Saturday 16 July 2011

List dessert best ever in my heart

Bila cakap tentang makanan manis, macam-macam menjelma di minda, tentu banyak, tak kiralah makanan manis buatan local mahupun antarabangsa. Seperti kebiasaannaya, kita, awak dan kamu semua akan ambil makanan manis pada waktu bila? time rasa nak makan, lepas makan, sebelum makan, atau bila candle lit dinner bersama si dia sahaja baru nak makan dengan penuh manja. Untuk saya, tidak, bila sudah berada di depan mata, ouhhh manisan itu amat sexy dan mengiurkan, lets grab our dessert!!!

Okeylah, di sini ingin saya menyenaraikan manisan kegemaran saya...

1. Buah-buahan. Fruits, tentulah menjadi tangga teratas, manisan daripada buah amat baik untuk tubuh berbanding dengan manisan buatan atau gula tambahan. Tentu sahaja, watermelon amat berguna untuk sistem penghadaman yang lancar....uewwwww..
Buah-buahan tempatan menjadi pilihan, sokong kerajaan.

2. Triffle. Nah, limpahan kastard yang enak dan terbaik dari ladang buatan Din atau pun Boy, dah membuatkan saya jatuh hati denganya...Ehem, bukan mereka tapi dengan triffle nya. Sebenarnya, triffle banyak jenis, dan sekarang baru saya tahu nama dia triffle, sebelum ni saya panggil dessert je, i orang kampung. aha..Din dengan Boy, buat trifle tak macam nih pun, tapi sedappp...

3. Dove Chocolate. Ini memang sedap, gara-gara iklan Cik Hanis Zalikha, saya cuba juga untuk mencari dan akhirnya temui. Memang sedap, tapi susah nak cari ouuuhhhh..
Namamu, selembut diri mu...

4. Chocolate Cake Indulgence. Ini kalau pergi Secret Receipt, bagilah Cheese Cake, brownies mahupun tiramisu, I tetap setia dengan ini Chocolate Cake Indulgence, terbaik pilihan saya dan keluarga.
Nih la birthday cake kitewwww...

5. Brownies Sea Gypsy. Sea Gypsy tempat kerja, brownies kat sini memang sedap hasil tangan Santi dari No. 4 (alamat kilang, aha)..Inilah brownies terbaik daripada pulauuuuu.
Nampak macam tak selera, tapi bila dah masuk mulut...

5. Chocholate Chips Cookies. Afternoon tea, akan lebih bermakna jika makan chocolate chips cookies dengan susu segar, sambil menikmati panorama tepi pantai.Semakin banyak chocolate chip, makin sedap...

6. Ferero Rocher. Bulat-bulat bersama kilauan emas ini, sambil makan pasti mengigatkan saya dengan iklanya,..chocolate cair di dalam mulut, memang rasa bahagia.
Hantaran nak ni ea,

7. Zip Cadbury Chocolate. Kalau pergi hiking, tak sah tak bawak product daripada Cadbury bersama, tapi pilihan saya tentulah zip, sebab ada wefer di dalamnya, dan bukanlah chocolate semata-mata. Saya teringat semasa saya pergi mendaki gunung di Gunung Ledang masa sekolah dulu, yang saya perlu bawa untuk isi perut adalah beberapa keping chocolate, ya, sudah tentu Cadbury Zip pilihan saya.
Pembekal tenga terbaik abad ini,.

8. Kit Kat. Ouhhh ini memang terbaik, tenusu dan chocolate, boleh patahkan dan share, ini favorite abah saya, sebab kalau dia pergi kerja dah lama tak balik mesti bawa chocolate Kit Kat bersama. Saya pun suka.
Fathers day, nak hadiahkan abah nih la..

9. Salad fruit. Aneka buah di campur bersama dengan penuh kasih sayang, kau amat sentimental, semua nak penuh kasih sayang, betul saya pernah baca dalam buku RAPI, makan buah-buahan boleh mengeratkan rasa penuh kasih sayang, dan saya memilih salad fruit sebagai terapi kasih sayang saya.
Rasa lebih Malaysia, bila makan buah-buahan tempatan

10. Ice Cream. Saya masih teringat semasa saya belajar, kami memang suka makan ice cream TROPHY, kita ada limit sebab tak nak overr budget, dan kami akan makan dengan shahdunya bila balik dari kelas, wow, indah sangat saat tuh, dan sekarang, bila-bila masa saya boleh dapat, tapi tidak selalu, kerana badan pun kena jaga sekarang..
Dua-dua nak, boleh??

Bila cakap tentang makan memang tak habis-habis, memang seronok 1001 makanan sedap ada di serata dunia, dan tentunya semuanya kita nak rasa. Dessert saya hari ini adalah trifle,...memang yummmy....

So, gemuklah tak lama lagi...;') takpe janji happy..

2 comments:

  1. semua nammpak sedap..yumm..yumm..mmg menambahkan berat badan..

    ReplyDelete
  2. memang sedap pon, tu lah kena jga badan jugak

    ReplyDelete