Monday, 29 August 2011

Salam Perantauan saya

Assalamualaikum semua,

wah, sibuk dengan persiapan raya masing-masing ye,..baju raya, Check! Kasut raya, Check! Make up raya, Check! Rantai dan gelang raya, Check! Biskut raya almond london, tart, mama carie, suji, penuhkan semua dalam balang, Check!, Groceries semua cukup, untuk masak rendang ayam, ketupat, lodeh, ayam masak merah, Check! Langsir dah siap tukar, Check! Carpet kaki tenggelam dah siap bentang, Check! Agak-agak semua dah siap ke kat rumah tu ye...

Gembiranya, dengar bunyi merecun, walaupun memang agak memekakkan telinga tapi semangat hari raya tetap ada, nak marah tak boleh juga,.walaupun kat sini tak dengar bunyi merecun, dengar kelentang, klentung boy, amin (din) dengan abang hery masak jew tiap-tiap hari..

Bila nak raya apa yang paling di nantikan oleh sekalian kanak-kanak, ini Affan pun suka (my broommate, teammate, workmate, dan semua banyak lakukan bersama ini budak ,...ehem dah bukan kanak-kanak pun saya tetap menunggu yang satu ni, okey tentulah duit raya...kumpul banyak-banyak lepas tu habis buat beli bunga api, mercun mancis, mercun bawang dan segala mercun..

Tinggal hari ini jew puasa, Kat (office girl) pun berpuasa makan tau, air tak puasa makan jew.... esok dah raya dah nak bermaaf-maafan dan berharap agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi,

Buat umi dan abah saya yang tersayang Madam Aisyah Haji Omar dan Encik Md Razif bin Ahmad, dengan ini anakmu ingin memohon ampun dan maaf, andai terdapat kesilapan yang dilakukan, anakanda tak dapat pulang ke taman halaman kerana tuntutan kerja, Insya Allah raya ketiga, anakanda akan pulang. :)


Untuk korang para blogger semua pulak, saya nak juga menyusun 10 jari tangan dan jari kaki memohon ampun dan maaf keatas segala kesalahan yang tak pernah dibanggakan selama ini, andai ada terkasar bahasa, tak tekan nuffnagg korang, tak like post korang, tak like page korang, tak follow belog korang, tak setuju dengan entry korang, kutuk-kutuk entry korang, jadi stalker belog korang dan segala perkara negatif yang tak di banggakan itu haraplah dimaafkan..

Salam lebaran dari saya dan keluarga dari Universiti of Sea Gypsy Village Resort, Sibu Island..:D

salam lebaran, 2011

2 comments: