,

7. Zip Cadbury Chocolate. Kalau pergi hiking, tak sah tak bawak product daripada Cadbury bersama, tapi pilihan saya tentulah zip, sebab ada wefer di dalamnya, dan bukanlah chocolate semata-mata. Saya teringat semasa saya pergi mendaki gunung di Gunung Ledang masa sekolah dulu, yang saya perlu bawa untuk isi perut adalah beberapa keping chocolate, ya, sudah tentu Cadbury Zip pilihan saya.
Pembekal tenga terbaik abad ini,.

8. Kit Kat. Ouhhh ini memang terbaik, tenusu dan chocolate, boleh patahkan dan share, ini favorite abah saya, sebab kalau dia pergi kerja dah lama tak balik mesti bawa chocolate Kit Kat bersama. Saya pun suka.
Fathers day, nak hadiahkan abah nih la..

9. Salad fruit. Aneka buah di campur bersama dengan penuh kasih sayang, kau amat sentimental, semua nak penuh kasih sayang, betul saya pernah baca dalam buku RAPI, makan buah-buahan boleh mengeratkan rasa penuh kasih sayang, dan saya memilih salad fruit sebagai terapi kasih sayang saya.
Rasa lebih Malaysia, bila makan buah-buahan tempatan

10. Ice Cream. Saya masih teringat semasa saya belajar, kami memang suka makan ice cream TROPHY, kita ada limit sebab tak nak overr budget, dan kami akan makan dengan shahdunya bila balik dari kelas, wow, indah sangat saat tuh, dan sekarang, bila-bila masa saya boleh dapat, tapi tidak selalu, kerana badan pun kena jaga sekarang..
Dua-dua nak, boleh??

Bila cakap tentang makan memang tak habis-habis, memang seronok 1001 makanan sedap ada di serata dunia, dan tentunya semuanya kita nak rasa. Dessert saya hari ini adalah trifle,...memang yummmy....

So, gemuklah tak lama lagi...;') takpe janji happy..

A bowl of Porridge

Hai readers semua, dah agak lama saya tidak update entry baru, sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan tapi, biasalah kita dah berkerjaya, so sibuk sikit...peace...Okeylah, kenapa title di atas itu,....kenapa????

Hari ini, dan buat julung kalinya saya faham, pepatah yang pernah saya, mungkin awak, dia, dan dia dengar yang berbunyi begini, "BUKAN SEMUA BENDA BOLEH BELI DENGAN DUIT DI DUNIA INI" dan hari ini dengan lebih jelas saya memahami....

Sebelum ini, kita semua faham hati dan perasaan bukan boleh dibeli dengan wang kertas atau wang syiling sekali pun, tak kisah lah kau ada, singapore dollar ke, U.S dollar ke, Euro, atau RM mahupun mana-mana currency yang bila di namanya duit yang boleh di gunakan untuk membeli sesuatu barang. (bukan hati dan perasaan eh, ini bukan berkaitan internal emotion.)

Customer: Can i get some porridge for my wife, because shes not eat gluten..
Me: Okey, but i need to ask kitchen staffs first, then i will let you know..
Customer: *no smile.

Di dapur

Me: Boy, boleh tak nak order bubur?
Boy (staf dapur): Huh, nak order bubur, mana ada nasi lagi pagi ini, kalau dia nak order kena beritahu awal-awal la. Sebab kita prepare untuk break first macam biasa.
Me: Okey.

Front House
Me: Sorry sir, if you want to order any items that not included in this break first, actually you need to inform earlier, so that we can prepare for that.
Customer: What? I CAN PAY FOR THAT.
Me: Okey sir, i ask them.

Di dapur
Me: dia nak jugaklah,...dia cakap dia boleh bayar.
Boy (staf dapur): Okeylah, cakap dengan dia 1jam.
Me: okey

Front House
Me: Excuse me sir, okey we can make it, but you need to wait for 1 hours.
Customer: Okey..ummm but for tomorrow.
Me: Alright. *smile

Di dapur
Me: Boy dia nak esok pagi.
Boy (staf dapur): bagusssssssssssssssssss....

Dari pada dialog di atas, akhirnya saya faham, customer memang macam-macam, jadi selepas ini, kalau kita jadi customer, janganlah cuba untuk menyusahkan pihak lain, walaupun kita mampu untuk membayar, fikir dulu adakah kita sahaja customer yang perlu mereka layan ....

Saya rasa, cukuplah coretan berat sebelah ini....



bubur ayam....sampai termimpi-mimpi...